Pemburu yang diburu.
Last updated 1 day, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Ya Allah, ku doakan juga dengan doa yang sama bagi orang yang mengirimiku doa ini.
Ya Rabb
Pada saat ini aku memohon kerehatan dan ketenangan
bagi semua muslim yang merasa sempit akan dunianya dan berasa sedih sehingga mengalir air matanya.
Ya Allah
Gembirakanlah hati-hati mereka yang telah dilelahkan oleh cita-cita dan angan-angan, berikan khabar gembira kepada orang-orang yang bersedih
dengan kegembiraan yang tidak akan lagi mengingatkan mereka
kepada kesakitan yang telah mereka lalui.
Bahagiakanlah hati-hati mereka dan Engkau gembirakanlah kami kerana dapat bersahabat dengan mereka.
Ya Allah
Ampuni kedua ibu bapaku dan masukanlah mereka kedalam syurgaMu.
Wahai yang Maha Pengasih di antara sekalian yang Mengasihani.
Ya Allah bebaskanlah leher kami daripada belenggu api neraka.
Ya Allah Engkau Yang Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Kau cintakan kemaaafan, maka maafkanlah kami.
Ya Allah berilah taufiq bagi yang mengirimi risalah ini kepadaku, permudahkan segala urusannya di dunia mahupun akhirat, rezekikanlah dirinya dapat memandang kepadaMu yang mulia, perelokkanlah pengakhiran kehidupannya, kedua ibu bapanya dan rezekikan kepadanya rezeki yang berlipat ganda daripada apa yang diharapkannya di dunia mahupun akhirat.
Ya Allah berilah kesembuhan terhadap orang yang mengirimiku risalah ini dan tunaikanlah hajatnya.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam dan ahli keluarganya yang baik lagi suci.
??????????????
Sebarkan doa ini sebanyak-banyanya, mudah-mudahan para malaikat akan mendoakan kita dengan doa yang sama dan mengatakan perkenankanlah ya Allah bagi hambaMu ini.
P/s: Doa ini telah dibariskan dengan khidmat al Fadhil Ust Hosnee Abidin Al Azhari Hafizahullah. Barakallahufihi 'ala juhdihi.
? Dikhidmati terjemahannya:
Unit Akademik Banaat Yusufi 2024
(AR01, ED03)
23 Ramadan 1445 H.
yang mana Engkau menamakan diriMu dengannya,atau Yang Engkau turunkan nama-nama itu di dalam kitabMu,
atau Yang Engkau ajarkan pada mana-mana makhlukMu,atau yang tersimpan di dalam ilmu ghaib di sisiMu, supaya Engkau menjadikan Al Quran ini sebagai penyejuk hatiku, cahaya di dalam dadaku, menyingkap segala kesedihanku, dan melenyapkan segala keresahanku.
Ya Allah aku memohon dengan qudrahMu yakni kekuasaaanMu yang mana dengan qudrahMu itu, Engkau telah memelihara Nabi Yunus as di dalam perut ikan paus, ran dengan RahmatMu yang mana dengan rahmat itu Engkau menyembuhkan Nabi Ayyub as setelah Baginda diuji, agar tidak lagi tersisa bagiku keresahan, kesedihan, kesempitan dan kesakitan melainkan telah Engkau persiapkan baginya jalan keluar. Jika pagiku dalam keadaan bersedih, maka jadikanlan petang (malamku) dalam kegembiraan.
Sekiranya saat ini aku tidur dalam kesempitan, maka Engkau bangunkanlah aku dengan pertolongan daripadaMu. Sekiranya aku ini berhajat maka janganlah Engkau biarkan aku bersandar melainkan hanya kepadaMu. Peliharakanlah untukku orang-orang yang mencintaiku dan peliharalah jua bagiku orang-orang yang aku kasihi.
Ya Allah janganlah Engkau pikulkan ke atasku sebarang kesulitan hidup yang tidak mampu aku memikulnya. Jauhkanlah di antara ku dengan musibah-musibah dunia serta segala pergolakan yang berlaku padanya, sepertimana Engkau menjauhkan di antara ufuk timur dan barat.
Ya Allah Engkau berikanlahku khabar gembira dengan kebaikan, sebagaimana Engkau memberi khabar gembira kepada Ya'qub as dengan kembalinya Yusuf as, gembirakanlah aku dengan kegembiraan sepertimana Engkau gembirakan Zakariyya as dengan hadirnya Yahya as.
