Pemburu yang diburu.
Last updated 2 days, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 3 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
I'm gonna blame myself, anyways.
No need to explain to my brain.
Semakin dewasa, semakin diri perlu terima hakikat, hidup ni tak pernah sama. Dari kenalan, boleh jadi 'strangers', dari rapat, boleh jadi renggang. Rindu kita yang lama, rindu kenangan dulu.
Kena terima hakikat. Kau dan aku, takkan boleh jadi 'kita' semula.
Aku taknak menyerah, aku cuma penat. Aku tak perlu kata-kata semangat, aku cuma perlukan satu pelukan yang gambarkan bahawa aku masih okay.
Ada satu² masa, kau rasa sangat sunyi, sangat lemah dan sangat sakit. Tak ada ayat yang boleh kau susun untuk jelaskan keadaan diri kau. Apa yang kau perlukan sekarang, cumalah satu pelukan. Pelukan yang membuat kau menangis, lepaskan segala perasaan yang tak boleh diungkap oleh diri sendiri.
Mereka tak tahu, terkadang antara perkara yang jadi sebab utama kenapa diri tak mahu bergaul dengan orang sekeliling adalah manusia seperti mereka.
Setiap orang ada masalah peribadi, yang tak boleh dicerita pada orang lain sesuka hati sebab ada privasi, aib dan cerita yang tersendiri.
Bila seseorang menjauh, cuba bantu dengan beri ruang, bukan terus persoalkan kenapa mereka berdiam.
Pasti ada sebab kenapa mereka bersendirian, menjauhkan diri. Mungkin mereka perlukan bantuan, jadi jangan terus menghukum tanpa kenal, tahu apa yang menganggu dia.
Tempat mengadu yang pertama apabila ditimpa ujian, kesedihan atau dugaan adalah kepada Allah SWT, bukan manusia
Aku tak berdendam, aku cuma nak jadikan kau pengajaran dalam hidup aku. Menjauh, biar tak ulang kesilapan lama; mempercayai engkau.
Ada orang, tak berapa senang hati, tak berapa suka dengan personaliti kau, lagi-lagi kalau kau seorang yang cheerful, happening dan mudah excited dalam banyak perkara. They are annoyed by it.
Tapi kau kena ingat satu perkara. Mereka tak mengenali siapa kau. Sedangkan keluarga yang bersama sejak lahir, yang kenal siapa engkau pun still ada yang tak suka dengan diri kau, apatah lagi orang luar yang tak kenal kau, siapa engkau yang sebenar-benarnya.
Hanya kerana melihat personaliti yang kau tunjukkan, mereka assume kau macam-macam, bahkan ada juga yang mengelarkan kau sebagai 'sakit' , 'tak berapa betul'. Kenapa? Kerana personaliti diri kau.
Manusia-manusia tu langsung tak tahu apa yang kau perlu lalui untuk jadi diri kau yang sekarang, apa fasa penderitaan yang kau perlu tempuh untuk bahagia seperti sekarang.
Jadi apa kau perlu buat? Berubah kepada versi yang mereka suka?
Tak, tak perlu. Kalau dah memang tak suka, tak akan pernah berubah. Mereka tetap akan mencari kekurangan, kesalahan yang kau ada.
Manusia toksik.
Pemburu yang diburu.
Last updated 2 days, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 3 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago