Info Portal Malaya

Description
Advertising
We recommend to visit

♡Koleksi modul/ soalan percubaan SPM.
♡Semua bahan adalah percuma.
♡Sebarang pertanyaan sila baca FAQ di pinned message terlebih dahulu.
♡Followers yang ingin derma soalan/ modul sila pm kami
📞 @SoalanPercubaanSPM_Admin

SGO merupakan satu eduweb yang berguna kepada ibubapa dan guru-guru untuk mendapatkan nota, soalan, bahan, motivasi, info dan pelbagai

Join : https://telegram.me/sistemguruonline
Shopee : https://shope.ee/5AIZxdlvux

Last updated 4 weeks, 1 day ago

1 week, 1 day ago
Raya Dengan Cinta

Raya Dengan Cinta
Waktu Siaran: Jumaat, 12 April 2024, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Panel MIG
Pengarah: Azmir Affandi
Produksi: MIG Production Sdn Bhd
Pelakon: Hawa Rizwana, Yong Zhen Ning, Chew Kinwah, Thean Jo Lin, Joanne Kam,

Sinopsis Raya Dengan Cinta
Rashid seorang mualaf berbangsa cina membawa isterinya Shila menyambut 10 Ramadhan terakhir dan Hari Raya Aidilfitri di rumah keluarganya yang berbangsa cina. Memandangkan keluarga shila ingin menyambut raya di Mekah dan Shila tidak dapat ikut bersama kerana mengalami alahan disebabkan baru mengandung 3 bulan.

Pelbagai masalah timbul sepanjang Shila berpuasa di rumah keluarga mertuanya sehingga menyebabkan Shila mula berputus asa untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini tetapi Rashid dan keluarganya berusaha merealisasikan Impian Shila meskipun dalam keadaan huru hara.

Join: @portalmalay

1 week, 1 day ago
Titipan Kasih

Titipan Kasih
Waktu Siaran: Sabtu, 30 Mac 2024, 10:00 malam
Rangkaian: Cerekarama TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Natasya Farhana
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
Pelakon: Faizal Hussein, Dynas Mokhtar, Ayunie Rizal, Nafiz Muaz

Sinopsis Titipan Kasih
Haleena dan Rashid sudah bercerai 8 tahun yang lepas. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Ariana.Ariana berdendam dengan Rashid kerana menceraikan ibunya demi perempuan lain dan menganggap Rashid adalah punca keruntuhan keluarga bahagia.

Join: @portalmalay

1 week, 1 day ago
Serambi Syurgamu

Serambi Syurgamu
Waktu Siaran: Jumaat, 12 April 2024, 10:00 malam
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Nelly Nasir
Pengarah: Wan Saiful Shahrizan
Produksi: Redboy Pictures
Pelakon: Shasha Abedul, Firdaus Ghufran, Qi Razali, Normah Damanhuri

Sinopsis Serambi Syurgamu
Mengisahkan tentang Orked yang bertemu dengan seorang wanita yang tidak memiliki pengenalan diri dan hilang ingatan. Apakah seterusnya akan terjadi?

Join: @portalmalay

2 weeks, 2 days ago
Lukisan Hati Umar

Lukisan Hati Umar
Waktu Siaran: Ahad, 7 April 2024, 10:00 malam
Rangkaian: Cereka Ahad TV3 / Tonton
Pengarah: Pali Yahya
Produksi: Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Dzul Haziq, Syazwan Zulkifly, Nad Zainal, Izzue Islam, Kodi Rasheed, Damia Qaissarah

Sinopsis Lukisan Hati Umar
Umar anak kecil yang mempunyai bakat melukis dan bertemankan beruk kesayangannya untuk menyara kehidupan. Setelah ibunya meninggal dunia, dia tinggal bersama Zahar ayah tirinya. Hasil upah memetik kelapa dirampas oleh Zahar.

Join: @portalmalay

2 weeks, 2 days ago
Seharum Firdausi

Seharum Firdausi
Waktu Siaran: Sabtu, 13 April 2024, 9:00 malam
Rangkaian: Cerekarama TV3 / Tonton
Pengarah: Nazir Jamaluddin
Produksi: Suara Kita Production
Pelakon: Fariz Isqandar, Azhan Rani, Mubarak Majid, Zarynn Min

Sinopsis Seharum Firdausi
Ijat, seorang remaja yang nakal telah membuat keputusan untuk menghabiskan cuti sekolah bersama atuknya, Haji Ramli di kampung dengan niat untuk menjauhkan diri daripada bapanya, Razak.

Join: @portalmalay

2 weeks, 2 days ago
Syurga Yang Tersia

Syurga Yang Tersia
Waktu Siaran: Khamis, 11 April 2024, 11:30 pagi
Rangkaian: TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Shaza Talib
Pengarah: Shuhaimi Zulkefli
Produksi: Anomali Media
Pelakon: Neizam Zaidi, Trisha Ooi, Iman Suhana, Khatijah Tan, Izzy Reef, Riena Amirah, Rafique Iskandar, Lienda Halim

Sinopsis Syurga Yang Tersia
Arman diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi oleh syarikatnya. Dia berusaha untuk mencari pekerjaan namun tidak berjaya.

Isterinya Zahira mula tertekan kerana terpaksa menjadi pencari nafkah keluarga. Masalah kewangan membuatkan Zahira membentak Arman.

Join: @portalmalay

3 weeks, 6 days ago
Sayu Yang Syukur

Sayu Yang Syukur
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 28 Disember 2023
Pengarah: Datuk Aaron Aziz
Produksi: Nusanbakti Production

Barisan Pelakon
Aaron Aziz sebagai Qudaim
Nora Danish sebagai Liyana
Arja Lee sebagai Jefri
Dato Ahmad Tamimi Siregar
Raja Emma
Kismah Johar
Mohd Khafairie
Nabilah Maisyrah
Sariyanti

Sinopsis Sayu Yang Syukur
Kepulangan Liyana ke Kuala Lumpur daripada kampung pada suatu senja adalah titik mula kisah tragik hidupnya apabila kereta yang dipandu terbabas ke cerun setelah melanggar tayar yang terjatuh dari lori ketika hujan lebat mencurah. Secara kebetulan Qudaim (Aaron Aziz) dan Adam menyedari kereta Liyana yang berada di cerun bergegas turun dan memeriksa keadaan walaupun mereka masih berada di bawah pengaruh bahan terlarang. Adam mencapai minuman yang telah diletakkan ubat khayal lalu diberikan kepada Liyana. Bagai jatuh di timpa tangga, Liyana yang separuh sedar kerana kemalangan dan mamai dengan air khayal telah dibawa ke sebuah resort maka terjadilah perkara yang memilukan.

Di pejabat Liyana merasa sayu dan buntu kerana selama ini dia adalah individu yang bertanggungjawab membantu dan menasihatkan mangsa-mangsa rogol, tetapi kini situasi itu berlaku pula kepadanya. Tahap keyakinannya menurun dan pelbagai tanggapan muncul di kepala andainya dia disahkan hamil. Nama keluarga di kampung, maruah Yayasan dan nama baiknya pasti tercemar jika laporan polis dibuat dan berita dinodai diketahui. Jefri (Arja Lee) rakan sepejabat yang selama ini menaruh hati kepadanya pula tetap sabar menagih cinta Liyana tetapi Liyana masih merahsiakan kisah memalukan itu daripada Jefri.

Mampukah hati Liyana terbuka untuk menerima cinta, dan apakah kesudahan konflik yang akan berlaku di antara mereka?

Join: @portalmalay

4 weeks, 1 day ago
Titipan Kasih

Titipan Kasih
Waktu Siaran: Sabtu, 30 Mac 2024, 10:00 malam
Rangkaian: Cerekarama TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Natasya Farhana
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
Pelakon: Faizal Hussein, Dynas Mokhtar, Ayunie Rizal, Nafiz Muaz

Sinopsis Titipan Kasih
Haleena dan Rashid sudah bercerai 8 tahun yang lepas. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Ariana.Ariana berdendam dengan Rashid kerana menceraikan ibunya demi perempuan lain dan menganggap Rashid adalah punca keruntuhan keluarga bahagia.

Join: @portalmalay

4 weeks, 1 day ago
Ramadan I Miss You

Ramadan I Miss You
Waktu Siaran: Ahad, 31 Mac 2024, 10:00 malam
Rangkaian: Cereka Ahad TV3 / Tonton
Penulis Skrip: MF Kencana, Zaidy Zainudin
Pengarah: Aliff Ihsan Ramadan
Produksi: ARCA Creative House Sdn Bhd
Pelakon: Zahiril Adzim, Zara Zya, Fathil Dani, Kismah Johar, Megat Sharizal

Sinopsis Ramadan I Miss You
Asri pulang ke kampung untuk membantu neneknya berniaga di bazar Ramadan. Namun kerana penyakit gastriknya, dia berasa susah hati untuk berpuasa di kampungnya. Dia telah berkenalan dengan Aishah dan jatuh hati dengannya.

Join: @portalmalay

1 month ago
JUDUL : GHAIB

JUDUL : GHAIB
EPISOD : 10
TARIKH TAYANGAN : 10 Ogos 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:30 malam
SIARAN TV : TV3
PENULIS SKRIP : Siti Solehah, Aida Aida
PENGARAH : Ng Ken Kin
PRODUKSI : Orangtree Production
PELAKON : Shukri Yahaya, Siti Elizad, Eyka Farhana, Joanna Bessey, Erynne Erynna, Scha Elinnea, Qara Lyana, Neera Azizi, Chacko Vadaketh, Chandni Kaur, Doria Rachel, Emelda Rosmila, Munir, Ramli Saleh

SINOPSIS GHAIB
Berlatarkan kisah di sebuah kolej yang mana belakang bangunan terdapat gua terbiar. Suatu malam, empat pelajar kolej Mimie, Jessica, Nina dan Suzi masuk ke dalam gua untuk bermain spirit of coins dan menyeru roh penunggu gua.

Satu lembaga yang dikenali sebagai hantu Mona muncul dan mereka berlari keluar dari gua dan menyedari Mimie tiada bersama mereka.

Join: @portalmalay

We recommend to visit

♡Koleksi modul/ soalan percubaan SPM.
♡Semua bahan adalah percuma.
♡Sebarang pertanyaan sila baca FAQ di pinned message terlebih dahulu.
♡Followers yang ingin derma soalan/ modul sila pm kami
📞 @SoalanPercubaanSPM_Admin

SGO merupakan satu eduweb yang berguna kepada ibubapa dan guru-guru untuk mendapatkan nota, soalan, bahan, motivasi, info dan pelbagai

Join : https://telegram.me/sistemguruonline
Shopee : https://shope.ee/5AIZxdlvux

Last updated 4 weeks, 1 day ago