Infinite Entertainment, Zero Cost: Get Your Free Books, Music, and Videos Today!

bondaumirahtaib

Description
#rejuvenatemarriage
Advertising
We recommend to visit

Jaemin
2adm

Last updated 9 months, 2 weeks ago

✨💫DEEP HOUSE
☘️🤑TRAP
⚡️⚡️DUBSTEP
❤️❤️CHILLOUT
🍷🍷TROPICAL
💎💎Subwoofer

Creator : @SerhatDurmus




Channel 2👉 @baas_ilove_you
Channel 3 👉 @Viphiphop

Jangan lupa untuk subscribe Youtube.com/rumayshotv dan aktifkan notifikasinya, InsyaAllah akan banyak ilmu yang dikaji di channel kami :)

Last updated 2 weeks, 5 days ago

1 week, 6 days ago

Exclusive untuk seluruh subscribers Bonda Umirah Taib.

Ini adalah antara topik highlights tentang Forum Setelah Dikhianati yang Bonda akan bawakan pada 8 Mei 2024, Rabu akan datang.

Saksikan….

3 weeks, 1 day ago

zaman sekarang,
para isteri keliru, perlu dahulukan suami atau nak jaga hati ibu bapa dahulu?
para suami kurang cakna, perlu menjaga kebajikan isteri dahulu, atau berbuat baik kpd org luar lebih utama?
.
isteri tak tahu hak suami.
suami tak tahu hak isteri.
.

timbul persoalan macam mana nak ubati tawar hari dalam diri?

3 weeks, 2 days ago

Cinta dalam rumahtangga, walau semanis mana perbuatan kita, tak menjamin kekalnya kasih selamanya,
kerana yg menerbitkan rasa tenang & aman dalam rumahtangga adalah ihsan Allah kepada kita..
Jadi raihlah ihsan & kasihnya Allah dalam setiap keadaan rumahtangga,
jauhkan & takutilah perkara yg salah & batil,
tegakkanlah apa yg betul & benar,
ia berkait rapat dgn keberkatan, keluarga, rezeki & akhirnya hubungan suami & isteri..

Para isteri,jgn jatuh,
tatkala diuji dengan krisis dari suami,
kita harus nampak Allah.
Para suami, jgn gusar,
tatkala diuji dengan kepimpinan ke atas isteri, kita tahu ini hanya sementara, ini hanya jambatan untuk kita kembali bergantung & berpaut kepadaNya. bukan makin menjauh&raih cinta yang lain..
.
Cinta isteri kepada suami dalam rumahtangga tidak mengenal rupa paras & karakter, tetapi berkait rapat dengan tanggungjawab & hak.
Cinta suami kepada isteri yang tulus datangnya dari mata hatinya yang bisa melihat & meneroka ketaatan serta pengorbanan isteri.. tapi sayang, tak semua dikurniakan rezeki pandangan mata hati yang jernih & jelas
.
Jadi mengapa sandarkan kasih sepenuhnya kepada insan yang juga bergantung harap kepada manusia lain untuk bahagia. Please reserve big amount of love towards your self. Sayangi diri sendiri kerana Allah...

#bondaumirahtaib
#rejuvenatemarriage
#bybonda

2 months, 1 week ago
bondaumirahtaib
2 months, 1 week ago
bondaumirahtaib
2 months, 1 week ago
**IVF SPONSORSHIP 3.0**

IVF SPONSORSHIP 3.0

Mereka yg TTC sgt dekat di hati kami, kerana kami suami isteri juga pernah merasa "menunggu" si kecil pada awal perkahwinan & berPJJ. bonda nak minta sahabat di sini (Telegram), sampaikan kepada sahabat yg sedang menjalani IVF tetapi mungkin ada kekangan kewangan di pertengahan jalan. Urusan dari langkah pertama hingga ke akhir, semua akan kami simpan rapi & dirahsiakan demi privasi pasangan tersebut.
.
Minta bacakan syarat2 sebaiknya, hantarkan email secara terperinci utk bonda dan team pilih sebaiknya utk proses seterusnya ya. Semoga ada rezeki kita semua, berkongsi apa yang ada di tangan, supaya menggembirakan hati yang lain. sampai-sampaikan ya?
.
#bondaumirahtaib

2 months, 2 weeks ago

Apa petanda rumahtangga kita sihat?
bila mana kita kekal "bercakap & ada" dengan pasangan.
our presence, our connection.
rumahtangga tak perlukan kejutan yg luar biasa,
rumahtangga tak perlukan barangan mahal utk buat pasangan rasa gembira...
.
bercakaplah pada waktu kalian memerlukan tempat meluah,
bercakaplah perkara kecil dan tidak penting pada waktu pasangan perlukan sedikit hiburan di jiwa,
bercakaplah perkara yg berat utk dibincangkan tatkala rumahtangga dilanda badai
bercakaplah walau dlm keadaan berkeras dikala krisis tak berhenti-henti datang.
apa jua keadaannya, jangan berhenti untuk menghasilkan "connection"
.
jgn mula rasa selesa bila rumahtangga aman tanpa bicara,
jgn biar pasangan melayan hati & perasaan tanpa menghurai maksud di jiwa,
kerana ini semua akan membunuh rumahtangga dalam senyap.
.
"sometimes, a fight saves a relationship,
where silence breaks it.
speak up for your heart,
so that you wont regret
because silence multiplies misunderstanding"
.
tetapi utk memperbaiki sesuatu,
seseorang harus bersedia utk dibaiki sekaligus.
seorang harus bersedia utk bercakap,
seseorang harus bersedia utk mendengar utk memahami

.
jadi kalau kalian saling tak sabar utk berjumpa dgn suami dan isteri utk bercerita pada waktu senang,
dan kalau kalian masih ada rasa utk bertempur pendapat pada waktu getir,
rumahtangga adalah dalam zon yg selamat.
.
suami dan isteri... bercakaplah... ia merungkai 1001 rasa & persoalan di hati
.
#bondaumirahtaib
#rejuvenatemarriage

3 months ago

Boleh tak jgn usik kami ni mak2😥
di sebalik muka yang tampak "busuk",
ada anak2 yg sudah bersiap cantik & wangi..
di sebalik kusutnya rambut ibu,
ada makanan yg tersedia rapi utk anak2 & suami...
di sebalik muka yang tak sempat berhias bak ratu,
ada baju2 yg tersiap sedia dibasuh & untuk dipakai orang yg disayangi...
.
nak buang air pun kena fikir 1001 kali berbaloi tak tinggalkan anak,
nak mandi pun kena atur mcm2 strategi perang supaya kita tak stress waktu dalam bilik air dan anak seorang bermain,
nak makan pun kadang tangguh sampai kumpul ke malam, sbb nak rasa makan dalam keadaan aman
.
bukan kami tak dahulukan diri,
tapi masanya belum tiba lagi,
anak2 masih kecil dan perlukan perhatian rapi,
dan kami niat nak memudahkan suami,
.
suami jangan pula tertutup pintu hati,
yang wangi dan tampak segar diluar belum tentu mampu dan sanggup mengorbankan diri seperti ini.
suami jangan biar dan berdiam diri,
tatkala nampak isteri makin hilang diri sendiri,
mereka terkadang lupa menjadi isteri bila sudah menjadi ibu mithali,
bimbing dan bantulah apa yang memudahkan diri isteri,
jangan sampai hatinya mati.
dalam senyap mereka berdendam di hati.

.
kerana pokok pengkalnya:
ibu yang gembira akan membentuk anak2 yg gembira.
kalian suamilah yang menjadi penentu kegembiraan tersebut. jangan dibentak,
jangan dikutuk,
apa yg ternampak buruk.
sambutlah tangan isteri, bantu mereka rawat diri & pulangkan hak mereka yang abadi:
iaitu kesenangan jiwa dan hati
.
terima kasih para suami yang memahami penat lelah isteri,
mengambil alih tugas tatkala selesai mencari rezeki,
mengembalikan isteri di tempat rehat mereka yang tersembunyi.
.
ibu2, pengorbanan hari ini, pasti akan ternampak jelas oleh mereka yang tepat & menyayangi.
terima kasih ibu, mak, mama, bunda & mummy♥️
.
#bondaumirahtaib
#rejuvenatamarriage

3 months, 1 week ago

Ibu, kalian bukan baran tetapi keliru dengan perasaan sendiri..
Mama, kalian bukan pemarah tetapi masih belum "adapt" dengan keadaan menjadi seorang mama walaupun sudah berlalu masa..
Mak, kalian bukan pembenci dan yang paling cerewet tetapi mahukan yang terbaik untuk anak2..
.
persoalannya.. jika kita sebagai ibu juga keliru, bayangkan kita di tempat anak2 kita , kan?
.
anak2 akan cepat belajar dari cara kita tangani rasa marah.
kalau terurus cara kita,
maka bertenanglah anak2 kita,
kalau tak terurus budaya kita,
maka anak2 akan ikut sukar untuk bertenang..
.
jom kita sembang malam ni?
di live jam 8 pm mcm semalam ya?
.

#bondaumirahtaib
#parenthealbybonda

4 months, 2 weeks ago
bondaumirahtaib
We recommend to visit

Jaemin
2adm

Last updated 9 months, 2 weeks ago

✨💫DEEP HOUSE
☘️🤑TRAP
⚡️⚡️DUBSTEP
❤️❤️CHILLOUT
🍷🍷TROPICAL
💎💎Subwoofer

Creator : @SerhatDurmus




Channel 2👉 @baas_ilove_you
Channel 3 👉 @Viphiphop

Jangan lupa untuk subscribe Youtube.com/rumayshotv dan aktifkan notifikasinya, InsyaAllah akan banyak ilmu yang dikaji di channel kami :)

Last updated 2 weeks, 5 days ago