Dive into the Ultimate Free Library: Your One-Stop Hub for Entertainment!

DR AZURA OFFICIAL

Description
Speaker | Coach | Best selling Author
Advertising
We recommend to visit

Mengenal Ajaran Islam Lebih Dekat

Jangan lupa untuk subscribe Youtube.com/rumayshotv dan aktifkan notifikasinya, InsyaAllah akan banyak ilmu yang dikaji di channel kami :)

Last updated 5 days ago

PROJETO GRATUITO FEITO PELA FANSUB CIDADE PROIBIDA ⛩️
https://t.me/cidadeproibida

Last updated 7 months, 2 weeks ago

Speaker | Coach | Best selling Author

Last updated 3 days, 19 hours ago

2 days, 11 hours ago
Semakin meningkat usia, memang dianggap sebagai …

Semakin meningkat usia, memang dianggap sebagai fasa kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Namun, pengalaman hidup yang Allah perjalankan menyebabkan lebih stabil mental dan rohani.

Salam Sayang,
Dr Azura Hashim
https://t.me/drazuraofficial

2 days, 16 hours ago
Pekerjaan merupakan ibadah dan amanah. Lakukan …

Pekerjaan merupakan ibadah dan amanah. Lakukan secara efektif dan produktif.

Sempena Hari Pekerja 1 Mei lalu, saya kongsikan bagaimana antara tip menjadi pekerja cemerlang, secara tidak langsung menghasilkan individu yang cemerlang juga.

  1. Rancang Tugasan Harian - Membuat senarai aktiviti @ task untuk menentukan keutamaan

  2. Menambah Ilmu – Mencari ilmu atau sumber yang boleh membantu meningkatkan value dalam diri

  3. Terima Kesilapan – Semua orang ada silapnya, akui, dan belajar supaya tidak melakukan kesilapan yang sama

  4. Jalinan Hubungan – Bina hubungan yang baik dengan rakan sekerja, mendengar dan membantu rakan sepejabat

Semoga kita semua dikurniakan kekuatan dan semangat dalam menjalankan tugasan walau apa jua pekerjaan yang kita lakukan.

Niatkan apa yang kita buat adalah ibadah, moga ianya menjadi ladang pahala, amiin

Salam Sayang,
Dr Azura Hashim

4 days, 17 hours ago

Anda rasa saya ada masa nak sakit kepala? Siapa ingat iklan ni? Iklan apa ek?

Tip mudah yang Ustaz pesan dapat membantu kita mendapatkan ketenangan di umur begini.

Tip #1: Amalkan Solat awal Waktu
Solat merupakan tiang agama dan ia adalah cara untuk berkomunikasi dengan Pencipta kita. Ini membantu menenangkan jiwa dan menghilangkan kegelisahan. Jaga waktu solat, in shaa Allah, Allah jaga kita.

Tip #2: Berserah Diri pada Allah (Tawakkul)
Tawakkul adalah proses menyerahkan segala urusan kepada Allah dan percaya sepenuhnya dengan ketentuan-Nya. Ketika menghadapi tekanan, amalkan tawakkul ini sebagai pengingat bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang.

Tip #3: Berdoa dan Mengadu kepada Allah
Mengungkapkan apa yang kita rasakan dalam doa boleh menjadi sangat melegakan. Luahkan segala kesulitan dan harapan anda kepada Allah melalui doa. Ini tidak hanya membantu untuk meraih ketenangan hati tetapi juga mendekatkan kita kepada-Nya.

Tip #4: Bertawakal dan Usaha
Selain berdoa, Islam mengajar kita pentingnya bertawakal selepas berusaha. Melakukan yang terbaik dalam segala usaha dan kemudian menyerahkan hasilnya kepada Allah adalah cara yang seimbang untuk menjalani kehidupan.

Tip #5: Membaca dan Memahami Al-Quran
Al-Quran bukan sekadar panduan hidup, tetapi juga penenang hati. Lakukan amalan membaca, memahami, dan merenung makna yang terkandung di dalamnya secara rutin. Kandungan Al-Quran dapat membantu menenangkan jiwa dan memberikan perspektif yang lebih baik tentang kehidupan.

Tip #6: Bersyukur dengan Nikmat yang Ada
Mengamalkan rasa syukur atas segala nikmat yang Allah berikan dapat mengurangkan rasa kecewa dan cemburu, dan pada masa yang sama meningkatkan rasa puas hati dengan apa yang kita miliki, sesuai dengan ajaran Islam.

Tip #7: Membangun Hubungan dengan Komuniti dan Keluarga
Islam mementingkan hubungan sosial, dan bersosialisasi dengan anggota komuniti dan keluarga dapat membantu meredakan stress. Lakukan aktiviti bersama dan berikan sokongan antara satu sama lain untuk mempereratkan ikatan.

Ada banyak kerja kita nak buat sementara hidup..

Semakin meningkat usia, memang dianggap sebagai fasa kehidupan yang penuh dengan cabaran. Namun, pengalaman hidup yang Allah perjalankan menyebabkan lebih stabil mental dan rohani. In shaa Allah

Jadi, Anda rasa kita ada masa tak nak sakit kepala?

#DrAzuraHashim
https://t.me/drazuraofficial

1 week, 4 days ago
Amiin ***🤲🏻***

Amiin 🤲🏻

#DrAzuraHashim

1 week, 5 days ago
Setiap hari adalah peluang. Buatlah yang …

Setiap hari adalah peluang. Buatlah yang terbaik.

Semoga kita semua Allah izinkan menjadi hamba yang sentiasa bersyukur. In Shaa Allah

#DrAzuraHashim

1 week, 5 days ago
**DULU BILA TENGOK TULISAN SAYA SIKIT …

DULU BILA TENGOK TULISAN SAYA SIKIT PUN DAH SENYUM 🤭****

Dulu saya takut bila di tolak ke depan, now petik je nama, In Shaa Allah boleh - Puan Zamilah

Alhamdulillah.

Melalui tulisan tangan boleh Bangunkan Potensi & Memahami Karakter Seseorang!
In Shaa Allah

Jumpa hujung minggu ini, saya akan kongsikan Dahsyatnya Tulisan Tangan.

27 April 2024 (Sabtu)
8.30 am - 11.30 am
Zoom

Daftar di : https://masteryacademy.my/order/form/dtt-s/telegram

#DrAzuraHashim
https://t.me/drazuraofficial

2 weeks, 5 days ago
Setiap pengalaman adalah pelajaran terindah untuk …

Setiap pengalaman adalah pelajaran terindah untuk kita.

Sentiasa menambah nilai dalam diri untuk lalui kehidupan mendatang.

Be Better, In Shaa Allah

#DrAzuraHashim

2 weeks, 5 days ago
**PUASA 6 DI BULAN SYAWAL**Puasa 6 …

PUASA 6 DI BULAN SYAWALPuasa 6 di bulan Syawal ini boleh dilakukan berturut-turut atau selang seli, asalkan masih di bulan Syawal.

Paling afdhal adalah berturut-turut mulai 2 Syawal, atau mana-mana hari dalam bulan Syawal (selain 1 Syawal)

Antara tip lain adalah puasa pada hari Isnin dan Khamis, serta pada hari putih iaitu pada 13,14 dan 15 Syawal, untuk tahun ini jatuh pada 22,23 dan 24 April ini.

Perlu kuat semangat dan rancang nak puasa bila, banyak open house kan?

Lakukan ikut kemampuan diri ya, peluang ini tak datang selalu, jom sama-sama kita usaha buat.

Ada yang dah start puasa 6 ke?

Salam Sayang,
Dr Azura Hashim

2 weeks, 5 days ago
**GUNAKAN SEMASA BEKERJA**

GUNAKAN SEMASA BEKERJA

Menarik untuk diri sendiri
Digunakan semasa bekerja bersama rakan dan majikan

Mudah untuk berkomunikasi bila dah faham kan?

Pastikan klik link di bawah sekarang, sesi yang amazing dan tak rugi untuk sertai:

https://masteryacademy.my/order/form/dtt-s/telegram

#DrAzuraHashim
#personality
#graphologymalaysia
#rahsiatulisan
#analisistulisantangan

3 weeks, 5 days ago

Masya Allah...Semuanya bermula dengan 3 M (Minat, Move, Mengapa).

  1. Semuanya bermula dari suka- suka. Belajar untuk diri sendiri. Seronok sangat. Sekali, dijadikan cerita anak ketiga saya ada masalah pembelajaran. Bila buat assessment, rupanya ada syndrom dyslexia.

  2. Bila saya amati tulisannya, memang Allah dah zohirkan 'thinking pattern' di tulisan. Tapi saya tak pernah perasan.

  3. Sejak itulah saya mula buat perkongsian sikit- sikit mengenai ilmu tulisan tangan. Mula- mula kongsi dengan kawan- kawan.

  4. Tak sangka. Ada organisasi yang besar jemput untuk berkongsi dengan usahawan. Bayaran pun menarik.

  5. Mula mendapat jemputan dari media- media massa. Seingat saya, TV Al hijrah yang pertama. Diikuti dengan TV3, Ikim dan banyak lagi. Sehingga sekarang, saya pun tak boleh nak recall berapa banyak jemputan dah.

  6. Ada juga majalah terkenal cover cerita saya sampai lebih dari 5 muka surat. Allahuakbar. Masya Allah.

  7. Ada juga yang cemuh. Lagi ada yang mengata. Lagi kuat saya buat research. Sebab saya bukan suka main cerita. Banyak kajian, boleh tengok di Google scholar. Mengenai kebolehgunaan analisis tulisan tangan. Ada reliability dan validiti.

  8. Saya dijemput untuk berkolaborasi dengan universiti- universiti awam tempatan. Siap dapat geran untuk kajian mengenai analisis tulisan tangan. Dah dua artikel berjaya menyertai 'International Conference'

  9. Antara kajian mengenai analisis tulisan tangan adalah 'Personality Trait' dan 'Depression' .

  10. Juga bagaimana nak kenal pasti masalah diri sebab yang berkaitan dengannya. Cara mengubah diri. Seperti depression, stress dan sebagainya

  11. Berjaya berkolaborasi dengan universiti awam tempatan. Kami keluarkan pensijilan Analisis Tulisan Tangan bersama.

  12. Buku- buku yang telah kami terbitkan di bawah 'siri panduan grafologi' menjadi buku teks untuk modul- modul dibawah pensijilan.
    Allahuakbar...

Bila pandang belakang. Rasa nak nangis dengan perjalanan yang bermula dengan suka- suka. Tetapi bertukar menjadi serius bila ada niat nak sebarkan kebaikan dan ilmu.

Tambahkan lagi dengan :

  1. Minat (Passion)
  2. Move (Terus- buat aje)
  3. Mengapa yang kuat (Why)

Apa- apa pun, semuanya dengan izin Allah.

Moga Allah membimbing setiap gerak langkah saya. Sentiasa dibawah redha dan keberkatanNya.
Aamiin

InsyaAllah saya akan berkongsi ilmu analisis tulisan tangan / grafologi ini di https://masteryacademy.my/order/form/dtt-s/telegram

Jika nak kenal karakter diri dan orang sekeliling, picit link di atas laju-laju.

#DrAzuraHashim
Master of Handwriting Analysis, USA
https://t.me/drazuraofficial

We recommend to visit

Mengenal Ajaran Islam Lebih Dekat

Jangan lupa untuk subscribe Youtube.com/rumayshotv dan aktifkan notifikasinya, InsyaAllah akan banyak ilmu yang dikaji di channel kami :)

Last updated 5 days ago

PROJETO GRATUITO FEITO PELA FANSUB CIDADE PROIBIDA ⛩️
https://t.me/cidadeproibida

Last updated 7 months, 2 weeks ago

Speaker | Coach | Best selling Author

Last updated 3 days, 19 hours ago