Why Pay for Entertainment? Access Thousands of Free Downloads Now!

Nota Parenting Taufiq Razif

Description
Nota Eksklusif Tentang Parenting dan Kekeluargaan
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 22 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 day, 9 hours ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 1 week ago

1 day, 11 hours ago
3 days, 11 hours ago
4 days, 11 hours ago

😰 Apa penyebab Attachment anak dengan kita terganggu? 😰

Antara penyebab utama adalah bila kita :

👉 Ada childhood trauma hingga menyebabkan cara parenting kita menjadi Reactive

Tanda² Reactive Parenting :

😣 Tangan laju je pukul anak
😣 Laju je marah anak
😣 Fikir nak hukum anak je
😣 Banyak guna ugutan
😣 Sangat kurang puji anak
😣 Suka betul paksa paksa anak

dan banyakk lagi sebenarnya.

Yang alami benda ni semua jangan cepat mengalah tau. Semuanya boleh diubah kembali insyaAllah. Teruskan belajar jom wahai ibu ibu mithali semua 🫰

#notaparentingTaufiqRazif

1 week, 1 day ago

🙋 Ada anak remaja? 🙋

Cara parenting anak remaja ni tak sama macam parenting anak kecil dah

Kena tukar strategi & kaedah dah 🤷

Jangan tinggal 2 perkara ni untuk parenting & didik anak remaja ya :

  1. Kurangkan suruh²
  2. Banyakkan didik melalui contoh & perbuatan kita

Contohnya : Nak anak remaja cakap elok- elok dengan kita, kita dulu kena baiki cara kita bercakap dengan mereka 🗣️

Contohnya: Nak anak remaja jadi orang yang pembersih & suka kemas bilik, kita dulu yang kena ubah diri dan jadi lebih pembersih dan suka mengemas 🤝

Teknik macam ni memang makan masa untuk bagi kesan pada anak kita tapi percayalah kesannya akan lebih kekal daripada suruhan semata mata.

Dah tahu ni terus praktik ya. Deal? 😉

#notaparentingTaufiqRazif

1 week, 3 days ago

😩 Risau anak stress? 😩

Zaman sekarang ni memang ramai anak jenis pendam stress

Sebab tu saya sendiri kadang memang sengaja pancing anak saya untuk bagi dia luahkan segala yang terbuku di dada dia

Kadang sampai dia menangis bila dia bercerita.

Kenapa?

Sebab kita taknak dia pendam unprocessed thoughts & emotions

Kita galakkan dia meluah (verbal expressions)

InsyaAllah anak yang pandai meluah akan lebih tenang jiwanya 🌷

#notaparentingTaufiqRazif

1 week, 4 days ago
2 weeks, 1 day ago

🏃‍♂️ Nak anak pandai? 🏃‍♀️

Salah satu teknik untuk jadikan anak kita bijak & pandai adalah :

👉 Tukarkan KERETA kita menjadi CLASSROOM anak²

Caranya adalah :

🚗 Banyakkan buku dlm kereta
🚗 Ganti lagu dengan ceramah
🚗 Ganti musik dengan podcast
🚗 Ganti radio dengan audiobook atau dokumentari

Tak ramai buat benda ni walaupun mereka dah tahu. Hanya yang bertindak je yang akan nampak kesannya pada anak²

Siapa yang betul² nak praktikkan teknik saya ajar di atas dan jadikan anak bijak pandai sila klik icon ❤️

#notaparentingTaufiqRazif

2 weeks, 2 days ago
2 weeks, 3 days ago

💫 Selamat Hari Raya Aidilfitri pada lebih 190,000 Keluarga Besar Telegram Nota Parenting semua 💫****
Sebak juga sebab ada yang dah jadi keluarga besar telegram kita ni sejak 5-6 tahun lalu dah.

Banyak yang dilalui bersama. Semoga Allah limpahkan kebaikan, kebahagiaan, ketenangan dan kasih sayang pada keluarga kalian semua. aamin aamin

🤲 🥰

p/s : Semoga esok saya boleh mula kongsi tips & formula parenting setiap pukul 9 pagi seperti biasa. Hari ni tak sempat sebab buat open house di kampung mertua 😅**
#notaparentingTaufiqRazif

3 weeks, 1 day ago
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 22 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 day, 9 hours ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 1 week ago