Pemburu yang diburu.
Last updated 6 days, 14 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 3 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Kata Guru : Nak ubah diri, ubah circle juga. Kalau perlu pindah rumah sekalipun. Pindah ! Kerana sekelilingmu akan mempengaruhi rupa dunia dan rupa akhiratmu.
Usia kita tak lama, sekejap sahaja. Setiap hari dlm perjalanan menuju utk bertemu Ilahi. Nyawa kita seperti api pelita yg boleh terpadam bila - bila masa. Kita doa sama - sama semoga akhir hidup kita adalah sebaik - baik pengakhiran. Aamiin.
Akhir zaman, antara golongan yang dalam keadaan sangat-sangat-sangat-sangat bahaya ada 2 : kaum wanita dan ahli dunia.
- Ustaz Muhammad Akhyar
Wahai jiwa yang masih meninggalkan solat. Engkau akan mengetahui nilai solatmu pada malam pertamamu di alam kubur dan di malam itu penyesalanmu tidaklah lagi berguna.
Persiapkan diri untuk ke negeri abadi. Kita selalu lalai dan ditipu dgn dunia yang sementara, sedangkan malaikat maut menjenguk kita setiap hari.
Sifat 'iffah (menjaga kehormatan diri) yang ada pada seorang wanita itu tak dapat dijual dan dibeli. Terlalu mahal harganya. Kerana itu ia mengangkat harga diri seorang wanita. Beruntung wanita yang memiliki 'iffah.
Pesan Guru.
Orang bertauhid tu, dia tidak sesekali bertanya atau mempersoalkan takdir ALLAH.
Sungguh- sungguh dia beriman dengan qada dan qodar Allah, tanpa sebarang soal.
Orang bertauhid tidak terkesan dengan keadaan. Tidak marah, tidak juga sibuk nak bergaduh, berbalah, kecuali pada hal yang menyalahi syariat.
Orang bertauhid itu TENANG
Pesan guru saya;
“Betulkanlah sembahyang, urusan lain dalam hidup kita akan dapat dibetulkan.”
Kadang kita berhadapan banyak ujian kehidupan. Kita rasa kita mampu atasi, kita mampu baiki, kita mampu untuk adjust apa yang patut.
Tapi makin kita cuba, makin menjadi-jadi. Ujian tak juga berkurang. Ada saja ujian yang datang. Yang buatkan kita rasa makin lama makin lemah.
Dalam mencuba tu kita sampai abaikan perkara utama dalam hidup - sembahyang.
Kita cepat-cepatkan sembahyang, laju laju saja. Iyalah, yang sedang diuji bisnes kita, staff kita, pasangan kita. Jadi kita bagi lebih masa pada hal bisnes, sampai 2-3 pagi tak tidur cuma untuk cari apa salahnya kita dalam bisnes.
Kita buat program untuk staff, nak staff faham arah tuju syarikat.
Kita bawa pasangan pergi bulan madu yang entah kali ke berapa. Tapi balik terus berperang lagi. Macam tak boleh nak sefahaman.
Dalam pada semua tu kita culas tentang soal sembahyang. Rupanya ini yang menjadi punca kepada tak teraturnya hidup kita keseluruhannya.
Jadi guru saya selalu pesan, bila kita rasa tak tenteram tentang soal kehidupan harian kita, baiki sembahyang kita dulu. Terutama tentang masa yang kita peruntukkan untuk kita sembahyang.
Kenapa?
Kerana sembahyang ini ibu segala ibadah. Sembahyang jadi punca kepada segala kebaikan yang ikhlas kerana Allah.
Maka betulkanlah sembahyang kita, insyaAllah segala urusan kehidupan menjadi tenang. ??
Dosa walau menggunung, Allah ya Ghafuur Maha Pengampun.
Namun taubat dan permohonan maaf kita hanya bermanfaat selagi belum MATI.
Wahai laki-laki, belajarlah ilmu agama ! Kerana engkau akan memiliki seorang murid yang akan kau bimbing selamanya.
Dia murid yang paling istimewa, dialah ISTERIMU.
Pemburu yang diburu.
Last updated 6 days, 14 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 3 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago