Last updated 1 month ago
Send :
Grup Menfess @roleplaymenfestelegram
Baru di Telegram ?
@roleplaypromote2 tempat promote
#RPM #RPSQ #ASKRPM
Since 02/03/2019
Last updated 3 weeks, 3 days ago
Alhamdulillah, video rakaman kelas pengajian pada hari Ahad 15 Disember sudah diupload ke YouTube, berkenaan tajuk Iman dalam hati sahaja tidak cukup❗
Antara perkara yang dibincangkan:
- Dalil definisi iman --> al-Iqrar (tak cukup sekadar pembenaran dalam hati)
- Seorang yang beriman, dia menggalas tanggungjawab untuk menyebarkan agama Allah.
- Iman mencakupi perkataan, perbuatan dan iktikad di dalam hati.
- Ustaz juga mengulas serba sedikit tentang isu umat Islam di Syria, kaitan dengan akhir zaman dll.
[LIVE] Refresh tentang iman kita yang sentiasa bertambah dan berkurang.
Bersama Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi hafizahullah.
Ahad | 15 Disember
8.30 - 9.45 pagi
🌟 Firman Allah ﷻ:
﴿وَكُلُّهُمْ آتِيهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَرْدًا﴾
“Dan setiap mereka akan datang menghadap-Nya pada hari kiamat secara bersendirian.” (Surah Maryam, ayat 95)
———•———•———
🌟 Kamu kelak akan menghadap-Nya berseorangan (فردًا!)🚶♂️
• Tanpa harta yang telah kamu kumpulkan 💰
• Tanpa jawatan tinggi yang pernah kamu pegang 💺
• Tanpa keluarga besar yang kamu jadikan pelindung 🧑🧑🧒🧒
• Hanya kamu dan amalanmu sahaja! ⚖️
———•———•———
🌟 Tidak mengapa seseorang bekerja untuk dunianya; tetapi jangan lupa kepada akhiratnya ✍️
🏠 Dan tidak mengapa memperindah rumahnya; tetapi jangan lupa kepada kuburnya 🪦
Sumber: Telegram الفوائد الإيمانية
Follow: Karya PiS (t.me/karyapis)
𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥 𝗣𝗔𝗥𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠 𝗠𝗨𝗝𝗧𝗔𝗛𝗜𝗗
Sebelum ni mungkin kita hanya kenal para imam mujtahid atau para ulama’ Ahlussunnah hanya melalui kunyah mereka je kan?
Jom kita cuba kenali pula nama sebenar mereka 😊
___
𝗜𝗺𝗮𝗺 𝗠𝘂𝘁𝗮𝗾𝗮𝗱𝗱𝗶𝗺𝗶𝗻 (𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮’ 𝗚𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗔𝘄𝗮𝗹):
𝘼𝙗𝙪 𝙃𝙖𝙣𝙞𝙛𝙖𝙝
(al-Nu'man bin Thabit) (80–150H):
Bidang utama: Fiqh dan Usul Fiqh
Pengasas mazhab Hanafi, terkenal dengan pendekatan qiyas (analogi) dan istihsan.
𝘼𝙡-𝙎𝙝𝙖𝙛𝙞’𝙞
(Muhammad bin Idris) (150–204H):
Bidang utama: Fiqh dan Usul Fiqh
Pengasas mazhab Shafi'i, serta perintis ilmu Usul Fiqh menerusi kitabnya Al-Risalah.
𝘼𝙡-𝘽𝙪𝙠𝙝𝙖𝙧𝙞
(Muhammad bin Ismail) (194–256H):
Bidang utama: Ilmu Hadis
Penulis kitab Sahih al-Bukhari, koleksi hadis yang paling tsiqah (dipercayai) dalam Islam.
𝙈𝙪𝙨𝙡𝙞𝙢
(Muslim bin al-Hajjaj) (206–261H):
Bidang utama: Ilmu Hadis
Penulis kitab Sahih Muslim, kedua tsiqah selepas Sahih al-Bukhari dalam keutamaan hadis sahih.
𝘼𝙗𝙪 𝘿𝙖𝙬𝙪𝙙
(Sulaiman bin al-Ash’ath) (202–275H):
Bidang utama: Ilmu Hadis
Penulis Sunan Abu Dawud, memberi tumpuan kepada hadis hukum-hakam.
