Infinite Entertainment, Zero Cost: Get Your Free Books, Music, and Videos Today!

Karya PiS

Description
Kedai Buku Online www.karyapis.com
Advertising
We recommend to visit

Kita adalah bro and sis sampe surga😾

Last updated 1 month, 1 week ago

Saluran Informasi Palestin

Last updated 25 minutes ago

paid promote: @ppaiidppromote

@masaadepanku

Last updated 1 month, 1 week ago

1 month, 1 week ago
  1. Ilmu yang saya nyatakan ini sebenarnya jika diteliti merupakan satu cabang daripada ilmu Al-Wujuh wal An- Nazaair, antara Kitab awal yang dikarang dalam bidang ini adalah Kitab Al-Wujuh wal An-Nazaair fi al-Quran Al-Azim oleh Muqatil bin Sulaiman Al-Balkhi rahimahullah (wft:150H).

Wallahualam.

Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi.

Link Telegram Karya PiS: https://t.me/karyapis

Link Telegram Ustaz: https://t.me/mfazilmu

1 month, 1 week ago

KELDAI DAN IBRAHIM

Satu hari saya terdengar anak saya Ibrahim berhujah kepada adik-adiknya bahawa dia tidak sukakan keldai kerana keldai Allah sifatkan makhluk yang bodoh dan suaranya suara yang disifatkan sebagai seburuk-buruk suara.

Kemudian setiap kali adik-adiknya melihat keldai di skrin, atau ada watak kartun keldai Ibrahim akan ulang-ulang hujahnya itu kepada adik-adiknya.

Pemahaman Ibrahim ini berdasarkan dua ayat.

Pertama, firman Allah ta'ala:

مَثَلُ ٱلَّذِینَ حُمِّلُوا۟ ٱلتَّوۡرَىٰةَ ثُمَّ لَمۡ یَحۡمِلُوهَا كَمَثَلِ ٱلۡحِمَارِ یَحۡمِلُ أَسۡفَارَۢاۚ بِئۡسَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِینَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ لَا یَهۡدِی ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِینَ

"Perumpamaan orang (Yahudi) yang diberi tanggungjawab dan ditugaskan membawa kitab Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai yang memikul kitab-kitab. Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Dan Allah tidak memberikan hidayah kepada kaum yang zalim." [Surah Al-Jumu'ah, ayat 5]

Kedua, firman Allah ta'ala, iaitu tentang nasihat Luqman kepada anaknya:

وَٱقۡصِدۡ فِی مَشۡیِكَ وَٱغۡضُضۡ مِن صَوۡتِكَۚ إِنَّ أَنكَرَ ٱلۡأَصۡوَ ٰ⁠تِ لَصَوۡتُ ٱلۡحَمِیرِ

"Sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, serta rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata). Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

[Surah Luqman, ayat 19]

Usai solat subuh, kebetulan imam membacakan ayat 259 surah al-Baqarah, iaitu perintah Allah kepada hamba-Nya Uzair :

وَٱنظُرۡ إِلَىٰ حِمَارِكَ وَلِنَجۡعَلَكَ ءَایَةࣰ لِّلنَّاسِۖ
وَٱنظُرۡ إِلَى ٱلۡعِظَامِ كَیۡفَ نُنشِزُهَا ثُمَّ نَكۡسُوهَا لَحۡمࣰاۚ فَلَمَّا
تَبَیَّنَ لَهُۥ قَالَ أَعۡلَمُ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ قَدِیرࣱ

"dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya yang bersepah) dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia. Dan perhatikanlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging. Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), dia berkata: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu." [Surah Al-Baqarah, ayat 259]

Lalu saya berhujah kepada Ibrahim, ayat ini Allah perintahkan Uzair untuk perhatikan dan lihat keldainya. Lihat dan perhatikan Ibrahim, tidak semua berkaitan keldai itu buruk, keldai milik hamba Allah atau Nabi Uzair ini Allah jadikan dia sebagai tanda kekuasaan-Nya.

Tidak semua yang kita tidak suka itu tidak baik. Ujar saya kepada Ibrahim.

Ibrahim mengangguk tanda faham. Lalu dia menambah: "Dan Keldai boleh dinaiki (ditunggang jadi kenderaan)".

Ibrahim mengisyaratkan maksud ayat:

وَٱلۡخَیۡلَ وَٱلۡبِغَالَ وَٱلۡحَمِیرَ لِتَرۡكَبُوهَا وَزِینَةࣰۚ وَیَخۡلُقُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

"Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan, dan Dia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya." [Surah An-Nahl, ayat 8]

Kemudian saya ketawa membenarkan Ibrahim.

Catatan:

  1. Didiklah anak-anak kita dengan Al-Quran, jadikan mereka hidup dengan ajaran Al-Quran. Pemahaman mereka dibentuk juga berdasarkan Al-Quran.

  2. Nasihat untuk ibu bapa dan anak-anak, guru dan murid-murid agar sentiasa berdiskusi dan berbahas untuk mendapatkan ilmu. Ilmu tidak akan dicapai dengan hanya berdiam diri tanpa perbahasan.

  3. Seorang guru atau ibu bapa pasti akan mendapatkan faedah daripada anaknya atau anak muridnya dalam perbahasan ilmu yang mereka bahaskan. Justeru jangan sesekali meremehkan anak murid kita.

  4. Ilmu itu bukan hak eksklusif mana-mana golongan tertentu, ia adalah hikmah kebijaksanaan yang Allah berikan kepada sesiapa sahaja hamba-hamba-Nya yang Dia kehendaki termasuklah orang yang mungkin kita anggap lebih rendah atau lekeh kepada kita seperti kanak-kanak atau murid-murid kita.

1 month, 1 week ago

MALAM TERAKHIR

Imam Ibnu Khuzaimah rahimahullah meletakkan dalam Sahihnya bab بَاب الْأَمْرِ بِطَلَبِ لَيْلَةِ الْقَدْرِ آخِرَ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ " Bab perintah mencari Lailatulqadar pada malam terakhir Ramadan"

‎Sabda Nabi ﷺ :

الْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي آخِرِ لَيْلَةٍ

‎Carilah Lailatulqadar pada malam terakhirnya.

‎[Sahih Ibnu Khuzaimah 2/47, no. 2189]

‎Wallahualam.

Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi.

1 month, 2 weeks ago

MENGHIDUPKAN SEPULUH MALAM TERAKHIR RAMADAN (YANG ADANYA LAILATUL QADAR) BUKAN DENGAN AMALAN SOLEH SECARA MUTLAK

Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Sesiapa yang menghidupkan Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran, diampunkan baginya dosanya yang telah lalu.

[HR Al-Bukhari]

Maksud menghidupkan malam Al-Qadar yang ditunjukkan oleh Nabi ﷺ adalah dengan makna ibadah yang khusus bukan secara mutlak, maksudnya menghidupkan dengan:

1) Iktikaf
2) Solat tarawih dan tahajjud (Qiyam Ramadan)
3) Membaca al-Quran
4) Zikir
5) Berdoa

Tidak boleh memalingkan makna menghidupkan MALAM Al-QADAR atau sepuluh malam yang terakhir dalam Ramadan ini kepada ibadah secara mutlak seperti menolong orang lain, memberi sedekah, atau menziarahi orang sakit dan semua ibadah-ibadah secara mutlak. Wajib dikembalikan kepada praktikal Nabi ﷺ dan para sahabat terhadap maksud MENDIRIKAN ATAU MENGHIDUPKAN MALAM RAMADAN atau LAILATUL QADAR seperti yang ditunjukkan oleh mereka.

Ini yang ditanbih oleh Syeikhuna Soleh al-Usoimi hafizahullah.

Tanbih: Amalan-amalan soleh secara mutlak seperti memberi makan, bersedekah dan lain-lain adalah sesuai dilakukan pada siang dalam bulan Ramadan atau malamnya namun tidak boleh mengkhususkan amalan tersebut kepada fadilat mencapai Lailatulqadar sehingga mengabaikan lima amalan yang sepatutnya difokuskan untuk termasuk dalam maksud QIYAM (MENDIRIKAN ATAU MENGHIDUPKAN) RAMADAN ATAU LAILATUL QADAR.

Contohnya:

1) Abu telah bersedekah makanan berbuka puasa kepada jemaah masjid, lalu dia menyangka amalannya itu cukup untuk dia tidak bangun menghidupkan malamnya dengan solat, zikir, doa atau membaca al-Quran. Dia menyangka itu sudah cukup untuk mendapatkan pahala menghidupkan malam Lailatul Qadar. Pemahaman ini jelas salah.

2) Ahmad telah pergi ke lorong-lorong gelandangan dan orang miskin pada sepuluh malam terakhir, lalu dia memberi sedekah makanan malam dan sahur kepada orang susah, lalu dia menyangka amalannya itu sudah cukup untuk mendapatkan pahala menghidupkan Lailatul Qadar, pemahaman dan pengamalan ini juga adalah salah

Tanbih: Kedua-dua amalan Abu dan Ahmad ini insya Allah akan diganjari Allah namun untuk mendakwa mendapat pahala Lailatulqadar adalah tidak benar.

Yang benar:

3) Zain telah membantu orang miskin pada siang hari, bersedekah makanan berbuka untuk masjid pada siang Ramadan, lalu pada malam harinya dia pergi solat terawih sehingga selesai dengan imam, atau dia bangkit tahajjud, iktikaf atau membaca al-Quran, berzikir dan berdoa pada malam-malam yang diharapkan adanya Lailatulqadar. Inilah praktikal yang benar.

Semoga Allah membantu kita semua untuk beramal dan menghidupkan sepuluh malam terakhir sekaligus mencapai Lailatulqadar bersesuaian dengan petunjuk Nabi ﷺ.

Wallahu a'lam.

Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi.

Follow Telegram Karya PiS: https://t.me/karyapis

Follow Telegram Ustaz: https://t.me/mfazilmu

1 month, 2 weeks ago

Mana nak dapat dah harga pakej umrah murah macam ni? 😱

RM5,990 sahaja (tiada caj tersembunyi)

Tarikh penerbangan: 23 Mei - 2 Jun 2024

Alhamdulillah, mungkin ini rezeki tuan/puan atau ahli keluarga untuk tunai umrah bersama Karya PiS tahun ini.

Terhad kepada 40 peserta terawal.

Kenapa pilih untuk sertai pakej khas bulan April ni?

Harga murah sangat = RM5,990 (bilik berempat)
Direct flight by Malaysia Airlines (MH Amal) [KUL-JED-JED-KUL]
Dapat 2x solat Jumaat di Mekah
Dah masuk musim haji, dapat rasa suasana umrah ketika musim haji
Kad medikal PERCUMA
Makan 3x sehari
Hotel Fajar al-Badi' 2 (+- 500m)

WhatsApp kami sekarang untuk pendaftaran, klik 👉🏻 https://umrah.karyapis.com/

Mohon juga sebarkan pada ahli keluarga & sahabat2 lain, mana tahu asbab share tuan/puan ini terpalit saham akhirat kita bersama, InshaAllah Amiin 🤲🕋

1 month, 2 weeks ago

#SatuHariSatuFaedah

Dua puluh dua:

Sesiapa yang berjunub, dia diharuskan menunda mandi junub sehingga setelah terbit fajar, namun dia perlu segera mandi junub setelah terbit fajar untuk menunaikan solat subuh.

Whatsapp group rasmi Karya PiS: https://whatsapp.com/channel/0029VaIUwR0LSmbgVtNQzL1t

----

Tempah buku 𝑓𝑙𝑎𝑔𝑠ℎ𝑖𝑝 Karya PiS 2023, "Kombo Muslim Sempurna" dgn harga promosi di: https://bukubaru.karyapis.com/ 😊

1 month, 3 weeks ago
Elok juga kita bincang tajuk ni …

Elok juga kita bincang tajuk ni sempena bulan Ramadan, sementara para syaitan telah diikat dengan rantai.

Kita pilih, nak takut tuHAN atau HANtu…

WhatsApp saya (wa.me/60176733432?text=TakutHantu) untuk dapatkan link dan reminder untuk sesi pagi esok

1 month, 3 weeks ago

Lapan belas:

Menelan air liur sendiri tidak membatalkan puasa, walaupun banyak dan berturut-turut.

Namun orang yang berpuasa tidak boleh menelan lendir yang tebal, seperti kahak.

(Nota penterjemah: Dalam Irsyad Fatwa Khas Ramadan Siri ke-181, ringkasan jawapan bagi hukum menelan kahak ketika berpuasa adalah seperti berikut: “Hukum puasa bagi orang yang menelan lebihan kahak disebabkan bersin atau batuk adalah batal sekiranya kahak tersebut berada di bahagian zahir mulut atau pada ruangan mulut. Adapun jika kedudukan kahak tersebut berada bahagian dalam seperti di bahagian halkum dan ke dalam maka tidak batal puasa sekiranya ditelan kahak tersebut kerana sukar untuk mengeluarkannya”. Dalam laman sesawang Soal & Jawab Islam yang diselia oleh Shaykh Soleh al-Munajjid, iaitu pengarang buku ini, tertulis sepertimana berikut: “Yang rajih (lebih kuat) daripada pandangan ahli ilmu dalam permasalahan ini ialah menelan kahak tidak membatalkan puasa… Namun sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, kahak adalah antara benda yang dipandang kotor oleh adat masyarakat, dan (kerana itu) dia tidak boleh menelannya jika dia mampu mengeluarkannya”)

Whatsapp group rasmi Karya PiS: https://whatsapp.com/channel/0029VaIUwR0LSmbgVtNQzL1t

----

Tempah buku 𝑓𝑙𝑎𝑔𝑠ℎ𝑖𝑝 Karya PiS 2023, "Kombo Muslim Sempurna" dgn harga promosi di: https://bukubaru.karyapis.com/ 😊

1 month, 3 weeks ago

Kecoh baru ni tentang saf solat kaum wanita berkelompok-kelompok, banyak lopong.

Adakah kita nak kata ni ijmak wanita nusantara?

Allahul musta’an.

Pautan: https://vt.tiktok.com/ZSFQ24C41/

1 month, 4 weeks ago

#SatuHariSatuFaedah

Empat belas:

Ujian darah dengan cara mengambil darah dengan kuantiti yang sedikit tidak membatalkan puasa, kerana hal itu tidak melemahkan badan.

Whatsapp group rasmi Karya PiS: https://whatsapp.com/channel/0029VaIUwR0LSmbgVtNQzL1t

----

Tempah buku 𝑓𝑙𝑎𝑔𝑠ℎ𝑖𝑝 Karya PiS 2023, "Kombo Muslim Sempurna" dgn harga promosi di: https://bukubaru.karyapis.com/ 😊

We recommend to visit

Kita adalah bro and sis sampe surga😾

Last updated 1 month, 1 week ago

Saluran Informasi Palestin

Last updated 25 minutes ago

paid promote: @ppaiidppromote

@masaadepanku

Last updated 1 month, 1 week ago