Unlock a World of Free Content: Books, Music, Videos & More Await!

bondaumirahtaib

Description
#rejuvenatemarriage
We recommend to visit

#rejuvenatemarriage

Last updated 1 month, 4 weeks ago

Jaemin
2adm

Last updated 9 months ago

✨💫DEEP HOUSE
☘️🤑TRAP
⚡️⚡️DUBSTEP
❤️❤️CHILLOUT
🍷🍷TROPICAL
💎💎Subwoofer

Creator : @SerhatDurmus




Channel 2👉 @baas_ilove_you
Channel 3 👉 @Viphiphop

1 month, 3 weeks ago
bondaumirahtaib
1 month, 3 weeks ago
bondaumirahtaib
1 month, 3 weeks ago
**IVF SPONSORSHIP 3.0**

IVF SPONSORSHIP 3.0

Mereka yg TTC sgt dekat di hati kami, kerana kami suami isteri juga pernah merasa "menunggu" si kecil pada awal perkahwinan & berPJJ. bonda nak minta sahabat di sini (Telegram), sampaikan kepada sahabat yg sedang menjalani IVF tetapi mungkin ada kekangan kewangan di pertengahan jalan. Urusan dari langkah pertama hingga ke akhir, semua akan kami simpan rapi & dirahsiakan demi privasi pasangan tersebut.
.
Minta bacakan syarat2 sebaiknya, hantarkan email secara terperinci utk bonda dan team pilih sebaiknya utk proses seterusnya ya. Semoga ada rezeki kita semua, berkongsi apa yang ada di tangan, supaya menggembirakan hati yang lain. sampai-sampaikan ya?
.
#bondaumirahtaib

1 month, 4 weeks ago

Apa petanda rumahtangga kita sihat?
bila mana kita kekal "bercakap & ada" dengan pasangan.
our presence, our connection.
rumahtangga tak perlukan kejutan yg luar biasa,
rumahtangga tak perlukan barangan mahal utk buat pasangan rasa gembira...
.
bercakaplah pada waktu kalian memerlukan tempat meluah,
bercakaplah perkara kecil dan tidak penting pada waktu pasangan perlukan sedikit hiburan di jiwa,
bercakaplah perkara yg berat utk dibincangkan tatkala rumahtangga dilanda badai
bercakaplah walau dlm keadaan berkeras dikala krisis tak berhenti-henti datang.
apa jua keadaannya, jangan berhenti untuk menghasilkan "connection"
.
jgn mula rasa selesa bila rumahtangga aman tanpa bicara,
jgn biar pasangan melayan hati & perasaan tanpa menghurai maksud di jiwa,
kerana ini semua akan membunuh rumahtangga dalam senyap.
.
"sometimes, a fight saves a relationship,
where silence breaks it.
speak up for your heart,
so that you wont regret
because silence multiplies misunderstanding"
.
tetapi utk memperbaiki sesuatu,
seseorang harus bersedia utk dibaiki sekaligus.
seorang harus bersedia utk bercakap,
seseorang harus bersedia utk mendengar utk memahami

.
jadi kalau kalian saling tak sabar utk berjumpa dgn suami dan isteri utk bercerita pada waktu senang,
dan kalau kalian masih ada rasa utk bertempur pendapat pada waktu getir,
rumahtangga adalah dalam zon yg selamat.
.
suami dan isteri... bercakaplah... ia merungkai 1001 rasa & persoalan di hati
.
#bondaumirahtaib
#rejuvenatemarriage

2 months, 2 weeks ago

Boleh tak jgn usik kami ni mak2😥
di sebalik muka yang tampak "busuk",
ada anak2 yg sudah bersiap cantik & wangi..
di sebalik kusutnya rambut ibu,
ada makanan yg tersedia rapi utk anak2 & suami...
di sebalik muka yang tak sempat berhias bak ratu,
ada baju2 yg tersiap sedia dibasuh & untuk dipakai orang yg disayangi...
.
nak buang air pun kena fikir 1001 kali berbaloi tak tinggalkan anak,
nak mandi pun kena atur mcm2 strategi perang supaya kita tak stress waktu dalam bilik air dan anak seorang bermain,
nak makan pun kadang tangguh sampai kumpul ke malam, sbb nak rasa makan dalam keadaan aman
.
bukan kami tak dahulukan diri,
tapi masanya belum tiba lagi,
anak2 masih kecil dan perlukan perhatian rapi,
dan kami niat nak memudahkan suami,
.
suami jangan pula tertutup pintu hati,
yang wangi dan tampak segar diluar belum tentu mampu dan sanggup mengorbankan diri seperti ini.
suami jangan biar dan berdiam diri,
tatkala nampak isteri makin hilang diri sendiri,
mereka terkadang lupa menjadi isteri bila sudah menjadi ibu mithali,
bimbing dan bantulah apa yang memudahkan diri isteri,
jangan sampai hatinya mati.
dalam senyap mereka berdendam di hati.

