Dive into the Ultimate Free Library: Your One-Stop Hub for Entertainment!

#TerkiniPalestin 🇵🇸🇲🇾

Description
Melaporkan berita yang sahih dan terkini di Palestin.

Untuk sumbangan kemanusiaan ke Palestin, salurkan ke »

http://mycare.qrd.by/palestin
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 3 weeks ago

2 days, 6 hours ago
**Gambar 2006**

Gambar 2006
Pejuang Palestin memegang Al-Quran dan Yassin 105 ketika beliau bertindak untuk mengawasi kawasan di sekitar bandar Gaza.

Warfare
#TerkiniPalestin
[n]

2 days, 6 hours ago
**Media Zionis | ***🌐*****

Media Zionis | 🌐****

Keluarga kepada askar Zionis yang mati dilaporkan telah menyerang Menteri Keselamatan Nasional, Ben Gvir di tanah perkuburan Ashdod dan memanggil menteri pengganas ini sebagai penjenayah.

AlJazeera
#TerkiniPalestin
[n]

2 days, 8 hours ago

Bridged Al-Qassam | 🫡*
🔻***Pejuang kami bertempur dengan sengit bersama dengan tentera musuh di timur George Street, bandar Rafah.

🔻Bridged Al-Qassam telah menyasarkan kenderaan berperisai yang membawa sejumlah askar Zionis menggunakan peluru Al-Yassin 105 di timur George Street, Rafah.

🔻Pejuang Al-Qassam telah bertempur dengan sengit dengan rejim musuh di timur kem Jabalia, utara Gaza.

RRN
#TerkiniPalestin
[n]

1 week, 1 day ago

Rangkuman
Antara yang terjadi sepanjang semalam iaitu pada 6/5/2024

✍️ Hamas berkata bahawa mereka telah menerima cadangan kepada persetujuan gencatan senjata yang diketengahkan oleh pihak pengantara yang melibatkan 3 fasa. Ini termasuklah dengan pengunduran rejim Zionis dari Gaza, pemulangan penduduk Palestin ke kediaman mereka dan seterusnya penukaran tebusan.

✍️ Kabinet haram Zionis berkata bahawa mereka telah menghantar wakil delegasi untuk meneruskan perbincangan di Kaherah tetapi pada waktu yang sama mereka telah memberikan arahan untuk meneruskan operasi serangan di Rafah. Pengeboman dan serangan di bahagian Selatan bandar tersebut mencatatkan peningkatan.

✍️ Demonstrasi secara besar-besaran telah dijalankan di beberapa buah bandar haram Zionis yang menuntut pihak berkuasa Zionis untuk menerima perjanjian gencatan dan memastikan agar 130 tahanan di Gaza pulang semula.

✍️ Iran mengalu-alukan pendirian Hamas dan menyatakan sokongan ke atas rancangan yang mahukan gencatan senjata berkekalan, penukaran tahanan, pengunduran askar Zionis dan pembinaan semula Gaza. AS pada waktu yang sama AS berkata mereka sedang mengkaji kertas cadangan dan tidak mendedahkan maklumat lanjut.

✍️ Pengumuman Hamas diterbitkan beberapa jam setelah rejim Zionis mengarahkan perpindahan seramai 100,00 orang rakyat Palestin dari Rafah untuk berpindah bagi memberikan ruang kepada “operasi terhad ketenteraan Zionis” di sana yang mana hampir 1.5 juta penduduk awam mendapatkan perlindungan di sana.

✍️ Kegembiraan tercetus di Gaza dikala Hamas mengumumkan bahawa mereka telah menerima cadangan gencatan yang telah diketengahkan oleh pengantara Qatar dan Mesir.

✍️ Walaubagaimanapun, Perdana Menteri pengganas, Netanyahu berkata bahawa cadagan yang diketengahkan itu tidak mencapai jangkaan Zionis dan akan menghantar wakil delegasi ke Kaherah untuk perbincangan lanjut.

✍️ Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi telah memberi amaran bahawa Netanyahu bakal menggagalkan rundingan sekiranya mereka masih kekal mahu mengebom Rafah.

#Rangkuman
(Terjemahan dan susun kata oleh #TerkiniPalestin)

1 week, 1 day ago
Memasuki hari ke-213 keganasan Zionis di …

Memasuki hari ke-213 keganasan Zionis di bumi Gaza.

Dalam tempoh 24 jam ini sahaja rejim Zionis telah melakukan 5 pembunuhan besar-besaran yang mengakibatkan 52 orang awam syahid dan 90 lagi cedera.

