Ali Imran Abdul Aziz

Description
Hamba
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

1 month, 3 weeks ago

Sekeji apa pun kita, kita masih layak memohon pengampunan. Dia masih sudi menerima kepulangan kita. Kehidupan masih lagi sebuah peluang, walaupun begitu banyak peluang yg telah diabaikan. Dosa kita mungkin sebesar kapal, tetapi rahmat Dia lebih luas dari lautan.

“Aku adalah seperti mana sangkaan hamba-Ku.” (HR. Bukhari)

Baik sangkaan kita pada Allah, maka baiklah ia. Kalau tidak, maka tidaklah.

2 months, 2 weeks ago

Tinggalkan gosip artis kerana tidak bermanfaat.

‎Nabi ﷺ sebut :

‎ مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ

‎“antara tanda kebaikan seorang muslim adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya” (HR Tirmidzi)

2 months, 2 weeks ago

Orang yang perlukan ilmu agama sangat ramai. Manakala yang benar-benar rajin dan dahagakan ilmu agama boleh dibilang jari. Bukan sahaja di kalangan muallaf, bahkan di kalangan mukallaf awam pun.

Sementara itu, orang yang nak menyampaikan ilmu agama pula tak ramai. Nak cari yang ‘alim sangat susah. Dalam keadaan penyampai ilmu agama tak ramai, apalagi yang ‘alim, ada pula yang terhalang dan tersekat. Penyebaran ilmu agama jadi kaku dan lembab. Inilah realiti akhir zaman. Sedangkan, gejala sosial dan keruntuhan umat makin menjadi-jadi.

4 months, 3 weeks ago

Perasaan malu adalah ejen pencetus kepada islah (to improve). Kerana malu, kita banyak berubah.

Rasa malu terbahagi kepada dua. Malu yg bersifat individualistik -iaitu malu terhadap diri sendiri- dan malu yg bersifat kolektif -iaitu malu terhadap bangsa sendiri-. Contoh malu yg bersifat kolektif adalah:

  1. Bangsa yg berasa malu sekiranya jalan mereka kotor.
  2. Bangsa yg berasa malu sekiranya sungai mereka tercemar.
  3. Bangsa yg berasa malu sekiranya RASUAH berleluasa dalam kerajaan mereka.
  4. Dan suasana-suasana lain yg memberi impak negatif kepada imej bangsa mereka.

Menurut Syed Husein al-Attas, malu yg kolektif telah menyebabkan bangsa Eropah mengadakan islah secara besar-besaran dan seterusnya menjadi penyebab kepada kemajuan mereka.

Perasaan malu juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang perempuan. Malu bukanlah tanda kelemahan, tetapi merupakan kekuatan yang mendorong perempuan untuk menjaga maruah diri dan keluarganya.

Wanita dan rasa malunya akan:

- Menjaga tingkah lakunya bahkan gelak ketawanya agar mencerminkan nilai-nilai akhlak dan agama.

- Seorang perempuan yang berasa malu sekiranya tidak menjaga aurat dan kehormatannya di hadapan umum.

- Seorang perempuan yang berasa malu sekiranya tidak berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan dan kerjayanya.

- Seorang perempuan yang berasa malu sekiranya gagal memelihara hubungan baik dengan keluarga dan masyarakat.

- Menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

- mencintai untuk menuntut ilmu agama dan hadir ke majlis-majlis ilmu

Malu bukanlah kelemahan, tetapi kekuatan yang mendorong kita untuk menjadi lebih baik. Mari kita manfaatkan rasa malu ini untuk memperbaiki diri.

Maka, ayuh berasa malu!

———
Saya nak bagi buku ini secara percuma dengan pembelian buku Fatwa Perihal Wanita. ?

——> https://vt.tiktok.com/ZSY7hxfga/

7 months, 1 week ago

Assalamualaykum, sesiapa sudi meluangkan masa malam ini untuk belajar memaknai surah al-Fatihah.

Saya nak kongsi tentang satu surah yang telah kita baca berulang kali pada setiap hari minimum 17 kali di dalam solat.

Tentu ada sebab kenapa surah ini dipilih.

Sebab itu para ulama menganjurkan sekurang-kurangnya kalau kita tidak mampu memahami seluruh surah di dalam al-Quran, paling kurang surah al-Fatihah ini mesti faham dan dihayati.

Jemput sertai live di TT, saya akan kongsikan jam 9 malam ini.

—-> https://www.tiktok.com/@aliimranaz?_t=8mLJpvmqEkq&_r=1

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago