Dive into the Ultimate Free Library: Your One-Stop Hub for Entertainment!

TV Pertiwi Official

Description
Denyut Jantung Ummah
Advertising
We recommend to visit

Kita adalah bro and sis sampe surga😾

Last updated 3 weeks, 4 days ago

Saluran Informasi Palestin

Last updated 1 day, 2 hours ago

paid promote: @ppaiidppromote

@masaadepanku

Last updated 3 weeks, 4 days ago

1 неделя, 2 дня назад
Pertembungan empat penjuru di PRK Kuala …

Pertembungan empat penjuru di PRK Kuala Kubu Baharu bakal beri saingan.

Saingan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan saingan empat penjuru termasuk seorang calon Bebas.

https://youtu.be/jtlulU03a4o

Ikuti Tiktok Berita Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official:
https://www.tiktok.com/@beritapertiwi
https://t.me/tvpertiwi
#TvPertiwi

1 неделя, 2 дня назад
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid …

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sebab utama pihaknya menyokong calon PH-DAP, Pang Sock Tao adalah kerana mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan.

“Prinsip kami ialah wakil yang akan dipilih pengundi Kuala Kubu Baharu mesti datang daripada parti Kerajaan. Biar apa pun parti wakili Kerajaan Perpaduan, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang akan dipilih mesti mewakili Kerajaan, kerana kita mendukung Kerajaan Negeri dan Persekutuan,” ujarnya di Pusat Penamaan Calon Kuala Kubu Baharu hari ini.

Ujarnya, ini bukan kali pertama pihaknya berbuat begini, kerana UMNO turut pernah dibantu oleh PH-DAP ketika berlangsungnya beberapa PKR khususnya di Tioman, Pelangai dan Kemaman.

Ahmad Zahid turut menyedari, terdapat pihak-pihak yang tertentu yang cuba melaga-lagakan parti-parti komponennya dan partinya pada PRK kali ini.

Sumber: FMT

Ikuti Tiktok Berita Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official:
https://www.tiktok.com/@beritapertiwi
https://t.me/tvpertiwi
#TvPertiwi

1 неделя, 2 дня назад
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan …

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan orang ramai boleh melaporkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Ia susulan, suruhanjaya berkenaan baru sahaja membuka sebuah bilik gerakan yang beroperasi selama 24 jam mulai hari ini sehingga 11 Mei yang bertempat di SPRM Selangor di Shah Alam, Selangor.

Orang turut boleh menyalurkan aduan kesalahan rasuah berkenaan menerusi emel prk2024_sel@sprm.gov.my atau menghubungi talian 03-5524 8318 atau 03-5525 6500.

Pada masa sama, kesemua calon dan parti politik yang bertanding juga diingatkan untuk tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sumber: SPRM

Ikuti Tiktok Berita Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official:
https://www.tiktok.com/@beritapertiwi
https://t.me/tvpertiwi
#TvPertiwi

2 недели, 2 дня назад
Pemerintah Pusat AS (CENTCOM) menafikan laporan …

Pemerintah Pusat AS (CENTCOM) menafikan laporan pada hari Jumaat bahawa Washington melakukan serangan udara di Iraq.

"Kami menyedari laporan yang mendakwa bahawa Amerika Syarikat melakukan serangan udara di Iraq hari ini. Laporan itu tidak benar.

"Amerika Syarikat tidak melakukan serangan udara di Iraq hari ini," tulis CENTCOM di X.

Serangan udara menyasarkan ibu pejabat kumpulan tentera Hashd al-Shaabi di wilayah Babil Iraq awal Sabtu, menurut laporan media.

CNN melaporkan, sekurang-kurangnya tiga orang cedera selepas lima letupan menggegarkan pangkalan tentera yang disokong Iran di Iraq, kata seorang pegawai keselamatan tempatan.

Sumber : Agensi Anadolu

Ikuti Tiktok Berita Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official:
https://www.tiktok.com/@beritapertiwi
https://t.me/tvpertiwi
#TvPertiwi

2 недели, 2 дня назад
Kewujudan titah adendum kes Najib perlu …

Kewujudan titah adendum kes Najib perlu disahkan dan dibuktikan – PEMBELA

Kewujudan Titah Adendum yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 membabitkan tahanan di rumah kepada Datuk Seri Najib Razak perlu disahkan terlebih dahulu.

https://youtu.be/5Rb59WPKPKk

Ikuti Tiktok Berita Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official:
https://www.tiktok.com/@beritapertiwi
https://t.me/tvpertiwi
#TvPertiwi

2 недели, 2 дня назад
Pemimpin politik H4mas, I5mail H4niyeh akan …

Pemimpin politik H4mas, I5mail H4niyeh akan bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu berhubung ketegangan Timur Tengah memuncak.

Pertemuan itu diadakan selepas serangan 15rael ke atas Iran dan Ga4a bersiap sedia untuk serangan baharu Israel.

Sementara itu, Erdogan menghantar Menteri Luarnya, Hakan Fidan ke Doha pada hari Rabu sebagai tanda baharu bahawa Turkiye mahukan berperanan sebagai orang Tengah.

“Saya akan kekal dan meneruskan sokongan mempertahankan perjuangan P4lestin dan menjadi suara rakyat P4lestin yang tertindas selagi Tuhan memberikan saya nyawa,” kata Erdogan.

Sumber: FRANCE24

Ikuti Tiktok Berita Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official:
https://www.tiktok.com/@beritapertiwi
https://t.me/tvpertiwi
#TvPertiwi

2 месяца, 2 недели назад
Sidang kemuncak Kesatuan Afrika pada Ahad …

Sidang kemuncak Kesatuan Afrika pada Ahad menggesa siasatan bebas antarabangsa dilakukan terhadap pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa Isr4el di G4za, termasuk penggunaan senjata yang diharamkan selain menyasarkan hospital dan saluran media di Semenanjung G4za.

Sidang kemuncak itu menggesa Isr4el menyahut seruan antarabangsa untuk gencatan senjata kekal di Semenanjung G4z4 dan mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi mencegah pembunuhan beramai-ramai dan menarik balik kepungan yang tidak adil di wilayah itu, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Sidang kemuncak itu mengutuk serangan kejam Isr4el dan penggunaan kekerasan yang berlebihan terhadap 2.2 juta orang awam yang tidak bersenjata dan mengecam hukuman kolektif terhadap orang awam di G4z4 serta percubaan untuk memindahkan mereka secara paksa ke Semenanjung Sinai.

Sumber: Bernama

Ikuti Tiktok Buletin Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official:

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi3

https://t.me/tvpertiwi

#TvPertiwi

2 месяца, 2 недели назад
Norway bersetuju untuk membantu memudahkan pemindahan …

Norway bersetuju untuk membantu memudahkan pemindahan dana cukai beku yang diperuntukkan untuk Pihak Berkuasa P4lestin (PA) yang dikutip oleh Isr4el.

Di bawah perjanjian damai sementara yang dicapai pada 1990-an, Kementerian Kewangan Isr4el akan mengutip cukai bagi pihak P4lestin dan membuat pemindahan bulanan kepada PA, tetapi pertikaian tercetus mengenai pembayaran susulan serangan 7 Oktober oleh pejuang H4m4s.

Menurut Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Stoere, penyelesaian sementara itu akan membolehkan pembayaran disambung semula dan mengelak keruntuhan kewangan PA bagi membolehkannya membayar gaji dan menyediakan perkhidmatan penting seperti sekolah dan penjagaan kesihatan.

"Ini penting untuk menggalakkan kestabilan di rantau ini dan PA mempunyai legitimasi dalam kalangan rakyatnya.

"PA kemudiannya bersedia menerima dana lain," katanya.

Sumber: Reuters

Ikuti Tiktok Buletin Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official:

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi3

https://t.me/tvpertiwi

#TvPertiwi

2 месяца, 2 недели назад
Pihak polis meminta rakyat Malaysia yang …

Pihak polis meminta rakyat Malaysia yang menyokong rakyat P4lestin menterjemahkan solidariti mereka dengan cara yang betul dan bukan terbabit dengan sebarang kegiatan keganasan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata Malaysia tidak pernah mengklasifikasikan H4mas sebagai pengganas atau militan namun pihaknya akan memastikan tiada rakyat Malaysia terbabit perjuangan Ham4s hingga mengancam keselamatan diri.

"Kita memberi amaran kepada mana-mana individu atau rakyat negara ini agar tidak membuat pergerakan ke kawasan konflik antaranya G4za atas alasan 'berjihad'.

"Kumpulan itu tidak pernah menjemput mana-mana individu atau kumpulan dari negara luar untuk bersama-sama mereka mempertahan kawasan konflik berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau pergerakan dan sebarang aktiviti mempunyai kaitan dengan keganasan sama ada di dalam atau luar negara.

Sumber : Berita Harian

#TvPertiwi

2 месяца, 3 недели назад
Tidak boleh lemah diri, kecewa tanpa …

Tidak boleh lemah diri, kecewa tanpa tindakan perbaiki institusi Mahkamah Syariah.

“Inilah masanya kerajaan yang mempunyai kuasa atau sokongan majoriti Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dari semua pihak mengeluarkan taring untuk dapat membuat perubahan bagi mengatasi kelemahan seperti apa yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Kes Nik Zurina vs Kerajaan Negeri Kelantan dan lain-lain yang telah diputuskan dan lain-kain kes yang bakal di bawa ke Mahkamah satu persatu. Kita semua, lebih-lebih lagi pihak yang berwajib janganlah hanya merasa lemah diri atau hanya kecewa tanpa membuat tindakan yang lebih berkesan untuk memperberbaiki institusi Mahkamah Syariah”. - bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Muhammad Asri Abdullah

https://youtu.be/60ESzSJm4Ds

Ikuti Tiktok Buletin Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official:

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi3

https://t.me/tvpertiwi

#TvPertiwi

We recommend to visit

Kita adalah bro and sis sampe surga😾

Last updated 3 weeks, 4 days ago

Saluran Informasi Palestin

Last updated 1 day, 2 hours ago

paid promote: @ppaiidppromote

@masaadepanku

Last updated 3 weeks, 4 days ago