Why Pay for Entertainment? Access Thousands of Free Downloads Now!

Volunteer@MyCARE

Description
Saluran informasi terkini mengenai aktiviti sukarelawan untuk bersama menyumbang kepada usaha - usaha kemanusiaan MyCARE.

MyCARE (729288-P) adalah institusi kemanusiaan Malaysia yang terkehadapan dalam menjalankan misi-misi kemanusiaan di seluruh negara.
Advertising
We recommend to visit

🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻

🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA

🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021

Last updated 1 month, 1 week ago

Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)

@software_application

Dalam group ini Sir Race akan kongsikan banyak tips belajar, ebook, info biasiswa dan macam2 lagi secara PERCUMA.

Jangan share any link dalam group ini, akan diremove and ban. Pandai pandailah hidup nanti.

Last updated 5 months, 3 weeks ago

4 days, 4 hours ago

SUKARELAWAN @ PBAKL

Salam. Hai semua!

Nak tak terlibat dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dan pada masa yang sama dapat sebarkan isu kemanusiaan bersama MyCARE?🔥

Sekiranya anda mempunyai waktu terluang, inilah masanya untuk mencipta memori bersama kami. 😎

Skop Tugas ! 🤩
• Memperkenalkan MyCARE kepada orang ramai
• Mengedar flyers kempen
• Mempromosi buku - buku MyCARE
• Membuka pendaftaran sukarelawan

Mudah sahaja kan. Kami perlukan komitmen anda untuk sama-sama memperkenalkan MyCARE nanti.

Tawaran Menarik ! 😍
• Elaun makan
• Sijil penyertaan
• Cenderahati
• Kenderaan disediakan dari MyCARE

Diharapkan penglibatan sukarelawan dapat membantu memberi kesedaran tentang isu kemanusiaan kepada para pengunjung di sana. 🥳

DAFTAR Sekarang! Tempat terhad 👇🏻
https://bit.ly/VOLPestabukuPBAKL2024

Tarikh tutup permohonan: 21 Mei 2024

Pengesahan penyertaan akan dimaklumkan selepas tarikh tutup. Siapa cepat dia dapat 🤗

#PBAKL2024 #KLIBF2024 #KamiSquadMyCARE #MyCAREvolunteers #SukarelawanMalaysia #MyCARE

4 days, 5 hours ago

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)
MyCARE ada reruai di PBAKL?

Biar betul gais?

Haah, macam tak percaya kan, tapi kami pernah berada di sana pada tahun 2022.

Alhamdulillah, unit Kesukarelawanan MyCARE terpanggil sekali lagi untuk berada di PBAKL pada tahun ini bagi memperkenalkan MyCARE dan mempromosikan kempen MyQurbani kepada orang ramai.
Ayuh! Pelbagai Aktiviti Menarik disediakan untuk Anda!

Jualan Buku Kemanusiaan|Mewarna untuk kanak-kanak | Kempen MyQurbani | Kuiz & Soal Jawab - Roda Kemanusiaan | Pendaftaran Sukarelawan 'KamiSquadMyCARE'

Jumpa anda di sana bersama staf & sukarelawan kami.

"Nurturing Humanity, Making A Difference"#PBAKL2024 #KLIBF2024 #KamiSquadMyCARE #MyCAREvolunteers #SukarelawanMalaysia #MyCARE

5 days, 5 hours ago

✋🏻TRAINING OF VOLUNTEER (TOV) 2024🤚🏻

Alhamdulillah, seramai 37 orang peserta telah mengikuti Training of Volunteer (TOV) anjuran MyCARE HQ pada 11 Mei 2024 yang lalu.

TOV kembali lagi setelah setahun lebih tertangguh ekoran kerja-kerja pengubahsuaian pejabat MyCARE sejak Disember 2022, dan kali ini turut disertai oleh barisan fasilitator berpengalaman, yang sebahagiannya juga merupakan alumni TOV 2022.

Melalui TOV ini, peserta dapat mengetahui lebih mendalam tentang MyCARE beserta peranan yang boleh diceburi sukarelawan bersama MyCARE. Tambahan topik berkenaan Core Humanitarian Standard (CHS) dan Child Safeguarding Policy menambah pengetahuan sukarelawan dalam penglibatan sebagai seorang sukarelawan.
Bersempena kempen MyQurbani 1445H, peserta dilibatkan dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan bagi membincangkan dan mengeluarkan idea menarik supaya dapat bersama menggerakkan kempen ini. Pengendalian aktiviti ini telah menambah kefahaman dan penghayatan bukan sahaja para penyampai dan fasilitator malahan peserta juga, melalui pelbagai pendekatan baru dan menarik dalam dunia kesukarelawanan.

Program diakhiri dengan sesi bergambar dan rantaian maklum balas yang memberangsangkan daripada kalangan peserta.

Semoga sedikit sebanyak perkongsian yang disampaikan telah memberi impak positif buat para peserta dalam menambah pengetahuan masing-masing untuk menyumbang dalam relung kemanusiaan ini.

SYABAS & TAHNIAH! Semoga kita berjumpa di lapangan pula. InsyaAllah.

Mari bersama-sama juga memperkasakan aktiviti para sukarelawan dengan menyumbang di
📌 https://mycare.qrd.by/volunteerfund

Ingin menjadi sukarelawan? Daftar di sini👇🏻
https://www.mycare.org.my/get-involved/

Ayuh sama-sama bantu juga sebarkan posting ini ya!😍😍😍

#TOV #Training #LatihanKesukarelawanan #LatihanInduksi #SukarelawanMalaysia
#KamiSquadMyCARE

2 months ago
Volunteer@MyCARE
2 months, 1 week ago

Salam Ramadan Mubarak!

Ramadan tahun ini pastinya menyuntik semula semangat kita untuk beramal ibadah.

Apa kelainan Ramadan bagi kalian tahun ini?

MyCARE, melalui Unit Kesukarelawanan ingin mengajak para sukarelawan, dan para dermawan semua di luar sana untuk berbagi-bagi rezeki bersama Asnaf, Warga Emas & OKU dan pelarian Palestin di Malaysia.

Macam mana tu?

Sempena projek kami, 'Ramadan: Unity & Hope (RUH)', kami menyediakan ruang untuk anda semua menyumbang mengikut pakej yang terpilih ini.

Pakej A: RM100 - Taja Raya (Ketupat & Kuih Raya)Pakej B: RM50 - Taja Sekampit BerasPakej C: RM50 - Taja Sekilo Daging
Pakej D: RM100 - Taja IftarSalurkan infaq MyRamadan anda di
📌 https://mycare.qrd.by/myramadanvol

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: RamadanAsnaf

Hantar bukti pembayaran jika melalui bank transfer ke:
http://wasap.my/60183832458

Bukan itu sahaja tau,

Kami akan menjalankan program Iftar dan pemberian Hadiah Raya kepada golongan asnaf yang memerlukan;

beserta program Khidmat Sosial juga akan dijalankan bagi mengimarahkan bulan Ramadan dengan program kesukarelawanan & mengembalikan keceriaan kepada mereka yang memerlukan dalam persiapan menyambut Raya Aidilfitri.

Sebarkan mesej ini agar lebih ramai dapat dibantu!

#TajaanIftar #TajaanRaya #TajaanRamadan #VirtualVolunteer #SukarelawanMalaysia #KamiSquadMyCARE

2 months, 1 week ago

MyRamadan: Iftar bersama Warga Emas

Kami Squad MyCARE baru selesai tinjau lokasi untuk program Iftar bersama Warga Emas hari Sabtu ini. Kami melihat rata-rata dari penghuni di sini sedang memandang ke luar melihat orang lalu lalang. Kami dapat merasai kesunyian dalam hati mereka. Seusai tiba, dengan ramah mereka sambut kedatangan kami.

Ayahanda & Bonda sampaikan pesan pada kami yang mereka sudah tak sabar nak jumpa dan beraktiviti Sabtu ini. Kita akan adakan sesi bercerita dan aktiviti psikososial juga bersama mereka. 😍

Orang ramai yang ingin menyumbang dan menaja menu berbuka, boleh sama-sama menyumbang ke:
📌 https://mycare.qrd.by/myramadanvol

Butiran program:
Tarikh: 16 Mac 24 (Sabtu)
Masa: Bermula 2 petang hingga maghrib
Tempat: Pusat Jagaan Al Fikrah, Kajang

Ayuh, kita gembirakan Ayahanda & Bonda serta imarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kesukarelawanan!

Antara komuniti lain yang akan kami agihkan untuk tajaan Iftar ini adalah asnaf dan pelarian Palestin di Malaysia.

Iftar dan moreh dikongsi bersama.

"Ramadan Kita, Nikmat Bersama"

#KamiSquadMyCARE #TajaanIftar #TajaanMoreh #SedekahRamadan #SukarelawanMalaysia

4 months, 1 week ago
**Hari Aksi Sedunia: Hentikan Perang di …

Hari Aksi Sedunia: Hentikan Perang di Gaza, Gencatan Senjata Sekarang!

Ayuh kita turun beramai-ramai Sabtu ini, 13 Januari 2024, di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan bantahan kita ke atas pembunuhan dan genosid di Gaza.

Sebar-sebarkan.

5 months, 1 week ago
Volunteer@MyCARE
5 months, 1 week ago
Volunteer@MyCARE
6 months ago
Mafla On Friday

Mafla On Friday

Ayuh kita pakai mafla Palestin esok (Jumaat) sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin.

Ambil gambar anda dan tag MyCARE di FB, Insta dan TikTok!

Jangan pakai sorang-sorang. Tularkan post ini kepada rakan-rakan anda.

Jom pakai mafla esok!

t.me/MyCARE

We recommend to visit

🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻

🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA

🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021

Last updated 1 month, 1 week ago

Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)

@software_application

Dalam group ini Sir Race akan kongsikan banyak tips belajar, ebook, info biasiswa dan macam2 lagi secara PERCUMA.

Jangan share any link dalam group ini, akan diremove and ban. Pandai pandailah hidup nanti.

Last updated 5 months, 3 weeks ago