Dar Sayyidah Khadijah Al-Kubra

Description
We recommend to visit

🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻

🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA

🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021

Last updated 1 month, 3 weeks ago

Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)

@software_application

1 month, 1 week ago
Rasulullah ﷺ bersabda : "Sayyidah Fatimah …

Rasulullah ﷺ bersabda : "Sayyidah Fatimah adalah bagian dariku, Semua yang membahagiakannya juga membahagiakanku dan semua yang menyedihkan Fatimah artinya juga menyedihkan ku."

Beliau adalah sebaik-baik tauladan wanita, pemimpin Para wanita di syurga, kenalilah beliau maka engkau akan mencintainya. Siapa yang ingin berada dibarisannya maka wajib ittiba' (mengikuti) akhlaknya.

Berbaki 2 hari sahaja lagi untuk menyambut milad Ummuna Sayyidah Fatimah bersama Ustazah Ummu Khadeeja Al-Kubra di mana kita akan menelusuri keindahan akhlak dan peribadi mulia Sayyidah Fatimah Al-Zahra'. Marhaban biikum fii Syahri Milad Sayyidah Fatimah (20 Jamadil Akhir) 🤍

Untuk pendaftaran :
https://bit.ly/DaftarMaulidEksklusifMuslimat
https://bit.ly/DaftarMaulidEksklusifMuslimat

1 month, 1 week ago
70 hari menjelang Ramadhan. Berlatihlah untuk …

70 hari menjelang Ramadhan. Berlatihlah untuk sabar. Sabar di saat musibah. Sabar di saat senang. Sabarlah di saat di puji dan sabarlah saat di keji. Sabar ketika taat dan sabarlah juga dari terjerumus maksiat. Tidak mudah melaluinya kecuali dari latihan berterusan.

Ya Allah, anugerahkan awal Ramadhan kepada kami dengan ketenangan, kedamaian, kekuatan iman, keselamatan, sihat, tak sakit sampai selesai puasa, diberikan kekuatan untuk beribadah dalam keislaman dan di ikhlaskan hanya kerana Allah SWT.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

1 month, 1 week ago
Dar Sayyidah Khadijah Al-Kubra
1 month, 2 weeks ago
Dar Sayyidah Khadijah Al-Kubra
1 month, 2 weeks ago
Rasulullah SAW merupakan seorang ayah yang …

Rasulullah SAW merupakan seorang ayah yang sangat menyayangi Sayyidah Fatimah Az-Zahra', lihat sahaja bagaimana Rasulullah menyantuni Ummuna Sayyidah Fatimah walaupun Sayyidah Fatimah sudah berkahwin bersama Sayyidina Ali.

Semoga dengan akhlak Rasulullah sebagai ayah ini diterapkan oleh ayah-ayah di luar sana dalam menyantuni anak perempuan mereka, walaupun tidak dapat dinafikan bahawa anak itu pembawa rezeki, tetapi utamanya adalah anak itu merupakan amanah dari Allah SWT 🤲🏻

Berbaki 9 hari sahaja lagi untuk Majlis Maulid Eksklusif : Permaisuri Syurga sempena Milad Sayyidah Fatimah Az-Zahra'. Jangan lupa daftar ya ⬇️

https://bit.ly/DaftarMaulidEksklusifMuslimat
https://bit.ly/DaftarMaulidEksklusifMuslimat

1 month, 2 weeks ago
****✨***PANGGILAN SEAT AKHIR BAGI TIKET MAJLIS …

*✨PANGGILAN SEAT AKHIR BAGI TIKET MAJLIS PERMAISURI SYURGA: SAYYIDAH FATIMAH AZ-ZAHRA' INSPIRASI WANITA AKHIR ZAMAN*

In shaa Allah berbaki 10 hari sahaja lagi untuk menyambut milad Ummuna Sayyidah Fatimah bersama Ustazah Ummu Khadeeja Al-Kubra di mana kita akan menelusuri keindahan akhlak dan peribadi mulia Sayyidah Fatimah Al-Zahra' 🤍

Antara Pengisian Program
- Menghayati sirah kehidupan Sayyidah Fatimah, puteri kesayangan Baginda SAW
- Membina jati diri Muslimah yang sejati di zaman moden
- Perkongsian ilmu, rohani, dan motivasi dalam meniti jalan hidup berlandaskan sunnah

Butiran majlis adalah seperti berikut ⬇️
📆 Tarikh : 22 Disember, Ahad
⌛️Waktu : 7.00 pagi - 12.30 tengahari
🕌 Tempat: Monstera Hall Forest Valley, Cheras

🎟️ *Terbuka kepada Muslimat sahaja.

Untuk pendaftaran :
https://bit.ly/DaftarMaulidEksklusifMuslimat

1 month, 3 weeks ago
**KESAN MENZIARAHI ORANG SOLEH, ALIM DAN …

KESAN MENZIARAHI ORANG SOLEH, ALIM DAN WALIYULLAH
Orang yang sedang dalam perjalanan mendekatkan diri kepada Allah (bersuluk) selain daripada bersahabat dengan orang soleh mereka juga boleh mengambil peluang dengan menziarahi orang yang soleh. Apabila menziarahi orang soleh dengan hati yang ikhlas maka kita akan mendapat kesan yang baik daripada akhlak mereka. Itulah antara kesan daripada pergaulan dan ziarah orang soleh. Niat ziarah itu akan memberikan manfaat kepada kita. Orang soleh itu tidak semestinya orang yang dikenali. Boleh juga ziarah ke maqam orang soleh dan waliyullah. Niat untuk mengingati kematian dan menghayati kehidupan serta sirah perjalanan kehidupan mereka. Tidak sah kasih hati kita pada seseorang melainkan dengan mengikuti akhlak orang yang kita kasih itu.

#KalamUstazMuhamadFakhrullah

1 month, 3 weeks ago

Makluman:

Assalamualaikum.

Pengajian Tafsir Al-Kahfi pada pagi ini ditangguhkan. Mohon maaf atas sebarang kesulitan, doakan semoga Allah mempermudahkan urusan dan mengurniakan kesihatan yang baik buat Ustazah Murdhiah sekeluarga dunia wal akhirah. Inshaa Allah, segala perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Jazakunnallahu khairan wa baraka fikunna.

-Khadimat-

1 month, 3 weeks ago

Orang yang bertaubat kepada Allah pasti tidak akan lari hati dan perbuatannya itu melainkan hanya tunduk dan hanya menghadapkan dirinya kepada Allah. Berapa ramai orang yang melakukan solat tetapi masih lagi cinta kepada Dunia. Masih lagi suka mengumpat, lalai daripada berzikir kepada Allah, suka mengadu domba, bermusuhan, suka menyebarkan keaiban, suka memfitnah, suka membawang dan aibkan orang lain serta sindir menyindir orang lain.

Inilah petanda tidak semata-mata melakukan ketaatan tetapi mestilah juga ada sifat taubat dan khusyuk kepada Allah SWT. Maka hendaklah kita menghitung diri kita sebelum diri kita dihitung dan dihisab.

Rakaman Pengajian :
https://t.me/c/1779091144/43364

1 month, 4 weeks ago
**BERGAUL DENGAN ORANG YANG

BERGAUL DENGAN ORANG YANG
TAWADHUK BAIK JUJUR

Hendaklah kamu bergaul dengan orang yang jujur dan merendah diri. Sifat jujur adalah tanda kebersihan batin seseorang. Ada orang yang bagus pada ilmunya dan amalnya tetapi dia bukanlah orang yang merendah diri. Jika bergaul dengan orang seperti ini dikhuatiri kita akan tertimpa keburukan yang ada pada dirinya. Manusia mudah terkesan dengan apa yang dia bergelumang dengannya. Apabila hendak bergaul dengan seseorang pastikan didasari dengan taqwa. Kerana orang yang bertaqwa tidak akan memusuhi orang lain. Sementara orang yang tidak bertaqwa akan memusuhi orang lain dan membawa keburukan pada orang lain.

#KalamUstazMuhamadFakhrullah

We recommend to visit

🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻

🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA

🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021

Last updated 1 month, 3 weeks ago

Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)

@software_application