Unlock a World of Free Content: Books, Music, Videos & More Await!

DR AZURA OFFICIAL

Description
Speaker | Coach | Best selling Author
Advertising
We recommend to visit

Mengenal Ajaran Islam Lebih Dekat

Jangan lupa untuk subscribe Youtube.com/rumayshotv dan aktifkan notifikasinya, InsyaAllah akan banyak ilmu yang dikaji di channel kami :)

Last updated 2 weeks, 1 day ago

PROJETO GRATUITO FEITO PELA FANSUB CIDADE PROIBIDA ⛩️
https://t.me/cidadeproibida

Last updated 7 months, 3 weeks ago

Speaker | Coach | Best selling Author

Last updated 13 hours ago

22 hours ago
Amiin ***🤲🏻***

Amiin 🤲🏻

#DrAzuraHashim

1 day, 10 hours ago
Jika apa yang terjadi tidak seperti …

Jika apa yang terjadi tidak seperti yang kita mahu,

Percayalah Allah telah aturkan sebaiknya mengikut takdirNya..🤍

In Shaa Allah.

Salam Sayang❤️
#DrAzuraHashim
👉🏻 https://t.me/drazuraofficial

1 day, 14 hours ago
**HURAIAN TEPAT**

HURAIAN TEPAT
MasyaAllah Alhamdulillah.
Semuanya dengan izin Allah. * Saya kenal diri
*** Tahu belum keluarkan kemampuan diri

Rasanya apabila kita dah tahu, pasti akan ada tindakan susulan untuk diri sendiri.

Jom bantu diri kita, kenali diri sendiri dalam sesi
KENALI DIRI DENGAN ANALISIS TULISAN TANGAN

Tarikh : 25 Mei 2024 (Sabtu)
Masa: 8.30AM-11.30AM
Kaedah: ONLINE ZOOM

Join program ini untuk tahu :

  1. Bagaimana kenali diri melalui tulisan tangan.
  2. Teknik mudah untuk fahami diri dan kenali orang sekeliling.
  3. Dapat mengenali potensi diri dan dapat memperbaiki kekurangan diri.

Bila dah faham dan kenal bukankah lebih membahagiakan?

Daftar sekarang !
Jumpa nanti In Shaa Allah

https://drazurahashim.com/dtt/

#DrAzuraHashim

1 week ago
Amiin ***🤲🏻***

Amiin 🤲🏻

#DrAzuraHashim

1 week, 1 day ago
DR AZURA OFFICIAL
1 week, 2 days ago

KERTAS KOSONG
.
Setiap kali kendalikan seminar, saya akan minta peserta akan menulis di atas helaian kertas kosong, tanpa garisan seperti kertas kajang.
.
Disebalik kertas kosong hanya tulisan yang bebas dituliskan di atasnya.
.
Dari sinilah saya mudah untuk kenalpasti ‘baseline’ seseorang.
.
‘Baseline’ ini menunjukkan perubahan motivasi dalam diri termasuklah emosi dan bagaimana kita meletakkan matlamat.
.
Sejujurnya ‘baseline’ yang mudah ditemui sama ada menaik atau menurun.
.
Anda rasa ‘baseline’ yang bagaimana menggambarkan seseorang itu optimis?
Jika jawapan adalah ‘baseline’ menaik, anda betul.
.
Selalunya orang yang menulis dengan ‘baseline’ ini In Shaa Allah positif dan tidak mudah patah semangat.
.
Suka dikongsikan yang analisis tulisan bukanlah sesuatu untuk mengubah personaliti, ianya tools untuk kita mengenalpasti apa yang ada pada diri dan berusaha memperbaiki mana bahagian yang kurang.

Jom belajar banyak lagi dalam Webinar Kenali Diri Dengan Analisis Tulisan Tangan, 25 Mei 2024 ini.

Klik sekarang untuk info: https://masteryacademy.my/order/form/dtt/telegram

Gambar bersama Jabatan Wilayah Persekutuan semasa Kursus Grafologi.

Apa pun semuanya dengan izin Allah
Lahaulawala quwwata illa billah

#DrAzuraHashim
https://t.me/drazuraofficial

2 weeks, 1 day ago
Semakin meningkat usia, memang dianggap sebagai …

Semakin meningkat usia, memang dianggap sebagai fasa kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Namun, pengalaman hidup yang Allah perjalankan menyebabkan lebih stabil mental dan rohani.

Salam Sayang,
Dr Azura Hashim
https://t.me/drazuraofficial

2 weeks, 1 day ago
Pekerjaan merupakan ibadah dan amanah. Lakukan …

Pekerjaan merupakan ibadah dan amanah. Lakukan secara efektif dan produktif.

Sempena Hari Pekerja 1 Mei lalu, saya kongsikan bagaimana antara tip menjadi pekerja cemerlang, secara tidak langsung menghasilkan individu yang cemerlang juga.

  1. Rancang Tugasan Harian - Membuat senarai aktiviti @ task untuk menentukan keutamaan

  2. Menambah Ilmu – Mencari ilmu atau sumber yang boleh membantu meningkatkan value dalam diri

  3. Terima Kesilapan – Semua orang ada silapnya, akui, dan belajar supaya tidak melakukan kesilapan yang sama

  4. Jalinan Hubungan – Bina hubungan yang baik dengan rakan sekerja, mendengar dan membantu rakan sepejabat

Semoga kita semua dikurniakan kekuatan dan semangat dalam menjalankan tugasan walau apa jua pekerjaan yang kita lakukan.

Niatkan apa yang kita buat adalah ibadah, moga ianya menjadi ladang pahala, amiin

Salam Sayang,
Dr Azura Hashim

2 weeks, 3 days ago

Anda rasa saya ada masa nak sakit kepala? Siapa ingat iklan ni? Iklan apa ek?

Tip mudah yang Ustaz pesan dapat membantu kita mendapatkan ketenangan di umur begini.

Tip #1: Amalkan Solat awal Waktu
Solat merupakan tiang agama dan ia adalah cara untuk berkomunikasi dengan Pencipta kita. Ini membantu menenangkan jiwa dan menghilangkan kegelisahan. Jaga waktu solat, in shaa Allah, Allah jaga kita.

Tip #2: Berserah Diri pada Allah (Tawakkul)
Tawakkul adalah proses menyerahkan segala urusan kepada Allah dan percaya sepenuhnya dengan ketentuan-Nya. Ketika menghadapi tekanan, amalkan tawakkul ini sebagai pengingat bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang.

Tip #3: Berdoa dan Mengadu kepada Allah
Mengungkapkan apa yang kita rasakan dalam doa boleh menjadi sangat melegakan. Luahkan segala kesulitan dan harapan anda kepada Allah melalui doa. Ini tidak hanya membantu untuk meraih ketenangan hati tetapi juga mendekatkan kita kepada-Nya.

Tip #4: Bertawakal dan Usaha
Selain berdoa, Islam mengajar kita pentingnya bertawakal selepas berusaha. Melakukan yang terbaik dalam segala usaha dan kemudian menyerahkan hasilnya kepada Allah adalah cara yang seimbang untuk menjalani kehidupan.

Tip #5: Membaca dan Memahami Al-Quran
Al-Quran bukan sekadar panduan hidup, tetapi juga penenang hati. Lakukan amalan membaca, memahami, dan merenung makna yang terkandung di dalamnya secara rutin. Kandungan Al-Quran dapat membantu menenangkan jiwa dan memberikan perspektif yang lebih baik tentang kehidupan.

Tip #6: Bersyukur dengan Nikmat yang Ada
Mengamalkan rasa syukur atas segala nikmat yang Allah berikan dapat mengurangkan rasa kecewa dan cemburu, dan pada masa yang sama meningkatkan rasa puas hati dengan apa yang kita miliki, sesuai dengan ajaran Islam.

Tip #7: Membangun Hubungan dengan Komuniti dan Keluarga
Islam mementingkan hubungan sosial, dan bersosialisasi dengan anggota komuniti dan keluarga dapat membantu meredakan stress. Lakukan aktiviti bersama dan berikan sokongan antara satu sama lain untuk mempereratkan ikatan.

Ada banyak kerja kita nak buat sementara hidup..

Semakin meningkat usia, memang dianggap sebagai fasa kehidupan yang penuh dengan cabaran. Namun, pengalaman hidup yang Allah perjalankan menyebabkan lebih stabil mental dan rohani. In shaa Allah

Jadi, Anda rasa kita ada masa tak nak sakit kepala?

#DrAzuraHashim
https://t.me/drazuraofficial

3 weeks, 3 days ago
Amiin ***🤲🏻***

Amiin 🤲🏻

#DrAzuraHashim

We recommend to visit

Mengenal Ajaran Islam Lebih Dekat

Jangan lupa untuk subscribe Youtube.com/rumayshotv dan aktifkan notifikasinya, InsyaAllah akan banyak ilmu yang dikaji di channel kami :)

Last updated 2 weeks, 1 day ago

PROJETO GRATUITO FEITO PELA FANSUB CIDADE PROIBIDA ⛩️
https://t.me/cidadeproibida

Last updated 7 months, 3 weeks ago

Speaker | Coach | Best selling Author

Last updated 13 hours ago