KELUARGA MUKMINAAT BIAH ALMUSTOFAWIYYAH

Description
Channel Khas Mukminaat
Advertising
We recommend to visit

Channel Khas Mukminaat

Last updated 3 days, 21 hours ago

Реклама — t.me/Jkfrbtsr

Last updated 1 month, 1 week ago

Last updated 6 months ago

3 days, 22 hours ago
بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Humaid bin Kasib, telah menceritakan kepada kami Al Mughirah bin Abdurrahman dari Abdullah bin Sa'id bin Abu Hind dari Ziyad bin Abu Ziyad bekas budak Ibnu Abbas dari Abu Bahriyah dari Abu Darda` bahwa Nabi ﷺ bersabda, "Maukah kalian saya beritahukan tentang sebaik-baik amalan kalian dan yang lebih dicintai oleh Rabb kalian, lebih mulia bagi kalian dari bersedekah dengan emas dan perak serta dari berperang dengan musuh-musuh kalian kemudian kalian tebas batang leher mereka dan (atau) mereka menebas batang leher kalian?" para sahabat bertanya, "Apakah amalan itu wahai Rasulullah?" beliau menjawab, "Berzikir kepada Allah." Mu'adz bin Jabal berkata, "Tidaklah suatu amalan yang di kerjakan oleh seseorang lebih dapat melindungi dirinya dari azab Allah 'Azza wa Jalla selain berzikir kepada Allah." [HR Ibnu Majah]

Mari sama² kita berzikir 🌷

Bagi yang berhajat nak dapatkan kitab Zikir boleh ke link berikut insyaaAllah;
wasap.my/60193553769/Khulasoh

4 days ago
بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

Daripada Abu Saʿīd al-Khudrī, beliau meriwayatkan bahawa: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ ditanya: Siapakah di kalangan hamba-hamba [Allah] yang paling utama kedudukannya di sisi Allah pada hari Kiamat?”. Baginda ﷺ menjawab: “Orang-orang lelaki yang berzikir kepada Allah dengan banyak dan orang-orang perempuan yang berzikir (dengan banyak).” Saya berkata: “Wahai Rasulullah! Dan [mereka] lebih utama daripada orang yang berperang di jalan Allah?” Baginda ﷺ menjawab: “Sekiranya orang yang berperang itu memukul dengan pedangnya orang-orang kafir (harbi) dan orang-orang mushrik (yang harbi) sehingga ia berkecai dan tubuhnya dipenuhi darah, pastilah orang-orang yang berzikir kepada Allah SWT dengan banyak itu lebih tinggi darjatnya berbandingnya.”

[Riwayat Tirmizi]

Mari sama² kita berzikir 🌷

Bagi yang berhajat nak dapatkan kitab Zikir boleh ke link berikut insyaaAllah;
wasap.my/60193553769/Khulasoh

4 days, 2 hours ago
KELUARGA MUKMINAAT BIAH ALMUSTOFAWIYYAH
1 week, 5 days ago
بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

Telah menceritakan kepada kami Hasan, telah menceritakan kepada kami Ibnu Lahi'ah, telah menceritakan kepada kami Zabban dari Sahl bin Mu'adz dari Bapaknya dari Rasulullah ﷺ ada seorang yang bertanya kepada beliau, jihad apakah yang paling besar pahalanya? Beliau menjawab, orang yang paling banyak berzikir kepada Allah Tabaraka wa Ta'ala. Dia bertanya lagi, 'Puasa apakah yang paling banyak pahalanya? Beliau menjawab, 'Orang yang paling banyak berzikir kepada Allah Tabaraka wa Ta'ala.' Lalu beliau menyebutkan Salat, zakat, haji dan sedekah kepada kami. Kesemuanya Rasulullah ﷺ bersabda, "Orang yang paling banyak berzikir kepada Allah Tabaraka wa Ta'ala." Abu Bakar radhiallahu'anhu berkata kepada Umar radhiallahu'anhu, 'Wahai Abu Hafs, orang yang berzikir membawa semua kebaikan? Rasulullah ﷺ bersabda, "Ya". [HR Ahmad]

Jom sahabat² muslimah pecinta Agama pecinta Akhirat, SEBAR²kan, SHARE banyak²..

