Dunia Palestin 🇵🇸

Description
Saluran Informasi Palestin
Advertising
We recommend to visit

Last updated 4 days, 22 hours ago

Saluran Informasi Palestin

Last updated 2 days ago

Send :

Grup Menfess @roleplaymenfestelegram


Baru di Telegram ?
@roleplaypromote2 tempat promote

#RPM #RPSQ #ASKRPM
Since 02/03/2019

Last updated 16 hours ago

2 days, 11 hours ago
Brigedier Jeneral Syria yang berpaling tadah, …

Brigedier Jeneral Syria yang berpaling tadah, Asaad Al-Zoubi: Kami dilarang sama sekali untuk berpuasa dan bersolat dalam tentera. Suatu hari, saya dipanggil kerana menunaikan solat.

Rejim juga mengadakan jamuan makan tengah hari pada hari pertama Ramadan untuk memastikan semua orang tidak berpuasa dengan alasan bahawa puasa memberi kesan kepada kerja!

Sumber: Meem Magazine
Ikuti Suara Syria: t.me/suarasyria

2 days, 12 hours ago
Kepentingan Golan,

Kepentingan Golan,

Golan Height atau ‘هَضْبَةُ الْجَوْلَانِ’ atau ringkasnya Golan merupakan sebuah dataran tinggi yang terletak di barat daya Syria. Wilayah panas ini bersempadankan Sungai Yarmouk di selatan, Laut Galilea di barat (Israel atau tepatnya P4lestin-1948), Gunung Hermon di utara (Lubnan) dan Wadi Raqqad di timur.

Golan yang berkeluasan 1,800 km persegi ini diduduki oleh kira-kira 55,000 penduduk iaitu 24,000 Arab Druze dan 31,000 yang lain adalah pendatang Yahudi.

Dua pertiga daripada kawasan itu diduduki oleh Israel berikutan Perang Enam Hari 1967 dan kemudian diduduki secara rasmi dan kekal sejak 1981 – satu tindakan yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa, yang terus menganggapnya sebagai wilayah Syria yang diduduki Israel.

Sejak kejatuhan Bashar pada 8 Dis 2024 baru-baru ini, tentera Israel telah menduduki baki satu pertiga daripada kawasan ini dan membuat Keputusan untuk meningkatkan lagi penduduk Yahudi di Golan.

Golan merupakan wilayah strategik ketenteraan dan ia menjadi sumber air yang penting kepada Sungai Hasbani dan Sungai Jordan yang merupakan sumber kepada sepertiga bekalan air bersih kepada Israel.

Ada 3 sumber berita iaitu laman web al-Bawaba yang berpangkalan di Jordan, TV Mihwar yang berpangkalan di Lubnan dan Israel National News, di Beil El, Israel mendakwa bahawa Israel telah membayar kepada Hafiz al Assad (bapa Bashar) dan Rifaat al Assad (bapa saudara Bashar) sebanyak USD 100 juta sebelum menakluk Golan pada perang 6 hari pada 5-10 Jun1967.

Golan akan terus panas dan menjadi paparan media dengan isu-isu kontemporari di Timur Tengah.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
t.me/zainurrashid

2 days, 13 hours ago
Dunia Palestin 🇵🇸
2 months, 4 weeks ago


TERKINI

Roket Hezbollah sedang menyerang Golan.

Kredit: Fotros
t.me/duniapalestin

2 months, 4 weeks ago

?????? ?????? ????????

Lubnan sedang diserang bertubi-tubi. Kongsikan telegram ini kepada kenalan kita agar masyarakat sedar pembunuhan beramai-ramai oleh pengganas Israel yang sedang berlaku di Lubnan.

????? ???????? ??
t.me/duniapalestin

5 months, 3 weeks ago

TERKINI | Bot tentera pengganas Israel melepaskan tembakan ke arah Al-Mawasi di Rafah.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin

We recommend to visit

Last updated 4 days, 22 hours ago

Saluran Informasi Palestin

Last updated 2 days ago

Send :

Grup Menfess @roleplaymenfestelegram


Baru di Telegram ?
@roleplaypromote2 tempat promote

#RPM #RPSQ #ASKRPM
Since 02/03/2019

Last updated 16 hours ago