Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.
Last updated 2 weeks, 5 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 weeks, 5 days ago
My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-
Last updated 1 month, 4 weeks ago
Al-Jazeera: KFC menutup 108 cawangan di Malaysia berikutan boikot terhadap penjajah Israel.
Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
Penutupan KFC: Mari Berkongsi Keperitan
Berita penutupan 108 cawangan KFC saya sambut dengan perasaan bercampur baur. Ada kegembiraan kerana nampaknya rakyat Malaysia makin menolak produk yang ada kaitan dengan AS. Ada sedikit rasa kurang selesa kerana penutupan itu sudah tentu menyebabkan ramai pekerjanya dari rakyat negara ini yang majoritinya orang Melayu Islam akan hilang pekerjaan. Dengan suasana ekonomi yang meruncing sekarang, sudah tentu kehilangan pekerjaan adalah satu yang sukar buat mereka semua.
Tapi begitulah harga perjuangan yang kita perlu tanggung jika kita serius ingin terlibat merasai sekali keperitan saudara kita di Palestin dan terlibat di dalam mengaut pahala jihad bersama mereka.
Tidak ada siapa yang boleh menafikan boikot memberi kesan kepada Israel dan pembela kuatnya iaitu AS. Mereka perlukan bantuan kewangan yang banyak untuk membunuh rakyat Palestin. Setiap sen yang berjaya dihalang dari sampai ke Israel adalah rahmat dan keringanan kepada warga Palestin. Sen dan ringgit yang berjaya dihalang akan memeritkan Israel ... dan itu adalah jihad kerana ia termasuk di dalam menjejak tempat yang menimbulkan kemarahan musuh.
Firman Allah:
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ وَلَا نَصَبٌ وَلَا مَخْمَصَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَطَئُونَ مَوْطِئًا يَغِيظُ الْكُفَّارَ وَلَا يَنَالُونَ مِنْ عَدُوٍّ نَّيْلًا إِلَّا كُتِبَ لَهُم بِهِ عَمَلٌ صَالِحٌ
".... demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka (pahala) amal yang soleh..." (At Taubah: 120)
Mereka di sana syahid, kehilangan keluarga, kehilangan rumah, tiada makanan, tiada rawatan, tidak cukup tidur, sentiasa kebimbangan, air mata sentiasa mengalir, masa depan masih kelam dan segala macam kesengsaraan yang sukar untuk kita gambarkan.
Jika keperitan itu tidak ditanggung seorang sedikit oleh umat yang lain secara kolektif, bagaimana mampu Israel yang dibangun dan dipertahankan oleh sekutu mereka dari seluruh dunia akan jatuh?
Ketika saya dan rakan-rakan dari GSPP bertemu dengan pengurusan McDonald, kami nyatakan bahawa kami yakin bahawa hati dan jiwa pengurusan McDonald bersama Palestin. Kepada pengurusan dan pekerja KFC, saya nyatakan perkara yang sama; jiwa dan hati anda semua saya yakin bersama Palestin. Jadi marilah kita sama-sama melakukan sesuatu untuk Palestin dan bersama menanggung keperitan itu.
Saya yakin ada banyak alternatif yang boleh dilakukan oleh pengurusan dan pekerja KFC berdepan suasana ini. Di mana ada kemahuan, di situ sudah pasti ada jalan.
Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar tidak menjadikan isu boikot ini sebagai faktor perpecahan kita. Tidak perlu memprovokasi. Tidak perlu mengejek dan menyindir. Jika ada cadangan yang lebih baik bagaimana isu boikot ini dapat dikurangkan mudharatnya kepada warga Malaysia, cadang dan bincangkanlah dengan baik melalui saluran yang betul.
Amat rugi jika gerakerja boikot yang disambut baik dan menyatukan sebahagian warga Barat, tetapi di negara kita ianya menjadi faktor perpecahan.
Wallahu a'lam
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
Telegram
Ust Muhammad Fauzi Asmuni
Satu perkongsian ....
Saya rasa poster ini tersebar dan mungkin memberikan pelbagai persepsi kepada
pembaca tentang apakah pendekatan Hamas berkenaan hala tuju perang Israel-Palestin sekarang.
Poster ini mungkin mengambil apa yang disimpulkan oleh wartawan dalam wawancara mereka bersama Dr Khalil al-Hayyah di Turki. Secara umum kesimpulan wartawan tersebut agak kurang cermat hingga menimbulkan salah faham terhadap pendekatan terkini Hamas.
Antara salah faham yang boleh timbul dari poster tersebut:
i. Hamas dilihat sudah lemah dan mula mengambil pendekatan mengalah
ii. Hamas mengiktiraf Two State Solution lalu seterusnya mengiktiraf keabsahan kewujudan negara Israel
iii. Hamas kalah dalam rundingan genjatan senjata hingga menggugurkan beberapa tuntutannya terhadap Israel
https://www.facebook.com/share/gx1Err2UXmzAFybu/?mibextid=WC7FNe
https://youtu.be/KC-RO8Ahx8E?feature=shared
i. Hamas menuntut untuk dikembalikan 'hak tarikhi' (hak sejarah) terhadap seluruh Palestin. Tiada tolak ansur dalam perkara tersebut.
ii. Sebagai penyelesaian sementara, Hamas bersetuju dengan 2SS dengan syarat Gaza, Tebing Barat dan Quds dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat Palestin. Juga seluruh pelarian Palestin mesti dikembalikan ke Palestin dan genjatan senjata berlaku dalam tempoh panjang (terbaru dipersetujui lima tahun).
iii. Jika sudah wujud negara Palestin yang merdeka, Hamas akan bertukar kepada badan dalam kerajaan (sebagai tentera kerajaan, sebagai parti politik dan sebagainya yang akan mempertahankan negara).
Wallahu a'lam
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan bantuan keselamatan kepada Israel bernilai AS$26 bilion (RM124 bilion).
Pakej perundangan itu diluluskan dengan undian 366-58, menyaksikan 37 wakil Demokrat dan 21 wakil Republikan membangkang peruntukan itu.
Demokrat beberapa bulan sebelum ini lantang meluahkan kemarahan terhadap kerajaan Israel dan tindakannya dalam pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Sumber: TV Pertiwi
t.me/duniapalestin
AIDILFITRI | Doa Buat Palestin Iringi Sambutan Di Thailand
Dalam kegembiraan menyambut Aidilfitri, nasib serta penderitaan ditanggung saudara seislam di Palestin tetap tidak dilupakan.
Di Thailand, keprihatinan terhadap kesengsaraan penduduk Gaza akibat kezaliman zionis dizahirkan menerusi Perhimpunan Melayu Raya 2024 yang dianjurkan hujung minggu lalu.
Serangan Iran dan Keuntungan Israel - US
Saya tidaklah bersungguh mencari kenyataan rasmi dari pihak Israel berkenaan kadar kemusnahan di Israel hasil serangan Iran. Jika ada pembaca yang menemuinya mohon kongsikan di ruangan komen. Sepintas lalu macam tak padan kadar kemusnahan dengan saiz serangan.
Saya kongsikan sebahagian mesej dari rakan luar negara yang dikirimkan awal pagi tadi. Mesejnya berkisar sekitar keuntungan yang diperolehi oleh Israrel US hasil serangan Iran tersebut.
a. Israel kembali mendapat simpati dunia setelah menerima kutukan dunia terhadap genosid yang dilakukannya selama enam bulan terhadap Palestin.
b. Imej Netanyahu di mata warga Israel dapat dipulihkan. Imejnya sebagai pemimpin yang gagal mengendalikan perang kini muncul sebagai 'hero' yang berdepan dengan ancaman dari pelbagai penjuru.
c. Biden dapat sokongan semula Kongres terhadap polisi menyokong Israel dengan bantuan senjata dan berjaya mengadakan perjanjian penjualan senjata kepada Israel.
d. Dengan imej Israel sebagai pihak yang diserang, US dan sekutunya dari negara~negara Eropah dapat kembali sokongan rakyatnya yang sebelum ini memprotes kerajaan masing-masing kerana membantu Israel menyerang Palestin.
e. Kehangatan warga US dan Eropah terhadap isu Palestin mula menurun.
Wallahu a'lam
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
Telegram
Ust Muhammad Fauzi Asmuni
Satu perkongsian ....
𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗧𝗔𝗙𝗦𝗜𝗥 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗜𝗦𝗥𝗔' 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡
Khas sempena menghayati Israk Mikraj dan Taufan Al-Aqsa!
Tarikh: 24 Februari 2024 | Sabtu
Masa: 9.15 malam - 10.30 malam
Medium: Google Meet
Pembentang:
𝗣𝗿𝗼𝗳. 𝗠𝗮𝗱𝘆𝗮 𝗗𝗿. 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 𝗔𝘇𝗺𝗶
- Timbalan Dekan
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia
- Pengacara dan Penyelidik
My#HadithTime TV Al-Hijrah
𝗔𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁?
Pembentangan kajian tafsir dari surah Al-Isra' dan hadis akhir zaman berkaitan kemenangan Palestin yang dijanjikan.
Yuran: RM20
𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮.
Tempat terhad 𝟭𝟬𝟬 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 sahaja.
Daftar di sini: bit.ly/duniapalestin002
Anjuran: Unit Kajian Strategik
Dunia Palestin Network
𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
t.me/duniapalestin
Ucapan Pengerusi PPMM sempena delegasi GSPP ke Mahkamah Antarabangsa ICJ
Ucapan Penasihat PPMM sempena delegasi GSPP ke Mahkamah Antarabangsa ICJ
Ahli Biro Politik Hamas, Dr Musa Abu Marzouk:
Terdapat salah faham terhadap kenyataan media saya, oleh itu saya menegaskan bahawa pergerakan Hamas tidak akan mengiktiraf keabsahan penjajah Zionis, dan tidak akan menerima sebarang pengurangan hak rakyat Palestin, dan kami menegaskan bahawa perjuangan akan berterusan sehingga pembebasan dan pengembalian.
Sumber: Hamas
t.me/gsppmalaysia
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.
Last updated 2 weeks, 5 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 weeks, 5 days ago
My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-
Last updated 1 month, 4 weeks ago