Ajak ramai², kita berzikir (Zikir Tahajjud) sama² insyaaAllah 🌷

1 week, 5 days ago
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh para pencinta Nabi …

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh para pencinta Nabi Muhammad ﷺ 🤍 

Mari kita bersama-sama menzahirkan rasa cinta kepada Baginda dengan mulai pagi kita dengan bacaan doa bangun tidur, seterusnya membaca Zikir Lafzul Jalalah, Nasab Nabi, selawat A’zimiyyah, dan Zikir Qalbu (yang apabila diamalkan, in sha Allah hati kita akan sentiasa hidup, hati kita tidak akan mati selamanya). Jom pasang niat-niat dan hajat-hajat soleh, in sha Allah pasti diijabah! 🤲🏼

Semoga dengan mencintai Rasulullah ﷺ, kita akan semakin dekat dengan Allah swt.

Aamiinn ya robbal a’lamin
Fi khairin wa lutfin wa afiah

🤍🤍🤍🤍🤍

1 week, 5 days ago

𝖪ꪱᜒડɑ𝗁 𝖠ʝɑꪱᜒᑲ - 🌼(KISAH PEMUDA YANG MEMALUKAN HABIB ABU MUHAMMAD)

2 months, 1 week ago
Assalamualaikum semua ***🤍***

Assalamualaikum semua 🤍

Jangan lupa, sentiasalah bersama dengan siwak walau di mana kita berada 📌

Semoga dengan mengagungkan sunnah Nabi ﷺ , kita akan dicintai dan sentiasa dirahmati oleh Allah  ﷻ 🌹

2 months, 1 week ago
Assalamualaikum wbt ***🌹***

Assalamualaikum wbt 🌹

Jom sama-sama kita sokong usaha Al Fadhilah Ustazah Fitrah Attareemiyyah dalam membina jiwa remaja agar menjadikan Sayyidatina Fatimah Azzahra sebagai idola 🥰

Bacaan Kitab Iqdullul malam ini:

Fasal 9
Pembaca : NUR LIYANA ZAFIRAH
Umur: 13 TAHUN
Dari : MELAKA
Ibunya : SHARINA ABU BAKAR

Semoga adik NUR LIYANA ZAFIRAH membesar menjadi anak yang solehah, pendakwah yang warak, berakhlak mulia, penyayang, tawadduk, penyabar, dan semoga menjadi kebanggaan dan penyejuk mata Rasulullah saw dan kedua ibu bapanya 🤲🏼

Aamiin ya Robbal A’lamin
Fi khairin wa lutfin wa afiah

2 months, 1 week ago
بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt semua 🤍

Sesi Hikayatun Qobla Naum akan bermula sebaik selesai bacaan wirid ba’da Maghrib & Isya’ 🥰

Jangan lupa untuk tuliskan nama anak-anak yang hadir pada malam ini yang mendengar kisah bersama adik Nailah & Kak Rummanah.

Semoga adik-adik membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, beroleh kemenangan di dunia akhirat dan menjadi penyejuk mata kepada kedua ibubapa dan menjadi hamba yang dicintai Allah swt dan Rasulullah ﷺ

آمين يا رب العالمين
في خير ولطف وعافية
🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼

2 months, 2 weeks ago
Doa yang boleh diamalkan ketika memasuki …

Doa yang boleh diamalkan ketika memasuki bulan Rejab adalah seperti berikut :

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Allahuma baariklana fi rajab wasya’ban wa ballighna ramadhan

Maksudnya : “Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”

[Hadis Riwayat Baihaqi]

27 hari menjelang Ramadhan 💖
Semoga Allah panjangkan umur kita hingga dapat bertemu Ramadhan yang mulia, bulan penghapus dosa. Pilihlah kami untuk menjalani ibadah di bulan Ramadhan pada tahun ini Ya Allah 🤲🏼

Marilah kita sama-sama membuat persiapan bagi menempuh Ramadhan kali ini dalam keadaan hati kita telah pun bersih dari sifat-sifat mazmumah 📌

آمين يا رب العالمين
في خير ولطف وعافية

We recommend to visit

Channel Khas Mukminaat

Last updated 3 days, 21 hours ago

Реклама — t.me/Jkfrbtsr

Last updated 1 month, 1 week ago

Last updated 6 months ago