Pada waktu yang sama terdapat laporan yang mengatakan bahawa Hamas telah menerima cadangan gencatan daripada pihak pengantara manakala Zionis masih kekal berdegil untuk menyerang Rafah.

Sama-sama kita memanjatkan doa dan mengambil sedikit masa untuk membaca doa qunut nazilah memohon pertolongan Allah SWT agar saudara kita di sana dapat diselamatkan daripada cengakaman rejim Laknatullah. 🤲🇵🇸

#TerkiniPalestin
https://t.me/terkinipalestin

1 week, 2 days ago

#Terkini

Hamas telah bersiap-sedia sepenuhnya bagi mempertahankan rakyat Palestin dari sebarang bentuk operasi ketenteraan puak penjajah di Rafah.

(Sumber: Reuters)

2 weeks, 1 day ago
***“Hamas adalah sebuah idea yang tidak …

“Hamas adalah sebuah idea yang tidak akan dapat dihapuskan” Ujar Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi dalam World Economic Forum yang dianjurkan di Arab Saudi.

Beliau juga turut menambah bahawa kumpulan pejuang tersebut bukanlah punca kepada konflik yang sedang berlangsung di Gaza.

“Masalah konflik ini tidak bermula pada 7 Oktober, namun perkara yang terjadi kini adalah akibat kepada penjajahan Zionis yang lebih daripada 70 tahun berlaku yang enggan untuk mengiktiraf hak buat penduduk Palestin.

“Semura orang mahukan penyelesaian dua buah negara,” Safadi berkata. “Israel mesti mengisytiharkan komitmennya untuk mewujudkan keamanan yang adil dan menyeluruh, tetapi kini jelas bahawa yang tidak mahukan keamanan adalah Netanyahu”

#TerkiniPalestin
https://t.me/terkinipalestin

2 weeks, 1 day ago
AS berkata mereka “menolak” siasatan ICC …

AS berkata mereka “menolak” siasatan ICC yang menyiasat keganasan Zionis di Gaza dikala pelbagai laporan yang mengatakan pemimpin Zionis kini berada dalam dalam keadaan ‘gelisah’ menjelang waran tangkap yang diwar-war bakal dikeluarkan.

“Kami dengan jelas mengatakan bahawa kami tidak menyokong siasatan ICC ke atas Israel. Kami percaya mereka langsung tidak ada bidang kuasa ke atas siasatan tersebut” Ujar jurucakap White House, Karine Jean-Pierre.

Mestilah kawan baik ‘back up’ kawan baik

#TerkiniPalestin
https://t.me/terkinipalestin

2 weeks, 1 day ago

Rangkuman
Antara yang terjadi sepanjang semalam iaitu pada 29/4/2024.

✍️ AS semalam berkata bahawa ICC tidak ada sebarang bidang kuasa ke atas perang Zionis di Gaza.

✍️ Penunjuk perasaan mahasiswa pro-Palestin di Universiti Columbia telah pun melanggari tarikh akhir yang ditetapkan, kini mereka mempunyai pilihan sama ada menghentikan protes perkhemahan kampus atau menghadapi risiko penggantungan.

✍️ Menurut jurucakap Houthi, mereka telah mengakui serangan ke atas dua kapal dan dua kapal pemusnah AS.

✍️ Askar penjajah mengesahkan bahawa dua orang askar simpanan mereka dibunuh di Sentral Gaza semalam.

✍️ Delegasi Hamas telah meninggalkan Kaherah yang mana disana mereka telah membincangkan maklumbalas Zionis dalam kertas cadangan rundingan gencatan senjata.

✍️ AS dan UK berkata cadangan yang diutarakan ini mereka sebuah tawaran yang amat “bermurah hati” yang mana merangkumi 40 hari gencatan senjata sebagai penukaran kepada pembebasan tahanan.

✍️ Sekali lagi, wakil Hamas menekankan tuntutan mereka yang mahukan gencatan senjata berkekalan dan pengunduran sepenuhnya askar Zionis dari Gaza.

✍️ Serangan Zionis telah membunuh seramai 34 orang pada hari Isnin ini termasuklah dengan 26 orang di Rafah.

#Rangkuman
(Terjemahan dan susun kata oleh #TerkiniPalestin)

3 weeks, 2 days ago
#TerkiniPalestin 🇵🇸🇲🇾
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 3 weeks ago