Syaurah Ishak

Description
📚Penulis 7 buah buku berkenaan hafazan Quran
🎙️ Speaker(200+ tahfiz school)
📍Founder Nasyrah Consultant
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 4 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 months ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago

2 months, 1 week ago

Pelajaran terbesar yang saya dapat daripada Sura As Syuara' ini. Bertahun saya usahakan untuk benar benar ingat sehingga satu masa, saya menyerah kalah. Mahu pejamkan mata sahaja. Kalau ditebuk, mesti masuk ke ayat lain. Benar benar jauh.

Tapi asbab kasih sayang Tuhan, dia tetap mahu saya ingat kalamNya. Makanya dicampak saya ke dalam jurusan tahfiz lagi. Minggu lepas saya tasmik surah ini dengan penuh debaran. Hmm.Tuhan sahaja yang memahami.

Saya pulun juga sebab saya tidak mahu kecewakan ustazah saya. Saya tidak mahu memberi tekanan pada ustazah saya, kalau terpaksa mendengar bacaan saya yang banyak kesilapan. Pagi, malam diulang ulang dan akhirnya, alhamdulillah.

Satu perasaan yang tidak mampu digambarkan. Saya cuba merefleksi diri, ambil masa sendirian untuk muhasabah. Benarlah kata Tuhan,

(ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ)
[Surat Fatir 32]

Maksudnya :Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)

Bukan persekitaran yang salah.
Bukan guru yang salah.
Bukan kawan yang salah.
Tetapi diri sendiri yang salah.

Belum cukup usaha.
Tapi mahu terus mengalah?
Tuhan,ampunkan kami. Jangan Kau jadikan kami di dalam golongan yang zalim pada diri sendiri.

Syaurah Ishak,
Masih usaha untuk mengingat kalamNya.

2 months, 1 week ago
Syaurah Ishak
2 months, 1 week ago
MINGGU TERAKHIR KEM HAFAZAN QURAN***📢***

MINGGU TERAKHIR KEM HAFAZAN QURAN📢

Bagaimana ibu ayah yang punya anak tahfiz sepanjang cuti sekolah ini?

Hafazan anak-anak okay?

Jika ibu ayah risau lihat anak anak masih belum buka Quran, tak mengapa. Kami masih jalankan Kem Hafazan Quran untuk seminggu akhir saja lagi. Pendaftaran masih dibuka.😊

https://nasyrah.onpay.my/order/form/KHCS2024Dis/141

#syaurahishak #kemhafazancutisekolah

4 months ago
Syaurah Ishak
4 months ago
Kem Hafazan versi Cuti Sekolah bulan …

Kem Hafazan versi Cuti Sekolah bulan Disember 2024 sudah dibuka!

Untuk para pelajar dan ibu bapa yang masih belum ada perancangan untuk diri dan anak-anak mereka, boleh sertai kami secara online sahaja.

In shaa Allah, kami akan bantu dan bimbing sedaya upaya pelajar-pelajar dalam memantapkan lagi hafazan mereka

Jemput daftar di https://nasyrah.onpay.my/order/form/KHCS2024Dis/141

4 months, 2 weeks ago

AKAD YANG TERMETERAI PART 1

  1. Saya tidak pernah menyangka bahawasanya saya akan menjadi penghafaz Al Quran suatu masa nanti. Namun pernah suatu hari, saya terlihat seorang wanita yang juga penghafaz Al Quran, dengan bertudung labuh. Saya sangat tertarik dengan perwatakannya, asbab itu terdetik mahu menjadi sepertinya. Tanpa disangka, Allah melorongkan saya ke jalan sebagai seorang penghafaz Al Quran.

Saya belajar bahawasanya pada niat yang baik,pasti akan dibuka jalan daripada jalan yang tidak disangka. Jaga niat kerana ia akan membawa ke mana kita.

  1. Saya seperti penghafaz Al Quran yang lain juga, pernah mahu menyerah kalah daripada medan ini. Bermula daripada hari pertama saya ceburi dunia ini lagi, saya sudah mahu menyerah kalah. Saya hubungi kedua orang tua saya dan maklum pada mereka bahawasanya saya mahu berhenti daripada medan ini. Namun merekalah yang terus menguatkan dan tidak pernah putus memberi semangat.

Saya sedar bahawasanya saya tidak akan mampu membalas jasa mereka selamanya, sekalipun saya mempunyai seluruh dunia ini dan saya tahu bahawasanya, kedua orang tua saya mengharapkan agar saya menjadi sebahagian saham akhirat mereka. Untuk itu, tiada sebab untuk saya menyerah kalah.

Tidakkah Syurga itu ada bayarannya (?)

Moga usaha ini menjadi bayarannya.

  1. Saya pernah merasai penyesalan pada diri atas kurangnya ingatan saya padanya. Ada satu ketika, ustaz menebuk hafalan yang baru sahaja saya hafaz (tidak kurang sebulan) , namun saya gagal menjawab setiap persoalan itu. Saat itu, saya mula menyedari bahawasanya Al Quran ini bukanlah seperti buku buku yang lain. Saya memahami bahawasanya satu detik kita meninggalkan ia, sepuluh detik ia meninggalkan kita.

Perjalanan untuk memahami erti sebenar hamilul Quran ini ialah satu proses.

Mungkin hari ini,

Kita menghafaz tanpa memahami apa yang dihafaz. Tetapi suatu saat, akan tiba satu masa yang memahamkan kita, mengapa perlu menghafaz dengan memahami apa yang dihafaz.
by
(Akan disambung lagi)

Syaurah Ishak,
Saya mahu terus setia dengannya sehingga dijemput Allah.

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 4 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 months ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago