Dive into the Ultimate Free Library: Your One-Stop Hub for Entertainment!

THE HELMIS

Description
Heliza and Hazwani Helmi’s Official Telegram Channel

https://linktr.ee/thehelmis
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 5 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 5 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 4 weeks ago

1 month ago

𝘛𝘦𝘳𝘫𝘦𝘮𝘢𝘩𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢: “𝘏𝘢𝘥𝘪𝘴 𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘸𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘢𝘩𝘸𝘪𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘢𝘸𝘢𝘭 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘶𝘯𝘢𝘵. 𝘗𝘢𝘳𝘢 𝘈𝘴𝘩𝘢𝘣 𝘚𝘺𝘢𝘧𝘪𝘪 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘫𝘦𝘭𝘢𝘴 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘯𝘢𝘪 𝘬𝘦𝘴𝘶𝘯𝘢𝘵𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢."

Selamat menyambut hari Raya Aidilfitri
Saya mohon maaf dan ampun sepanjang perkenalan terhadap keterlanjuran dan kelakukan yang menyakitkan hati.

عِيدُكُم مُبَارك تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا ومِنكُم صالحَ الأَعْمَالِ وَكُلُّ عَامٍ وَأَنتُم بِالخَيرِ أَعَادَهُ اللَّهُ علينا و عليكم بالخير واليُمنِ والبركاتِ وَاجْعَلْنَا مِنَ العَائِدِينَ وَالفَائِزِينَ

1 month ago

Hikmahnya ialah supaya jalan-jalan ini menjadi saksi terhadap kebaikan yang dilakukan atau menziarahi kaum kerabat pada dua laluan ini atau menggandakan pahala dengan memperbanyakkan langkah.

7️⃣ BERTAKBIR PADA KHUTBAH

Ini juga adalah berdasarkan hadis yang disebut oleh Ubaidillah bin Utbah yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi:

السنة أن تفتتح الخطبة بتسع تكبيرات تترى، والثانية بسبع تكبيرات تترى

𝘛𝘦𝘳𝘫𝘦𝘮𝘢𝘩𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢: "𝘚𝘶𝘯𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘶𝘬𝘢 𝘬𝘩𝘶𝘵𝘣𝘢𝘩 (𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘳𝘢𝘺𝘢) 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘵𝘢𝘬𝘣𝘪𝘳 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘶𝘳𝘶𝘵-𝘵𝘶𝘳𝘶𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘩𝘶𝘵𝘣𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘵𝘶𝘫𝘶𝘩 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘶𝘳𝘶𝘵-𝘵𝘶𝘳𝘶𝘵."

8️⃣ MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN MENDOAKAN MEREKA

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir Ibn Nafir:

كان أصحاب رسول الله ﷺ إذا التقوا يوم العيد يقول بعضهم لبعض تقبل الله منا ومنكم

𝘛𝘦𝘳𝘫𝘦𝘮𝘢𝘩𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢: "𝘗𝘢𝘳𝘢 𝘚𝘢𝘩𝘢𝘣𝘢𝘵 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘪𝘭𝘭𝘢𝘩 ﷺ 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘦𝘮𝘶 𝘴𝘦𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘳𝘢𝘺𝘢, 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘶𝘤𝘢𝘱𝘬𝘢𝘯 تقبل الله منا ومنكم (𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢 𝘢𝘮𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘶)."

Diqiyaskan juga ucapan yang memberikan makna yang sama yang menjadi adat kebiasaan sesuatu tempat seperti:

عِيدٌ مُبَارَكٌ
"𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘳𝘢𝘺𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪𝘣𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵𝘪."

كل عام وأنتم بخير
"𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯."

من العائدين والفائزين
"𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘧𝘪𝘵𝘳𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘪 𝘥𝘶𝘯𝘪𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳𝘢𝘵."

9⃣ BERSALAMAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN

Antara kelebihan bersalaman sesama kita ialah seperti yang disebutkan oleh al-Bara' berkata:

مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ، فَيَتَصَافَحَانِ، إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَتَفَرَّقَا

𝘛𝘦𝘳𝘫𝘦𝘮𝘢𝘩𝘢𝘯: “𝘛𝘪𝘥𝘢𝘬𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘶𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮 𝘪𝘵𝘶 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘦𝘮𝘶, 𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘭𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘯, 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘪𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘢𝘮𝘱𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘰𝘴𝘢 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘪𝘴𝘢𝘩.” [𝘙𝘪𝘸𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘈𝘩𝘮𝘢𝘥 (18547)]

1⃣0⃣ MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH SELEPAS SOLAT SUBUH DAN SEBELUM SOLAT HARI RAYA

1⃣1⃣ MELUASKAN BERBELANJA AHLI KELUARGA

Seperti memperbanyakkan sedekah sunat, memasukkan kegembiraan dan kesenangan di dalam hati mereka.

Ini juga termasuk sunat yang dituntut namun hendaklah diukur dengan kadar yang termampu daripada seseorang itu. Jangan memaksa diri sehingga terpaksa melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

1⃣2⃣ MENZAHIRKAN KEGEMBIRAAN DI WAJAH

Menampakkan wajah yang ceria setiap kali berjumpa dengan orang ramai juga termasuk perkara yang mengundang pahala.

لَا تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا، وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

𝘛𝘦𝘳𝘫𝘦𝘮𝘢𝘩𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢: "𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘮𝘦𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘥𝘪𝘬𝘪𝘵𝘱𝘶𝘯, 𝘮𝘦𝘴𝘬𝘪𝘱𝘶𝘯 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘦𝘮𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘶𝘥𝘢𝘳𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘸𝘢𝘫𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘳𝘪.” (𝘏𝘙 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮)

1⃣3⃣ BERNIKAH BAGI YANG MAMPU

Ini adalah berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Ummuna Sayyidah Aisyah رضي الله عنها:

تَزَوَّجَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي شَوَّالٍ وَبَنَى بِي فِي شَوَّالٍ فَأَيُّ نِسَاءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ أَحْظَى عِنْدَهُ مِنِّي

𝘛𝘦𝘳𝘫𝘦𝘮𝘢𝘩𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢: “𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘈𝘞 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘩𝘸𝘪𝘯𝘪 𝘬𝘶 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘢𝘸𝘢𝘭 𝘥𝘢𝘯 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘶 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘚𝘺𝘢𝘸𝘢𝘭. 𝘐𝘴𝘵𝘦𝘳𝘪 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘶𝘯𝘵𝘶𝘯𝘨 𝘥𝘪 𝘴𝘪𝘴𝘪 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘈𝘞 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘶?” (𝘏𝘢𝘥𝘪𝘴 𝘙𝘪𝘸𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮)

Imam al-Nawawi berkata di dalam شرح صحيح مسلم:

فِيهِ اسْتِحْبَابُ التَّزْوِيجِ وَالتَّزَوُّجِ وَالدُّخُولِ فِي شَوَّالٍ وَقَدْ نَصَّ أَصْحَابُنَا عَلَى اسْتِحْبَابِهِ

1 month ago

*𝘔𝘦𝘯𝘨𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘮𝘢𝘬𝘯𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘪𝘢𝘴 𝘥𝘪 𝘴𝘪𝘯𝘪 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘴𝘶𝘯𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘪𝘢𝘴 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘑𝘶𝘮𝘢𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘰𝘵𝘰𝘯𝘨 𝘬𝘶𝘬𝘶, 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘬𝘢𝘪 𝘸𝘢𝘯𝘨𝘪𝘢𝘯 (𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘦𝘮𝘱𝘶𝘢𝘯), 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘶𝘨𝘪 𝘥𝘴𝘣 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘥𝘪𝘴𝘶𝘯𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘳𝘢𝘺𝘢.

Waktunya bermula apabila sudah mencapai 1/2 malam dan afdhalnya adalah selepas Subuh.

4️⃣ BERHIAS DAN MEMAKAI PAKAIAN YANG TERBAIK

Sheikh Nawawi al-Banteni di dalam نهاية الزين شرح قرة العين menyebutkan bahawa jikalau hari Jumaat maka disunatkan memakai pakaian serba putih. Tetapi jikalau hari raya, maka diutamakan memakai pakaian yang terbaik walaupun bukan putih.

Daripada al-Hassan as-Sibt berkata:

أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ فِي الْعِيدَيْنِ أَنْ نَلْبَسَ أَجْوَدَ مَا نَجِدُ وَأَنْ نَتَطَيَّبَ بِأَجْوَدِ مَا نَجْدُ

𝘛𝘦𝘳𝘫𝘦𝘮𝘢𝘩𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢: "𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 ﷺ 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘶𝘳𝘶𝘩 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘥𝘪 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘳𝘢𝘺𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘬𝘢𝘪 𝘱𝘢𝘬𝘢𝘪𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘰𝘭𝘦𝘩𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘸𝘢𝘯𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘰𝘭𝘦𝘩𝘪." (𝘏𝘢𝘥𝘪𝘴 𝘙𝘪𝘸𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘢𝘭-𝘉𝘶𝘬𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘐𝘮𝘢𝘮 𝘈𝘩𝘮𝘢𝘥)

Sunat ini hanya terkena kepada selain wanita. Adapun kaum wanita, maka tidak disunatkan berlebih-lebihan berhias dan memakai wangian.

Imam ad-Dardir di dalam kitabnya الشرح الصغير شرح أقرب المسالك لِمَذْهَبِ الْإِمَامِ مَالِكٍ menyebutkan bahawa disunatkan memakai pakaian yang baru sebagai menzahirkan rasa kesyukuran terhadap nikmat-Nya.

Namun, perlu diingat bahawa pakaian yang terbaik dan baru tidak semestinya paling mahal. Apa yang termampu maka itulah yang terbaik buat kita.

ثال إمام الصاوي: لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ تَرْكُ إظْهَارِ الزِّينَةِ وَالطِّيبِ فِي الْأَعْيَادِ تَقَشُّفًا مَعَ الْقُدْرَةِ عَلَيْهِ، فَمَنْ تَرَكَهُ رَغْبَةً عَنْهُ فَهُوَ مُبْتَدِعٌ، قَالَهُ (ح) . وَذَلِكَ لِأَنَّ اللَّهَ جَعَلَ ذَلِكَ الْيَوْمَ فَرَحًا وَسُرُورًا وَزِينَةً لِلْمُسْلِمِينَ وَوَرَدَ: «إنَّ اللَّهَ يُحِبُّ أَنْ يَرَى أَثَرَ نِعْمَتِهِ عَلَى عَبْدِهِ»، قَالَ (ح) أَيْضًا وَلَا يُنْكَرُ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ لَعِبُ الصِّبْيَانِ وَضَرْبُ الدُّفِّ فَقَدْ وَرَدَ.

5️⃣ MAKAN DAHULU SEBELUM KELUAR UNTUK SOLAT HARI RAYA UNTUK AIDILFITRI DAN SOLAT DAHULU UNTUK AIDILADHA

Sayyidina Anas bin Malik رضي الله عنه berkata:

أَنَّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لَا يَخْرُجُ يوم الفطر حتى يأكل تمرات ويأكلهن وترا

𝘛𝘦𝘳𝘫𝘦𝘮𝘢𝘩𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢: "𝘈𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 ﷺ 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘳𝘢𝘺𝘢 𝘈𝘪𝘥𝘪𝘭𝘧𝘪𝘳𝘪 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘮𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘮𝘢𝘳 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘨𝘢𝘯𝘫𝘪𝘭." (𝘏𝘢𝘥𝘪𝘴 𝘙𝘪𝘸𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘐𝘮𝘢𝘮 𝘉𝘶𝘬𝘩𝘢𝘳𝘪 | 903)

Berbeza dengan hari raya Aidiladha, maka disunatkan untuk solat dahulu sebelum makan untuk membezakan membezakan hari perayaan tersebut dengan hari sebelumnya.

Imam an-Nawawi menjelaskan di dalam المجموع شرح الهمذب:

والسنة ان يأكل في يوم الفطر قبل الصلاة ويمسك يوم النحر حتى يفرغ من الصلاة لما روى بريدة رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ " كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يخرج يوم الفطر حتى يطعم ويوم النحر لا يأكل حتي يرجع فيأكل من نسيكته " والسنة أن يأكل التمر ويكون وترا لِمَا رَوَى أَنَسٌ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " كَانَ لَا يَخْرُجُ يوم الفطر حتى يأكل تمرات ويأكلهن وترا "}

6️⃣ PERGI DAN PULANG MENGGUNAKAN JALAN BERBEZA

Perkara ini adalah berdasarkan apa yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari yang diceritakan oleh Sayyiduna Jabir رضي الله عنه:

كان النبي ﷺ إذا كان يوم عيد خالف الطريق

𝘛𝘦𝘳𝘫𝘦𝘮𝘢𝘩𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢: "𝘈𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘕𝘢𝘣𝘪 ﷻ 𝘪𝘵𝘶 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘳𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘦𝘻𝘢."

Iaitu pulang dari solat hari raya menggunakan jalan yang berbeza ketika perjalanan pergi.

1 month ago

Anyway, Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin🙏🏼

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنكُم

1 month ago

DOA AKHIR RAMADHAN

Moga Bermenafaat....jom....kita pakat2 doa bersama sama🤲🏼🥰

Ya Allah... 🤲🏼jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.

Ya Allah... 🤲🏼 jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah...🤲🏼 jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah...🤲🏼 jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami.

Ya Allah... 🤲🏼jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke Syurga utk kami.

Ya Allah... 🤲🏼jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi sblm Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu dpd tergelinciran kaki kami.

Ya Allah... 🤲🏼lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dlm Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah... sblm mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

Ya Allah...
Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkanlah setiap seorang dari kami dgn Iman dan Taqwa.

Jadikanlah kami calon Syurga Mu.

Sempurnakanlah akhlak kami dan lindungilah kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin...
Limpahilah kami dgn sifat2 kebaikan dan terpuji.

Jadikanlah kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

Ya Allah...
Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dgn Ramadhan Al Mubarak yg akan dtg

Ya Allah...
Jgnlah Kau jadikan Ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan datang.

Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami...

▪️Jadikanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati
▪️Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang Mu
▪️Jadikanlah Ramadhan ini sbg penghapus segala dosa2 kami

Ya Allah…
Temukanlah kami dgn Lailatul Qadr dan Kau pilihlah kami dikalangan hamba Mu yg dpt beramal di malam Al-Qadr

Ya Allah...
▪️Terimalah amalan kami
▪️Terimalah taubat kami
▪️Ampunkanlah dosa kami
▪️Amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi
▪️Kurniakanlah kpd kami Syurga Mu yg maha luas nikmatnya

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni
(dibaca 3 kali)

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.🤲🏼

Silalah dikongsikan DOA ini agar sama-sama peroleh pahala dan dirahmati oleh-Nya.

1 month ago

Jgn lupa malam ni malam Lailatul Jaizah. Imam Syafie kata merupakan salah satu malam mustajab doa

1 month, 1 week ago

Ya Allah, ku doakan juga dengan doa yang sama bagi orang yang mengirimiku doa ini.

Ya Rabb
Pada saat ini aku memohon kerehatan dan ketenangan
bagi semua muslim yang merasa sempit akan dunianya dan berasa sedih sehingga mengalir air matanya.

Ya Allah
Gembirakanlah hati-hati mereka yang telah dilelahkan oleh cita-cita dan angan-angan, berikan khabar gembira kepada orang-orang yang bersedih
dengan kegembiraan yang tidak akan lagi mengingatkan mereka
kepada kesakitan yang telah mereka lalui.
Bahagiakanlah hati-hati mereka dan Engkau gembirakanlah kami kerana dapat bersahabat dengan mereka.

Ya Allah
Ampuni kedua ibu bapaku dan masukanlah mereka kedalam syurgaMu.
Wahai yang Maha Pengasih di antara sekalian yang Mengasihani.
Ya Allah bebaskanlah leher kami daripada belenggu api neraka.
Ya Allah Engkau Yang Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Kau cintakan kemaaafan, maka maafkanlah kami.
Ya Allah berilah taufiq bagi yang mengirimi risalah ini kepadaku, permudahkan segala urusannya di dunia mahupun akhirat, rezekikanlah dirinya dapat memandang kepadaMu yang mulia, perelokkanlah pengakhiran kehidupannya, kedua ibu bapanya dan rezekikan kepadanya rezeki yang berlipat ganda daripada apa yang diharapkannya di dunia mahupun akhirat.
Ya Allah berilah kesembuhan terhadap orang yang mengirimiku risalah ini dan tunaikanlah hajatnya.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam dan ahli keluarganya yang baik lagi suci.

🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷

Sebarkan doa ini sebanyak-banyanya, mudah-mudahan para malaikat akan mendoakan kita dengan doa yang sama dan mengatakan perkenankanlah ya Allah bagi hambaMu ini.

P/s: Doa ini telah dibariskan dengan khidmat al Fadhil Ust Hosnee Abidin Al Azhari Hafizahullah. Barakallahufihi 'ala juhdihi.

💟 Dikhidmati terjemahannya:
Unit Akademik Banaat Yusufi 2024
(AR01, ED03)
23 Ramadan 1445 H.

1 month, 1 week ago

yang mana Engkau menamakan diriMu dengannya,atau Yang Engkau turunkan nama-nama itu di dalam kitabMu,
atau Yang Engkau ajarkan pada mana-mana makhlukMu,atau yang tersimpan di dalam ilmu ghaib di sisiMu, supaya Engkau menjadikan Al Quran ini sebagai penyejuk hatiku, cahaya di dalam dadaku, menyingkap segala kesedihanku, dan melenyapkan segala keresahanku.

Ya Allah aku memohon dengan qudrahMu yakni kekuasaaanMu yang mana dengan qudrahMu itu, Engkau telah memelihara Nabi Yunus as di dalam perut ikan paus, ran dengan RahmatMu yang mana dengan rahmat itu Engkau menyembuhkan Nabi Ayyub as setelah Baginda diuji, agar tidak lagi tersisa bagiku keresahan, kesedihan, kesempitan dan kesakitan melainkan telah Engkau persiapkan baginya jalan keluar. Jika pagiku dalam keadaan bersedih, maka jadikanlan petang (malamku) dalam kegembiraan.

Sekiranya saat ini aku tidur dalam kesempitan, maka Engkau bangunkanlah aku dengan pertolongan daripadaMu. Sekiranya aku ini berhajat maka janganlah Engkau biarkan aku bersandar melainkan hanya kepadaMu. Peliharakanlah untukku orang-orang yang mencintaiku dan peliharalah jua bagiku orang-orang yang aku kasihi.

Ya Allah janganlah Engkau pikulkan ke atasku sebarang kesulitan hidup yang tidak mampu aku memikulnya. Jauhkanlah di antara ku dengan musibah-musibah dunia serta segala pergolakan yang berlaku padanya, sepertimana Engkau menjauhkan di antara ufuk timur dan barat.

Ya Allah Engkau berikanlahku khabar gembira dengan kebaikan, sebagaimana Engkau memberi khabar gembira kepada Ya'qub as dengan kembalinya Yusuf as, gembirakanlah aku dengan kegembiraan sepertimana Engkau gembirakan Zakariyya as dengan hadirnya Yahya as.

Ya Allah Engkau gembirakanlah orang yang menghantar kepadaku doa ini. (Murabbi kami, Sheikh Youssef Muhieddine Rek El Bakhour al Hasani), dengan memenuhi hajat yang dapat menggembirakan hatinya yang mengalirkan air matanya (air mata kegembiraan) kerana dipenuhi hajatnya itu.

Ya Rabb, di sini Engkau melihat kedudukan diriku,
Engkau yang mendengar segala ucapanku,
dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perihal keadaanku.

Ya Rabb, sesungguhnya aku adukan segala aduanku ini kepadaMu. Tidak kepada mana-mana makhlukMu. Maka Kau terimalah aku di dalam rihabMu (hamparan rahmatMu),
Pada waktu yang diberkati ini.

Ya Rabb, sesungguhnya aku telah mengetuk pintuMu. Maka Ya Allah, Engkau bukakanlah untukku pintu-pintu langitMu
dan Engkau peliharakanlah aku daripada besarnya balaMu. Ya Allah Engkau permudahkan untukku menemukan hamba-hambaMu yang baik di sekelilingku. Engkau permudahkanlah segala urusanku, dan Engkau rezekikanlah kepadaku rezeki dari arah yang tidakku sangka-sangka.

Wahai Rabbku, dengan keupayaanMu , kekuatanMu, kemuliaanMu, dan kekuasaanMu,
Engkaulah satu-satunya yang Maha berkuasa ke atasku, kerana Engkaulah satu-satunya Yang Esa dan tidak ada sekutu bagiMu.

Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu agar sudilah kiranya Engkau merezekikanku segala yang baik bagiku, dalam agamaku dan duniaku, kehidupanku, dan segala kesudahan urusanku,
sama ada balasan yang segera di dunia atau yang tertangguh di akhirat kelak.

Ya Allah sesungguhnya aku adukan kepadaMu
kurangnya upayaku, sulitnya urusanku dan lemahnya kekuatanku. Ya Allah aku memohon kepadaMu supaya Engkau menjauhkan daripadaku dikuasai oleh kecelaruan akal dan urusan. Wahai Rabbku menangkanlahku (ke atas musuh-musuhku) , jangan aku dikalahkan. Wahai Rabbku, bantulah aku, jangan Engkau biarkan aku dikalahkan.

Ya Rabb
Kasihanilah kelemahanku ini, lepaskanlah aku dari segala kesulitanku, balutlah segala lukaku, tenangkanlah segala yang menjadi ketakutanku,
dan hujanilah aku dengan rezeki daripada sisiMu yang tidak ada had baginya, bantuan dari sisiMu yang tidak berpenghujung, dan kebaikan-kebaikan daripadaMu yang tidak terkira.

Ya Allah
Sekiranya rezekiku masih di langit, Kau turunkanlah.
Sekiranya ia di bumi, maka keluarkanlah.
Sekiranya ia jauh, maka dekatkanlah.
Sekiranya ia dekat, maka mudahkanlah.
Sekiranya ia sedikit, maka perbanyakkanlah
Sekiranya ia banyak, maka Engkau berkatilah aku padanya.

1 month, 1 week ago

اَللّٰهُمَّ إِنْ كَانَ رِزقِي فِي السَّمَاء فَأَنزِلهُ، وَ إِنْ كَانَ فِي الأَرضِ فَأخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيدًا فَقَرِّبهُ، وَ إِنْ كَانَ قَرِيبًا فَيَسِّرهُ، وَإِنْ كَانَ قَلِيلًا فَكَثِّرهُ، وَإِنْ كَانَ كَثِيرًا فَبَارَكَ لِي فِيهِ. اَللّٰهُمَّ وَلِمَن أَرسَلَ مِثلَ ذَلِك. يَا رَبّ فِي هذِهِ السَّاعَه أَسْأَلُكَ الرَّاحَه لِكُلِّ مُسلِم ضَاقَت عَلَيه دُنيَاه وَذَرَفَت عَينَاه، يَا اللّٰه أفرِح قُلُوبًا أنْهَكَهَا التَمَنِّي، وَبَشِّر أصحَابَهَا بِفَرَحٍ لَا يَذكُرُهُم بِوَجعِهِم، وَاسْعَدْ قُلُوبَهُم وَأسعَدَنَا بِصُحبَتِهِم. اَللّٰهُمَّ اغْفِر لِوَالِدَيَّ وَادخُلْهُمْ جَنَّتَكَ، يَا أرحَمَ الرَّاحِمِين
اَللّٰهُمَّ اعتِقْ رِقَابَنَا مِنَ النَّار، اَللّٰهُمَّ إنَّكَ عَفُّو كَرِيم، تُحِبُّ الْعَفوَ فَاعْفُ عَنَّا.

اَللّٰهُمَّ وَفِّقْ مَن أَرسَلَ لِي الرِّسَالَة وَيَسِّر لَهُ أُمُورَهُ بِالدُّنيَا وَالْآخِرَه، وَارْزُقْهُ النَّظَرَ إلَى وَجهِكَ الكَرِيم، وَاحسِنْ خَاتِمَتَه وَوَالِدَيه، وَارْزُقْهُ أضعَافَ مَا يَتَمَنَّى بِالدُّنيَا وَالْآخِرَه،
اَللّٰهُمَّ اشْفِي مَن أَرسَلَ لِي هَذِهِ الرِّسَالَة وَاقْضِ حَاجَتَه، وَصَلِّ اَللّٰهُمَّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَ عَلَى آلِهِ الطَّيِّبِينَ الطَّاهِرِين

🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷

دعاء شامل لهذه الأيام الفضيلة. أرسل هذا الدعاء لأكبر عدد من الناس حتىَ تقُول الملائگه ولك المثل بإذن الله.

.............. Terjemahan .................

Hari ini saat dibukanya pintu-pintu langit untuk dikabulkan doa permohonan. Maka aku (Sheikhuna) menasihati kalian untuk membaca doa ini.

Wahai Sang Pemilik Cinta dan Kasih Sayang.
Wahai Sang Pemilik Cinta dan Kasih Sayang.
Wahai Sang Pemilik Cinta dan Kasih Sayang.

Wahai Yang memiliki 'arash kemuliaan dan keagungan
Wahai Yang Maha Berbuat apa sahaja yang Engkau kehendaki
BagiMu segala pujian dan bagiMu segala kesyukuran ke atas semua nikmat.

Ya Allah
BagiMu segala pujian sebagaimana yang selayaknya dengan kemuliaan ZatMu serta kebesaran kekuasaanMu.

Ya Allah yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri.
Berselawatlah keatas Nabi Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga Baginda saw, sebagaimana Engkau telah berselawat keatas Nabi Ibrahim dan keluarga Baginda as. Sesungguhnya bagiMu segala pujian dan keagungan.

Ya Rabb
Ya Rabb
Ya Rabb

Aku memohon dengan kemuliaanMu yang tidak dapat dicapai, dengan (keagungan) singgahsana kerajaanMu yang tidak akan pernah dapat dibinasakan oleh sesiapa pun, dan dengan cahayaMu yang memenuhi setiap penjuru 'arasyMu.

Wahai yang Maha Memberi Pertolongan
Berilah pertolongan kepadaku.(3x)
(Kemudian sebutkan hajat di sini).

Ya Allah Janganlah Engkau celakan dan hinakan musuhku kerana penyakit yang ada padaku,
dan jadikanlah al Quran yang agung sebagai penawar bagiku.
Engkaulah keyakinanku dan pengharapanku.
Maka jadikanlah Ya Allah baiknya sangkaanku terhadapMu sebagai penawar bagiku.

Ya Allah
Engkau tetapkanlah ke atasku akalku dan agamaku juga terhadapMu Wahai Rabbku,
Engkau tetapkanlah bagiku keyakinanku.

Rezekikanlah kepadaku rezeki yang halal
yang mencukupiku,
dan jauhkanlah dariku segala kejahatan bagi mereka yang ingin menyakitiku, dan janganlah Engkau palingkan aku kepada mana-mana orang untuk mengubatiku.

Ya Allah tutupilah segala keaibanku di atas muka bumi ini.
Ya Allah Engkau rahmatilah aku di dalam perut muka bumi ini.
Ya Allah Engkau ampunilah aku pada hari nantinya dibentangkan segala amal perbuatanku kepadaMu.

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang sebagai jalanku.
Ar Rahman itu menjadi temanku, dan Ar Rahim itu yang memeliharaku
daripada segala sesuatu yang dapat menyakitiku.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada segala kejahatan yang dihembuskan oleh tukang-tukang sihir perempuan di tali-tali sihirnya, dan dari kejahatan orang-orang yang hasad ketika dia hasad.

Ya Allah sesungguhnya aku adalah hambaMu, adalah anak kepada hamba lelaki Mu (ayah),
dan anak kepada hamba perempuanMu (ibu).
Ubun-ubunku di dalam genggaman kekuasaanMu
Berlaku segalanya bagiku dalam ketetapan tadbirMu. Keadilan di dalam perlaksanaan takdirMu.

Aku memohon kepadaMu dengan segala nama

1 month, 1 week ago

Doa di malam-malam 10 Akhir yang dikongsikan Sheikh Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani Hafizahullah.

🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷

هذا اليوم ابواب السماء مفتوحه للاستجابه أنصحكم بقراة هذا الدعاء.
Hari ini pintu2 langit dibuka untuk diterima segala permintaan, maka aku nasihatkan kamu semua untuk membaca doa ini:

يَا وَدُود يَا وَدُود يَا وَدُود، يَا ذَا العَرشِ المَجِيد، يَا فَعَّال لِمَا تُرِيد، لَكَ الْحَمدُ، وَلَكَ الشُّكْر عَلَى جَمِيعِ النِّعَم. اَللّٰهُمَّ لَكَ الْحَمدُ، كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلطَانِك. اَللّٰهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوم، صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيتَ عَلَى اِبرَاهِيم وَعَلَى آلِ اِبرَاهِيم، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيد. يَا رَبّ، يَا رَبّ، يَا رَبّ، أَسْأَلُكَ بِعِزِّكَ الَّذِي لَا يُرَام، وَبِمُلْكِكَ الَّذِي لَا يُضَام، وَبِنُورِكَ الَّذِي مَلَأَ أَرْكَانَ عَرْشِكَ،
يَا مُغِيث أَغِثْنِي .. يَا مُغِيث أَغِثْنِي.. يَا مُغِيث أَغِثْنِي.. (ثم اذكر حاجتك)

اَللّٰهُمَّ لَا تُشمِتْ أَعْدَائِي بِدَائِي، وَاجْعَلِ الْقُرآنَ الْعَظِيمَ دَوَائِي وَشِفَائِي، أَنتَ ثِقَتِي وَرَجَائِي، وَاجْعَلِ حُسنَ ظَنِّي بِكَ شِفَائِي،
اَللّٰهُمَّ ثَبٌّتْ عَلَيَّ عَقْلِي وَدِينِي، وَبِكَ يَا رَبّ ثَبٌّتْ لِي يَقِينِي، وَارْزُقْنِي رِزْقاً حَلَالًا يَكْفِينِي، وَابْعَدْ عَنِّي شَرَّ مَن يُؤذِينِي، وَلَا تَحوِجْنِي لِطَبِيبِ يُدَاوِينِي. اَللّٰهُمَّ اسْتُرْنِي عَلَى وَجهِ الْأَرضِ، اَللّٰهُمَّ ارْحَمْنِي فِي بَطنِ الْأَرضِ، اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لِي يَوْمَ الْعَرَضِ عَلَيكَ.

بِسمِ اللّٰهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ طَرِيقِي، وَالرَّحمَن رَفِيقِي، وَالرَّحِيم يَحرُسْنِي مِن كُلِّ شَيءٍ يُؤذِينِي. اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّ النَّفَاثَاتِ فِي الْعُقَد، وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَد، اَللّٰهُمَّ إِنِّي عَبدُكَ وَابنُ عَبدِكَ، وَابنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِي حُكمِك، عَدلٌ فِي قضاؤك، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيتَ بِهِ نَفسَكَ، أَو أَنزَلتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَو عَلَّمْتَهُ أحَدًا مِن خَلقِكَ أَوٌ اسْتَأثَرتَ بِهِ فِي عِلمِ الغَيبِ عِندَكَ أنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدرِي وَجَلَاءَ حُزنِي وَذِهَابَ هَمِّي.

أَسْأَلُكَ اَللّٰهُمَّ بِقُدْرَتِكَ الَّتِي حَفِظْتَ بِهَا يُونُسَ فِي بَطنِ الْحُوتِ، وَرَحْمَتِكَ الَّتِي شَفَّيتَ بِهَا أَيُّوبَ بَعدَ الابْتِلَاءِ أَنْ لَا تَبقَ لِي هَمًّا وَلَاحُزنًا وَلَاضَيقًا سَقَمًا إلَّا فَرَّجْتَهُ، وَإِنْ أَصبَحتُ بِحُزنٍ فَامْسِينِي بِفَرحٍ، وَإِنْ نَمتُ عَلَى ضَيقٍ فَايقِظْنِي عَلَى فَرجٍ، وَإِنْ كُنتُ بِحَاجَةٍ فَلَا تَكِلْنِي إِلَى سِوَاكَ، وَإِنْ تَحفَظَنِي لِمَن يُحِبُّنِي وَتَحفَظ لِي أَحِبَّتِي،
اَللّٰهُمَّ لَا تُحَّمِلْنِي مِن كُرَبِ الحَيَاةِ مَا لَا طَاقَةَ لِي بِهِ، وَبَاعِدْ بَينِي وَبَينَ مَصَائِبِ الدُّنيَا وَتَقَلُّبِ حَوَادِثِهَا كَمَا بَاعَدتَ بَينَ الْمَشرِقِ وَالْمَغرِب.

اَللّٰهُمَّ بَشِّرنِي بِالخَيرِ كَمَا بَشَّرتَ يَعقُوبَ بِيُوسُفَ، وَبَشِّرنِي بِالفَرحِ كَمَا بَشَّرتَ زَكَرِيَّا بِيَحيَى. اَللّٰهُمَّ بَشِّر مَن أَرسَلَ لِي هَذَا الدُّعَاء بِحَاجَةٍ تَفرَحُ قَلبَهُ، وَتَدمَعُ عَينَاهُ مِنهَا. رَبِّي، هَا أنتَ تَرَى مَكَانِي وَتَسمَع كَلَامِي وَ أنتَ أَعلَمُ بِحَالِي. رَبِّي شَكوَايَ لَكَ، لَا لِأَحَدٍ مِن خَلقِك، فَاقبِلنِي فِي رِحَابِكَ فِي هَذِهِ السَّاعَةِ الْمُبَارَكَة. رَبِّي إِنِّي طَرَّقتُ بَابَك، فَافْتَحْ لِي أَبوَابَ سَمَوَاتِك، وَاجْبُرنِي مِن عَظِيم بَلَائِك.

اَللّٰهُمَّ سَخِّرْ لِي عِبَادَكَ الطَّيِّبِينَ مِن حَولِي، وَسَهِّلْ لِي أُمُورِي، وَارْزُقْهُ مِن حَيثُ لَا أَحتَسِب، رَبِّي بِحَولٓك وُقُوَّتِك وَعِزَّتِك وَقُدرَتِك، أنتَ القَادِر عَلَي ذَلِك وَحدَك لَا شَرِيكَ لَك. اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَن تَرزُقَنِي مَا كَانَ خَيرًا لِي فِي دِينِي وَدُنيَاي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمرِي عَاجِلِه وَآجِلِه. اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَشكُو لَكَ قِلَّةَ حِيلَتِي وَهَوَانٍ أَمرِي وَضَعفِ قُوَّتِي.
اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَن تَصْرِفَ عَنِّي شَتَّاتَ العَقلِ وَاْلأَمرِ. رَبِّي آثِرنِي وَلَا تُؤثَر عَلَيَّ. رَبِّي اُنْصُرنِي وَلَا تُنصَر عَلَيَّ. إلَهِي ارْحَم ضَعفِي وَ فَرَجَ هَمِّي وَ اجْبُر كَسرِي وَآمِن خَوفِي، وَ امْطَرنِي بِرِزقٍ مِن عِندَك لَا حَدَّ لَه، وَفَرَجٍ مِن عِندَك لَا مَدَّ لَه، وَخَيرٍ مِن عِندَك لَا عَدَدَ لَه.

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 5 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 5 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 4 weeks ago