Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Like comment share yuk!
Selamat hari raya maaf zahir batin Warga telegram farha semua???
Pukul 11 PM kejap lagi farha nak live tiktok! jum Mengaji sama2???
Account Farhatul Fairuzah! Letss goo!
Salam 10 malam terakhir ramadhan semua❤️?????
jangan lupa ! Siapa yang rindu makkah dan madinah?
jom tonton vlog umrah Farha !
“kembara rindu Baitullah” premiere malam ini jam 10 malam nanti?
Pahala Yang Mengalir
Setiap Muslim menghasratkan agar amal yang dilakukan semasa hidup akan berpanjangan ganjaran pahalanya.
Ibarat orang yang menanam pokok, menanamnya sekali namun memetik hasilnya bertahun-tahun tidak berhenti malah semakin lama tanaman yang asalnya ditanam sepohon telah berkembang biak beratus malah beribu pokok dan hasilnya tidak putus-putus dinikmati bukan hanya oleh manusia malah juga binatang.
Begitulah perumpamaan sebahagian daripada amalan seseorang, walaupun dia telah meninggal dunia, namun ganjaran pahala tetap diraih setiap masa hasil daripada peninggalan amalnya semasa hidupnya.
Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ
Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara perkara yang akan mengikut orang-orang mukmin dari segi amalan dan kebajikannya sesudah mati antaranya Ilmu (berguna) yang diajar dan disebarkan, anak yang soleh yang ditinggalkan (memohon istighfar dan berdoa untuknya), al-Quran yang diwariskan, masjid yang ia bangun, rumah yang ia dirikan untuk ibnu sabil, sungai yang ia alirkan (untuk orang, tumbuhan atau binatang mengambil manfaatnya), sedekah yang ia keluarkan dari harta miliknya dimasa sihat dan masa hidupnya, semuanya (ganjaran pahala) akan mengiringinya setelah ia meninggal dunia" (HR Ibnu Majah No: 238) Status: Hasan
Dalam hadis di atas menerangkan antara amalan seorang Mukmin yang akan berterusan ganjaran pahalanya walaupun pemiliknya telah meninggal dunia antaranya:
Ilmu berguna yang diajar dan disebarkan kepada orang lain sama ada melalui lisan seperti ceramah juga tulisan dalam bentuk buku, artikel, jurnal, termasuk dalam bentuk e-book, dalam FB, Laman Sesawang, telegram, WhatsApp, TikTok dan sebagainya. Ilmu tersebut tersebar terus menerus serta diamalkan oleh orang lain.
Anak soleh yang mendoakan dan memohon keampunan untuknya
Al-Quran yang diwariskan berbentuk mushaf atau yang diajar
Masjid yang dibangunkan
Rumah yang didirikan untuk kemudahan musafir yang terputus bekalan.
Sungai yang dibina untuk manfaat manusia dan makhluk lain
Sedekah yang kita lakukan ke atas harta semasa kita sihat dan masih hidup seperti yang diwakaf, diderma juga disedekahkan untuk manfaat orang ramai. Contohnya wakaf Pendidikan.
Ada amalan soleh yang kita lakukan semasa hidup, terputus apabila kita meninggal dunia, namun ada amal soleh yang akan berterusan mengalir ganjarannya sampai hari kiamat.
Rebutlah peluang untuk melakukan amalan soleh yang faedah keuntungannya dalam bentuk pahala akan berterusan mengalir walaupun kita telah meninggal dunia.
Like , subscribe, share dulu okay!!
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago