Pemburu yang diburu.
Last updated 2 months, 3 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Meja Bulat Siri 3: Dikotomi Ilmu Dalam Pendidikan
Kita perlu bina kefahaman asas bahawa pendidikan tidak sepatutnya sekadar melahirkan pekerja tetapi merupakan teras penting dalam usaha membina peradaban pada sesebuah bangsa.
Insyallah diskusi akan bermula jam 9 pagi ini.
Pautan Siaran Langsung melalui:
https://www.youtube.com/live/Hvjj1TAPlZA?si=rJjr000KV_MxZewA
British dan Kibbutz: Warisan Imperialism Di Tanah Jajahan
Pembinaan kibbutz di Palestin bukan sekadar eksperimen sosial atau komuniti pertanian kolektif tetapi merupakan sebahagian daripada strategi imperialisme yang diterapkan oleh gerakan Zionis dengan sokongan Mandat British. Kibbutzim bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pertanian tetapi juga sebagai alat dominasi politik, ekonomi, dan ketenteraan untuk mempercepatkan projek kolonial mereka di tanah Palestin. Dengan menggunakan pendekatan settler colonialism, Zionis dan British memastikan bahawa kibbutzim menjadi instrumen utama dalam usaha menggantikan penduduk asal Palestin dengan komuniti peneroka Yahudi.
Imperialisme bukan hanya menakluki wilayah secara ketenteraan tetapi turut menggunakan strategi penguasaan tanah melalui penerokaan terancang. Dalam kes kibbutzim, tanah Palestin dirampas dan dijadikan kawasan penempatan eksklusif Yahudi dengan alasan bahawa ia adalah tanah yang “tidak diusahakan.” Ini merupakan sebahagian daripada strategi kolonial klasik di mana kuasa penjajah mendakwa bahawa penduduk asal tidak memanfaatkan tanah dengan efektif dan oleh itu mereka kehilangan hak untuk memilikinya. Strategi ini membolehkan peneroka bukan sahaja mengawal wilayah tetapi juga menghalang penduduk asal daripada kembali ke tanah mereka sendiri.
Sejarah menunjukkan bahawa taktik ini bukan unik kepada Palestin tetapi telah digunakan secara meluas dalam sejarah kolonialisme Barat. Di Amerika Syarikat, hak-hak pribumi dihapuskan melalui dasar pemindahan paksa dan pemusnahan budaya mereka, manakala di Afrika Selatan, dasar apartheid mewujudkan sistem pemisahan tanah berdasarkan kaum yang mengekalkan kuasa ekonomi dan politik di tangan minoriti kulit putih. Kibbutzim, sebagai sebahagian daripada projek Zionis, mencerminkan corak penjajahan yang sama di mana penguasaan tanah digunakan untuk mengukuhkan dominasi sosial dan ekonomi peneroka.
Falsafah imperialisme ini selari dengan pemikiran John Locke dalam Two Treatises of Government (1689) di mana beliau memperkenalkan konsep hak pemilikan berdasarkan usaha dan penggunaan tanah (Lockean proviso). Locke berpendapat bahawa tanah yang tidak digunakan secara produktif boleh diambil oleh mereka yang mampu mengusahakannya. Akhirnya, konsep ini yang digunakan sebagai justifikasi kolonialisme Eropah. Peneroka Zionis mengadaptasi konsep ini dengan mendakwa bahawa tanah Palestin adalah “kosong” (terra nullius) walaupun ia telah lama dihuni dan diusahakan oleh masyarakat Palestin. Dengan menggunakan naratif ini, mereka menjustifikasikan perampasan tanah dan membentuk sistem yang menafikan hak politik serta ekonomi rakyat Palestin.
Kibbutzim perlu dilihat bukan sekadar komuniti pertanian kolektif tetapi merupakan alat imperialisme yang berfungsi untuk memastikan kawalan Zionis terhadap Palestin dengan bantuan British. Dengan mengadaptasi strategi kolonial klasik seperti penguasaan tanah, peminggiran penduduk asal, dan penggunaan falsafah hak milik sebagai justifikasi penjajahan, kibbutzim menjadi sebahagian daripada rangka kerja imperialisme yang lebih luas.
Rujukan:
John Locke. 1689. Two Treatises of Government. Cambridge University Press.
Marcelo Svirsky. 2010. The Production of terra nullius and the Zionist-Palestinian Conflict. University of Wollongong.
Henry Near. 1995. The Kibbutz in Historical Perspective: A Review Essay. Modern Judaism.
———————————————————
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Ikuti kami di Channel Telegram Rasmi AkalWahyu:
https://t.me/AkalWahyuOfficial
INFAQ JUMAAT PENYELIDIKAN PEMIKIR
Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.
Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.
Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.
-------------------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Ayuh kita bersama membangun peradaban bermula dengan menyumbang di Infaq Penyelidikan PEMIKIR:
PEMIKIR di Pesta Buku UKM 2024
Kini, karya-karya PEMIKIR berada di Pesta Buku UKM 2024. Koleksi buku-buku PEMIKIR seperti Ancaman Pemikiran Pascamoden dan Majalah Akalwahyu dijual di pesta buku ini.
Temui karya-karya kami di:
Lokasi: Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM, Bangi
Tarikh: 16 - 19 Disember 2024
Masa: 9.00 pagi - 7.00 malam
Reruai: Pustaka Taybah (Meja no. 6)
**Kami menantikan kehadiran anda di sana.
-----------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:**bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Ketenangan atau Kekeliruan? Bahaya Tersembunyi di Dalam Stoicism
Stoicism, falsafah yang berakar daripada pemikiran Zeno of Citium mengajarkan ketenangan batin melalui kawalan emosi, penerimaan takdir dan fokus kepada kebajikan.
Walaupun pada permukaannya Stoicism kelihatan menawarkan nilai-nilai yang positif, ianya secara halus mengandungi kepincangan besar apabila dibandingkan dengan ajaran Islam khususnya dalam soal pandangan terhadap Tuhan.
Di dalam Stoicism, ianya memperkenalkan konsep "Logos" iaitu kekuatan rasional yang kononnya mengatur alam semesta. Konsep Logos ini disebut sebagai satu kekuatan rasional yang imanen (terkandung dalam alam sekitar dan bertindak sebagai prinsip kreatif yang mengatur alam).
Chrysippus, ahli falsafah dalam Stoicism ada menyatakan konsep logos ini di dalam kepercayaan Stoicism:
"The universe itself is God and the universal outpouring of its soul; it is this same world's guiding principle, operating in mind and reason, together with the common nature of things and the totality that embraces all existence; then the foreordained might and necessity of the future; then fire and the principle of aether; then those elements whose natural state is one of flux and transition, such as water, earth, and air; then the sun, the moon, the stars; and the universal existence in which all things are contained."
Dalam Islam, konsep ini tidak dapat diterima kerana bertentangan dengan tauhid iaitu kepercayaan kepada Allah sebagai Tuhan yang Maha Esa dan Pencipta segala sesuatu. Allah bukan sekadar kekuatan impersonal seperti "Logos" dalam Stoicism.
Sebaliknya, Allah adalah Tuhan yang Maha Hidup, Maha Mendengar, Maha Mengetahui, dan mengarahkan alam semesta dengan hikmah-Nya. Stoicism gagal memahami peranan Allah sebagai Tuhan yang berkomunikasi dengan manusia melalui wahyu dan petunjuk.
Stoicism meletakkan Tuhan sebagai bersifat imanen (wujud pada setiap elemen alam semester). Pemahaman ini dilihat bercanggah dengan pemahaman Islam yang menegaskan Allah adalah Tuhan yang transenden (di luar dan bebas daripada makhluk).
Kesimpulannya, walaupun Stoicism menawarkan panduan asas terhadap pengendalian emosi, ia tidak mampu memberikan pandangan menyeluruh tentang kehidupan manusia.
Percanggahan demi percanggahan di dalam pemahaman Stoicism dengan Islam telah meletakkan Stoicism sebagai satu pemikiran falsafah yang bertentangan dengan Islam.
-----------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:
Hermetisisme: Falsafah Pemikiran Yang Sesat dan Menyimpang
Hermetisisme adalah tradisi falsafah dan spiritual yang berakar daripada tulisan-tulisan Corpus Hermeticum, yang dikaitkan dengan tokoh mitos, Hermes Trismegistus.
Kepercayaan ini merupakan satu bentuk sinckritisme keagamaan (penggabungan pelbagai agama atau kepercayaan). Kepercayaan ini turut dinyatan adalah satu bentuk penggabungan kepada aliran falsafah dan mistik secara sinkritik dari kepercayaan Hermes dan Thoth.
Hermetisisme juga dapat ditafsirkan sebagai kepercayaan dualistik yang menggabungkan jasad manusia dan hubungan dengan dunia nyata sebagai antagonis kepada jiwa.
Pemahaman ini secara asasnya bertentangan dengan Islam kerana perbezaan dari pemahaman terhadap kepercayaan dan prinsip.
Dalam Hermetisisme, Tuhan dianggap sebagai kekuatan metafizik yang tidak personal dan merangkumi alam semesta secara keseluruhan.
Sebaliknya dalam Islam, Allah adalah Tuhan yang Esa (Ahad) dan tidak menyerupai makhluk ciptaan-Nya. Allah adalah Pencipta mutlak dan tiada konsep dualistik antara jasad dan jiwa seperti dalam Hermetisisme.
Hermetisisme melihat jasad manusia dan dunia nyata sebagai antagonis kepada jiwa.
Di dalam Islam menganggap jasad dan jiwa sebagai satu kesatuan yang diciptakan Allah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi. Dunia tidak dianggap sebagai musuh tetapi sebagai tempat untuk beramal dan mencapai keredaan Allah.
Hermetisisme secara asasnya mencerminkan falsafah Barat yang mengutamakan dualisme dan pandangan metafizik yang jauh berbeza dengan prinsip Islam.
Di dalam agama Islam pula menekankan kesatuan jasad dan jiwa serta hubungan langsung dengan Tuhan yang Esa berbanding ajaran yang memisahkan keduanya.
-----------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:
Pada 25 November 2024 yang lepas pihak PEMIKIR telah dijemput oleh Arkib Negara Malaysia selaku tetamu didalam wacana Legasi Pemikiran dan Perjuangan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Slot perbincangan ini dibentang oleh Ybhg Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail, Prof Dr Zaid Ahmad dan Dr Kamarul Afendey.
Beberapa idea yang harus kita faham mengenai Dr Burhanuddin Al-Helmy ini dalam perjuangannya adalah berkenaan idea Melayu Raya, konsep Budaya Bangsa dan kefahaman mengenai makna kebangsaan yang benar.
Dalam proses negara kita hari ini, tidak seharusnya kita menyempitkan makna Bangsa Melayu dengan perkauman yang sempit seperti yang dinyatakan oleh Dr Burhanuddin dalam bukunya Falsafah Kebangsaan Melayu. Malah dasar kemelayuan itu tidak seharusnya bersifat nasionalisma sekular akan tetapi mesti didasari oleh kemelayuan berakar dari Islam.
Membetulkan fahaman asabiyyah yang sering dinegatifkan menjadi makna perkauman sempit juga adalah beberapa noktah yang seharusnya kita ambil cakna dalam mencipta masa hadapan baharu peradaban Islam di tanah air ini. Malah idea melayu raya beliau itu yang meruntuhkan sempadan negara bangsa kini seharusnya diberi perhatian dalam membina kuasa nusantara.
Dr Burhanuddin al-Helmy selaku seorang tokoh perjuangan negara dan pemikiran seharusnya dibaca oleh setiap tokoh politik mahupun pembina dasar negara dalam melakar masa hadapan peradaban yang adil dan makmur.
Pemburu yang diburu.
Last updated 2 months, 3 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago