Infinite Entertainment, Zero Cost: Get Your Free Books, Music, and Videos Today!

Jiwa Tarbawi

Description
Mendidik Jiwa Tarbawi
Advertising
We recommend to visit

Бакеева Айна

Last updated 2 года, 2 месяца назад

По сотрудничеству - @sorrowfu1l

Last updated 3 недели, 1 день назад

Last updated 1 месяц, 4 недели назад

3 weeks, 5 days ago

عَنْأَبِيكَبْشَةَالْأَنَّمَارِيُّأَنَّهُسَمِعَرَسُولَاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَيَقُولُ: ثَلَاثَةٌأُقْسِمُعَلَيْهِنَّوَأُحَدِّثُكُمْحَدِيثًافَاحْفَظُوهُ: قَالَمَانَقَصَمَالُعَبْدٍمِنْصَدَقَةٍ, وَلَاظُلِمَعَبْدٌمَظْلَمَةًفَصَبَرَعَلَيْهَاإِلَّازَادَهُاللَّهُعِزًّا, وَلَافَتَحَعَبْدٌبَابَمَسْأَلَةٍإِلَّافَتَحَاللَّهُعَلَيْهِبَابَفَقْرٍأَوْكَلِمَةًنَحْوَهَاوَأُحَدِّثُكُمْحَدِيثًافَاحْفَظُوهُ: قَالَإِنَّمَاالدُّنْيَالِأَرْبَعَةِنَفَرٍ: عَبْدٍرَزَقَهُاللَّهُمَالًاوَعِلْمًافَهُوَيَتَّقِيفِيهِرَبَّهُوَيَصِلُفِيهِرَحِمَهُوَيَعْلَمُلِلَّهِفِيهِحَقًّافَهَذَابِأَفْضَلِالْمَنَازِلِ،وَعَبْدٍرَزَقَهُاللَّهُعِلْمًاوَلَمْيَرْزُقْهُمَالًافَهُوَصَادِقُالنِّيَّةِيَقُولُلَوْأَنَّلِيمَالًالَعَمِلْتُبِعَمَلِفُلَانٍفَهُوَبِنِيَّتِهِفَأَجْرُهُمَاسَوَاءٌ،وَعَبْدٍرَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ عِلْمًا فَهُوَ يَخْبِطُ فِي مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَا يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ وَلَا يَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَلَا يَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقًّا فَهَذَا بِأَخْبَثِ الْمَنَازِلِ ،
وَعَبْدٍ لَمْ يَرْزُقْهُ اللَّهُ مَالًا وَلَا عِلْمًا فَهُوَ يَقُولُ لَوْ أَنَّ لِي مَالًا لَعَمِلْتُ فِيهِ بِعَمَلِ فُلَانٍ فَهُوَ بِنِيَّتِهِ فَوِزْرُهُمَا سَوَاءٌ .

Dari Abu Kabsyah al-Anmâri Radhiyallahu anhu, bahawa dia mendengar Rasûlullâh ‎ﷺ bersabda: “Tiga (perkara) aku bersumpah terhadap ketiganya, dan aku akan mengatakan satu perkataan kepada kamu, maka hafalkanlah! Baginda bersabda: “Harta seorang hamba tidak akan berkurang kerana sedekah. Tidaklah seorang hamba dizalimi dengan kezaliman, lalu dia bersabar terhadap kezaliman itu kecuali Allâh menambahkan kemuliaan kepadanya. Tidaklah seorang hamba membuka pintu meminta-minta, kecuali Allâh membukakan pintu kefakiran, atau kalimat seperti itu. Dan aku akan mengatakan satu perkataan kepada kamu, maka hafalkanlah! Baginda ‎ﷺ bersabda: “Sesungguhnya dunia itu untuk 4 orang:

  1. Hamba yang Allâh berikan rezeki kepadanya berupa harta (dari jalan yang halal) dan ilmu (agama Islam), kemudian dia bertaqwa kepada Tuhannya pada rezeki itu (harta dan ilmu), dia berbuat baik kepada kerabatnya dengan rezeki, dan dia mengetahui hak bagi Allâh padanya. Maka hamba ini berada pada kedudukan yang paling utama (di sisi Allâh).

