AstroMet Malaysia

Description
Memaparkan info - info menarik berkenaan topik astronomi dan juga meteorologi .
We recommend to visit

A meme-flavoured battle arena for meme token owners
@memefi_coin_bot
Website: https://www.memefi.club/

Last updated 5 months, 2 weeks ago

? one stop center for every pathway after spm
?️ dm us for any inquiry @upuonline_bot
? do follow our tiktok page now!

? Disclaimer: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPU.

Last updated 2 months ago

Hidupkan hati dengan zikrullah & doa pada Rabb, Pemilik Langit dan Bumi 🤍

Last updated 3 weeks, 5 days ago

hace 1 semana, 2 días
Bumi Barakah ***🍉***

Bumi Barakah 🍉
" Dari sungai ke segara "

hace 1 semana, 2 días
AstroMet Malaysia
hace 1 semana, 2 días
Bulan Purnama Februari 2025 malam ini …

Bulan Purnama Februari 2025 malam ini 😍

hace 2 meses, 2 semanas
AstroMet Malaysia
hace 2 meses, 2 semanas
AstroMet Malaysia
hace 2 meses, 2 semanas
Waspada hujan berterusan !

Waspada hujan berterusan !

Berpandukan indeks luruan monsun yang dipaparkan, episod luruan monsun seterusnya dijangka mula melanda bermula minggu kedua Disember ini.

Luruan berlaku apabila indeks berada di bawah garisan merah dan berakhir apabila berada di atas garisan merah.

Warna biru merujuk kepada ESI = easterly surge index yang merupakan luruan angin timuran yang berpunca daripada rabung subtropika di lautan Pasifik.

Warna jingga merujuk kepada MSI = meridional surge index yang merupakan luruan sejuk/luruan angin timur laut yang berpunca daripada sistem bertekanan tinggi di kawasan pedalaman Asia.
..

Sepanjang luruan monsun melanda, hujan berterusuan berpotensi berlaku terutama di timur semenanjung , barat dan selatan Sarawak serta timur Sabah. Orang ramai yang tinggal di kawasan berisiko banjir sila siap sedia dengan sebarang kemungkinan.

  • Unjuran dari GEFS/MMD
hace 2 meses, 3 semanas

Keadaan cuaca yang baik dapat diperhatikan di kebanyakan kawasan sekitar pagi hari ini.

Luruan monsun yang mencetuskan hujan lebat berterusan terutama di pantai timur dan utara semenanjung sejak kebelakangan ini semakin beransur-ansur melemah. Walaubagaimana pun perlu diberi tumpuan terhadap Vortex di timur semenanjung dan di perairan laut China selatan ketika ini.

Kehadiran Vortex tersebut berpotensi menggalakkan aktiviti perolakan di rantau negara kita. Pembentukan kelompok awan yang menghasilkan hujan dengan pelbagai keamatan masih boleh terjadi di kebanyakan kawasan.
..

  • Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengemaskini amaran cuaca pada jam 12:00 PM, 30 November 2024.

a) Buruk :-
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di :

- Kelantan ; Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
- Terengganu ; Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

  • Berkuatkuasa sehingga 1 Disember 2024.

b) Waspada :-
Hujan berterusan dijangka berlaku di

- Perak ; Hulu Perak.
- Kelantan ; Gua Musang.
- Terengganu ; Dungun dan Kemaman.

  • Berkuatkuasa sehingga 1 Disember 2024.

Amaran cuaca akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika terdapat sebarang perubahan.

  • Sedikit info tambahan:-
    Berpandukan unjuran model ramalan setakat ini, luruan monsun seterusnya dijangka akan kembali melanda pada minggu kedua Disember nanti. Siap sedia dengan sebarang kemungkinan.

Terus cakna dengan sebarang amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
..

1) Imej dari satelit Himawari-9 JMA pada jam 12:30 PM, 30 November 2024.
2) Analisis imej satelit TMD/JMA pada jam 12:00 PM, 30 November 2024.
3) Unjuran corak tiupan angin pada paras 925 hPa RJTD/TMD pada jam 2:00 PM, 30 November 2024.
4) Amaran cuaca MMD
5) Gema radar MMD pada jam 12:40 PM, 30 November 2024.

hace 2 meses, 3 semanas
AstroMet Malaysia
hace 2 meses, 3 semanas

Kemaskini amaran cuaca pada jam 12:30 PM, 29 November 2024.

a) Bahaya :-
Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di :

- Kelantan ; Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
- Terengganu

  • Berkuatkuasa sehingga 30 November 2024.

b) Buruk :-
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di :

- Perak ; Hulu Perak.
- Kelantan ; Gua Musang.
- Pahang ; Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

  • Berkuatkuasa sehingga 30 November 2024.

c) Waspada :-
Hujan berterusan dijangka berlaku di :

- Perlis.
- Kedah.
- Pulau Pinang.
- Perak ; Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.
- Pahang ; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera.
- Johor ; Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.

  • Berkuatkuasa sehingga 30 November 2024.
    ..

** Amaran cuaca ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika terdapat sebarang perubahan.

1) Amaran cuaca MMD.
2) Imej dari satelit Himawari-9 JMA pada jam 10:10 PM, 29 November 2024.
3) Corak tiupan angin pada paras 925 hPa RJTD/TMD ( unjuran jam 11:00 PM, 29 November 2024.
3) Gema radar semenanjung MMD, 10:20 PM, 29 November 2024.

We recommend to visit

A meme-flavoured battle arena for meme token owners
@memefi_coin_bot
Website: https://www.memefi.club/

Last updated 5 months, 2 weeks ago

? one stop center for every pathway after spm
?️ dm us for any inquiry @upuonline_bot
? do follow our tiktok page now!

? Disclaimer: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPU.

Last updated 2 months ago

Hidupkan hati dengan zikrullah & doa pada Rabb, Pemilik Langit dan Bumi 🤍

Last updated 3 weeks, 5 days ago