.
kerana pokok pengkalnya:
ibu yang gembira akan membentuk anak2 yg gembira.
kalian suamilah yang menjadi penentu kegembiraan tersebut. jangan dibentak,
jangan dikutuk,
apa yg ternampak buruk.
sambutlah tangan isteri, bantu mereka rawat diri & pulangkan hak mereka yang abadi:
iaitu kesenangan jiwa dan hati
.
terima kasih para suami yang memahami penat lelah isteri,
mengambil alih tugas tatkala selesai mencari rezeki,
mengembalikan isteri di tempat rehat mereka yang tersembunyi.
.
ibu2, pengorbanan hari ini, pasti akan ternampak jelas oleh mereka yang tepat & menyayangi.
terima kasih ibu, mak, mama, bunda & mummy♥️
.
#bondaumirahtaib
#rejuvenatamarriage

2 months, 3 weeks ago

Ibu, kalian bukan baran tetapi keliru dengan perasaan sendiri..
Mama, kalian bukan pemarah tetapi masih belum "adapt" dengan keadaan menjadi seorang mama walaupun sudah berlalu masa..
Mak, kalian bukan pembenci dan yang paling cerewet tetapi mahukan yang terbaik untuk anak2..
.
persoalannya.. jika kita sebagai ibu juga keliru, bayangkan kita di tempat anak2 kita , kan?
.
anak2 akan cepat belajar dari cara kita tangani rasa marah.
kalau terurus cara kita,
maka bertenanglah anak2 kita,
kalau tak terurus budaya kita,
maka anak2 akan ikut sukar untuk bertenang..
.
jom kita sembang malam ni?
di live jam 8 pm mcm semalam ya?
.

#bondaumirahtaib
#parenthealbybonda

3 months, 4 weeks ago
bondaumirahtaib
4 months ago

Bab ungkit hal duit: mmg cabaran besar utk isteri2 yg bergaji atau berpangkat lebih tinggi dari suami.
ditambah dgn komitmen yg rela hati ditanggung oleh isteri serta belanjawan diri yg juga kebanyakannya dari hasil sendiri....
sbb waktu berbaik mmg tak akan ada isu, tetapi waktu berkrisis, inilah antara perkara yg akan disebut di bibir.
.
jadi mcm mana nak kekal rasa cinta dan harmoni dlm keadaan isteri menanggung besar isi rumah?
jawapannya:
1. tetaplah jadikan pendapatan suami sebahagian besarnya adalah utk isteri & keluarga
2. tetaplah jadikan suami sebagai pembuat keputusan serta "advisor" ttg segala belanja walaupun dari duit isteri. bermaksud bincang, minta pendapat..
3. tetaplah minta dari suami utk belanja2 yg berkait keperluan isteri walau kita punya pendapatan sendiri.
(disclaimer: ini semua cuma tips yg sudah dipraktik oleh ramai isteri & mereka nampak kesan, bukan langkah wajib... ia terpulang)
pokok pangkalnya: isteri wajib rasa "bergantung" kepada suami....
.
bab duit ni, mmg duit bukan segalanya.
tetapi duit adalah punca kepada segala masalah rumahtangga
kalau tak diurus dengan baik.
maka bincanglah, susun semula strategi, "revise" semua belanja... jgn ikut rasa, atau ikut jasa. bila berkrisis mmg susah nak dileraikan dlm keadaan isteri tak rasa berganung kpd suami...
.
boleh harmoni tak kalau isteri bergaji lebih dari suami?
boleh kalau elok dan betuk susun atur kewangan dlm rumahtangga.
boleh kalau isteri tahu kedudukannya di sisi suami
boleh kalau suami tak mengambil kesempatan atas kelebihan yg ada pada isteri
.
bonda dah sediakan module khas utk suami & isteri rancang & bincang bab kewangan sewaktu Bersiap Sebelum Qabul 2.0 (the season finale) 6 Januari nanti pada slot "Kewangan" baca jadual hari pertama ya, minta semua peserta bersedia dgn segala bahan utk kita mula atur strategi supaya dpt semula aman dlm rumahtangga : bab duit. tapi berita kurang gembira. Dan masih belum terlambat utk dapatkan Early Bird Price BSQ 2.0 (RM 30 off) di www.bybonda.my

Dari E module, Free video pass setelah tamat BSQ , e sijil dan voucher pemeblian Le Maream, semua bonda sediakan...
.
siapa yg dah daftar, see you soon!
lapangkan minda okay..