  2. Hamba yang Allâh berikan rezeki kepadanya berupa ilmu, namun Dia (Allâh) tidak memberikan rezeki berupa harta, dia memiliki niat yang baik. Dia mengatakan: “Seandainya aku memiliki harta aku akan berbuat seperti perbuatan Si Fulan (orang pertama yang melakukan kebaikan itu)”. Maka dia (dibalas) dengan niatnya (yang baik), pahala keduanya (orang pertama dan kedua) sama.

  3. Hamba yang Allâh berikan rezeki kepadanya berupa harta, namun Dia (Allâh) tidak memberikan rezeki kepadanya berupa ilmu, kemudian dia berbuat sembarangan dengan hartanya dengan tanpa ilmu. Dia tidak bertaqwa kepada Tuhaannya padanya, dia tidak berbuat baik kepada kerabatnya dengan hartanya, dan dia tidak mengetahui hak bagi Allâh padanya. Maka hamba ini berada pada kedudukan yang paling buruk (di sisi Allâh).

  4. Hamba yang Allâh tidak memberikan rezki kepadanya berupa harta dan ilmu, kemudian dia mengatakan: “Seandainya aku memiliki harta aku akan berbuat seperti perbuatan Si Fulan (dengan orang ketiga yang melakukan keburukan itu)”. Maka dia (dibalas) dengan niatnya, dosa keduanya sama.

(HR Tirmizi, 2325; Ahmad 4/230-231, 17570; Ibnu Mâjah, 4228)

Hadis ini menunjukkan bahawa hamba yang paling utama di sisi Allâh adalah hamba yang kaya dan bersyukur. Kerana bertaqwa kepada Allâh pada nikmat yang telah Dia berikan, berbuat baik kepada kerabat, dan mengetahui hak bagi Allâh Azza wa Jalla pada nikmat adalah perwujudan rasa syukur kepada Allâh Azza wa Jalla atas segala nikmat-Nya.

Justeru, jadilah seorang HAMBA yang sentiasa bersyukur.

ABi

3 weeks, 5 days ago

Meniti Syawal dengan hidayah.

Kemuliaan seorang HAMBA yang kaya yang bersyukur.

Nabi Muhammad ‎bersabda:

إِنَّالْمُكْثِرِينَهُمُالْمُقِلُّونَيَوْمَالْقِيَامَةِ،إِلاَّمَنْأَعْطَاهُاللَّهُخَيْرًا،فَنَفَحَفِيهِيَمِينَهُوَشِمَالَهُوَبَيْنَيَدَيْهِوَوَرَاءَهُ،وَعَمِلَفِيهِخَيْرًا

Sesungguhnya orang-orang yang memperbanyak (harta) adalah orang-orang yang menyedikitkan (kebaikannya) pada hari Kiamat, kecuali orang yang Allâh berikan kepadanya kebaikan, lalu dia memberi kepada orang yang di sebelah kanannya, kirinya, depannya, dan belakangnya; dan dia berbuat kebaikan pada hartanya

(HR Bukhâri, 6443; Muslim, 94)

Al-Hâfizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata,

“Yang dimaksudkan dengan ‘memperbanyak’ adalah dengan harta, dan ‘menyedikitkan’ adalah dengan pahala akhirat. Ini (terjadi) pada diri orang yang memperbanyak harta, akan tetapi dia tidak memenuhi sifat dengan yang ditunjukkan oleh pengecualian setelahnya, iaitu berinfaq”.

[Fathul Bari 18/261]

Dari hadis ini, kita mengetahui bahawa ramai orang kaya itu lupa bersyukur kepada Pemberi nikmat hakiki, iaitu Allâh Azza wa Jalla . Mereka hanya sibuk dalam urusan harta dan dunia, melalaikan urusan akhirat dan amalan yang mulia. Akibatnya, mereka terlalu sedikit yang berusaha mendapatkan kebaikan di sisi Tuhannya. Kecuali orang yang banyak berinfak untuk meraih keredhaan Allâh Azza wa Jalla dengan memberikan harta kepada orang-orang yang memerlukan di mana saja mereka berada.

Sebaik-baik harta ialah yang ada pada tangan seorang HAMBA yang saleh.

Sahabat yang mulia, ‘Amr bin al-‘Ash Radhiyallahu anhu berkata:

بَعَثَإِلَىَّرَسُولُاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَفَقَالَ : “خُذْعَلَيْكَثِيَابَكَوَسِلاَحَكَثُمَّائْتِنِى “. فَأَتَيْتُهُوَهُوَيَتَوَضَّأُفَصَعَّدَفِىَّالنَّظَرَثُمَّطَأْطَأَهُفَقَالَ : “إِنِّىأُرِيدُأَنْأَبْعَثَكَعَلَىجَيْشٍفَيُسَلِّمَكَاللَّهُوَيُغْنِمَكَوَأَرْغَبُلَكَمِنَالْمَالِرَغْبَةًصَالِحَةً “. قَالَ : قُلْتُيَارَسُولَاللَّهِمَاأَسْلَمْتُمِنْأَجْلِالْمَالِوَلَكِنِّىأَسْلَمْتُرَغْبَةًفِىالإِسْلاَمِوَأَنْأَكُونَمَعَرَسُولِاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَ . فَقَالَ “: يَاعَمْرُو نِعْمَ الْمَالُ الصَّالِحُ لِلْمَرْءِ الصَّالِحِ “

Rasûlullâh ‎ﷺ mengutus seseorang kepadaku, beliau memerintahkan, “Ambillah pakaianmu dan senjatamu, lalu menghadaplah kepadaku!” Aku pun mendatangi Baginda ketika Baginda sedang berwudhu’. Baginda melihat-lihat kepadaku, kemudian bersabda, “Aku akan mengutusmu memimpin satu pasukan, semoga Allâh akan menyelamatkanmu dan memberimu harta rampasan perang. Aku berharap engkau menyukai harta dengan kesukaan yang baik”. ‘Amr bin al-Ash mengatakan, “Wahai Rasûlullâh, aku tidak masuk Islam kerana harta. Tetapi aku masuk Islam kerana mencintai Islam dan agar aku bersama Rasûlullâh “. Maka Baginda ‎ﷺ bersabda, “Hai Amr, sebaik-baik harta yang baik adalah untuk orang yang saleh.”

(HR Ahmad, 18236)

Darjat manusia bertingkat-tingkat di hadapan Allâh Azza wa Jalla , dan orang yang paling mulia adalah orang yang paling bertakwa. Barangsiapa lebih banyak melakukan ketaatan dan lebih banyak meninggalkan kemaksiatan, dengan diiringi keimanan dan keikhlasan, maka dia lebih mulia di sisi Allâh Azza wa Jalla. Oleh kerana itu, Nabi ‎ﷺ memberitakan bahawa orang yang kaya dan berilmu, lalu bersyukur dengan cara bertaqwa kepada Allâh Azza wa Jalla dengan ilmu agama dan hartanya, dia adalah orang yang paling mulia di sisi-Nya. Sebagaimana di sebutkan di dalam hadis berikut:

4 weeks, 1 day ago

Bisikan Ruh Ramadhan 30

Untuk meneruskan kehidupan selepas Ramadhan, ada 3 hakikat hidup yang perlu diketahui, difahami, disedari dan dihayati. Ianya akan terus mencorakkan hidup yang berbaki. 3 hakikat itu ialah:

1 Kita adalah manusia yang dicipta oleh Allah ta’ala dengan satu tujuan iaitu beribadah, dalam pengertian taat dan patuh pada segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

وَمَا خَلَقتُ الجِنَّ وَالإِنسَ إلَّا لِيَعبُدُونِ

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
supaya mereka menyembahku."
(Az-Zariyat: 56)

1 Hidup dan mati dicipta Allah ta’ala untuk manusia pula sebagai ujian yang berterusan bertujuan untuk melihat amalan yang baik dihasilkan oleh manusia.

الَّذِيخَلَقَالْمَوْتَوَالْحَيَاةَلِيَبْلُوَكُمْأَيُّكُمْأَحْسَنُعَمَلًاوَهُوَالْعَزِيزُالْغَفُورُ
﴿الملك: ٢﴾

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (2)

(Al Mulk: 2)

1 Semua manusia dalam perjalanan balik kepada Allah ta’ala untuk dihitung amalan mereka dan diberi balasan di akhirat. Kejayaan sebenar hidup ialah bila selamat di akhirat dari nerakaNya dan dapat masuk syurga dengan selamat jua.

كُلُّنَفْسٍذَائِقَةُالْمَوْتِوَإِنَّمَاتُوَفَّوْنَأُجُورَكُمْيَوْمَالْقِيَامَةِفَمَنزُحْزِحَعَنِالنَّارِوَأُدْخِلَالْجَنَّةَفَقَدْفَازَوَمَاالْحَيَاةُالدُّنْيَاإِلَّامَتَاعُالْغُرُورِ ﴿آلعمران: ١٨٥﴾

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (185)

(Ali ‘Imran: 185)

وَأُزْلِفَتِالْجَنَّةُلِلْمُتَّقِينَغَيْرَبَعِيدٍ ﴿٣١﴾ هَٰذَامَاتُوعَدُونَلِكُلِّأَوَّابٍحَفِيظٍ ﴿٣٢﴾ مَّنْخَشِيَالرَّحْمَٰنَبِالْغَيْبِوَجَاءَبِقَلْبٍمُّنِيبٍ ﴿٣٣﴾ ادْخُلُوهَابِسَلَامٍ ۖذَٰلِكَيَوْمُالْخُلُودِ ﴿٣٤﴾‏ ‎﴿ق: ٣١-٣٤﴾

Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (31) (Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); (32) "(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat". (33) (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal". (34)

(Qaaf: 31-34)

Justeru, corakkanlah hidupmu dengan Islam, Iman dan Taqwa nescaya engkau selamat.

ABi

3 months ago

JIWA TARBAWI 887

Ilmu pengetahuan tentang kematian, kesedaran tentangnya, dan sering mengingati kematian mampu mengubati penyakit hubbuddunya ( حب الدنيا ), iaitu gilakan dunia yang bersarang dalam hati manusia.

Firman Allah ta’ala,

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ ‎﴿١﴾‏

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), - (1)

حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ ‎﴿٢﴾‏
Sehingga kamu masuk kubur. (2)

كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ‎﴿٣﴾
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (3)

( At Takaatsur: 1-3)

Penyakit hubbuddunya itu sangat besar kebinasaannya. Keperibadian jadi rosak dan hilangnya matlamat hidup dunia dan akhirat. Bahkan munculnya pelbagai sifat-sifat tercela yang lain. Seperti timbulnya sifat pencaci, pengeji, penggila harta dan kuasa.

Al Quran mendedahkannya,

وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ ‎﴿١﴾‏

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (1)

الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ ‎﴿٢﴾‏

Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (2)

يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ ‎﴿٣﴾

Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! (3)

(Al Humazah: 1-3)

Justeru, hentikanlah kegilaan jiwamu terhadap harta, keseronokan dan angan-angan kekal dunia dengan keinsafan dan ingatan yang mendalam terhadap kematian dan hidup selepas kematian.

ABi

3 months, 1 week ago

فَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ: مَنْ رَبُّكَ؟ فَيَقُولُ: رَبِّيَ اللهُ، فَيَقُولَانِ: وَمَا دِينُكَ؟ فَيَقُولُ: دِينِيَ الْإِسْلَامُ، فَيَقُولَانِ: مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ؟ فَيَقُولُ هُوَ رَسُولُ اللهِ، فَيَقُولَانِ: وَمَا يُدْرِيكَ؟ فَيَقُولُ: قَرَأْتُ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ فَآمَنْتُ بِهِ وَصَدَّقْتُ، قَالَ: فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ أَنْ صَدَقَ عَبْدِي فَافْرِشُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَأَلْبِسُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا مِنَ الْجَنَّةِ فَيَأْتِيهِ مِنْ رَوْحِهَا وَطِيبِهَا، وَيُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ مَدَّ بَصَرِهِ،

...Kemudian dua orang malaikat datang kepada roh dan duduk di sisi. Kedua-duanya bertanya: Siapakah tuhan kamu? Lalu roh mukmin menjawab: Tuhanku ialah Allah. Mereka bertanya lagi: Apakah agama kamu? Dia menjawab: Agamaku Islam. Mereka bertanya lagi: Siapakah orang ini yang dibangkitkan dalam kalangan kamu? Roh menjawab: Dia ialah utusan Allah. Mereka bertanya lagi: Bagaimana engkau mengetahuinya? Dia menjawab: Aku membaca Kitabullah Azza wa Jalla, lalu aku beriman dan mempercayainya.
Lalu penyeru menyeru daripada langit: “Hambaku benar! Bentangkan untuknya syurga. Pakaikan ia dengan pakaian daripada syurga. Bukakanlah pintu syurga untuknya.” Dia pun mendapat wangian dan harumnya angin syurga, serta kuburannya diluaskan sejauh mata memandang.

(HR Abu Daud, 4753 dan Ahmad, 4/287)

Beruntunglah mereka yang telah mendahului.

وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ

“Dan sesungguhnya insya Allah kita pasti bertemu.”

(HR Muslim, 367)

Justeru, persiapkanlah dirimu dengan kesempurnaan iman dan amal soleh untuk kembali kepadaNya.

ABi

3 months, 1 week ago

JIWA TARBAWI 886

Inspirasi Kematian

Kematian bukanlah sesuatu yang menakutkan dan membimbangkan, dan bukanlah sesuatu yang menyedihkan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ‎﴿البقرة: ٢٧٧﴾‏

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (277)

(Al Baqarah: 277)

Kematian adalah permulaan satu kehidupan baru bagi ruh manusia tanpa keperluan fizikal jasadnya. Bahkan hidup selepas mati masih dianugerahi oleh Allah ta’ala lagi dengan pelbagai nikmat.

Nikmat di dalam kubur adalah termasuk dalam hakikat-hakikat ghaib yang tsabit buktinya melalui perkhabaran yang yakin lagi mutawatir.

Antaranya:

Kuburnya diterangi cahaya dan dilapangkan.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

إِذَا قُبِرَ الْمَيِّتُ ، أَوْ قَالَ : أَحَدُكُمْ ، أَتَاهُ مَلَكَانِ أَسْوَدَانِ أَزْرَقَانِ ، يُقَالُ لأَحَدِهِمَا : الْمُنْكَرُ ، وَالآخَرُ : النَّكِيرُ ، فَيَقُولَانِ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ ؟ فَيَقُولُ مَا كَانَ يَقُولُ : هُوَ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ . فَيَقُولانِ : قَدْ كُنَّا نَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُولُ هَذَا ، ثُمَّ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُونَ ذِرَاعًا فِي سَبْعِينَ ، ثُمَّ يُنَوَّرُ لَهُ فِيهِ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : نَمْ

Apabila mayat (atau seseorang daripada kamu) telah dikuburkan, datanglah kepadanya dua malaikat hitam kebiru-biruan, seorang daripada keduanya dikenali dengan Malaikat Munkar dan seorang lagi dengan Malaikat Nakir. Keduanya berkata: “Apakah yang hendak engkau katakan mengenai lelaki ini?
Dia berkata: “Dia adalah hamba Allah dan utusan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.” Keduanya berkata: “Sungguh, kami telah tahu bahawa engkau akan mengatakan demikian itu.” Kemudian dilapangkan baginya di dalam kuburnya sepanjang 70 hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi cahaya baginya di dalamnya. Kemudian, dikatakan kepadanya: “Tidurlah engkau.”

(HR al-Tirmizi,1071 dan Ibn Hibban, 3117)

Setiap pagi dan petang, akan diperlihatkan kepadanya kedudukan tempatnya di Syurga di dalam kubur tersebut.

Daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَيُقَالُ هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Setiap seorang daripada kamu, manakala telah mati akan diperlihatkan kepadanya kedudukan tempatnya setiap pagi dan petang. Jika dia daripada ahli syurga maka (akan diperlihatkan seperti) ahli syurga dan jika dia ahli neraka maka daripada ahli neraka. Dikatakan kepadanya, “Inilah tempatmu sehingga dibangkitkan semula pada hari kiamat.”

(HR al-Bukhari,1379 dan Muslim, 2866)

Memperoleh wangian dan haruman daripada Syurga serta kuburnya diluaskan sejauh mata memandang.

Daripada al-Bara’ bin ‘Azib R.A, katanya: Kami pernah bersama Rasulullah ‎ﷺ mengiringi jenazah seorang lelaki Ansar sehinggalah kami sampai di kuburan dan menunggu disiapkan liang lahad. Rasulullah ‎ﷺ duduk dan kami duduk di sekeliling baginda seolah-olah di atas kepala kami ada burung. Pada tangan Rasulullah ‎ﷺ terdapat satu tongkat yang dicacak ke tanah. Nabi ‎ﷺ bersabda (antaranya):

...

5 months ago

JIWA TARBAWI 881

Hakikat hidup dan mati.

Firman Allah ta’ala,

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ ‎﴿الملك: ٢﴾‏

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (2)

(Al Mulk: 2)

Mengetahui tentang hakikat kehidupan, memahaminya dan juga menyedarinya, akan menjadikan manusia semakin memperbaiki amalan untuk kehidupan dunianya.

Mengetahui tentang hakikat kematian, memahaminya dan juga menyedarinya, serta sering mengingatinya akan menjadikan manusia semakin memperbaiki amalannya bahkan bersegera untuk merebut keampunan dan meraihkan seberapa banyak pahala sebagai bekalan ke akhirat.

Justeru, yakinilah akan hakikat ini.

ABi

5 months, 2 weeks ago

JIWA TARBAWI 880

Setengah manusia menyangka berfikir tentang kematian adalah tanda depresi. Pada hal, mengingat mati itu adalah sebuah inspirasi.

أكثروا ذكر هاذم اللذات - الموت، فإنه لم يذكره أحد في ضيق من العيش إلا وسعه عليه.
(رواه البيهقي)

Perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan iaitu kematian. Maka sesungguhnya tidaklah mengingatinya oleh seseorang ketika waktu sempit dalam kehidupannya melainkan akan diperluaskan atasnya.

(HR Baihaqi)

Dan Ibnu ‘Umar Radhiyallahu anhuma pun berkata:

إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ

“Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu waktu pagi dan jika engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu waktu petang, manfaatkanlah kesihatanmu sebelum datang waktu sakit, dan hidupmu sebelum datang kematian.”

(HR Bukhari)

Ini bererti, dia sentiasa bersegera untuk melakukan kebaikan tanpa bertangguh, sentiasa bersikap positif mengisi masa kehidupannya dan sentiasa berfikir panjang untuk tunduk kepada keinginan buruknya.

Justeru, jadikanlah zikir mengingati kematian sebagai rutin hidupmu.

ABi

5 months, 4 weeks ago

JIWA TARBAWI 879

Tazkirah Kematian

Tiada gunanya jika engkau berdoa untuk panjang umur kalaulah ianya hanya datang dari panjang angan-anganmu terhadap dunia semata-mata. Kerana dibimbangi ianya hanya akan menambah keinginan buruk nafsumu.

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ
أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ قَالَ فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ.

Dari Abdurrahman bin Abi Bakrah, dari ayahnya, bawasanya pernah ada seseorang yang bertanya kepada Rasulullah ‎ : "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang terbaik itu?" Baginda menjawab: "Orang yang panjang umur dan baik amalnya." Ia bertanya kembali: "Lalu siapakah orang yang terburuk itu?" Baginda menjawab: "Orang yang panjang umur, namun buruk amalnya."

(HR Tirmizi, 2252)

ABi

6 months, 4 weeks ago

JIWA TARBAWI 876

Untuk sempurna ketaatan kepada Allah ta’ala , ianya mestilah dijadikan perjuangan. Dalam perkataan lain, mestilah ada JIHAD untuk melakukan ketaatan.

Menuntut ilmu satu jihad.

Menegak dan mendiri solat satu jihad.

Mengimarahkan masjid satu jihad.

Menyubur dan menjaga ukhuwwah satu jihad.

Mendidik dan mengasuh anak-anak untuk jadi soleh dan solehah adalah satu jihad.

Berdakwah dan amar makruf nahi mungkar adalah jihad.

Menegakkan peraturan dan undang-undang satu jihad.

Berperang fi sabilillah adalah satu jihad.

Semuanya itu perlukan jihad yakni kesungguhan dan bersusah payah untuk melakukannya.

Kerana asasnya adalah jihad terhadap nafsu.

وَالْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ فِي طَاعَةِ اللهِ ،(ورواه الترمذي,1621)

Seorang mujahid (pejuang) itu ialah seorang yang berjihad terhadap nafsunya pada mentaati Allah .

(HR Tirmizi, 1621)

Bila berjuang bersungguh-sungguh dan bersusah payah untuk menjadi hamba Allah yang taat, nescaya Allah ta’ala akan membuka jalan-jalan yang lebih luas untuk dapat dilihat hasil dan natijah kesempurnaan taat.

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
‎﴿العنكبوت: ٦٩﴾‏

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (69)

(Al Ankabut: 69)

Justeru, letakkan hidupmu dalam jihad. Kerana umat Islam adalah umat pejuang.

ABi

We recommend to visit

Бакеева Айна

Last updated 2 года, 2 месяца назад

По сотрудничеству - @sorrowfu1l

Last updated 3 недели, 1 день назад

Last updated 1 месяц, 4 недели назад