𝘼𝙡-𝙏𝙞𝙧𝙢𝙞𝙙𝙯𝙞
(Muhammad bin Isa) (209–279H):
Bidang utama: Ilmu Hadis dan Kritik Hadis
Penulis Sunan al-Tirmizi, yang turut membincangkan status hadis (hasan, sahih, dhaif).
𝘼𝙡-𝙉𝙖𝙨𝙖'𝙞
(Ahmad bin Shu’aib) (215–303H):
Bidang utama: Ilmu Hadis
Penulis Sunan al-Nasai, dengan fokus kepada hadis sahih.
𝙄𝙗𝙣 𝙈𝙖𝙟𝙖𝙝
(Muhammad bin Yazid) (209–273H):
Bidang utama: Ilmu Hadis
Penulis Sunan Ibn Majah, salah satu daripada enam kitab hadis utama.
___
𝗜𝗺𝗮𝗺 𝗠𝘂𝘁𝗮’𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗶𝗻 (𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮' 𝗚𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗱𝗶𝗮𝗻):
𝙄𝙗𝙣 𝙏𝙖𝙞𝙢𝙞𝙮𝙮𝙖𝙝
(Ahmad bin Abdul Halim) (661–728H):
Bidang utama: Akidah, Fiqh, Usul Fiqh, dan Pemikiran Islam
Tokoh reformasi dalam akidah salaf dan fiqh Hanbali, serta kritikus dalam falsafah.
𝙄𝙗𝙣 𝘼𝙡-𝙌𝙖𝙮𝙮𝙞𝙢
(Muhammad bin Abi Bakr) (691–751H):
Bidang utama: Akidah, Tasawwuf, Fiqh, dan Hadis
Anak murid Ibn Taimiyyah, terkenal dengan pendekatan mendalam dalam tasawwuf dan syariah.
𝙄𝙗𝙣 𝙆𝙖𝙩𝙝𝙞𝙧
(Ismail bin Umar bin Kathir) (701–774H):
Bidang utama: Tafsir, Hadis, dan Sejarah Islam.
Karya utama:
Tafsir al-Qur'an al-Azim (Tafsir Ibn Kathir):
Tafsir yang sangat masyhur, menjelaskan ayat-ayat al-Quran dengan menggunakan hadis, pendapat sahabat, dan tabi'in. (Tafsir Bi Al-Ma’thur)
Al-Bidayah wa al-Nihayah:
Sebuah kitab sejarah yang merangkumi penciptaan dunia hingga peristiwa akhir zaman.
𝙄𝙗𝙣 𝙍𝙖𝙟𝙖𝙗
(Abdul Rahman bin Ahmad) (736–795H):
Bidang utama: Hadis, Fiqh Hanbali, dan Tasawuf
Fokus kepada hadis dan fiqh dengan pendekatan rohani.
𝙄𝙗𝙣 𝙃𝙖𝙟𝙖𝙧 𝘼𝙡-𝘼𝙨𝙦𝙖𝙡𝙖𝙣𝙞𝙮
(Ahmad bin Ali) (773–852H):
Bidang utama: Ilmu Hadis
Pakar hadis yang paling terkenal dengan karya Fath al-Bari, syarah Sahih al-Bukhari.
𝘼𝙡-𝘿𝙝𝙖𝙝𝙖𝙗𝙞
(Muhammad bin Ahmad) (673–748H):
Bidang utama: Sejarah Islam dan Ilmu Hadis
Penulis biografi tokoh Islam dan kritikus hadis.
𝘼𝙡-𝙎𝙪𝙮𝙪𝙩𝙞
(Abdul Rahman bin Abi Bakr) (849–911H):
Bidang utama: Tafsir al-Quran, Hadis, dan Fiqh
Penulis prolifik dalam pelbagai bidang ilmu Islam, termasuk tafsir dan hadis.
𝘼𝙡-𝙌𝙪𝙧𝙩𝙪𝙗𝙞
(Muhammad bin Ahmad) (600–671H):
Bidang utama: Tafsir dan Fiqh
Penulis tafsir Al-Jami' li Ahkam al-Qur'an, dengan fokus kepada hukum-hakam al-Quran.
𝘼𝙡-𝙎𝙮𝙖𝙬𝙠𝙖𝙣𝙞
(Muhammad bin Ali) (1173–1250H):
Bidang utama: Fiqh, Tafsir, dan Hadis
Seorang mujtahid bebas yang terkenal dengan syarah hadis dan tafsir.
𝘼𝙡-𝙎𝙤𝙣’𝙖𝙣𝙞
(Muhammad bin Ismail al-Amir) (1099–1182H):
Bidang utama: Hadis, Fiqh, dan Akidah.
Karya utama:
Subul al-Salam:
Syarah kepada kitab Bulugh al-Maram karya Ibn Hajar al-Asqalani, yang membahas hadis-hadis hukum dengan penjelasan mendalam.
Tathir al-I'tiqad:
Kitab tentang tauhid dan akidah yang memperjuangkan pemurnian kepercayaan daripada amalan-amalan syirik dan bidaah.
Irshad al-Nuqqad ila Taysir al-Ijtihad:
Membahas pentingnya ijtihad dalam memahami syarak.
-𝗔𝗱𝗺𝗶𝗻
InshaAllah, kelas Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis malam ni bersama Ustaz Fashan akan berjalan seperti biasa, bermula pada jam 9.15 malam.
InshaAllah, kelas Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis malam ni bersama Ustaz Fashan akan berjalan seperti biasa, bermula pada jam 9.15 malam.
𝗥𝗜𝗡𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗥𝗔 𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔’ 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗭𝗔𝗟𝗜𝗠
𝗣𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀: 𝗔𝗹-𝗙𝗮𝗱𝗵𝗶𝗹 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝗵𝗺𝗶 𝗥𝘂𝘀𝗹𝗶
__
Sedih membaca tulisan rintihan para ulama yang dipenjara secara zalim. Tidaklah mereka berduka kerana terpenjara. Sebaliknya, disebabkan banyak ibadat yang terhalang kerananya. Sedangkan kita, ramai yang hidup bebas dan merdeka, namun dirinya ‘terpenjara’ dari melaksanakan ibadat.
Antara ulama yang dipenjara secara zalim, disebabkan tribulasi isu ‘khalqul Qur’an’ ialah tokoh mazhab Al-Syāfi’e iaitu Al-Imām Abu Ya’qūb Al-Buwaithi رحمه الله.
Kata Al-Sāji :
كَانَ البويطي وَهُوَ فى الْحَبْس يغْتَسل كل جُمُعَة ويتطيب وَيغسل ثِيَابه ثمَّ يخرج إِلَى بَاب السجْن إِذا سمع النداء فَيردهُ السجان وَيَقُول ارْجع رَحِمك الله فَيَقُول البويطى اللَّهُمَّ إنى أجبْت داعيك فمنعوني
Terjemahan : Al-Buwaithi semasa berada di dalam penjara, beliau akan mandi pada setiap hari Jumaat, memakai wangian, membasuh pakaiannya, kemudian menuju ke pintu penjara sebaik mendengar azan. Lalu pengawal penjara berkata : “Kembalilah kamu, semoga Allah merahmati kamu”. Kata Al-Buwaithi : “Wahai Allah, sesungguhnya aku telah menyahut seruanmu, namun mereka menghalangku”.
Suatu hari seorang ulama besar hadis iaitu Al-Imām Muhammad bin Yahya Al-Zuhli membacakan surat yang ditulis oleh Al-Buwaithi kepadanya di hadapan murid-muridnya. Dalam surat tersebut Al-Buwaithi mengatakan :
والذي أَسأَلك أَن تعرض حالى على إِخْوَاننَا أهل الحَدِيث لَعَلَّ الله يخلصني بدعائهم فإنى فى الْحَدِيد وَقد عجزت عَن أَدَاء الْفَرَائِض من الطَّهَارَة وَالصَّلَاة
Terjemahan : “Yang aku pinta kepadamu adalah, supaya engkau dapat menceritakan keadaan diriku kepada saudara-saudara kita dari kalangan ahli hadis. Mudah-mudahan Allah SWT membebaskan aku (dari penjara) disebabkan doa mereka. Sesungguhnya aku dalam tirai besi, aku terhalang dari melaksanakan perkara-perkara fardu seperti bersuci dan juga solat”. Lalu orang ramai pun berteriak menangis seraya mendoakan beliau.
Kata Al-Imām Tājuddīn Al-Subki رحمه الله :
انْظُر إِلَى هَذَا الحبر لم يكن أسفه إِلَّا على أَدَاء الْفَرَائِض وَلم يتأثر بالقيد وَلَا بالسجن فرضي الله عَنهُ وجزاه عَن صبره خيرا
Terjemahan : Lihatlah kepada ulama besar ini. Beliau tidak berdukacita melainkan kerana dirinya terhalang dari melaksanakan ibadat fardu. Beliau tidak terkesan dengan diikat, tidak pula kerana terpenjara. Semoga Allah SWT meredainya, dan mengurniakan kebaikan ke atas kesabarannya.
Rujuk Tabaqāt Al-Syāfi’eyyah Al-Kubrā, Al-Subki (2/165)
Sambil mengenangkan, betapa kita terlalu alpa dan leka dengan nikmat kebebasan dan kemerdekaan, dari melaksanakan taat dan ibadat.
🌟قال ابن القيم: (مَنْ سَافَرَ إلى الجَنَّة: صَبَرَ في طَرِيقِهِ على كُلِّ مَشَقَّة، ووَاصَلَ السَّيْرَ بِالغُدُوِّ والرَّوَاح، ومَا هذا واللهِ بِالصَّعب، معَ هذا العُمُرِ القَصِير، الذي هو بِالنِّسْبَةِ إلى تلك الدَّار؛ كَسَاعَةٍ مِنْ نَهَار!).
———•———•———
📚اركض بقلبك (٢٤١).
🌟 Kata Ibn al-Qayyim: Sesiapa yang menempuh perjalanan ke syurga, dia akan bersabar menghadapi setiap kesukaran di sepanjang perjalanannya, dia akan terus berjalan tanpa henti, pagi dan petang. Demi Allah, ini bukanlah perkara yang sukar, apatah lagi umur yang singkat ini jika dibandingkan dengan negeri akhirat itu hanyalah seperti satu jam pada waktu siang!”
———•———•———
📚 Urkuḍ bi Qalbik (Berlarilah dengan Hatimu) [241].
Sumber: Telegram الفوائد الإيمانية
Follow: t.me/karyapis
Niat asalnya ingin menjadikannya suami merangkap guru dan pendidik, tetapi berakhir dengan rasa benci dan sangka buruk kepada ustaz-ustaz.
Saya, dengan tulus hati tanpa secebis pun kepentingan peribadi, menasihatkan wanita agar memilih orang aliran biasa yang minat kepada ilmu dan mengamalkannya. Tidak perlu ustaz. Yang penting, minat dan lebih mustahak, beramal dengan ilmu. Dengan cara ini, kalian boleh belajar dan beramal bersama-sama. Pada masa yang sama, kalian tidak tahu aib ustaz-ustaz yang boleh membuat kalian jauh daripada agama.
(Tapi, jika kalian tega memilih ustaz, maka bersiap siagalah dengan risiko yang akan dihadapi. Dan tolong, jika ada sesuatu yang buruk berlaku, jangan salahkan kami kerana saya sudah memperingatkan mewakili ustaz-ustaz. Sekian.
Sebenarnya, ini tulisan tahun 2000 dengan sedikit suntingan yang disiarkan semula kerana kepentingannya. Terima kasih kerana membaca dan maka dengan ini, saya sudah menyampaikan, sekali lagi, saya sudah menyampaikan.)
Wallahualam.
Selain itu, berbeza dengan bacaan al-Quran, Imam al-Shāfi‘ī tidak pernah menggalakkan berdoa di kubur melainkan untuk ahli kubur, bukan untuk diri sendiri seperti yang kononnya dilakukannya. Nasnya dalam al-Umm:
وَأُحِبُّ لو قُرِئَ عِنْدَ الْقَبْرِ ودعى لِلْمَيِّتِ وَلَيْسَ في ذلك دُعَاءٌ مُؤَقَّتٌ.
“Aku suka sekiranya (al-Quran) dibaca di sisi kubur dan didoakan untuk si mati, dan tiada padanya doa yang terikat dengan masa tertentu.”
Semua ini menyerlahkan kepalsuannya, direka-reka oleh pentaksub Imam Abū Ḥanīfah yang juga seorang Qubūrī. Ahli bidaah gemar kisah-kisah yang seperti ini dan mengambil kesempatan daripada kemajhūlan periwayat untuk menolak kebatilannya.
Wallahualam.
Last updated 1 month ago
Send :
Grup Menfess @roleplaymenfestelegram
Baru di Telegram ?
@roleplaypromote2 tempat promote
#RPM #RPSQ #ASKRPM
Since 02/03/2019
Last updated 3 weeks, 3 days ago