4 months, 1 week ago

Tak puas membujang, berhubungan sorok2, jadikan pasangan hanya "rumah singgah" adalah antara tanda2 pasangan hanya membuang masa & tiada niat berkahwin..
.
Adik2 yg disayangi, tolong jgn buta kerana cinta,
jgn kahwin kerana "trend" atau desakan faktor umur,
kahwinlah kerana kalian sudah bersedia & faham tentang tanggungjawab.
.
kerana penganiayaan paling besar dalam
rumahtangga selain penderaan fizikal adalah penderaan mental yg melibatkan "ignorance & delaying the responsibilities"
.
Ramai anak muda skrg,
tahu bercinta tapi tak faham
tanggungjawab menjadi suami & isteri,
akhirnya menjadi hanya teman serumah & bukan teman hidup.
anak2 muda skrg,
tahu berintim tetapi tak
tahu hak2 yg dituntut ke atas anak yg dilahirkan.
akhirnya, anak2 dibesarkan dlm keadaan kurang dididik baik & dlm keadaan tertekan.
.
Jadi sebelum berkahwin...
tolonglah..
ambillah masa utk berkenalan,
kenalilah tuan punya diri sehingga keluarga & kenalannya luar & dalam.
Ramai pasangan yg rasa tertipu setelah bernikah,
kerana mendapat kejutan berkahwin dgn orang yg kalian tak dapat utk bersefahaman
.
bercintalah selepas bernikah supaya berkat rumahtangga,
bertaaruflah sebelum
berkahwin supaya kalian bersedia.
.
jadi punca utama perpisahan dalam 3 tahyn perkahwinan adalah : tidak mengenali diri sendiri sudah bersedia berkahwin ataupun tidak. tidak juga mengenali pasangan itu sebenarnya sesuai dgn diri kalian ataupun tidak.
.
dgn kesedaran sebegini, bonda perkenal program Bersiap Sebelum
Qabul di mana salah satu slot yg ada adalah tentang "Mengenali pasangan benar2 mahu berkahwin atau hanya buang masa?"
dan satu lagi slot "paperwork sebelum
masuk keluarga baru"
.
Pendaftaran early bird price hampir separuh penuh, jgn lupa daftar di www.bybonda.my
see you soon!

5 months, 3 weeks ago

Antara golongan di Falastin, siapa yg menjadi "targeted killing" yg sebenarnya? bukan mujahidin, bukan orang awam lelaki.. Penjajah sedang mencari & menghapuskan para wanita kerana mereka adalah tunggak sebenar perjuangan di sana..
Persoalannya, mengapa wanita?

Jangan dilupakan kisah mereka, Maryam Afifi & Razan Najjar. Dua simbolik kepada: "kuasa wanita biasa" yg paling ditakuti penjajah Israhell.

kerana wanita di sana tiada lagi gentar dan takut kepada sesiapa
kerana wanita di sana mengorbankan suami & anak2 & kehidupannya demi perjuangan Islam
kerana wanita di sana menjadikan rahim mereka sebagai senjata yang melahirkan mujahidin falastin yang luar biasa
.
jadi sebolehnya, wanita yang akan diburu sehingga mereka memastikan yang mengandung akan keguguran,
yang belum berkahwin akan dicuba untuk menjadikan mereka "tidak subur" dengan keterpaksaan gadis memakan pil hormon menyekad haid atas macam2 kekangan sumber asas, yang melahirkan pula bayi mereka tidak selamat. mereka keturunan yang bacul dan penakut dengan berita kelahiran pejuang..
.
Jangan dilupakan kisah mereka..Maryam Afifi bersama sejumlah anak muda lain pada 8 Mei 2021, melawan penjajah bersenjata tanpa apa2 perisai di tangan, penjajah sedang mengusir penduduk di Sheikh Jarrah..yang masih boleh mengukir senyuman tatkala dilayan seperti haiwan..
.
Allahyarhamah Razan Al Najjar ditembak mati ketika menjadi sukarelawan dan ketika sedang menyelamatkan mangsa penjajah..
.
Jangan dilupakan.. mereka bukan "pencetus" seperti yang dilabel kepada para pejuang negara. mereka hanyalah penyelamat bangsa tanpa senjata.. juga dijadikan sebab bodoh utk mereka membunuh tanpa belas rasa..
.
ini bukan tentang 7 Oktober 2023, ini tentang berdekad lamanya
ini bukan ujian untuk mereka sahaja
ini juga ujian akidah, tawakal & usaha utk kita semua
mereka tak bergantung kepada kita,
kita yang terhutang budi kerana Aqsa dijaga
,
jangan tanya "adakah kita bersedia" untuk bertempur seperti mereka sedangkan kita belum pun berbuat apa-apa,
kerana ini buka kisah Falastin semata-mata
ini kisah perjalanan kita bersama
.
video Maryam Afifi & Kisah Allahyarhamah ada di insta stories bonda ya.
.#gazaunderattack
#gazagenocide

We recommend to visit

#rejuvenatemarriage

Last updated 1 month, 4 weeks ago

Jaemin
2adm

Last updated 9 months ago

✨💫DEEP HOUSE
☘️🤑TRAP
⚡️⚡️DUBSTEP
❤️❤️CHILLOUT
🍷🍷TROPICAL
💎💎Subwoofer

Creator : @SerhatDurmus




Channel 2👉 @baas_ilove_you
Channel 3 👉 @Viphiphop