Infinite Entertainment, Zero Cost: Get Your Free Books, Music, and Videos Today!

Ismaweb.net

Description
Advertising
We recommend to visit

Waryaw MUsic💗
•music
•video
•...

Last updated 1 week, 2 days ago

contact @ofcawrusuhbot

Last updated 1 week, 5 days ago

hace 1 semana, 3 días

**ISMA kesal ahli akademik pro-Zionis dibenar mengajar di universiti ulung negara

Rakyat Malaysia perlu sepakat tentang habis-habisan ajaran bertentangan identiti Malaysia**

BANGI, 16 Syawal 1445H, Khamis - Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kesal dengan kehadiran ahli akademik yang dipercayai pro-Zionis, menyampaikan idea dan pemikirannya kepada komuniti universiti antara yang terulung di Malaysia.

Presiden ISMA, Ustaz Shuhaib ar-Rumy Selamat berkata, pihak berwajib seharusnya menyemak latar belakang mana-mana orang asing sebelum dibenar masuk ke universiti, apatah lagi kebenaran mengajar mengenai perkara yang bertentangan dengan nilai masyarakat setempat.

“Apa kredibiliti yang melayakkan seorang pro-Zionis untuk mengajar rakyat Malaysia tentang keadilan dan nilai kemanusiaan?

“Sebarang percubaan untuk menyebarkan agenda yang bertentangan dengan identiti dan nilai masyarakat Malaysia adalah suatu usaha yang patut ditentang habis-habisan, apatah lagi jika niat jahat ini ditujukan kepada golongan belia dan mahasiswa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, ISMA menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersepakat untuk kekal sensitif dan istiqamah dalam mencantas walaupun sekecil-kecil agenda jahat seumpama ini.

“Gerakan belia dan mahasiswa perlu bangkit dengan lantang menyatakan pendirian kita.

“Kita akan terus bersama Palestin kerana penjajahan ini bukan hanya isu kemanusiaan malah ianya adalah isu akidah yang perlu dipertahankan,” katanya.

Dalam pada itu, ISMA menyeru kepada kerajaan supaya tidak lemah untuk mengambil tindakan tegas.

“Mana-mana individu yang dikenalpasti membawa agenda yang menggugat nilai dan identiti Malaysia perlulah disekat dan tidak perlu dibenarkan lagi memasuki negara,” katanya.

Ustaz Shuhaib berkata, Malaysia seharusnya kekal konsisten dan berpegang teguh pada pendirian untuk mendukung dan membela rakyat Palestin.

Tegasnya, prinsip ini tidak seharusnya digadai semata-mata untuk meraih pengiktirafan dunia yang dikuasai proksi Zionis.

“Malaysia merupakan negara yang berdaulat dan bebas merdeka dari segi jati diri, nilai dan identiti.

“Kita tidak akan dan tidak seharusnya tunduk kepada mana-mana tekanan untuk mengubah identiti asal Malaysia berteraskan Islam dan Melayu.

“Inilah teras dukungan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi fabrik unik masyarakat berbilang bangsa di Malaysia,” katanya.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://t.me/ismaweb

hace 1 semana, 3 días

**Netizen kecewa JIM 'beri muka' golongan tak fasih BM

Agensi kerajaan sepatutnya main peranan perkasa bahasa kebangsaan**

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 16 Syawal 1445H, Khamis - Mengecewakan! Demikian luahan kebanyakan pengguna media sosial terhadap keputusan Jabatan Imigresen (JIM) tidak membenarkan pegawainya menolak sebarang permohonan pasport pemohon yang gagal menguasai bahasa kebangsaan.

Kebanyakan netizen mempersoalkan kelonggaran polisi itu, sedangkan syarat boleh berbahasa Melayu adalah wajar memandangkan ia bahasa kebangsaan dan rasmi untuk Malaysia.

Rata-rata mereka tidak berpuas hati apabila agensi kerajaan itu 'memberi muka' dalam isu tersebut, walhal ia sepatutnya berperanan membantu memperkasakan bahasa kebangsaan.

"Sebarang urusan rasmi kerajaan Malaysia dalam bahasa kebangsaan. Ini yang saya baca masa saya berurusan dengan jabatan kerajaan," tulis pemilik akaun Lapiji Hensem.

"Tidak boleh kompromi dalam soal ini. Menteri KDN buat apa? Jangan gadaikan negara demi kelangsungan parti untuk berkuasa," kata Shariff Uddin.

Sementara itu, pemilik akaun Mohd Nor Aidi Jamaludin pula menegaskan JIM dan Jabatan Pendaftaran (JPN) sepatutnya menjadi agensi yang bersikap tegas dalam penggunaan bahasa Melayu untuk berurusan.

"Tak boleh cakap bahasa Melayu sepatutnya jangan ada pasport dan kad pengenalan. Apa guna ada Akta Bahasa Kebangsaan kalau pihak atasan tak nak ikut?," katanya.

Pada masa sama, pemilik akaun Wahid Mampi Abdullah pula menggesa kerajaan melakukan 'pemutihan' dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN), JPN, JIM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh tidak membenarkan pegawai JIM menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pemohon gagal menguasai bahasa kebangsaan.

Ini sebagai respon kepada kekecewaan seorang lelaki yang mendakwa tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh bercakap bahasa Melayu di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pulau Pinang.

Ikuti berita terkini di https://t.me/ismaweb

hace 1 semana, 3 días

**Akmal puji pegawai JIM halang individu tak fasih BM perbaharui pasport

Tindakan berani pegawai beri kesedaran realiti negara ini**

BANGI, 16 Syawal 1445H, Khamis - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh memuji tindakan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) menghalang seorang individu memperbaharui pasport kerana tidak boleh berbahasa Melayu.

Beliau berkata, walaupun tiada peruntukan undang-undang untuk mewajibkan mana-mana warganegara perlu bertutur dalam bahasa Melayu sebagai syarat permohonan pasport, namun tindakan pegawai terbabit patut dipuji.

Katanya, tindakan berani pegawai terbabit secara tidak langsung memberi kesedaran mengenai realiti yang berlaku di negara ini.

"Ini adalah tindakan untuk memastikan bahawa yang buat pasport ini adalah benar-benar warganegara Malaysia walaupun tiada satu undang-undang menyatakan bahawa warganegara Malaysia mesti boleh berbahasa Melayu.

"Rentetan dari isu ini, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar pihak kerajaan mahupun pembangkang boleh membawa satu usul ke persidangan Parlimen untuk menggubal undang-undang agar antara syarat wajib untuk diiktiraf sebagai warganegara Malaysia mestilah wajib bertutur dalam bahasa Melayu," katanya.

Akmal berkata, amat memalukan apabila warganegara Malaysia gagal berbahasa Melayu, sedangkan warga asing seperti Bangladesh yang datang ke negara ini sudah boleh bertutur bahasa kebangsaan.

"Apa guna kita bercakap kita warganegara Malaysia tetapi tidak mampu untuk bercakap bahasa Melayu, malah warganegara Bangladesh dan Myanmar lebih fasih daripada kita. Malulah!

"Pemuda UMNO Malaysia akan menggunakan pelbagai saluran untuk memastikan usul ini dapat dibawa seterusnya dijadikan satu undang-undang dalam negara kita ini," katanya.

Isnin lalu, beberapa portal melaporkan kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Mengulas isu itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pegawai tidak boleh menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pemohon gagal menguasai bahasa kebangsaan.

Namun, katanya, dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melaksanakan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Jelasnya, semakan ini perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

Ikuti berita terkini di https://t.me/ismaweb

hace 2 semanas, 3 días

Serangan Iran ke atas Israel: Apa agaknya respon saudara Palestin?

  1. SEMALAM saya berhari raya bersama beberapa rakan warga Palestin. Beberapa perkara diperbualkan, di antaranya adalah apakah pandangan mereka terhadap serangan Iran terhadap Israel. Soalan ini penting kerana yang menjadi keutamaan kita adalah masa depan Palestin. Iran dan Israel nak bergaduh sesama mereka, hanya penting kepada kita jika ada kesannya kepada Palestin.

  2. Secara umum, mereka merasa gembira dengan serangan tersebut dan perkembangan yang berlaku sekarang. Sebelum saya kongsikan sudut pandang mereka ini, suka saya nyatakan bahawa warga Palestin khususnya Hamas amat memahami tabiat dan agenda Syiah. Pengalaman perit yang berlaku di Iraq, Syria dan Yaman adalah pengalaman berdarah yang menjadi noktah penting dalam mereka berinteraksi dengan Iran dan sekutunya. Ada batas dan garis merah yang mereka letakkan dalam interaksi dua hala tersebut.

  3. Satu yang jelas bagi Palestin adalah apa-apa juga serangan terhadap Israel khususnya jika serangan bersenjata, ianya akan memberi sedikit kelegaan kepada Palestin. Kerana serangan itu akan menjadikan Israel terganggu, tertekan dan menyukarkan mereka untuk terus membantai Palestin.

Serangan Houthi Yaman di Laut Merah memberi sedkit kelegaan. Begitu juga serangan Hizbullah dan yang terbaru serang Iran ke atas Israel.

Kegembiraan ini adalah kerana ia meringankan tekanan terhadap Palestin. Ianya sudah tentu bukan kegembiraan kerana 'hero telah datang' kerana warga Palestin tidak sesekali pernah meletakkan nasib dan masa depan mereka kepada Iran.

  1. Perkembangan yang berlaku ini juga sebenarnya sudah mula mengalihkan corak peperangan. Kalau sebelum ini peperangan adalah antara Israel dan Palestin (khususnya Gaza), kini sudah mula ada tanda-tanda bahawa peperangan ini akan keluar dari lingkungan itu dan mula merebak ke negara berhampiran.

Ini bermakna Israel tidak hanya akan berhadapan dengan mujahidin Palestin sebaliknya kemungkinan akan berhadapan dengan negara-negara lain serentak. Ini adalah suatu yang cuba dielakkan oleh Israel tetapi mereka terjebak dalam suasana ini kerana silap perhitungan mereka ketika menyerang pejabat konsulat Iran di Syria. Mereka tidak menyangka serangan kali ini akan mencabar maruah Iran, tidak seperti serangan-serangan lain sebelum ini yang tidak mendapat tindak balas Iran.

  1. Perkembangan lain adalah negara-negara jiran khususnya Jordan dan Mesir kemungkinan akan mengubah polisi mereka. Ini kerana sekarang bukan sahaja Palestin tidak selamat, sebaliknya negara-negara jiran juga sudah mula berasa tidak selamat.

Ini mungkin akan menimbulkan tekanan dari rakyat agar pemimpin negara tersebut mengambil satu tindakan pro aktif dalam isu perang Israel-Palestin. Jika tidak, masa depan negara mereka juga akan terjejas.

Pemimpin negara Arab amat faham tindak balas rakyat ini boleh membawa kepada implikasi yang pelbagai. Paling teruk yang pernah mereka tanggung adalah apa yang berlaku pada tahun 2011 dalam peristiwa Arab Spring.

  1. Kita mengikuti perkembangan ini terus dan kita doakan moga apa juga yang berlaku akan membawa kepada pembebasan Palestin.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

hace 2 semanas, 3 días

**PN teliti dahulu MoU peruntukan MP pembangkang

Sambut baik usaha kerajaan, akan teliti sebelum buat keputusan**

PUTRAJAYA, 9 Syawal 1445H, Khamis - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.

Beliau berkata, syarat-syarat dalam draf MoU yang sedang dirangka kerajaan campuran perlu diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

"Bagaimanapun, PN selaku pembangkang akan membuat keputusan selepas meneliti terlebih dahulu syarat dalam draf MoU yang sedang disiapkan kerajaan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, dilaporkan Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju mempertimbangkan untuk menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana, semalam.

Sehubungan itu, katanya, satu draf MoU akan dirangka terlebih dahulu sebelum diperpanjangkan kepada pembangkang sebagai langkah untuk perundingan seterusnya.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://t.me/ismaweb

hace 2 semanas, 3 días

**Ribuan penumpang terkandas di KLIA

Penerbangan dibatalkan ekoran letusan gunung berapi di Indonesia**

KUALA LUMPUR, 9 Syawal 1445H, Khamis - Ribuan penumpang terkandas di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini berikutan pembatalan penerbangan ke Sabah dan Sarawak akibat letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia.

Gunung Ruang, gunung berapi di Wilayah Sulawesi Utara, meletus pada malam Selasa dan berterusan empat kali pada hari Rabu, menyebabkan pihak berkuasa mengumumkan tahap berjaga-jaga tertinggi iaitu empat.

Malaysia Airlines membatalkan 19 penerbangan, dan AirAsia membatalkan 16 penerbangan ke dan dari KLIA.

Pembatalan ini memberi kesan terutamanya kepada laluan antara Kuala Lumpur dan Sabah dan Sarawak, menyebabkan kesulitan kepada pengembara.

Pihak berkuasa dan syarikat penerbangan dilaporkan sedang memantau keadaan.

Pada masa sama, penumpang diminta sentiasa menyemak maklumat terkini mengenai status penerbangan dan pengaturan alternatif yang disediakan oleh syarikat penerbangan.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://t.me/ismaweb

hace 3 semanas, 3 días

**Israel pertimbang bebas 900 tahanan Palestin tapi bersyarat

Hantar ke luar negara, tak boleh kembali ke Tebing Barat, Gaza**
BAITULMAQDIS, 2 Syawal 1445H, Khamis - Tel Aviv mempertimbangkan cadangan membebaskan 900 tahanan Palestin sebagai pertukaran kepada 40 tebusan Israel di bawah pejuang Hamas.

Bagaimanapun, persetujuan itu hanya boleh dilaksanakan dengan syarat kesemua tahanan terbabit dihantar ke negara lain dan tidak dibenarkan pulang ke Semenanjung Gaza.

"Cadangan Pengarah CIA, William Burns akan menyaksikan Hamas membebaskan 40 tebusan dan Israel pula 900 tahanan Palestin, termasuk 100 daripadanya yang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

"Israel sedang berusaha untuk menghantar pulang tahanan yang dibebaskan ke luar negara dan bukan membenarkan mereka masuk ke Tebing Barat atau Gaza, dan menuntut hak veto terhadap tahanan tertentu yang dibebaskan," kata pegawai Israel.

Hamas menahan hampir 130 tebusan Israel dan menuntut serangan berterusan dihentikan sebagai pertukaran kepada sebarang perjanjian tebusan dengan Tel Aviv.

Perjanjian sebelumnya pada November 2023 menyaksikan pembebasan 81 warga Israel dan 24 warga asing sebagai pertukaran untuk 240 warga Palestin, termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak. - Agensi

Ikuti berita terkini di https://t.me/ismaweb

hace 3 semanas, 3 días

**Seorang lagi cucu Ismail Haniyeh syahid

Serangan khianat rejim Israel korbankan tujuh sekeluarga**
GAZA, 2 Syawal 1445H, Khamis - Seorang lagi cucu kepada Ketua Biro Politik Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh syahid akibat serangan udara Israel di Kem Pelarian Al-Shati, berhampiran bandar Gaza.

Dalam serangan pada Rabu, Israel menyasarkan sebuah kereta dinaiki ahli keluarga Ismail di kem pelarian Al-Shati, pada hari pertama perayaan Aidilfitri.

Serangan bersifat khianat dan pengecut itu mengorbankan tiga anak lelaki dan empat cucu pemimpin tertinggi Hamas berkenaan.

Saksi mata berkata, serangan udara rejim telah memusnahkan kereta, membunuh dan mencederakan semua mangsa di dalamnya.

Kumpulan pejuang Hamas berkata, sasaran Israel terhadap pemimpinnya dan keluarga mereka adalah cubaan terdesak oleh musuh yang gagal di medan perang.

Kenyataan itu menegaskan, serangan sedemikian tidak akan mematahkan kemahuan Hamas dan rakyat Palestin, sebaliknya lebih meningkatkan keazaman dalam perjuangan.

"Ini hanyalah ilusi Israel yang mendakwa mereka akan mencapai kejayaan dengan meningkatkan tindakan keganasan, pembunuhan beramai-ramai dan serangan ke atas orang awam di tengah-tengah rundingan pembebasan tebusan dan perjanjian gencatan senjata," katanya. - Agensi

Ikuti berita terkini di https://t.me/ismaweb

hace 3 semanas, 3 días

ETS terkandas: KTMB tawar pemulangan tambang penuh

Siasatan kenal pasti punca kejadian masih dijalankan

BANGI, 2 Syawal 1445H, Khamis - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan pemulangan tambang penuh kepada penumpang yang tidak meneruskan perjalanan susulan kejadian Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tergendala, pada Selasa.

Menurut KTMB, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian itu yang berlaku antara laluan Kamunting dan Bukit Merah.

"Kesulitan itu amat dikesali dan penumpang yang tidak meneruskan perjalanan, boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh. Mereka diminta menghantar permohonan ke emel: callcenter@ktmb.com.my.

"Penumpang yang membeli Pelan Takaful Premium boleh membuat tuntutan dengan menghubungi Etiqa Claim Assist 010-368 7829 atau emel kepada support@goinsure.com.my," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial berhubung isu perkhidmatan ETS Kuala Lumpur-Butterworth mengalami masalah teknikal dan terputus elektrik menyebabkannya terkandas dari sekitar jam 5 petang hingga hampir 8 malam.

Dalam pada itu, KTMB menjelaskan bahawa seperti dimaklumkan melalui kenyataan rasmi, gangguan disebabkan talian elektrik (alat talian atas) terputus membataskan komunikasi kapten untuk membuat pengumuman kepada penumpang.

Namun, katanya, kru tren bertugas sudah mengambil langkah membuat pengumuman di setiap gerabak bagi menyampaikan maklumat berkenaan situasi yang berlaku.

KTMB turut menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada penumpang yang terkesan sebagai pemakluman, katanya.

"Lokomotif bantuan juga sudah dihantar namun gagal menyelamatkan tren ETS yang terkandas dan pemindahan penumpang ke tren ETS bantuan terpaksa dilakukan dengan dibantu oleh kru tren dan kakitangan KTMB yang dihantar ke lokasi.

"Selain itu, penumpang juga diberikan 'persegaran'(refreshment) apabila tiba di Stesen Bukit Mertajam dan Butterworth," katanya.

Ikuti berita terkini di
https://t.me/ismaweb

hace 1 mes

**Gempa bumi kuat landa Jepun selepas Taiwan

Tiada amaran tsunami dikeluarkan meski gegaran 6.1 magnitud**

TOKYO, 24 Ramadan 1445H, Khamis - Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud menggegarkan wilayah Minamisoma di Jepun pada Khamis, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran berlaku 83 kilometer di timur Minami-Soma di wilayah Fukushima pada kedalaman 40 kilometer tanpa amaran tsunami dikeluarkan.

USGS memaklumkan tiada kerosakan turut dilaporkan akibat gempa bumi itu.

Menurut media Jepun, gegaran turut dirasai di wilayah Iwate, Miyagi dan Fukushima pada 12.16 tengahari waktu tempatan.

Gegaran itu berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud melanda Taiwan semalam, yang mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang dan mencederakan ratusan lain.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://t.me/ismaweb

We recommend to visit

Waryaw MUsic💗
•music
•video
•...

Last updated 1 week, 2 days ago

contact @ofcawrusuhbot

Last updated 1 week, 5 days ago