Infinite Entertainment, Zero Cost: Get Your Free Books, Music, and Videos Today!

Catatan-catatan Izzat Al-Kutawi

Description
Himpunan catatan-catatan Izzat al-Kutawi.

https://binanas.malians.group/utama
Advertising
We recommend to visit

Channel Khas Mukminaat

Last updated 3 days, 21 hours ago

Реклама — t.me/Jkfrbtsr

Last updated 1 month, 1 week ago

Last updated 6 months ago

1 month, 1 week ago
1 month, 1 week ago
Catatan-catatan Izzat Al-Kutawi
1 month, 1 week ago
1 month, 2 weeks ago
1 month, 3 weeks ago
2 months ago

Dalam sanad yang paling sahih iaitu daripada Imam Mālik, daripada Nāfi‘, daripada Ibnu ‘Umar, beliau meriwayatkan bahawa sebelum mengimamkan solat, ‘Umar b. al-Khaṭṭāb mengarahkan beberapa orang untuk meluruskan saf. Apabila mereka melaporkan bahawa saf sudah lurus, barulah beliau mengangkat takbir.

Pada hari ini, tiada masalah dari sudut meluruskan saf kerana saf-saf kita sudah mempunyai jalur garisan. Cuma, selain taswiyah (meluruskan), kita juga dituntut untuk iqāmah saf. Dan iqāmah lebih umum daripada taswiyah, kerana taswiyah sekadar meluruskan manakala iqāmah termasuk merapatkan saf.

3 months, 2 weeks ago

Melihat ramai imam membaca al-Fātiḥah semasa berdoa selepas solat, saya tertanya-tanya dari manakah amalan ini datang. Adakah ia berpunca daripada hadis, athar, atau amalan ulama? Saya tidak tahu dan gagal menemui jawapannya. Namun, terdapat fatwa yang dikeluarkan oleh Dā’irah al-Iftā’ Jordan yang saya kira menyentuh perkara ini dapat membantu memberikan jawapan.

Menjawab soalan “Adakah harus kita membaca al-Fātiḥah dan mengatakan selepas berdoa, 'dengan niat agar dimakbulkan dan dengan rahsia surah al-Fātiḥah',” fatwa itu mengatakan, “Membaca al-Fātiḥah – selepas doa dan sebelumnya – dengan niat tawassul supaya dimustajabkan doa adalah amalan yang disyariatkan dan tiada masalah,” dengan alasan ia adalah tawassul dengan al-Quran al-Karīm yang merupakan sifat Allah dan tawassul dengan membaca al-Fātiḥah yang merupakan amalan soleh.

Kiranya tiada riwayat daripada sunnah berhubung perkara ini dan demikianlah yang dijazamkan oleh ulama-ulama aliran Salafī. Kata Syeikh Muḥammad b. Ṣāliḥ al-‘Uthaymīn, “Membaca al-Fātiḥah di permulaan doa dan di akhir doa termasuk dalam bidaah, kerana tidak datang daripada Nabi SAW riwayat mengatakan baginda membuka doa dengan membaca al-Fātiḥah atau menutup doa dengan al-Fātiḥah. Setiap amalan yang dilakukan sebagai ibadat yang tidak datang daripada Nabi SAW maka mengada-adakannya adalah bidaah.”

Begitulah lazimnya yang berlaku apabila sesuatu amalan itu tidak mempunyai sandaran daripada sunnah. Sebahagian ulama menggalakkan atas dasar tiada larangan dan mengaitkannya dengan amalan-amalan tertentu dan dalil-dalil umum, manakala sebahagian lagi melarang atas dasar ibadat bersifat tawqīfī dan tidak ada nas yang menganjurkannya secara khusus.

Manhaj yang menolak amalan-amalan yang tidak ada dalil mengkhususinya bukanlah manhaj yang salah, tidak seperti yang digembar-gemburkan di sekeliling kita pada hari ini. Dalam kitab-kitab majoriti aliran yang menisbahkan diri kepada Ahl al-Sunnah wa-al-Jamā‘ah, kita akan mendapati banyak amalan yang tiada dalil yang melarang ditolak oleh sebahagian ulama muktabar di sisi aliran masing-masing.

Antaranya ialah amalan membaca al-Fātiḥah ketika hendak bersurai atau keluar dari majlis. Syeikh ‘Abd al-Raḥmān al-Tājūrī al-Mālikī apabila diminta membaca al-Fātiḥah ketika hendak pergi, mengatakan “perkara ini tidak datang daripada satu riwayat pun daripada Nabi SAW.” Cerita ini sampai kepada al-Sha‘rānī, imam golongan sufi lalu katanya, “Perkara ini mudah. Kalau dia membaca al-Fātiḥah pun Allah tidak akan menghukumnya kerana perkara itu.”

Kemudian, al-Sha‘rānī bermimpi berjumpa Nabi SAW. Kata baginda, “Hendaklah kamu melihat pendapat-pendapat imam negeri hijrahku dan berhenti di sisinya, kerana dia menyaksikan kesan peninggalanku.” Kata al-Sha‘rānī:

فعلمت أن توقف الشيخ سيدي عبد الرحمن عن القراءة لعدم ورود شيء فيها أفضل من الابتداع ولو استحسنه العلماء.
“Maka aku tahu bahawa tawaqquf-nya Sīdī ‘Abd al-Raḥmān daripada membaca kerana tidak satu riwayat pun mengenainya lebih afdal daripada mengada-adakan, walaupun ia dianggap baik oleh ulama.”

Kata ulama yang digelar al-Quṭb al-Rabbānī itu, “Dan mimpi ini seperti keramat untuk Syeikh ‘Abd al-Raḥmān, kerana baginda membelanya ke atasku.” Demikian sebagaimana yang dinukilkan oleh Syeikh Sīdī al-Mahdī al-Wazzānī (1342 H) dalam al-Mi‘yār al-Jadīd daripada Lawāqiḥ al-Anwār al-Qudsiyyah fī Manāqib al-‘Ulamā’ wa-al-Ṣūfiyyah oleh al-Sha‘rānī, namun saya tidak menemuinya di dalam kitab itu.

3 months, 2 weeks ago

Sayyid Qutb antara tokoh yang kuat dikritik oleh ulama-ulama Salafi, khususnya Syeikh Rabi' al-Madkhali. Syeikh al-Albani juga mengkritik Sayyid Qutb, tetapi pendirian dan sikap beliau dalam hal ini agak menarik, seperti yang ditonjolkan dalam ulasan beliau ke atas kritikan Syeikh Rabi' al-Madkhali terhadap Sayyid Qutb, katanya:

"Kami berpandangan beliau bukan ahli ilmu. Selesai. Apakah yang kamu mahukan lebih daripada itu? Kalau kamu ingin mengkafirkan beliau, aku bukan golongan yang mengkafirkan orang, engkau juga bukan. Tapi, kalau begitu, apakah sebenarnya yang kamu mahukan?

Cukuplah Muslim yang menyedari hakikat dan tidak berkepentingan untuk memberikan hak kepada yang berhak, dan sebagaimana firman Allah taala 'Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi' [al-Shu'ara': 183].

Beliau penulis dan mempunyai semangat membela Islam menurut kefahaman beliau. Tapi, asasnya beliau bukan ahli ilmu. Tulisannya, al-'Adalah al-Ijtima'iyyah adalah tulisan-tulisannya yang terawal. Ketika menulisnya, beliau hanyalah seorang penulis yang tidak ada ilmu. Tetapi, sebenarnya ketika di penjara, beliau banyak berubah dan menulis banyak tulisan seolah-olah lahir daripada pena Salafi dan bukannya daripada beliau.

Tetapi, aku yakin bahawa penjara mendidik sebahagian rohani dan menyedarkan sebahagian jiwa. Lalu, beliau menulis beberapa kalimat... Tetapi, kerana beliau tidak mampu membezakan antara tauhid uluhiyyah dengan tauhid rububiyyah, bukan bermakna beliau tidak memahami tauhid rububiyyah dan menyamakan antara kedua-duanya. Tetapi, maksudnya beliau bukan orang yang memahami agama, bukan orang alim, dan tidak mampu membezakan antara maksud-maksud syarak yang disebutkan dalam al-Quran dan sunnah kerana beliau bukan ahli ilmu"

[Lihat: 'Imad Tariq al-Khattar et al (1431 H); Iqamah al-Dala'il al-Saha'ih; Amman: al-Dar al-Athariyyah; h. 269-270]

Sikap adil dalam menilai ini perlu dibudayakan dalam masyarakat kita pada hari ini, supaya dalam menerangkan kebenaran dan membantah kemungkaran, tiada sesiapa dizalimi, dihukum lebih daripada kesalahannya. Kita tidak memperjuangkan manhaj muwazanah yang mahu kebaikan disebut bersama keburukan atau manhaj sederhana yang mencari titik tengah antara dua sudut pertentangan, tetapi kita membawa manhaj i'tidal - adil dan tidak zalim dalam menilai.

Wallahualam.

3 months, 3 weeks ago

=

Dan, yang mengisbatkannya tetap menolak dan mengkritik Ibnu Taymiyyah dalam masalah ini. Mereka tidak diam, mentakwil, atau me-ma‘dhūr-kan beliau kerana taasub. Mereka tidak mendakwa Ibnu Taymiyyah mengeluarkan pendapat ini untuk mengambil hati mana-mana golongan, ini pendapat fasa pertama atau kedua beliau sebelum menjadi Salafī sebenar, atau menuduh pendapat ini dipalsukan oleh Ashā’irah (mohon terasa lagi). Antara yang mengisbatkan dan mengkritik beliau adalah Syeikh al-Albānī dalam mukadimah taḥqīq-nya ke atas kitab al-Ṣan‘ānī (1182 H), seorang ulama Salafī yang ditulis untuk menolak pendapat yang disandarkan kepada Ibnu Taymiyyah ini, Raf‘ al-Astār.

فهذا شيخ الإسلام ابن تيمية زلت به القدم فقال قولا لم يسبق إليه ولا قام الدليل عليه ومن هنا قالوا : ( زلة العالم زلة العالم ) فلو أننا كنا مبتلين بتقليده كما ابتلي كل مقلد بتقليد إمامه لزللنا بزلته ولذلك قالوا : ( الحق لا يعرف بالرجل اعرف الحق تعرف الرجال )
فالحمد لله الذي هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لولا أن هدانا الله
“Maka, Shaykh al-Islām Ibnu Taymiyyah ini telah tergelincir kakinya lalu mengatakan kata-kata yang tidak didahului (oleh sesiapa) dan tidak ditunjukkan oleh dalil. Dari sini mereka mengatakan, ‘ketergelinciran ulama adalah ketergelinciran dunia.’ Kalaulah kita diuji dengan bertaklid kepadanya sebagaimana setiap muqallid diuji dengan bertaklid kepada imamnya pasti kita akan tergelincir dengan tergelincirnya beliau. Oleh itu, mereka mengatakan, ‘kebenaran tidak dikenali dengan individu, (tetapi) kenallah kebenaran pasti kamu akan mengenali orang-orangnya.’ Maka, alhamdulillah yang telah menunjukkan kita kepada ini dan kalaulah tidak kerana petunjuk Allah, tentulah kami tidak mendapat petunjuk.”

Wallahualam.

3 months, 3 weeks ago

Kalam ini sangat biadap dan menunjukkan kejahilan penuturnya. Ulama sebelum Ibnu Taymiyyah lahir lagi mengatakan orang yang mentakwil sifat-sifat Allah sebagai Jahmī iaitu nisbah kepada Jahmiyyah, yang dinisbahkan pula kepada al-Jahm b. Ṣafwān. Sebagai misal, Yazīd b. Hārūn (206 H). Katanya:

من زعم أن الرحمن على العرش استوى على خلاف ما يقر في قلوب العامة فهو جهمي
“Sesiapa mendakwa bahawa “al-Raḥmān di atas arasy Dia beristiwā’” dengan makna yang berlawanan dengan yang tertetap dalam hati awam maka ia adalah Jahmī.”

Dalam Khalq Af’āl al-‘Ibād oleh al-Bukhārī ada ziyādah:
وَمُحَمَّدٌ الشَّيْبَانِيُّ جَهْمِيٌّ
“Dan Muḥammad al-Shaybānī Jahmī.”

Ulama menisbahkan akidah yang sesat seperti itu kerana mereka adalah golongan terawal yang memperkenalkannya sebelum diteruskan oleh Mu’tazilah yang ditransformasikan menjadi Kullābiyyah dan seterusnya Ashā’irah mutaqaddimīn dan berkembang menjadi Ashā’irah muta‘akhkhirīn seperti hari ini.

Seseorang tidak perlu 100% menyerupai Jahmī untuk menjadi Jahmī. Ashā’irah pun menuduh Ibnu Taymiyyah sebagai mujassim hanya kerana beberapa persamaan akidah Ibnu Taymiyyah – mengikut dakwaan mereka – dengan golongan Mujassimah, walaupun Ibnu Taymiyyah menyesatkan dan mengingkari akidah mereka. Maka, ulama menyifatkan Ashā’irah sebagai Jahmiyyah pun kerana persamaan mereka yang banyak dengan Jahmiyyah atau kerana usul mereka kembali kepada usul Jahmiyyah.

Jahmiyyah secara sarih mengatakan al-Quran makhluk. Jika mengikut kaedah mereka, menggelar orang yang diam dalam isu ini iaitu golongan Wāqifah yang tidak mengatakan al-Quran makhluk dan juga tidak makhluk adalah propaganda. Tetapi, Imam Aḥmad, ulama yang diiktiraf Ashā’irah sendiri mengatakan:

من كان من أصحاب الحديث أو من أصحاب الكلام فأمسك عن أن يقول القرآن ليس بمخلوق فهو جهمي
“Ahli hadis atau ahli kalam yang menahan diri daripada mengatakan al-Quran bukan makhluk adalah Jahmī.”

Jadi, adakah Imam Aḥmad pun berpropaganda? Dan adakah Yazīd b. Hārūn melalui nukilan tadi juga berpropaganda? Adakah semua orang berpropaganda dengan menggunakan nama Jahmiyyah?

Tentang tiga pendapat yang dinisbahkan kepada Ibnu Taymiyyah pula, pendapat no. 1 saya serahkan kepada orang lain untuk mengulas, tetapi pendapat no. 2 terang-terangan fitnah yang keji. Benar, Ibnu Taymiyyah, seperti ahli hadis mutaqaddimīn dan Ḥanābilah, mengatakan Allah bebas berkata-kata dan diam bila-bila masa yang Dia kehendaki, tetapi itu tidak bermakna kata-kata Allah makhluk.

Lāzim al-madhhab laysa bi-madhhab. Terang-terangan Ibnu Taymiyyah menolak dan menyesatkan orang yang mengatakan al-Quran makhluk, tiba-tiba ada makhluk Allah mendakwa Ibnu Taymiyyah berpendapat, “al-Quran itu makhluk dan bukannya perkara yang qadīm.” Di sisi Ibnu Taymiyyah tidak ada istilah “al-Quran makhluk” sama ada secara sarih atau kināyah, untuk orang awam atau fī maqām al-ta‘līm (mohon terasa). Fahami mazhab orang dengan baik sebelum menaqadnya.

Tentang pendapat no. 3, sebahagian ulama mengisbatkan bahawa itu pendapat Ibnu Taymiyyah dan sebahagian lagi menolak. Antara sebab mereka menolak, kata Ibnu Taymiyyah sendiri:
وقد اتفق سلف الأمة وأئمتها وسائر أهل السنة والجماعة على أن من المخلوقات ما لا يعدم ولا يفنى بالكلية، كالجنة والنار والعرش وغير ذلك، ولم يقل بفناء جميع المخلوقات إلا طائفة من أهل الكلام المبتدعين، كالجهم بن صفوان ومن وافقه من المعتزلة ونحوهم، وهذا قول باطل يخالف كتاب الله وسنة رسوله وإجماع سلف الأمة وأئمتها.
“Sepakat umat Islam yang terdahulu, imam-imam mereka, dan seluruh Ahl al-Sunnah wa-al-Jamā‘ah bahawa ada makhluk yang tidak akan hilang atau lenyap sama sekali seperti syurga, neraka, arasy, dan selainnya. Dan tidak mengatakan semua makhluk akan lenyap kecuali segolongan ahli kalam mubtadi‘ seperti al-Jahm b. Ṣafwān, orang-orang yang sependapat dengan mereka daripada golongan Mu’tazilah dan seumpamanya. Ini dakwaan yang batil menyalahi kitabullah, sunnah rasul-Nya, ijmak umat Islam terdahulu dan imam-imam mereka."

=

We recommend to visit

Channel Khas Mukminaat

Last updated 3 days, 21 hours ago

Реклама — t.me/Jkfrbtsr

Last updated 1 month, 1 week ago

Last updated 6 months ago