Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

Description
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months ago

1 month, 2 weeks ago
Semasa membeli bahan makanan di kedai …

Semasa membeli bahan makanan di kedai runcit ataupun pasar raya, kita diingatkan agar sentiasa membeli secara selamat 👍🏻

Kita juga disarankan untuk merancang urusan pembelian barangan terutamanya barangan mentah 🥕🥚🍗 sama ada kering mahupun basah. Ianya penting agar tidak berlakunya percampuran di antara bahan mentah kering dan basah sehingga boleh mengakibatkan keracunan makanan.

‼️ Jom ikuti tip membeli bahan makanan secara selamat.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

1 month, 2 weeks ago
Lakukan X-Break untuk tempoh dua hingga …

Lakukan X-Break untuk tempoh dua hingga lima minit semasa waktu persekolahan bagi meningkatkan kadar nadi.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan murid dalam aktiviti fizikal yang menyeronokkan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

1 month, 2 weeks ago
Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia …
3 months, 3 weeks ago
Don't Neglect Food Safety During Floods

Don't Neglect Food Safety During Floods

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 am with
En. Shanmugam a/l Supramanium, Senior Principal Assistant Director from Food Safety and Quality Programme, MOH.

#MalaysiaSihat

3 months, 3 weeks ago
Dalam menghadapi situasi hujan lebat yang …

Dalam menghadapi situasi hujan lebat yang berterusan Pastikan anda bersiapsiaga dalam menghadapi perkara luar jangka.

? Pastikan bekalan makanan dari sumber yang bersih dan selamat
? Buang makanan yang tercemar dengan air banjir
? Pastikan anda Lihat, Hidu dan Rasa sebelum menjamah makanan

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

3 months, 3 weeks ago

YB Menteri Kesihatan telah mengadakan Sesi Perjumpaan bersama Petugas Kesihatan Negeri Kelantan dan Pasukan Mobilisasi Bencana Banjir Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia di Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Kota Bharu pagi ini.

Ketibaan YB Menteri Kesihatan disambut oleh YBhg. Dato’ Dr. Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Bagi menghadapi bencana kali ini, seramai 106 orang anggota mobilisasi dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Pahang dan Perak telah hadir untuk memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas di Kelantan.

Sepanjang bencana banjir yang berlaku di negeri ini, terdapat 313 pusat pemindahan banjir sementara telah dibuka yang menempatkan 107,709 ribu mangsa banjir di seluruh negeri Kelantan.

Beberapa Langkah proaktif telah dijalankan oleh JKN Kelantan antaranya Penyediaan Perkhidmatan Kesihatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Pemantauan Penyakit Berjangkit, Penyediaan Bekalan Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS).

Banjir ini juga telah memberi kesan kepada 66 buah fasiliti Kesihatan di seluruh negeri Kelantan. Sehingga kini terdapat 16 buah fasiliti yang masih tidak dapat beroperasi dan telah berpindah operasi ke fasiliti kesihatan berdekatan.

"Dalam menghadapi bencana besar ini, kerjasama antara KKM, agensi kerajaan lain, NGO dan masyarakat secara ‘whole-of-nation approach’ adalah amat mustahak. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menunjukkan semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam membantu mangsa banjir, sama ada melalui penyediaan bantuan kemanusian, kerja-kerja pembersihan, atau dalam aspek sokongan kesihatan", ujar YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, YBrs. Dr. Safiee bin Ismail, Pengarah Perkembangan Kesihatan Keluarga, KKM dan YBrs. Dr. Ahmad Faris bin Awang, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam).

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sumber:
https://www.facebook.com/share/19ia6ktARB/?mibextid=WC7FNe

4 months ago
Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia …
4 months ago
Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia …
4 months ago
Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia …
4 months, 1 week ago
Cara pencegahan lipas, lalat dan tikus …

Cara pencegahan lipas, lalat dan tikus semasa musim banjir

? Tutup tong sampah
? Tutup makanan dengan sempurna
? Lap dan bersihkan meja selepas makan
? Pasang jaring atau perangkap yang sesuai
? Jangan buang sisa makanan merata-rata
? Kenal pasti kawasan hurungan
? Lupus bangkai haiwan dengan menanam bangkai sedalam 4 kaki atau lebih

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months ago