Ya Allah Engkau gembirakanlah orang yang menghantar kepadaku doa ini. (Murabbi kami, Sheikh Youssef Muhieddine Rek El Bakhour al Hasani), dengan memenuhi hajat yang dapat menggembirakan hatinya yang mengalirkan air matanya (air mata kegembiraan) kerana dipenuhi hajatnya itu.
Ya Rabb, di sini Engkau melihat kedudukan diriku,
Engkau yang mendengar segala ucapanku,
dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perihal keadaanku.
Ya Rabb, sesungguhnya aku adukan segala aduanku ini kepadaMu. Tidak kepada mana-mana makhlukMu. Maka Kau terimalah aku di dalam rihabMu (hamparan rahmatMu),
Pada waktu yang diberkati ini.
Ya Rabb, sesungguhnya aku telah mengetuk pintuMu. Maka Ya Allah, Engkau bukakanlah untukku pintu-pintu langitMu
dan Engkau peliharakanlah aku daripada besarnya balaMu. Ya Allah Engkau permudahkan untukku menemukan hamba-hambaMu yang baik di sekelilingku. Engkau permudahkanlah segala urusanku, dan Engkau rezekikanlah kepadaku rezeki dari arah yang tidakku sangka-sangka.
Wahai Rabbku, dengan keupayaanMu , kekuatanMu, kemuliaanMu, dan kekuasaanMu,
Engkaulah satu-satunya yang Maha berkuasa ke atasku, kerana Engkaulah satu-satunya Yang Esa dan tidak ada sekutu bagiMu.
Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu agar sudilah kiranya Engkau merezekikanku segala yang baik bagiku, dalam agamaku dan duniaku, kehidupanku, dan segala kesudahan urusanku,
sama ada balasan yang segera di dunia atau yang tertangguh di akhirat kelak.
Ya Allah sesungguhnya aku adukan kepadaMu
kurangnya upayaku, sulitnya urusanku dan lemahnya kekuatanku. Ya Allah aku memohon kepadaMu supaya Engkau menjauhkan daripadaku dikuasai oleh kecelaruan akal dan urusan. Wahai Rabbku menangkanlahku (ke atas musuh-musuhku) , jangan aku dikalahkan. Wahai Rabbku, bantulah aku, jangan Engkau biarkan aku dikalahkan.
Ya Rabb
Kasihanilah kelemahanku ini, lepaskanlah aku dari segala kesulitanku, balutlah segala lukaku, tenangkanlah segala yang menjadi ketakutanku,
dan hujanilah aku dengan rezeki daripada sisiMu yang tidak ada had baginya, bantuan dari sisiMu yang tidak berpenghujung, dan kebaikan-kebaikan daripadaMu yang tidak terkira.
Ya Allah
Sekiranya rezekiku masih di langit, Kau turunkanlah.
Sekiranya ia di bumi, maka keluarkanlah.
Sekiranya ia jauh, maka dekatkanlah.
Sekiranya ia dekat, maka mudahkanlah.
Sekiranya ia sedikit, maka perbanyakkanlah
Sekiranya ia banyak, maka Engkau berkatilah aku padanya.
اَللّٰهُمَّ إِنْ كَانَ رِزقِي فِي السَّمَاء فَأَنزِلهُ، وَ إِنْ كَانَ فِي الأَرضِ فَأخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيدًا فَقَرِّبهُ، وَ إِنْ كَانَ قَرِيبًا فَيَسِّرهُ، وَإِنْ كَانَ قَلِيلًا فَكَثِّرهُ، وَإِنْ كَانَ كَثِيرًا فَبَارَكَ لِي فِيهِ. اَللّٰهُمَّ وَلِمَن أَرسَلَ مِثلَ ذَلِك. يَا رَبّ فِي هذِهِ السَّاعَه أَسْأَلُكَ الرَّاحَه لِكُلِّ مُسلِم ضَاقَت عَلَيه دُنيَاه وَذَرَفَت عَينَاه، يَا اللّٰه أفرِح قُلُوبًا أنْهَكَهَا التَمَنِّي، وَبَشِّر أصحَابَهَا بِفَرَحٍ لَا يَذكُرُهُم بِوَجعِهِم، وَاسْعَدْ قُلُوبَهُم وَأسعَدَنَا بِصُحبَتِهِم. اَللّٰهُمَّ اغْفِر لِوَالِدَيَّ وَادخُلْهُمْ جَنَّتَكَ، يَا أرحَمَ الرَّاحِمِين
اَللّٰهُمَّ اعتِقْ رِقَابَنَا مِنَ النَّار، اَللّٰهُمَّ إنَّكَ عَفُّو كَرِيم، تُحِبُّ الْعَفوَ فَاعْفُ عَنَّا.
اَللّٰهُمَّ وَفِّقْ مَن أَرسَلَ لِي الرِّسَالَة وَيَسِّر لَهُ أُمُورَهُ بِالدُّنيَا وَالْآخِرَه، وَارْزُقْهُ النَّظَرَ إلَى وَجهِكَ الكَرِيم، وَاحسِنْ خَاتِمَتَه وَوَالِدَيه، وَارْزُقْهُ أضعَافَ مَا يَتَمَنَّى بِالدُّنيَا وَالْآخِرَه،
اَللّٰهُمَّ اشْفِي مَن أَرسَلَ لِي هَذِهِ الرِّسَالَة وَاقْضِ حَاجَتَه، وَصَلِّ اَللّٰهُمَّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَ عَلَى آلِهِ الطَّيِّبِينَ الطَّاهِرِين
??????????????
دعاء شامل لهذه الأيام الفضيلة. أرسل هذا الدعاء لأكبر عدد من الناس حتىَ تقُول الملائگه ولك المثل بإذن الله.
.............. Terjemahan .................
Hari ini saat dibukanya pintu-pintu langit untuk dikabulkan doa permohonan. Maka aku (Sheikhuna) menasihati kalian untuk membaca doa ini.
Wahai Sang Pemilik Cinta dan Kasih Sayang.
Wahai Sang Pemilik Cinta dan Kasih Sayang.
Wahai Sang Pemilik Cinta dan Kasih Sayang.
Wahai Yang memiliki 'arash kemuliaan dan keagungan
Wahai Yang Maha Berbuat apa sahaja yang Engkau kehendaki
BagiMu segala pujian dan bagiMu segala kesyukuran ke atas semua nikmat.
Ya Allah
BagiMu segala pujian sebagaimana yang selayaknya dengan kemuliaan ZatMu serta kebesaran kekuasaanMu.
Ya Allah yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri.
Berselawatlah keatas Nabi Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga Baginda saw, sebagaimana Engkau telah berselawat keatas Nabi Ibrahim dan keluarga Baginda as. Sesungguhnya bagiMu segala pujian dan keagungan.
Ya Rabb
Ya Rabb
Ya Rabb
Aku memohon dengan kemuliaanMu yang tidak dapat dicapai, dengan (keagungan) singgahsana kerajaanMu yang tidak akan pernah dapat dibinasakan oleh sesiapa pun, dan dengan cahayaMu yang memenuhi setiap penjuru 'arasyMu.
Wahai yang Maha Memberi Pertolongan
Berilah pertolongan kepadaku.(3x)
(Kemudian sebutkan hajat di sini).
Ya Allah Janganlah Engkau celakan dan hinakan musuhku kerana penyakit yang ada padaku,
dan jadikanlah al Quran yang agung sebagai penawar bagiku.
Engkaulah keyakinanku dan pengharapanku.
Maka jadikanlah Ya Allah baiknya sangkaanku terhadapMu sebagai penawar bagiku.
Ya Allah
Engkau tetapkanlah ke atasku akalku dan agamaku juga terhadapMu Wahai Rabbku,
Engkau tetapkanlah bagiku keyakinanku.
Rezekikanlah kepadaku rezeki yang halal
yang mencukupiku,
dan jauhkanlah dariku segala kejahatan bagi mereka yang ingin menyakitiku, dan janganlah Engkau palingkan aku kepada mana-mana orang untuk mengubatiku.
Ya Allah tutupilah segala keaibanku di atas muka bumi ini.
Ya Allah Engkau rahmatilah aku di dalam perut muka bumi ini.
Ya Allah Engkau ampunilah aku pada hari nantinya dibentangkan segala amal perbuatanku kepadaMu.
Bismillahirrahmanirrahim, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang sebagai jalanku.
Ar Rahman itu menjadi temanku, dan Ar Rahim itu yang memeliharaku
daripada segala sesuatu yang dapat menyakitiku.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada segala kejahatan yang dihembuskan oleh tukang-tukang sihir perempuan di tali-tali sihirnya, dan dari kejahatan orang-orang yang hasad ketika dia hasad.
Ya Allah sesungguhnya aku adalah hambaMu, adalah anak kepada hamba lelaki Mu (ayah),
dan anak kepada hamba perempuanMu (ibu).
Ubun-ubunku di dalam genggaman kekuasaanMu
Berlaku segalanya bagiku dalam ketetapan tadbirMu. Keadilan di dalam perlaksanaan takdirMu.
Aku memohon kepadaMu dengan segala nama
Doa di malam-malam 10 Akhir yang dikongsikan Sheikh Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani Hafizahullah.
???????
هذا اليوم ابواب السماء مفتوحه للاستجابه أنصحكم بقراة هذا الدعاء.
Hari ini pintu2 langit dibuka untuk diterima segala permintaan, maka aku nasihatkan kamu semua untuk membaca doa ini:
يَا وَدُود يَا وَدُود يَا وَدُود، يَا ذَا العَرشِ المَجِيد، يَا فَعَّال لِمَا تُرِيد، لَكَ الْحَمدُ، وَلَكَ الشُّكْر عَلَى جَمِيعِ النِّعَم. اَللّٰهُمَّ لَكَ الْحَمدُ، كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلطَانِك. اَللّٰهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوم، صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيتَ عَلَى اِبرَاهِيم وَعَلَى آلِ اِبرَاهِيم، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيد. يَا رَبّ، يَا رَبّ، يَا رَبّ، أَسْأَلُكَ بِعِزِّكَ الَّذِي لَا يُرَام، وَبِمُلْكِكَ الَّذِي لَا يُضَام، وَبِنُورِكَ الَّذِي مَلَأَ أَرْكَانَ عَرْشِكَ،
يَا مُغِيث أَغِثْنِي .. يَا مُغِيث أَغِثْنِي.. يَا مُغِيث أَغِثْنِي.. (ثم اذكر حاجتك)
اَللّٰهُمَّ لَا تُشمِتْ أَعْدَائِي بِدَائِي، وَاجْعَلِ الْقُرآنَ الْعَظِيمَ دَوَائِي وَشِفَائِي، أَنتَ ثِقَتِي وَرَجَائِي، وَاجْعَلِ حُسنَ ظَنِّي بِكَ شِفَائِي،
اَللّٰهُمَّ ثَبٌّتْ عَلَيَّ عَقْلِي وَدِينِي، وَبِكَ يَا رَبّ ثَبٌّتْ لِي يَقِينِي، وَارْزُقْنِي رِزْقاً حَلَالًا يَكْفِينِي، وَابْعَدْ عَنِّي شَرَّ مَن يُؤذِينِي، وَلَا تَحوِجْنِي لِطَبِيبِ يُدَاوِينِي. اَللّٰهُمَّ اسْتُرْنِي عَلَى وَجهِ الْأَرضِ، اَللّٰهُمَّ ارْحَمْنِي فِي بَطنِ الْأَرضِ، اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لِي يَوْمَ الْعَرَضِ عَلَيكَ.
بِسمِ اللّٰهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ طَرِيقِي، وَالرَّحمَن رَفِيقِي، وَالرَّحِيم يَحرُسْنِي مِن كُلِّ شَيءٍ يُؤذِينِي. اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّ النَّفَاثَاتِ فِي الْعُقَد، وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَد، اَللّٰهُمَّ إِنِّي عَبدُكَ وَابنُ عَبدِكَ، وَابنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِي حُكمِك، عَدلٌ فِي قضاؤك، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيتَ بِهِ نَفسَكَ، أَو أَنزَلتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَو عَلَّمْتَهُ أحَدًا مِن خَلقِكَ أَوٌ اسْتَأثَرتَ بِهِ فِي عِلمِ الغَيبِ عِندَكَ أنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدرِي وَجَلَاءَ حُزنِي وَذِهَابَ هَمِّي.
أَسْأَلُكَ اَللّٰهُمَّ بِقُدْرَتِكَ الَّتِي حَفِظْتَ بِهَا يُونُسَ فِي بَطنِ الْحُوتِ، وَرَحْمَتِكَ الَّتِي شَفَّيتَ بِهَا أَيُّوبَ بَعدَ الابْتِلَاءِ أَنْ لَا تَبقَ لِي هَمًّا وَلَاحُزنًا وَلَاضَيقًا سَقَمًا إلَّا فَرَّجْتَهُ، وَإِنْ أَصبَحتُ بِحُزنٍ فَامْسِينِي بِفَرحٍ، وَإِنْ نَمتُ عَلَى ضَيقٍ فَايقِظْنِي عَلَى فَرجٍ، وَإِنْ كُنتُ بِحَاجَةٍ فَلَا تَكِلْنِي إِلَى سِوَاكَ، وَإِنْ تَحفَظَنِي لِمَن يُحِبُّنِي وَتَحفَظ لِي أَحِبَّتِي،
اَللّٰهُمَّ لَا تُحَّمِلْنِي مِن كُرَبِ الحَيَاةِ مَا لَا طَاقَةَ لِي بِهِ، وَبَاعِدْ بَينِي وَبَينَ مَصَائِبِ الدُّنيَا وَتَقَلُّبِ حَوَادِثِهَا كَمَا بَاعَدتَ بَينَ الْمَشرِقِ وَالْمَغرِب.
اَللّٰهُمَّ بَشِّرنِي بِالخَيرِ كَمَا بَشَّرتَ يَعقُوبَ بِيُوسُفَ، وَبَشِّرنِي بِالفَرحِ كَمَا بَشَّرتَ زَكَرِيَّا بِيَحيَى. اَللّٰهُمَّ بَشِّر مَن أَرسَلَ لِي هَذَا الدُّعَاء بِحَاجَةٍ تَفرَحُ قَلبَهُ، وَتَدمَعُ عَينَاهُ مِنهَا. رَبِّي، هَا أنتَ تَرَى مَكَانِي وَتَسمَع كَلَامِي وَ أنتَ أَعلَمُ بِحَالِي. رَبِّي شَكوَايَ لَكَ، لَا لِأَحَدٍ مِن خَلقِك، فَاقبِلنِي فِي رِحَابِكَ فِي هَذِهِ السَّاعَةِ الْمُبَارَكَة. رَبِّي إِنِّي طَرَّقتُ بَابَك، فَافْتَحْ لِي أَبوَابَ سَمَوَاتِك، وَاجْبُرنِي مِن عَظِيم بَلَائِك.
اَللّٰهُمَّ سَخِّرْ لِي عِبَادَكَ الطَّيِّبِينَ مِن حَولِي، وَسَهِّلْ لِي أُمُورِي، وَارْزُقْهُ مِن حَيثُ لَا أَحتَسِب، رَبِّي بِحَولٓك وُقُوَّتِك وَعِزَّتِك وَقُدرَتِك، أنتَ القَادِر عَلَي ذَلِك وَحدَك لَا شَرِيكَ لَك. اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَن تَرزُقَنِي مَا كَانَ خَيرًا لِي فِي دِينِي وَدُنيَاي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمرِي عَاجِلِه وَآجِلِه. اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَشكُو لَكَ قِلَّةَ حِيلَتِي وَهَوَانٍ أَمرِي وَضَعفِ قُوَّتِي.
اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَن تَصْرِفَ عَنِّي شَتَّاتَ العَقلِ وَاْلأَمرِ. رَبِّي آثِرنِي وَلَا تُؤثَر عَلَيَّ. رَبِّي اُنْصُرنِي وَلَا تُنصَر عَلَيَّ. إلَهِي ارْحَم ضَعفِي وَ فَرَجَ هَمِّي وَ اجْبُر كَسرِي وَآمِن خَوفِي، وَ امْطَرنِي بِرِزقٍ مِن عِندَك لَا حَدَّ لَه، وَفَرَجٍ مِن عِندَك لَا مَدَّ لَه، وَخَيرٍ مِن عِندَك لَا عَدَدَ لَه.
Menjauh bukan sebab benci atau beralih hati. Tapi sebab terlalu sayang. Izinkan aku menjauh untuk menjaga rasa yang Allah beri ini sesucinya,
Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk menyatu dengan keredhaannya ❤️
If no one appreciate you. Come read here,
Kita buat baik bukan untuk manusia sayang, nak dapat nama, nak orang hargai. Dak.
Kita buat baik sebab nak Allah sayang je. Selain tu ap pun jadi jgn pedulikan. Ingt sebab nak Allah pandang kita,
It okay, Allah will heal your heart by other things that He will gives to you.
Sabarr??
Jangan dikejar orang yang tak mahu. Bukan kau yang tak laku. Dia yang tak layak dapat diri kau. You deserve someone better,
Nak cari orang cantik tu ramai. Nak cari orang kaya pun ramai. Nak cari orang yang bergaya pun ramai. Nak cari orang yang berpangkat pun ramai.
Tapi orang yang,
Berakhlak,
Baik,
Berilmu,
Dah makin kurang. Susah nak jumpa sekarang. Jadi, berusahalah untuk jadi orang yang 3B??
lamanyaaa tak updateee??
how are you gaiss?
Terima kasih yang sentiasa mendoakan saya disini. Alhamdulillah everything well here, terus doakan yang baik-baik untuk saya☺️
that one things yang kau perlu tahu. Kita takkan boleh untuk puaskan hati orang. Sampai mati pun kita takkan boleh hidup untuk puaskan hati orang. We will stuck if hidup fikir nak bagi orang puas. Cuba lupakan sejenak untuk hidup 'takpela asal orang okay dgn aku' but in the same time kau rasa sakit.
you deserve your own dream and happines bro,
Pemburu yang diburu.
Last updated 1 day, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago