Dive into the Ultimate Free Library: Your One-Stop Hub for Entertainment!

Iman💕Qowiyy

Description
🌴TARBIAH HATIMU BANGKIT DEMI ILAHI🌴

Semakin Kita Sabar, Semakin Allah Sayang. Husnuzon...

Creator : @TeratakIman
Since💕6 May 2016
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 months ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 4 weeks, 1 day ago

1 month, 3 weeks ago

💥TAZKIRAH HATI💥

🍃Ibnu Mas'ud Radiyallahu 'anhu berkata...

🍃"Cukuplah dengan rasa takut kepada Allah adalah bukti keilmuan seseorang.

🍃Dan cukup dengan kelalaian merupakan bukti kebodohan seseorang"

🌷Tazkiyatun Nafs🌷

@ImanQowiyy🐝

1 month, 3 weeks ago

💥MUHASABAH IMAN💥

🍃Tidak perlu sedih dah kecewa kehilangan cinta manusia kerana cintakan Allah.

🍃Tetapi sedihlah dan kecewalah kehilangan cinta Allah kerana cintakan manusia.

🍃Tidak mengapa jika kita kehilangan kawan pabila kita menegakkan kebenaran.

🍃Allah sentiasa ada. Jangan kita kehilangan kasih Allah sebab takut kehilangan kawan.

@ImanQowiyy 🐝

1 month, 3 weeks ago

💥BICARA IMAN💥

🍃Kita jadi manusia, Atas pilihan dan permintaan kita sendiri semasa di Syurga dulu.

🍃So kita tepati janji kita...

🍃Kita cubalah menjadi makhluk yang terbaik.

🍃Sepertimana, Allah berfirman di dalam Am-Qur'an.

🍃Manusia adalah sebaik baik ciptaan Nya.

@ImanQowiyy 🐝

3 months, 3 weeks ago

💕 Jom KITA JOIN CHANNEL² DIBAWAH

📌 @ilovequrann
Perkongsian hafis,kalam ulama', tafsir Quran

📌 @DapurCheff
Resepi pelbagai citarasa

📌 @katahatisangbintang
Dakwah dari sekeping nota

📌 @lightzoflife
English quotes it's here

📌 @bicarabulanofficial
Tenang - kamu mampu!

📌 @quotephotovideo
NASIHAT² KEHIDUPAN

📌 @sentaplaatuu
XsentapKew ?

📌 @kitabdoa
HIMPUNAN DOA

📌 @ImanQowiyy
TARBIAH HATIMU, BANGKIT DEMI ILAHI

📌 @qowiywritervideo
Video dakwah & motivasi

https://t.me/ilovequrann

💞 Group Discussion @quotephotovideochat

😎 SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...💖

Telegram

🅠🅤🅡🅐🅝 & 🅗🅐🅓🅘🅢🕋

ʜɪᴍᴘᴜɴᴀɴ ᴋᴀᴛᴀ-ᴋᴀᴛᴀ ᴜʟᴀᴍᴀᴋ, ʜᴀᴅɪs & ᴀʟ-ϙᴜʀᴀɴ. ʲᵘˢᵗ ᶜˡⁱᶜᵏ & ˢᵉᵃʳᶜʰ ***🔍*** • #quran • #hadis • #kalamulama [ ٢٠١٩-١٠-١٣ ] ***♥️******☕️***

***💕*** Jom KITA JOIN CHANNEL² DIBAWAH
3 months, 4 weeks ago

💥BICARA HATI💥

🍃Akan datang satu masa dalam hidup kita.

🍃Kita hanya ada Allah untuk kita luahkan segalanya.

🍃Nak luah kepada manusia sudah tak mampu.

🍃Dalam hati kita, kisah tersurat dan tersirat. Bila diluah, Tak akan cukup muka surat.

@ImanQowiyy🐝

3 months, 4 weeks ago

💥BICARA ILMU💥

🍃Bagaimana nak pastikan mendapat keredhaan Allah dan menuju ke Jannah.

🍃Kenalilah diri kita...

🍃Bagaimana caranya nak kenali diri ?

🍃Ingat bahawa tiada Tuhan selain Allah. DIA lah satu² nya Tuhan yang memberi rezeki.

🍃Memberi jodoh, ajal serta DIA lah pemilik segala isi langit dan bumi.

🍃Nabi Muhammad SAW itulah pesuruh Allah SWT yang sanggup berjuang demi umatnya.

🍃Kerana cintanya kepada Allah dan umat islam.

@ImanQowiyy 🐝

4 months ago

💥KUBUR = MATI💥

🍃Kubur  adalah  tempat
menyimpan AMALAN

🍃 Dan akan  hanya  disedari
setelah seseorang itu MATI.

🍃Ali bin Abi Talib🍃

@ImanQowiyy🐝

4 months, 2 weeks ago

SEMPURNAKAH SOLAT KITA?

Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus.

Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat ikut-ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita.

Rukun solat ada 13

  1. Niat
  2. Berdiri dengan betul
  3. Takbiratul ihram
  4. Membaca Al Fatihah
  5. Rukuk
  6. I’tidal
  7. Sujud
  8. Duduk antara 2 sujud
  9. Bacaan tahiyat akhir
  10. Duduk tahiyat akhir
  11. Selawat dalam tahiyat akhir
  12. Salam
  13. Tertib

Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian

I. Rukun Qalbi iaitu rukun ke atas pekerjaan hati
2. Rukun Fi’il iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja
3. Rukun Qauli iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.

Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il dan ramai yang melanggar Rukun Qauli terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat

Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati
Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.

Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan (Hanya bunyi angin sahaja).

5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat

1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir

2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz

3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz

4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir

5. Tidak memberikan salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz

Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz” ?

Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri.
Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada 5 tempat

1. Semasa Takbiratul Ihram

2. Semasa membaca Al Fatihah

3. Semasa Tahiyat Akhir

4. Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir

5. Semasa lafaz salam

Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna

Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah, perlulah kita segera:

  1. Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulagi lagi kesalahan yang sama

2) Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu..

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun

Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di akhirat nanti.

#Sebarkan kebaikan
#Kongsikan kebahagiaan
#uskh❤️

6 months ago

💥TERUSKAN BERDOA💥

🍃Ya Allah, Aku berdamai dengan segala kisah lalu. Aku ingin pasrahkan dan ikhlaskan apa yang telah berlaku. Aku ingin menjadi sebenar-benar redha untuk semua aturan takdirMu.

🍃Tolong ya Tuhan... bantu Aku. Engkau tahu semua rasaku. Sakitku, sedihku, pedihku, tangisku, hampaku, putus asaku. Namun aku juga tahu Kau tak pernah putus asa atau jemu menatap wajah lesuku.

🍃Tak pernah bosan mendengar rintihanku. Tak pernah marah mendengar rungutanku. Tak pernah menutup pintu rahmat-Mu untukku.

🍃Tak pernah mengunci pintu ampunan-Mu untukku. Tak pernah berhenti berbuat kebaikan dan memberikan nikmat setiap hari untukku.

🍃Tak pernah berhenti menunjukkan hikmah dan hidayah padaku. Tak pernah berhenti menyapu air mata di pipiku.

🍃Tak pernah berhenti menenangkanku saat aku dihimpit rasa buntu. Tak pernah habis cara Kau mempamerkan kasih sayang dan cinta-Mu.

🍃Terima kasih ya Tuhan. Gantikan apa yang aku hilang dengan jauh lebih baik menurut-Mu. Jauh lebih indah, lebih kekal abadi hingga ke syurga-Mu.

🍃Dan Kau lebih tahu, dari apa yang aku tidak tahu. Sungguh aku ingin terus bersimpuh di sisi-Mu, menghiba pada-Mu dan bersandar erat di pautan cinta-Mu...

@ImanQowiyy🐝

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 months ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 4 weeks, 1 day ago