Why Pay for Entertainment? Access Thousands of Free Downloads Now!

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Description
Ini Channel rasmi Tok Abah Dato Fadzilah Kamsah yang dikendalikan oleh Tok Abah & team Tok Abah sendiri
We recommend to visit

- انستا https://instagram.com/Z22X
ঌ #Tumblr Pictures #Tumblr Quotes
ঌ # TeN TiME : @LZLLL - @PPPJP
بوت حجز تمويلات @fpbot
- قناة التمويلات | @ossss .
- لطلب التمويل | @sssso .

Last updated 4 weeks ago

قناة ميوزك الرماس 🔜🎵
التردد الجديد لقناة ميوزك الرماس 10971 - H
المدير : #حـــســـن_ســـامـــي 💛 🔚
للعلانات المموله والتجاريه 👇🏻
https://t.me/mumool

قناتي و يومياتي حسن سامي👇
https://t.me/hassan_sami25

Last updated 2 weeks, 6 days ago

القناة الأكبر لزوامل المنشد المجاهد #عيسى_الليث


للتواصل مع ادارة القناه @OdaygholyBot

https://telega.io/c/zwamlallaith

2 weeks, 1 day ago
Terima dan sabar dengan tiap dugaan …

Terima dan sabar dengan tiap dugaan hidup. Allah sedang mengatur perjalananmu dengan hikmah dan kebaikan seluasnya. ☺️🤲🏻

1 month, 1 week ago

Kunci kebahagiaan di zaman ini:

  1. Kesihatan terpelihara.
  2. Elak berhutang keliling pinggang.
  3. Terokai alam semulajadi sekali seminggu.
  4. Perbanyakkan kesyukuran.
  5. Perbanyakkan beribadah.
  6. Tetapkan pendirian dan keperibadian diri.
  7. Makan makanan sihat dan berkhasiat.
  8. Perbanyakkan tolong orang lain tanpa mengharap balasan.
  9. Berusaha buat orang yang tersayang bahagia.
  10. Bina persiapan untuk sebarang ujian dan halangan hidup.

Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

Kita sendiri tahu apakah kebahagiaan yang kita mahu dan perlu dalam hidup. Mulai hari ini, renung kembali diri kita sendiri. Tentukan kebahagiaan dalam hidup yang sebenarnya ya.

Salam ceria dan bahagia buat semua.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Bersyukur atas kebahagiaan hidup.

2 months ago

10 petua menjaga diri dan tenang setiap hari:

  1. Utamakan kedamaian dan ketenteraman dalam diri berbanding perkara lain.

  2. Jangan mudah mengharap akan sesuatu, namun belajar untuk menghargai akan semuanya di sekeliling.

  3. Yakin dengan kekuasaan dan keajaiban yang Allah SWT mampu buat untuk hamba-Nya.

  4. Belajar untuk ceria dan gembira walaupun ketika kamu berseorangan.

  5. Apa sahaja yang menyakiti dirimu, senyum dan move on.

  6. Jangan berpatah balik pada seseorang yang telah menyakiti dan menghancurkan mereka. Namun maafkanlah mereka serta ambil hikmah dari apa yang berlaku.

  7. Masa terlalu berharga, ia takkan mampu kita dapat kembali walau kita bayar dengan gunung emas sekali pun. Maka jangan kita bazirkannya.

  8. Satu hari nanti, kita akan dapat apa yang kita inginkan. Sekarang ini susun strategi dan terus berusaha macamana nak capai semua itu.

  9. Jangan pandang lewa pada orang yang tidak menghormati kita dan orang lain. Kita ada pendirian dan harga diri.

  10. Kebahagiaan dan keamanan lebih penting dari cubaan untuk meraih perhatian orang lain.

Moga kita semua aman dan damai hari ini dan melimpahlah rezeki buat kita dari arah yang tak disangka-sangka.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Semoga Allah kurniakan kita ketenangan berganda.

2 months, 1 week ago

“Kenapalah rezeki aku ni macam lambat je. Tak muncul-muncul pun!”

Jika timbullah persoalan ini dalam diri kalian semua, tanya balik pada diri sendiri:

- Awal tak aku solat Subuh tadi?
- Awal tak aku bersedekah hari ini?
- Awal tak aku berdoa dan mengadu pada Allah hari ini?
- Awal tak aku buka Al-Quran dan menghayati tiap ayat di dalamnya hari ini?
- Awal tak aku berselawat dan berzikir hari ini?
- Awal tak aku sediakan sarapan untuk keluarga hari ini?
- Awal tak aku ucapkan salam kepada ahli keluargaku pagi ini?
- Awal tak aku berikan senyuman dan hidupkan kebahagiaan di rumah hari ini?
- Awal tak aku pergi ke kerja hari ini?
- Awal tak aku siapkan semua tugasan atau assignment selama ini?

Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

Semak balik diri kita sendiri. Kita doa untuk rezeki kita disegerakan dan diawalkan, namun hakikatnya amal dan perbuatan kita semuanya lambat belaka.

Maka, jika kita lambat, macamana rezeki nak sampai awal?

Itupun atas kasih sayang dan rahmat Allah, masih terlalu banyak rezeki dan nikmat yang tetap Allah kurniakan biarpun kita sentiasa lambat.

Moga pesanan ini buat kita sentiasa menyegerakan setiap urusan dan sentiasa buat perancangan awal dalam hidup kita.

Dengan cepatnya tindakan dan usaha kita, pasti hasil dalam bentuk rezeki juga sampai lebih cepat dan dalam arah yang tak disangka-sangka.

Tok Abah doakan kalian yang membaca pesan ini dilimpahkan rezeki dengan cepat ya hari ini.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Kalau kita tak boleh awal, itu tandanya kita terlewat.

2 months, 1 week ago

Setiap pagi, mulakan hari kita dengan menulis:

- 3 perkara yang kita syukuri.

Contoh :

  1. Aku bersyukur atas kesihatan yang terbaik Allah beri hari ini.
  2. Aku bersyukur Allah beri aku nafas lagi hari ini.
  3. Aku bersyukur Allah beri aku peluang untuk mencari rezeki hari ini.

Kemudian tulis pula, 3 perkara yang kita excited dan dah niatkan apa nak buat hari ini. Boleh check jadual hari ini.

Contoh :

  1. Aku excited nak belikan 10 bungkus nasi lemak untuk kawan office aku.
  2. Aku excited nak solat subuh di masjid.
  3. Aku excited nak jogging 30 minit sebelum pergi kerja.

Terakhir, tulis 3 perkara yang kita nak perjuangkan hari ini:

Contoh :

  1. Aku nak berjuang untuk mencari rezeki keluarga.
  2. Aku nak berjuang untuk buat kerja sungguh-sungguh dan beri yang terbaik.
  3. Aku nak berjuang supaya keluarga aku bebas hutang dan hidup selesa selepas ini.

Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

Menulis 3 hal ini di waktu pagi akan mengubah kebersediaan kita untuk menghadapi hari. Fikiran kita lebih teguh, jiwa kita lebih besar dan Inn shaa Allah, rezeki boleh datang dalam arah yang tak kita sangka-sangka.

Yang penting kita istiqamah untuk menulis 3 perkara ini setiap pagi. Kita pasti akan jadi orang yang berbeza!

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Hebat pagi kita, hebatlah hari kita.

2 months, 2 weeks ago

Setiap hari, lapangkan fikiran kita di awal hari kita. Ini 7 cara yang kita boleh buat serta merta:

  1. Nikmati masa bersendiri. Bangun awal pagi seawal jam 4 pagi. Ambil wudhu dan dirikan solat tahajud.

  2. Kemudian, pegang Al-Quran. Niatkan dalam hati, "Ya Allah, berikan aku jawapan dan petunjuk hari ini."

  3. Bacalah sekurang-kurangnya 2-3 mukasurat. Kemudian, hayati setiap makna ayat-ayat tersebut.

  4. Keluarlah awal ke surau/masjid bagi mengerjakan solat subuh. Dan pastikan kita peluang dengan memberi sedekah subuh di tempat tersebut.

  5. Sediakan sarapan. Pastikan makan makanan yang sihat dan seimbang.

  6. Jika hari ini tiada apa-apa urusan, keluarlah dari rumah. Dekati alam. Nikmati bunyi unggas, burung berkicauan. Tengok unsur alam yang berwarna hijau.

Lebih baik, pergi rekreasi. Masuk hutan, panjat bukit/gunung. (Pastikan tengok cuaca juga ya).

  1. Nikmati kehidupan sekarang. Jangan tunggu esok atau memilih untuk terfikir-fikir masa silam. Sekarang, di saat ini. Isi masa dengan padat dan penuh makna.

Jangan biarkan masa terbazir begitu sahaja. Ingatlah bahawa, demi masa, sesungguhnya kita dalam kerugiaan.

Kecuali bagi mereka yang beriman dan mengerjakan amal kebaikan ya.

Moga hari ini, kita semua lebih lapang fikiran! Dari situ hati pun jadi lega dan tubuh badan rasa lebih ringan. Semangat pula membara tiba-tiba dan kehidupan jadi sangat ceria!

Tok Abah doakan kalian semua ya.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Berusaha jadi yang terbaik.

2 months, 2 weeks ago

Jemput masuk live Tok Abah di sini sekarang.

https://vt.tiktok.com/ZSF2SNaoW/

2 months, 2 weeks ago

Nak rezeki melimpah dan sentiasa mencurah-curah, jangan lupa buat hal ini ya:

  1. Ingat tanggungjawab kita pada ibu bapa dan keluarga. Hubungi atau bertanya kabar setiap pagi.

  2. Ringankan tangan untuk bersedekah. Kecil atau besar nilainya, bukan satu masalah. Yang penting keikhlasan dalam memberi.

  3. Berbaik dengan adik beradik. Kadangkala kita tak perasan, kita ada terguris hati mereka. Mohon maaf sahaja walaupun bukan salah kita.

  4. Senyum sepanjang masa. Terutama pada diri sendiri, pasangan, anak-anak atau sesiapa sahaja yang tinggal dekat dengan kita.

  5. Bersabar, walaupun sedang marah. Cepat-cepat ambil air masa 2 gelas. Minum, tenangkan diri dan ambil wudhu. Dalam keadaan marah, air perlu kita jadikan teman untuk redakan keadaan.

  6. Sentiasa ingat akan kematian. Ia hal pasti. Dan perlu kita sentiasa muhasabah. Hal ini akan buatkan kita agar sentiasa mengerjakan amalan dan meninggalkan yang mungkar.

  7. Tak buang masa. Kalau ada kerja, tak bertangguh. Selesaikan tepat waktu atau lebih cepat dari itu.

  8. Solat sentiasa fokus dan khusyuk. Jangan ala kadar. Kena beringat bahawa kita sedang menghadapkan diri kita pada Allah SWT. Pelihara solat, maka Allah akan pelihara diri kita dan rezeki kita.

Anak cucu dan semua sahabat Tok Abah sekalian,

Rezeki bukan sahaja terletak pada wang ringgit. Namun rezeki sebenar adalah kelapangan masa, kesihatan diri, dipermudahkan urusan dan ketenangan hidup. Itulah sumber rezeki terbesar kita semua.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Moga kita semua dimurahkan rezeki selalu ya.

2 months, 2 weeks ago

Bila kita minta rezeki pada Allah SWT, ia datang dalam pelbagai bentuk dan cara:

  1. Rezeki dapat bangun awal pagi.
  2. Rezeki diberikan satu lagi masa untuk menerokai hidup.
  3. Rezeki dapat berteduh di bawah satu bumbung.
  4. Rezeki dapat berjumpa mak ayah.
  5. Rezeki dapat bermesra dengan adik beradik.
  6. Rezeki dapat berjumpa sahabat handai.
  7. Rezeki dapat berpuasa dan berbuka sama-sama.
  8. Rezeki dapat bergerak ke mana-mana.
  9. Rezeki diberikan kesihatan dan kecergasan.
  10. Rezeki diberikan udara untuk bernafas.
  11. Rezeki diberikan kenderaan untuk bergerak.
  12. Rezeki diberikan keamanan negara.
  13. Rezeki diberikan internet untuk membuat carian ilmu.
  14. Rezeki diberikan pakaian untuk menutup aurat.
  15. Rezeki diberikan dapat belajar.
  16. Rezeki diberikan mata untuk melihat.
  17. Rezeki diberikan hati untuk merasa.
  18. Rezeki diberikan akal untuk berfikir.
  19. Rezeki diberikan tangan dan kaki untuk bekerja.
  20. Rezeki diberikan Islam untuk menjadi pegangan hidup.

Ini kalau Tok Abah senarai sampai 100 pun belum tentu habis, rezeki-rezeki yang kita dapat nikmati hari ini. Apa yang Tok Abah nak sampaikan adalah terlalu banyak rupanya rezeki Allah kurnia buat kita.

Sama ada kita sedar dan tak sedar saja. Dan mindset kita, jangan pandang rezeki tu dari sudut kewangan sahaja. Kerana asas rezeki yang sebenar-benarnya adalah pemberian dari Allah yang Maha Esa.

Apa sahaja yang kita terima, baik mahupun buruk, tetap juga rezeki. Contohnya, jika kita sakit, tetap juga rezeki. Rezeki yang mengingatkan kita pada Allah SWT dan mengajar kita untuk lebih menghargai kesihatan.

Semoga pagi yang tenang dan cerah ini beri kita kedamaian untuk merenung semula, betapa luasnya rezeki dari yang Maha Esa.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Ucapkan Alhamdulillah.

4 months, 3 weeks ago

Setiap tahun mengajar kita bahawa:
Tiada yang kekal di atas dunia ini melainkan Allah SWT.

Setiap dari kita perlu terima hakikat dan move on.

We recommend to visit

- انستا https://instagram.com/Z22X
ঌ #Tumblr Pictures #Tumblr Quotes
ঌ # TeN TiME : @LZLLL - @PPPJP
بوت حجز تمويلات @fpbot
- قناة التمويلات | @ossss .
- لطلب التمويل | @sssso .

Last updated 4 weeks ago

قناة ميوزك الرماس 🔜🎵
التردد الجديد لقناة ميوزك الرماس 10971 - H
المدير : #حـــســـن_ســـامـــي 💛 🔚
للعلانات المموله والتجاريه 👇🏻
https://t.me/mumool

قناتي و يومياتي حسن سامي👇
https://t.me/hassan_sami25

Last updated 2 weeks, 6 days ago

القناة الأكبر لزوامل المنشد المجاهد #عيسى_الليث


للتواصل مع ادارة القناه @OdaygholyBot

https://telega.io/c/zwamlallaith