ঌ #Tumblr Pictures #Tumblr Quotes
ঌ # TeN TiME : @LZLLL - @PPPJP
بوت حجز تمويلات @fpbot
- قناة التمويلات | @ossss .
- لطلب التمويل | @sssso .
Last updated 2 hours ago
القناة الأكبر لزوامل المنشد المجاهد #عيسى_الليث
للتواصل مع ادارة القناه @OdaygholyBot
https://telega.io/c/zwamlallaith
قناة ميوزك الرماس 🔜🎵
التردد الجديد لقناة ميوزك الرماس 10971 - H
المدير : #حسن_سامي💛 🔚
للعلانات المموله والتجاريه 👇🏻
https://t.me/mumool
قناتي و يومياتي حسن سامي👇
https://t.me/hassan_sami25
Last updated 1 day, 11 hours ago
30 checklist nak capai kebahagiaan hari ini:
Anak cucu Tok Abah,
Print checklist ini dan tampal di bilik masing-masing ya supaya jadi peringatan dan capai kebahagiaan sebenar dalam hidup.
Tok Abah sentiasa doakan kejayaan kalian ya.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Berusaha untuk kecap kebahagiaan ya.
Mak Ayah Tak Mahir Dan Susah Nak Ajar Alif,Baa,Taa.
.
Anak Kalian Ada Masalah Seperti :
.
💢 Tak Minat Belajar Iqra.
💢 Susah Nak Faham Bila Ajar Baca Iqra.
💢 Anak Masih Tak Kenal Huruf Jawi.
💢 Asyik Nak Lari Bila Suruh Baca Iqra.
.
Dengan Genius Iqra dapat :
✅ Belajar Dgn Kaedah FlashCard
✅ Merangkumi Semua Iqra 1-6.
✅ Anak2 pasti Suka Bermain Sambil Belajar
✅ Ibubapa Boleh Ajar Walaupun Kurang Mahir
✅ Suara Yang Jelas (Audio Record dari Qari Kebangsaan)
✅ Di asaskan Oleh Guru Dan Ustz Berpengalaman.
.
𝐆𝐞𝐧𝐢𝐮𝐬 𝐈𝐪𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 “𝐒𝐄𝐋𝐅-𝐋𝐄𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆”.𝐀𝐧𝐚𝐤𝟐 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐫𝐨𝐧𝐨𝐤.(Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah).InshaAllah.
Kita Bagi Yang Terbaik Utk Anak2 kita.Dapatkan Sekarang.
👉🏻https://geniusiqra1.wasap.click
👉🏻 https://geniusiqra1.wasap.click
👉🏻 https://geniusiqra1.wasap.click
Nak berjaya, kena sentiasa renung perjalanan hidup.
Adakah semua yang kalian mahukan sudah tercapai ataupun belum. Jika belum, kena bertindak sekarang.
Mulakan dengan:
Ada yang hidupnya berjuang kerana nak pastikan anak-anak berjaya.
Ada yang hidupnya berjuang kerana nak pastikan bisnesnya maju.
Ada yang hidupnya berjuang kerana nak selamatkan masyarakat daripada terus huru-hara dari segi moralnya.
Jadi, tanya balik pada diri kamu, apa yang kamu perjuangkan dan nak pertahankan sangat-sangat dalam hidup ni.
Kalau tiada, jangan bazir masa. Pergi buat kerja kebajikan. Lihat orang yang lagi susah dari kamu. Perhatikan kepayahan dan kekurangan mereka.
Hayati dan penuhkan empati kamu terhadap nasib mereka. Pasti kamu temui jalan untuk berjuang dalam hidup ini.
Matlamat jangka panjang adalah destinasi akhir kamu.
Matlamat pendek adalah langkah demi langkah yang kamu ambil untuk capai ke matlamat panjang.
Ingat itu.
Dari situ kamu nampak timeline nya berapa panjang. Dan di situ juga kamu susun dalam bentuk jadual. Maka, setiap hari kamu terisi, kamu tahu apa nak buat dan paling penting, kamu sedang menuju kepada penyempurnaan matlamat itu.
Terima bahawa semua ini adalah tanda kasih sayang Allah pada kita semua.
Maka, tiap hari kamu akan termotivasi untuk jadi positif dan mengerjakan kebaikan sahaja. Tiada ruang untuk kamu perkara sia-sia dan tak berfaedah dalam hidup.
Di situ akan memperkukuh kesihatan rohani pula. Bila semua dipertingkatkan, pasti badan lebih seimbang dan sihat.
Kerjakanlah sesuatu itu dengan penuh keikhlasan dan beringatlah sekecil-kecil zarah yang kita buat, tetap Allah lihat dan nilai kelak.
Anak cucu dan sahabat Tok Abah,
Perjalanan hidup pastikan bererti. Jangan pernah berhenti untuk bermimpi. Tetapi mimpi itu selarikan dengan tindakan. Jika tidak, mimpi tinggal mimpi sahaja. Ingat, kita dah masuk bulan Julai 2024.
Bererti separuh tahun 2024 telah berlalu.
Semak balik, apa yang kamu azamkan awal tahun sudah tercapai belum. Jika belum, teruslah bertindak. Jangan diam-diam sahaja. Jangan lupa untuk renung kehidupan ini, supaya lebih banyak berbakti daripada meratapi.
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Hiduplah sehingga satu masa nanti, setiap hari kamu itu suasananya gemilang dan bermanfaat untuk yang lain.
Setiap hari, lapangkan fikiran kita di awal hari kita. Ini 7 cara yang kita boleh buat serta merta:
Nikmati masa bersendiri. Bangun awal pagi seawal jam 4 pagi. Ambil wudhu dan dirikan solat tahajud.
Kemudian, pegang Al-Quran. Niatkan dalam hati, "Ya Allah, berikan aku jawapan dan petunjuk hari ini."
Bacalah sekurang-kurangnya 2-3 mukasurat. Kemudian, hayati setiap makna ayat-ayat tersebut.
Keluarlah awal ke surau/masjid bagi mengerjakan solat subuh. Dan pastikan kita peluang dengan memberi sedekah subuh di tempat tersebut.
Sediakan sarapan. Pastikan makan makanan yang sihat dan seimbang.
Jika hari ini tiada apa-apa urusan, keluarlah dari rumah. Dekati alam. Nikmati bunyi unggas, burung berkicauan. Tengok unsur alam yang berwarna hijau.
Lebih baik, pergi rekreasi. Masuk hutan, panjat bukit/gunung. (Pastikan tengok cuaca juga ya).
Jangan biarkan masa terbazir begitu sahaja. Ingatlah bahawa, demi masa, sesungguhnya kita dalam kerugiaan.
Kecuali bagi mereka yang beriman dan mengerjakan amal kebaikan ya.
Moga hari ini, kita semua lebih lapang fikiran! Dari situ hati pun jadi lega dan tubuh badan rasa lebih ringan. Semangat pula membara tiba-tiba dan kehidupan jadi sangat ceria!
Tok Abah doakan kalian semua ya.
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Berusaha jadi yang terbaik.
Kita minta macam-macam kepada Allah, tetapi amat sedikit yang kita beri kepadaNya.
Sedang masih banyak nikmat yang telah Dia kurniakan kepada kita.
Tak sedar ke kita, betapa baiknya Allah kepada kita?
Bila kita minta rezeki pada Allah SWT, ia datang dalam pelbagai bentuk dan cara:
Ini kalau Tok Abah senarai sampai 100 pun belum tentu habis, rezeki-rezeki yang kita dapat nikmati hari ini. Apa yang Tok Abah nak sampaikan adalah terlalu banyak rupanya rezeki Allah kurnia buat kita.
Sama ada kita sedar dan tak sedar saja. Dan mindset kita, jangan pandang rezeki tu dari sudut kewangan sahaja. Kerana asas rezeki yang sebenar-benarnya adalah pemberian dari Allah yang Maha Esa.
Apa sahaja yang kita terima, baik mahupun buruk, tetap juga rezeki. Contohnya, jika kita sakit, tetap juga rezeki. Rezeki yang mengingatkan kita pada Allah SWT dan mengajar kita untuk lebih menghargai kesihatan.
Semoga pagi yang tenang dan cerah ini beri kita kedamaian untuk merenung semula, betapa luasnya rezeki dari yang Maha Esa.
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Ucapkan Alhamdulillah.
Kunci kebahagiaan di zaman ini:
Anak cucu dan sahabat Tok Abah,
Kita sendiri tahu apakah kebahagiaan yang kita mahu dan perlu dalam hidup. Mulai hari ini, renung kembali diri kita sendiri. Tentukan kebahagiaan dalam hidup yang sebenarnya ya.
Salam ceria dan bahagia buat semua.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Bersyukur atas kebahagiaan hidup.
10 petua menjaga diri dan tenang setiap hari:
Utamakan kedamaian dan ketenteraman dalam diri berbanding perkara lain.
Jangan mudah mengharap akan sesuatu, namun belajar untuk menghargai akan semuanya di sekeliling.
Yakin dengan kekuasaan dan keajaiban yang Allah SWT mampu buat untuk hamba-Nya.
Belajar untuk ceria dan gembira walaupun ketika kamu berseorangan.
Apa sahaja yang menyakiti dirimu, senyum dan move on.
Jangan berpatah balik pada seseorang yang telah menyakiti dan menghancurkan mereka. Namun maafkanlah mereka serta ambil hikmah dari apa yang berlaku.
Masa terlalu berharga, ia takkan mampu kita dapat kembali walau kita bayar dengan gunung emas sekali pun. Maka jangan kita bazirkannya.
Satu hari nanti, kita akan dapat apa yang kita inginkan. Sekarang ini susun strategi dan terus berusaha macamana nak capai semua itu.
Jangan pandang lewa pada orang yang tidak menghormati kita dan orang lain. Kita ada pendirian dan harga diri.
Kebahagiaan dan keamanan lebih penting dari cubaan untuk meraih perhatian orang lain.
Moga kita semua aman dan damai hari ini dan melimpahlah rezeki buat kita dari arah yang tak disangka-sangka.
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Semoga Allah kurniakan kita ketenangan berganda.
“Kenapalah rezeki aku ni macam lambat je. Tak muncul-muncul pun!”
Jika timbullah persoalan ini dalam diri kalian semua, tanya balik pada diri sendiri:
- Awal tak aku solat Subuh tadi?
- Awal tak aku bersedekah hari ini?
- Awal tak aku berdoa dan mengadu pada Allah hari ini?
- Awal tak aku buka Al-Quran dan menghayati tiap ayat di dalamnya hari ini?
- Awal tak aku berselawat dan berzikir hari ini?
- Awal tak aku sediakan sarapan untuk keluarga hari ini?
- Awal tak aku ucapkan salam kepada ahli keluargaku pagi ini?
- Awal tak aku berikan senyuman dan hidupkan kebahagiaan di rumah hari ini?
- Awal tak aku pergi ke kerja hari ini?
- Awal tak aku siapkan semua tugasan atau assignment selama ini?
Anak cucu dan sahabat Tok Abah,
Semak balik diri kita sendiri. Kita doa untuk rezeki kita disegerakan dan diawalkan, namun hakikatnya amal dan perbuatan kita semuanya lambat belaka.
Maka, jika kita lambat, macamana rezeki nak sampai awal?
Itupun atas kasih sayang dan rahmat Allah, masih terlalu banyak rezeki dan nikmat yang tetap Allah kurniakan biarpun kita sentiasa lambat.
Moga pesanan ini buat kita sentiasa menyegerakan setiap urusan dan sentiasa buat perancangan awal dalam hidup kita.
Dengan cepatnya tindakan dan usaha kita, pasti hasil dalam bentuk rezeki juga sampai lebih cepat dan dalam arah yang tak disangka-sangka.
Tok Abah doakan kalian yang membaca pesan ini dilimpahkan rezeki dengan cepat ya hari ini.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Kalau kita tak boleh awal, itu tandanya kita terlewat.
ঌ #Tumblr Pictures #Tumblr Quotes
ঌ # TeN TiME : @LZLLL - @PPPJP
بوت حجز تمويلات @fpbot
- قناة التمويلات | @ossss .
- لطلب التمويل | @sssso .
Last updated 2 hours ago
القناة الأكبر لزوامل المنشد المجاهد #عيسى_الليث
للتواصل مع ادارة القناه @OdaygholyBot
https://telega.io/c/zwamlallaith
قناة ميوزك الرماس 🔜🎵
التردد الجديد لقناة ميوزك الرماس 10971 - H
المدير : #حسن_سامي💛 🔚
للعلانات المموله والتجاريه 👇🏻
https://t.me/mumool
قناتي و يومياتي حسن سامي👇
https://t.me/hassan_sami25
Last updated 1 day, 11 hours ago