▓▒░ 𝗖𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗺 ░▒▓ 👻

Description
Follow Tiktok ktrg - http://tiktok.com/@cerita_seram26

Blh request movie seram kat group Sembang Cerita Seram @ join je discussion k
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

2 years, 6 months ago

? PPE TAIKO LIST Rabu ?
Be my guests. Just click and join.
========================

"Suka atau tak, itu bukan urusan mu?"
?~ @LantakAhh

"Pelbagai RESEPI dari PELBAGAI sumber."
?~ @ResepiDuniaMasakan

''NASIHAT² KEHIDUPAN''
?~ @quotephotovideo

"IDEA and CREATIVE ~ Do It Yourself"?
?~ @mrdoityourself

"Tak mampu ku selindungkan apa yang aku rasakan sekarang ini."
?~ @Hatibengkak

Banyak yang nak diluahkan but diri always said "Takpe lah"
?~ @TetapTersenyum

"Himpunan cerita2 SERAM dari pelbagai sumber . Juga terdapat AUDIO & VIDEO kejadian2 paranormal."
?~ @Cerita_Seram

ISLAM Itu INDAH.
? ~ @islamitu_indah

? NOTA : Stay list 24jam ‼️

========================
provided by @PPEpromoter_bot

2 years, 6 months ago

Tengkorak Di Atas Kubur

Begini ceritanya...

Ketika itu malam kelam. Aku dan kawan-kawan menyeberangi lautan malam yang serba seram. Ya, macam lautan malam ini sebab angin sangat kuat. Songkok kawanku yang bernama Ahmadul Irfi Al-Alawiyah terbang ditiup angin kencang.

"Oh, Songkokku terbang!" Jerit Ahmadul Irfi Al-Alawiyah. Pelik ya, namanya ada tanda sengkang.

Ahmadul Irfi terus mendapatkan songkoknya. Sementara itu, aku dan seorang kawanku yang lain iaitu, Isnin Aedul Kamis menunggu di bawah sepohon kemboja. Bau harum pokok kemboja mengingatkan aku bahawa kami sekarang berada di tepi sebuah kawasan perkuburan yang gelap, berasapkan embun dan kabus, pada malam sekitar jam 11.

"Oh, kepala terbang! Oh, rambutnya panjang!" Tiba-tiba aku terdengar suara Ahmadul Irfi. Tidak jelas. Siulan angin kencang menyebabkan kami tidak dapat mendengar suara Ahmadul Irfi dengan jelas. Cuma terasa seram sejuk ke tulang sumsum kerana sapaan angin dingin.

"Aaa, apa dia kata?" Aku bertanya.

"Kapal terbang agaknya," duga Isnin.

"Tetapi agak aneh ya, kenapa kapal terbang, selepas itu rambut panjang?" Aku mula menganalisis keganjilan maklumat yang samar-samar diterima itu.

"Agaknya ribut taufan," duga Isnin lagi.

"Kapal terbang dan ribut taufan. Kedua-dua perkataan ini logik," ujarku.

"Lari! Lari! Aku ternampak kepala terbang, rambutnya panjang!" Jerit Ahmadul Irfi.

"Astagfirulahazim. Kenapa begitu pelik perkataanmu Irfi. Tahyul semua itu," terang-terang aku menegur Ahmadul Irfi.

"Betul. Aku tidak menipu! Ini bukan dusta. Bukan juga 'cobaan'!" Wajah Ahmadul Irfi memaparkan kejujuran. Aku mulai percaya. Aku percaya Isnin Aedul Kamis juga mempercayai kata-kata Ahmadul Irfi. Mustahil dia dusta. Dia sahabat kami. Sahabat tidak akan membohongi sahabatnya yang lain.

Krak! Krakak! Krak! Krakak! Kami terdengar bunyi seakan-akan gigi berlaga. Seolah-olah bunyi ranting patah pun ada juga. Bunyi itu datang, ya Allah, dari kawasan perkuburan!

Kami melihat sekitar perkuburan. Kelihatan kepala-kepala tengkorak menjelma di atas kubur.

"Lihat, di sana ada tengkorak!" Jerit Isnin Aedul Kamis sambil menunding jari kanannya ke arah kawasan perkuburan.

"Iya, aku nampak," jawabku. Kami bertiga saling-pandang memandang.

"Apa kita mahu buat sekarang?" Isnin terpaku, ternganga mulutnya semasa menutur persoalan yang agak kurang bijak itu.

"Apa lagi, mari kita lari!" Aku dan Ahmadul Irfi serentak memberi pendapat. Kami segera berlari.

Sedang kami berlari, kami ternampak Wak Sunan sedang bersiul-siul riang sambil mengayuh beca tuanya. Apa ini, mengayuh beca di tengah malam?

"Wak lari wak, di sana ada tengkorak!" Jeritku kepada Wak Sunan yang masih leka mengayuh pada malam hari yang gelap.

"Apa mahu takut? Jika tengkorak aku tidak takut. Jika burung wak-wak, ha, itu aku takut," ujar Wak Sunan, bersendaloka.

Mendengar jawapan itu, kami terus berlari. Amaran sudah diberi, terpulanglah kepada Wak Sunan mahu mendengarnya atau tidak.

Esok hari, satu kampung heboh. Wak Sunan hilang. Hilang dan terus hilang hingga ke suatu tarikh yang tak dapat ditentukan.

SEKIAN.

Sumber : http://dukeamienerev.blogspot.com
@Cerita_Seram

2 years, 6 months ago

? Dendam Penunggu

@Cerita_Seram

2 years, 6 months ago

? Kisah Seram Hospital

@Cerita_Seram

2 years, 6 months ago

? Kisah Seram Hostel

@Cerita_Seram

2 years, 6 months ago

? Nina Bobo

@Cerita_Seram

2 years, 6 months ago

Selamat malam geng Cerita Seram ?

Min nak bagitau utk member2 yg baru join channel ni , korg boleh terus search je tajuk2 movie seram yang korg nak tgk tu dlm channel ni tau ..

But if takde , korg just request dlm comment bawah ni atau boleh join group Sembang Cerita Seram k .. Min akan carikan movie yg korg nak tu ..

P/s : Movies yg baru kelua kt pawagam camtu , ambik masa sikit la min nak post k .. Jgn risau sbb min akan post as soon as min dh dpt link utk download ? Sabar oke geng ..

@Cerita_Seram

2 years, 6 months ago

Lidah panjang....hantu apa tu...?

@cerita_seram @kayrolnizam

2 years, 6 months ago

? Cerita Seram Pendek

6️⃣ Pernah dengar kisah ini? Ini kisah seram yang berlaku pada waktu malam. Sepasang suami isteri membawa kereta di suatu lebuh raya. Suatu ketika, kereta itu rosak. Dengan lampu yang masih menyala, kereta itu diletakkan di bahu jalan. Si suami pergi ke hutan berhampiran, ke sungai mencari air.

Lama sungguh! Si isteri terus sabar menanti. Tuk! Tuk! Tuk! Seperti ada sesuatu mengetuk-ngetuk di atas bumbung kereta. Kemudian, datang seorang penunggang motosikal, memandu perlahan, mendongak ke atas bumbung kereta. Kemudian dia terus memecut laju motosikalnya.

Bunyi ketuk mengetuk makin kuat di atas bumbung kereta. Apa yang sudah berlaku? Kenapa… penunggang motosikal itu melarikan diri?

Malam terus membangkitkan kesunyiannya. Tanpa bunyi cengkerik. Cukup sunyi. Sesekali terdengar bunyi ketukan di atas bumbung kereta. Si isteri tetap tabah menanti kepulangan suaminya…

Ya… si suami sudah lama pulang, tetapi tanpa badan. Kepalanya… berada di atas bumbung kereta itu.

@Cerita_Seram

2 years, 6 months ago

? Cerita Seram Pendek

5️⃣ Ini adalah kisah seorang kawan yang mahu ke Kuala Lumpur. Dia memandu kereta tersebut ke Kuala Lumpur bersama seorang temannya. Kereta itu kepunyaan temannya. Kawan mahu ke Kuala Lumpur, tetapi tidak sampai-sampai.

Peristiwa ini berlaku ketika tiba di suatu kawasan hutan. Jalan raya yang lengang dan sepi. Ketika itu kabus agak tebal. Malam sentiasa kebiruan dan kehijauan. Gelap.

Ketika sampai di suatu tempat. Enjin kereta mati. Kawan membuka tingkap separuh. Mahu biarkan angin malam yang segar masuk ke dalam. Temannya menyuruh kawan tutup tingkap itu.

"Nanti dia masuk! Tutup!"

"Apa yang masuk?"

"Benda tu!"

"Apa benda tu?!"

"Itu!!!" Teman menunjukkan jari ke tingkap sebelah kanan. Kawan dan teman menoleh ke sebelah tingkap. Nampak ada beberapa orang budak kecil bergigi tajam seperti duri. Dahi dan tulang hidungnya bercantum, melengkuk ke luar. Sambil menganga mulut, budak-budak kecil itu memandang garang ke dalam kereta dengan matanya yang bulat dan terjegil keluar. Mereka kelihatan sungguh berselera, memandang kawan dan teman seperti sedang memandang makanan.

"Tutup!!! Tutup!!!" Jerit temannya.

Kunci kereta dipulas. Enjin tak hidup-hidup. Budak-budak kecil itu menepuk cermin tingkap beberapa kali. Ada yang lebih ganas, memanjat badan kereta dan menjenguk di cermin hadapan.

"Haaahhh!!!" Sergah budak-budak kecil itu. "Haaahhh!!!"

"Haaahhh!!!"

Brrrr....! Brrooo.....! Broooo...! Burp...! Burpp! Brooooo! Brooooom....!!!

"Haaaaaahhh!!!" Sergah budak-budak kecil berhantu itu lagi.

Tiba-tiba enjin kereta hidup. Selamat! Dah... selamat.

"Haaaahaaaaaahhh!!!" Bertalu-talu mereka menyergah kawan dan temannya dari luar kereta.

"Haaahhh?!!" Kereta bergerak perlahan-lahan. Budak-budak kecil melompat turun seolah-olah tahu bahaya yang akan dihadapi jika terus berada di atas kereta itu.

Kawan dan temannya meneruskan perjalanan pada malam itu. Mereka pasti tidak akan melalui jalan itu lagi pada waktu malam.

@Cerita_Seram

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago