Pemburu yang diburu.
Last updated 2 months, 3 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
⭕️ Kenyataan Abu Ubaidah, jurucakap Briged Al-Qassam
Sepanjang tiga minggu lalu, pihak kami telah memantau pelanggaran dan kegagalan rejim Zionis untuk memenuhi kewajipannya di bawah perjanjian gencatan senjata termasuk kelewatan dalam membenarkan kepulangan penduduk ke utara Gaza, mensasarkan mereka dengan tembakan di pelbagai kawasan di seluruh Gaza, dan me nafikan kemasukan bantuan seperti yang telah dipersetujui walhal kami telah melaksanakan semua syarat-syarat perjanjian.
Justeru itu, pembebasan tawanan Zionis pada hari Sabtu yang akan datang, 15 Februari 2025, akan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak dan sehingga rejim Zionis komited mematuhi perjanjian dan memberikan pampasan kepada kecurangan pada minggu-minggu lalu secara retroaktif.
Kami mengesahkan komitmen kami terhadap syarat perjanjian, selagi pihak musuh tetap komited kepada syarat-syarat perjanjian tersebut.
10 Feb 2025
Di Gaza, ribuan keluarga kini hidup dalam kerumitan selepas rumah mereka musnah akibat serangan yang berterusan.
Dalam keadaan ini, tempat berlindung adalah keperluan paling mendesak. Tempat berlindung adalah perkara asas dalam hak asasi individu.
Pakej Bantuan Khemah ini akan memberi mereka tempat berlindung yang selamat, memberi mereka kehangatan dan privasi untuk hidup dengan lebih tenang dalam masa yang sukar ini.
Dengan keprihatinan bersama, anda boleh menyediakan sebuah khemah yang tahan cuaca, kalis air, dan kalis api, yang dapat menampung 6 orang.
Setiap khemah dilengkapi dengan alat penebat untuk kawalan suhu dan privacy partition yang membolehkan keluarga tersebut merasa lebih aman dan terlindung.
Anda juga boleh melihat bukti melalui laporan kem pelarian yang telah MyCARE tubuhkan. Satu lagi kem adalah dengan kerjasama Econsave, menjadikan 2 buah kem perlindungan di bawah MyCARE untuk saudara-saudara kita di sana.
Sebagaimana yang diajarkan dalam hadis Rasulullah SAW:
“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.” (Riwayat Muslim)
Setiap khemah yang disediakan adalah satu langkah untuk membina semula kehidupan mereka yang terjejas oleh peperangan.
Marilah kita bersama-sama menunjukkan solidariti dan membantu mereka yang memerlukan di:
https://mycare.qrd.by/palestin
https://mycare.qrd.by/palestin
atau
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592
Sila hantarkan bukti sumbangan ke email [email protected] atau Whatsapp ke http://wasap.my/60166366369
Semoga usaha kita diberkati dan menjadi sumber kekuatan bagi saudara-saudara kita di Gaza.
Wilayah ini (Nitzarim) juga selama 15 bulan tidak pernah berhenti menerima serangan mortar, sniper dan pelbagai lagi bentuk daripada pihak pejuang.
Wilayah Tal Hawa yang terletak paling hampir Netzarim telah diceroboh berkali-kali, rejim Zionis tetap gagal mengusainya kerana menerima kekalahan dan kerugian yang tinggi.
Lebih memalukan, tentera Zionis berkali-kali menjalankan operasi pencarian tebusan di utara Gaza dari kubu Netzarim, namun ternyata tebusan itu sebenarnya berada berdekatan kawasan Netzarim sendiri.
Kata Amit Segal, Wartawan dan personaliti radio Yahudi daripada saluran 12, “....."
#Perkembangan Berita Shehab | ? Rani Metzar, anak kepada tahanan di Gaza, Yoram:
'Saya tidak fikir mereka akan membuat perjanjian. Saya rasa kami akan menerima barisan peti mati, barisan demi barisan. Kerajaan tidak peduli tentang tahanan. Mereka melakukan segala-galanya untuk mengalihkan perhatian kami kepada seribu satu isu lain.
#TerkiniPalestin
(Sumber: Agensi Berita Shehab)
#Terkini | Beberapa orang cedera dalam serangan Zionis yang menyasarkan sebuah pusat pengagihan makanan untuk pelarian di Kem Al-Nuseirat, tengah Gaza.
#TerkiniPalestin
(Sumber: Agensi Berita Shehab)
#Perkembangan Berita Shehab | ? Laman web Calcalist Ibrani: Pemulihan kerosakan di penempatan utara akibat serangan roket yang dipandu dari Lubnan akan menelan kos sebanyak 2.5 bilion shekel.
Proses membaik pulih rumah-rumah yang teruk terjejas di penempatan 'Al-Manara', 'Shitola', dan 'Al-Mutla' dijangka mengambil masa antara satu hingga dua tahun.
Kepercayaan penduduk penempatan semakin pudar terhadap janji-janji kerajaan penjajah untuk memastikan keselamatan di utara.
#TerkiniPalestin
(Sumber: Agensi Berita Shehab)
#Terkini | Media Ibrani: Jabatan Pertahanan Dalam Negeri telah mengaktifkan siren amaran di Al-Motilla sebanyak 7 kali sejak awal pagi ini.
#TerkiniPalestin
(Sumber: Agensi Berita Shehab)
#Terkini | Saluran 12 Ibrani: Setelah penemuan mayat Tzvi Kogan, Majlis Keselamatan Negara Zionis mengesyorkan untuk mengelakkan perjalanan yang tidak penting ke Emiriah Arab Bersatu.
#TerkiniPalestin
(Sumber: Agensi Berita Shehab)
#Perkembangan | Pesawat drone Zionis 'quadcopter' melepaskan tembakan di sekitar kawasan Jalan Makam Al-Nazlah di Jabaliya, utara Gaza.
#TerkiniPalestin
(Sumber: Agensi Berita Shehab)
#Terkini | Serangan udara penjajah Zionis kembali berlaku di kawasan Haret Hreik di pinggir selatan Beirut.
#TerkiniPalestin
(Sumber: Agensi Berita Shehab)
Pemburu yang diburu.
Last updated 2 months, 3 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago