Infinite Entertainment, Zero Cost: Get Your Free Books, Music, and Videos Today!

AstroMet Malaysia

Description
Memaparkan info - info menarik berkenaan topik astronomi dan juga meteorologi .
We recommend to visit

A meme-flavoured battle arena for meme token owners
Website: https://www.memefi.club/
Chat: @memefi_chat

Last updated 1 month, 3 weeks ago

📣 one stop center for every pathway after spm
🛎️ dm us for any inquiry @upuonline_bot
🔔 do follow our instagram page now!

✍️ Dianggotai 16 krew

📢 Disclaimer: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPU.

Last updated 1 month ago

JOIN CHANNEL TELEGRAM UPUONLINE SESI 2024/2025 👉 https://t.me/upuonline2024

DISCLAIMER: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPUONLINE. HARAP MAKLUM‼️

Last updated 1 month ago

5 days ago
AstroMet Malaysia
5 days, 5 hours ago
AstroMet Malaysia
5 days, 5 hours ago
Nampak macam serupa, tapi lain ***🤔***

Nampak macam serupa, tapi lain 🤔

Kredit imej :- Reddit

2 months, 1 week ago
Agensi Angkasa Eropah ( ESA ) …

Agensi Angkasa Eropah ( ESA ) mengesahkan bahawa Satelit penderiaan jauh miliknya yang kedua iaitu ERS-2 telah kembali memasuki atmosfera Bumi pada jam 01:17 AM +/- 1 minit ( waktu Malaysia ), 22 Februari 2024 di atas perairan utara lautan Pasifik antara Alaska dan Hawaii.

2 months, 1 week ago

Pandang ke arah timur sekarang sebelum langit terang. Boleh nampak planet Zuhrah dan Marikh berada berdekatan dengan jarak keduanya kurang 1°. Zuhrah cahaya yang paling terang manakala Marikh lebih kelam

2 months, 1 week ago

Beberapa jam sahaja lagi ERS-2 akan terbakar di atmosfera Bumi.

Satelit penderiaan jauh milik Agensi Angkasa Eropah ( ESA ) yang kedua iaitu ERS-2 dijangka akan kembali memasuki atmosfera Bumi secara tidak terkawal dalam tempoh beberapa jam sahaja lagi.

Satelit seberat lebih 2 ribu kg itu telah dilancarkan dari Bumi pada tahun 1995 dan ditamatkan operasinya setelah 16 tahun iaitu pada 2011. Sejak ditamatkan operasi, ERS-2 mula melakukan penyahorbitan secara beransur-ansur. Februari 2024 ini tibalah masa kemasukan semula satelit ke dalam atmosfera Bumi secara tidak terkawal

Ketika memasuki atmosfera Bumi, ia akan mula terbakar dan berkecai menjadi serpihan yang lebih kecil pada ketinggian 80 km dari permukaan Bumi. Sebahagian besar serpihan akan musnah di atmosfera manakala sebahagian kecil serpihan berpotensi jatuh ke permukaan Bumi.  ESA menjangkakan serpihan terbesar satelit yang boleh mencecah permukaan Bumi seberat 52 kg. Walaubagaimanapun, memandangkan permukaan Bumi lebih didominasi kawasan perairan dan daratan yang tidak berpenduduk, kebarangkalian ia boleh terjatuh di kawasan orang ramai adalah sangat kecil.

Setakat ini, masa dan lokasi kemasukan semula satelit yang tepat tidak dapat ditentukan. Beberapa pihak sedang giat memantau ERS-2.

Jangkaan kemasukan semula :-

ESA :- Jam 11:41 PM  ( waktu Malaysia ), 21 Februari 2024 di perairatan lautan Pasifik, berhampiran barat Amerika Syarikat dengan jendela ketidakpastian +/- 1.44 jam.

AerospaceCorp :- Jam 12: 31 AM, 22 Februari 2024 di sekitar perairan selatan Afrika dengan jendela ketidakpastian +/- 5 jam.

2 months, 2 weeks ago

Batu tunggul ikonik Taman Negara Bako, Sarawak yang dikenali sebagai Cobra Head telah runtuh baru-baru ini. Runtuhan dipercayai berpunca daripada hakisan ombak besar. Proses hakisan tunggul tersebut bukan hanya baru bermula baru-baru ini tetapi sudah sangat lama dan tempoh hari masanya untuk runtuh telah pun tiba.

Tunggul laut merupakan fitur yang boleh dijumpai di kawasan pinggir pantai. Proses terjadi tunggul laut memakan masa yang sangat panjang ( ribuan sehingga jutaan tahun ). Suatu ketika dahulu, tunggul laut bersambung sepenuhnya dengan tanjung tinggi ( headland ) yang terdiri daripada pelbagai jenis batuan lembut dan keras.

Apabila terdapat rekahan pada tanjung tinggi, ia akan semakin melebar disebabkan tindakan hidraulik dan lelasan daripada ombak. Proses yang berterusan menyebabkan batuan tanjung tinggi semakin hari semakin terhakis lalu membentuk gua laut.

Gua laut yang wujud akan sentiasa mengalami proses hakisan yang berterusan lalu terbentuk pula gerbang laut. Bahagian batuan gerbang laut yang lebih lembut dan tidak stabil akan runtuh manakala bahagian yang lebih keras akan bertahan membentuk tunggul laut yang terpisah dari tanjung tinggi.

Agen-agen penghakis seperti ombak dan angin sentiasa menghakis tunggul laut sehingga ia hilang keseimbangan lalu runtuh.

Saki baki tunggul laut yang tersisa dikenali sebagai batu sisa/tunggul sisa.

Kredit Imej :-
Cobra Head ; BorneoTalk
Rajah fitur pinggir pantai ; 3D Geography

2 months, 2 weeks ago

' Potret keluarga ' sistem Suria.

Potret keluarga sistem Suria ini merupakan siri terakhir 60 imej yang diambil 34 tahun yang lalu oleh kapal angkasa Voyager 1 pada 14 Februari 1990 sebelum kameranya dinyahaktifkan buat selama-lamanya agar dapat menjimatkan tenaga untuk perjalanan yang lebih jauh. Di dalam imej tertera imej ikonik Bumi yang dikenali sebagai ' Pale Blue Dot ' yang menjadi rumah kita hanya sebagai satu titik kecil di alam semesta. Selain Bumi, turut serta imej planet Neptun, Uranus, Zuhal, Zuhrah dan Musytari.

Tiga planet lain yang tidak kelihatan di dalam Potret keluarga sistem Suria ialah Utarid yang terlalu dekat dengan Matahari, Marikh dikaburkan serakan cahaya Matahari di sekeliling kamera dan planet kerdil Pluto yang terlalu kecil dan jauh untuk dikesan.

Kesemua imej diambil ketika Voyager 1 berjarak sekitar 6 bilion Kilometer dari Bumi. Disebabkan jarak yang terlalu jauh itu planet hanya kelihatan seperti titik cahaya yang sangat kecil .

Voyager 1 yang dilancarkan dari Bumi pada 05 September 1977 ke angkasa bertujuan untuk mengkaji bahagian sistem Suria luaran dan sehingga ke hari ini ia masih lagi berkomunikasi dengan ' Deep Space Network ' yang terletak di Bumi walaupun setelah beroperasi selama 47 tahun.

Pada 25 Ogos 2012, Voyager 1 telah menjadi objek pertama melintasi lapisan terluar heliosfera iaitu heliopause yang merupakan kawasan berakhirnya kesan ' cengkaman ' kuasa Matahari dan memasuki ruangan antara bintang .

Setakat ini, Voyager 1 telah menempuh jarak perjalanan lebih 24 bilion Kilometer dan telah menempa nama sebagai objek buatan manusia yang paling jauh menjelajah alam semesta. Jaraknya semakin hari akan semakin jauh dan isyarat yang diterima dari Voyager 1 oleh kita di Bumi juga akan semakin melemah.

Walaupun kita akan kehilangan isyarat dari kapal angkasa tersebut suatu hari nanti, ia akan terus dan terus bergerak menjauhi kita mengembara kesunyian.

  • Sedikit maklumat tambahan,
    seperti kebanyakkan kapal angkasa yang lain, hayat Voyager 1 mampu bertahan lama disebabkan ia menggunakan radioisotope thermoelectric generator (RTG) sebagai sumber kuasanya.
2 months, 2 weeks ago

Tamat sudah hayat Ingenuity.

Imej menunjukkan kedudukan Ingenuity bersemadi selamanya di lokasi yang diberi jolokan Valinor Hills dalam kawasan Airfield Chi (χ), planet Marikh yang diambil oleh sahabatnya iaitu perayau Perseverance pada jarak kira-kira 450 meter dengan menggunakan Mastcam -Z.

Ingenuity merupakan Helikopter robotik mini untuk tujuan demonstrasi teknologi dan operasi yang pertama terbang di planet lain telah tiba di Marikh bersama-sama perayau Perseverance melalui misi Mars 2020 pada Februari 2021.

Ingenuity berjaya melakukan ujian penerbangan sulungnya dan mengambil gambar persekitaran Marikh pada 19 April 2021 sekaligus menempa sejarah di dalam era penerokaan angkasa apabila buat pertama kalinya penerbangan berkuasa berjaya dilakukan manusia di luar Bumi.

Misi awal Ingenuity dirancang hanya melakukan lima kali ujian penerbangan tetapi berjaya melakukan keseluruhan 72 kali ujian dengan tempoh masa terkumpul selama 128.8 minit dengan jarak penerbangan mendatar sekitar 17 kilometer serta altitud terkumpul setinggi 24 meter.

Malang menimpa Ingenuity selepas ujian penerbangan kali ke 72 pada 18 Januari 2024 apabila pusat kawalan di Bumi mengesan kerosakan pada hujung bilah rotornya melalui imej bayangan Ingenuity yang telah dihantar ke Bumi. Kerosakan dipercayai berpunca daripada ralat navigasi autonomi di kawasan gumuk pasir di Marikh. Disebabkan kerosakan itu, Pihak NASA telah mengumumkan penamatan misi Ingenuity pada 25 Januari 2024.

Selamat tinggal Ingenuity, terima kasih.

2 months, 3 weeks ago
Israk : Perjalanan Nabi Muhammad SAW …

Israk : Perjalanan Nabi Muhammad SAW menaiki buraq pada malam hari dari Masjid Al - Haram di Makkah ke Masjid Al - Aqsa di Palestin .

Mikraj : Naiknya Nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al - Aqsa ke Sidratul Muntaha .

We recommend to visit

A meme-flavoured battle arena for meme token owners
Website: https://www.memefi.club/
Chat: @memefi_chat

Last updated 1 month, 3 weeks ago

📣 one stop center for every pathway after spm
🛎️ dm us for any inquiry @upuonline_bot
🔔 do follow our instagram page now!

✍️ Dianggotai 16 krew

📢 Disclaimer: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPU.

Last updated 1 month ago

JOIN CHANNEL TELEGRAM UPUONLINE SESI 2024/2025 👉 https://t.me/upuonline2024

DISCLAIMER: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPUONLINE. HARAP MAKLUM‼️

Last updated 1 month ago