Last updated 1 week, 4 days ago
Anak lelaki perlu diajak ke pasar,
Supaya dia tahu menghargai setiap masakan yang terhidang,
Anak lelaki harus tahu cara menyiang bahan mentah,
Supaya dia tidak hanya mengharapkan isteri untuk persiap segalanya,
Anak lelaki disaran selalu "kotorkan" tangan menguruskan barang dapur yang ada,
Supaya dapat memberi tunjuk ajar kepada orang keliling,
Kerana
Kebolehan lelaki untuk menjadi "all-rounders" dan "handy" sebenarnya bakal mendatangkan hormat yang besar orang keliling kepadanya.
Cara & kebolehan seseorang lelaki membuat sesuatu, bakal menentukan kejayaannya mengemudi satu-satu institusi keluarga dan masyarakat
.
Jangan risau,
tiada yang bakal mengambil kesempatan atas kebaikan seorang lelaki yang ringan tulang,
kerana dia bakal membantu dirinya sendiri pada masa hadapan.
Dari tugasan remeh mengurus barangan dapur,
Dia boleh belajar tentang kewangan, penyusunan bahan, pembahagian kerja dan merancang ke depan.
Dari tugasan remeh mengurus bahan masak,
dia boleh belajar jenis penjimatan yang boleh dibuat, altenatif kepada sesuatu bahan dan menjadi kreatif mengolah masakan.
.
Pokoknya, tiada tugas spesifik untuk orang lelaki dan orang perempuan, setiap ahli di dalam rumah harus tahu membuat setiap tugasan, supaya tiada isu terbeban keseorangan
.
Kerana
Salah satu punca, para isteri menjadi putus asa dalam menguruskan rumahtangga, adalah bukan hanya kepenatan fizikal, tetapi "the ignorance" yang berlaku dalam satu-satu pernikahan tentang pengurusan rutin, membuatkan rumahtangga itu menjadi sunyi dan tidak lagi berseni
.
Mari kita didik sama rata anak lelaki dan anak perempuan tentang segalanya,
Semoga anak-anak kita menjadi manusia yang paling memudahkan orang keliling tidak kira masanya.
Lambat lagi Musthafa nak kahwin, tapi dah kena belajar macam2 sambil dia jumpa kawan di pasar. Sesunggugnya dia sangat geli dengan lantai yang basah dan tangan yang basah (sbb pegang barang lain) , lagi Bonda biarkan dia hadap🤣🤣🤣
.
Pergi pasar pun cantek dengan baju @lemaream🤪
till next time acopa!
#rejuvenatemarriage
#bondaayahparenting
Pernah tak Tuhan rentap tiba-tiba?
Tiba-tiba Allah tarik keluar orang yang paling kita percaya, dari hidup kita,
Tiba-tiba segala perancangan yang telah dibuat terpaksa diubah serta merta,
Tiba-tiba kita jadi susah dan bertimpa susah pada satu ketika tanpa bantuan sesiapa,
Tiba-tiba apa yang kita sangka rupa-rupanya ada cerita lain disebaliknya,
Tiba-tiba kita ingat kita sudah selesai urusan tetapi rupa-rupanya baru hendak bermula.
Saat kita rasakan hidup sedang kucar-kacir dengan segala "reshuffling" perkara penting dalam hidup kita,
bersabarlah,
ia satu bentuk perlindungan dari musibah yang lebih besar.
Allah sedang mengatur apa yang kita tidak tahu
Allah sedang memakbulkan doa yang kita tidak sedar
Allah sedang memperbetulkan apa yang salah.
.
Krisis besar dalam kehidupan
Merupakan perlindungan dari musibah lebih besar pada masa hadapan❤️
.
Ianya Rahsia Tuhan
.
#bondaumirahtaib
#rejuvenatemarriage
“kau kena maintain cantik, selalu,
manja, pandai layan suami. baru suami stay”
adalah momokkan buat isteri yg menjadikan kita rasa gentar nak menghadapi kahwin. apa yg membezakan kita dgn wanita diluar sana sebagai isteri? wanita yg boleh menghormati seorang lelaki selayaknya sebagai pemimpin.
.
isteri ada kelas tersendiri, kerana hormatnya dia kepada suami adalah tanda ketakwaannya kpd Allah. pengabdian kepada Allah yg luar biasa. ianya khas, ianya istimewa
.
semua wanita boleh jadi manja,
usaha cantik, dan belajar layan suami. tapi tak semua orang faham bagaimana cara yg betul menghormati suami. ada dalil dan ada suruhan tegas dlm menghormati suami.
penghormatan buat suami dari isteri, akan menghasilkan ehsan dan kasih dari suami buat isteri, begitu juga sebaliknya...ia adalah kitaran yg berbalik..
.
persoalannya, terlalu byk halangan yg membuatkan isteri sukar utk menghormati suami, kan?
di mana kita nak bermula
utk memperbaiki supaya isteri dgn rela hati mentaati dan menghormati.
para suami;
jalankanlah nafkah,
jalankanlah didikan agama,
jalankan tanggungjawab utk membuat keputusan ke atas isteri dan anak2 kalian.
jika ketiga senjata ini ada, anda bakal mengemudi rumahtangga dgn baik.
jika ketiga senjata ini tiada, anda bakal menerima lawan dari rumah anda sendiri. Isteri adalah manusia biasa yg perlu dilentur baik, diberi ajaran yg betul, mereka kebanyakan masanya rapuh..
isteri pula, nak sgt menghormati suami, tapi ada kalanya gagal dgn emosi sendiri.
“Sibuk nak honeymoon tinggalkan anak, nanti dah besar anak takmau ikut dah”
pada masa yang sama dilema dengan..
“kita sibuk jadi parents sampai lupa nak bercinta, risau rasa kosong”
ini cabaran rumahtangga,
cinta dlm rumahtangga perlu diusahakan, ia tak datang secara tiba2,
dan ia juga boleh hilang secara tiba2,
pasangan yg bercinta bagai nak rak sebelumnya pun boleh berpisah, bayangkan sekiranya kita tak usahakan cinta yg ada..
jadi,
Its all about balancing it.
kita nak jadi ibu ayah terbaik,
pada masa yg sama,
kita juga nak jadi suami isteri yg bukan setakat menjalankan rutin harian, tapi saling mencintai dan “obsessing each other”
kalian perlu saling mengejar masa masing2, kerana we are always running out of time.
dugaan hati utk suami & isteri itu besar di luar sana,
kalau hati tak kuat, maka tumpaslah dgn hasutan syaitan kerana jika bukan kita yg mengejar pasangan kita, akan ada org lain yg boleh menggantikan tempat kita...
maka kalian bukan setakat perlu bercinta tetapi harus menjadi sahabat sehati & sejiwa... ia pengikat rasa di dada.
jadi...kita olah lah cara kita,
jika tak sampai hati tinggalkan anak,
bawa lah bersama,
jika tiada pilihan utk keluar bersama,
berduaanlah di rumah setelah anak2 tidur,
jika letih penat bekerja & tiada masa,
kejarkan “short getaway” tak sampai 2 malam, kemudian pulanglah.
kerana waktu berdua ini mahal,
terkadang kita lupa utk hargai si dia,
terkadang kita tak perasan betapa cantiknya & segaknya pasangan kita,
terkadang kita lupa bagaimana rasanya hati berbunga2 memandang wajahnya, kerana setiap hari kita fokus menjadi ibu bapa shj..
“spending time for each other constantly even in a short time, is a secret for a lasting marriage”
kita usahakan cinta.
Kita burukkan isteri depan anak,
Kita malukan suami depan anak.
Sebenarnya anak-anak tak mahu berpihak kepada sesiapa.
Anak-anak tak suka berpuak,
Anak-anak tak gemarkan adu domba yang tiada penghujung💔
.
Biarlah masalah suami isteri kekal menjadi masalah suami isteri
Jangan terlihatkan kepada anak, kerana mereka masih tidak boleh memproses perkara yg kompleks.
setiap herdikan, caci makian dan tangisan ibu ayah yang perlu anak hadap sepanjang mereka membesar,
akan tersimpan rapi dalam memori teras yang paling dalam buat anak
.
Suami isteri ada masalah,
selesaikan berdua,
jangan tarik anak bersama.
suami isteri ditimpa krisis,
dan tiada harapan untuk membaik,
tiada salahnya jika tak perlu bersama lagi sekiranya bersama itu akan lebih memudaratkan
.
setiap tindakan kita sebagai suami dan isteri,
pastikan kita sudah fikir panjang tentang impak ke atas anak yang tidak bersalah
.
jangan kerana kita,
anak rasa fobia dengan perkahwinan,
anak tak percaya ada lelaki dan perempuan yang baik.
anak rasa pernikahan itu adalah sebuah kisah yang penuh duka tiada gembira
.
semoga suami isteri yang sedang berkrisis dikurniakan jalan keluar yang menguntungkan keduanya,
dan tidak mengorbankan anak-anaknya❤️
.
#bondaayahparenting
#bondaumirahtaib
#rejuvenatemarriage
Setuju tak, ibu bapa belajar jadi penjaga yang baik melalui anak2🥹persoalannya, kita nak ubah tak sekiranya kita ada tersalah langkah?
Bonda ada menulis tentang ibu ayah yg ingin memperbaiki diri sekiranya kita tahu kita ada terbuat salah & adakah kita mampu berpatah balik di dalam e-book IJM.
Jangan lupa harga early bird price akan tamat pada jam 9 malam 25 Oktober harini, dapatkan e-book sekarang di www.bybonda.my ❤️
Last updated 1 week, 4 days ago