Why Pay for Entertainment? Access Thousands of Free Downloads Now!

Ceramah Ustaz dan Ustazah

Description
Live streaming ceramah dan tazkirah di Fb Pages


Jom lawat web kami
www.tazkirahustazustazah.com

Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya Allah 🤲
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 week, 6 days ago

5 days, 16 hours ago

Size A4. Size yang lebih besar. Macam size al-quran standard.

Assalamualaikum sahabat 😊

Untuk BUKU ISTIQAMAH PLANNER;

Sahabat boleh klik link wasap dibawah ye

https://kliksini.my/StayIstiqamahPlanner

Atau

0142767238

Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya Allah 😊

5 days, 19 hours ago

Ikut dan turuti lah Nabi Muhammad SAW - Ustaz Wadi Annuar#UstazWadiAnnuar

5 days, 20 hours ago
Artinya: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu …

Artinya: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari pedihnya siksa neraka jahannam, dari pedihnya siksa kubur, dari kerasnya fitnah hidup dan mati, dan dari keburukan perbuatan Dajjal."

2 weeks ago

MANISNYA UJIAN ALLAH (13 Part) - Ustaz Wadi Annuar #UstazWadiAnnuar Part 4 https://www.facebook.com/share/r/wUCT6GnhxsFoCKLD/?mibextid=oFDknk Part 5 https://www.facebook.com/share/r/rbB8SbwrC6H6bwgn/?mibextid=oFDknk Part 6 https://www.facebook.com/shar…

Facebook

Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

2 weeks ago

MANISNYA UJIAN ALLAH (13 Part) - Ustaz Wadi Annuar #UstazWadiAnnuar

Part 4
https://www.facebook.com/share/r/wUCT6GnhxsFoCKLD/?mibextid=oFDknk

Part 5
https://www.facebook.com/share/r/rbB8SbwrC6H6bwgn/?mibextid=oFDknk

Part 6
https://www.facebook.com/share/r/yJfR8ah3EWygm8ep/?mibextid=oFDknk

Facebook

Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

2 weeks, 1 day ago

Jangan Berburuk Sangka akan Takdir dari-Nya

Dalam hidup banyak 'Hadiah' yang terbungkus dengan masalah, maka jangan cepat membenci apa yang kamu tidak senangi dari garis takdir-Nya.

Setiap ujian dan masalah yang kita hadapi sebenarnya adalah hadiah dari Allah SWT. Mungkin pada pandangan kita ia adalah beban dan kesulitan, tetapi di sebalik setiap ujian itu terdapat hikmah dan kebaikan yang mungkin kita tidak nampak pada awalnya. Jangan sampai kamu berburuk sangka akan takdir dari-Nya.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Ayat ini mengingatkan kita bahawa pandangan kita sering kali terbatas dan kita tidak mampu melihat keseluruhan gambaran yang direncanakan oleh Allah. Setiap takdir yang ditentukan oleh Allah adalah yang terbaik untuk kita, walaupun pada saat itu kita mungkin tidak memahaminya.

Rasulullah SAW bersabda dalam Hadis Riwayat Muslim:

"Sungguh menakjubkan urusan orang yang beriman itu, sesungguhnya semua urusannya adalah baik baginya. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya."

Hadis ini menunjukkan bahawa dalam setiap keadaan, sama ada suka atau duka, kita harus bersyukur dan bersabar. Kedua-dua sikap ini adalah tanda keimanan yang kuat dan membantu kita untuk melihat kebaikan di sebalik setiap takdir Allah.

Sahabat,

Marilah kita belajar untuk tidak cepat membenci atau berburuk sangka terhadap apa yang kita hadapi dalam hidup ini. Setiap ujian adalah peluang untuk kita memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah. Dengan bersabar dan bersyukur, kita akan mampu melihat hikmah di sebalik setiap ujian dan meraih kebaikan yang tersembunyi.

Ingatlah bahawa Allah adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya menderita tanpa sebab. Setiap kesulitan yang kita hadapi adalah untuk kebaikan kita sendiri, baik di dunia mahupun di akhirat.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menghadapi setiap ujian dengan hati yang sabar dan penuh rasa syukur. Jangan pernah berburuk sangka terhadap takdir Allah, kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

2 months, 2 weeks ago
Doa Meminta Rezeki Yang Halal:

Doa Meminta Rezeki Yang Halal:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Allahumma innii as-aluka ‘ilman naafi’a, wa rizqon thoyyibaa, wa ‘amalan mutaqobbalaa.

Maksud:
“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rezeki yang halal dan amal yang diterima (di sisiMu dan mendapatkan ganjaran yang baik).”

(HR Ibnu Majah, no. 925. Disahihkan oleh Al-Hafizh Ibnu Tahir)

2 months, 2 weeks ago
Ceramah Ustaz dan Ustazah
2 months, 2 weeks ago

AL-KAFI #1982: HUKUM NON-MUSLIM MENGGUNTING RAMBUT BAYI DI MAJLIS MARHABAN DAN BERENDOI

Soalan

Tular satu video di tiktok dalam satu majlis marhaban dan berendoi di mana seorang non muslim dijemput menggunting rambut bayi dalam majlis tersebut. Apakah hukum perbuatan dan menjemput non-muslim untuk menggunting rambut bayi dalam majlis berkenaan?

Jawapan

Pihak JMWP telah meneliti video berkenaan pada pandangan pihak JMWP majlis berkenaan adalah majlis kesyukuran atas kelahiran cahaya mata dan dibuat majlis marhaban dan berendoi.

Suka dinyatakan apabila seorang dianugerahkan cahaya mata, disunatkan melakukan beberapa perkara iaitu tahnik, diletakkan nama bayi, akikah dan cukur rambut. Bagi akikah, cukur rambut dan letak nama lebih afdal dilakukan pada hari ke-7. Antara hadisnya adalah seperti berikut:

كلُّ غُلامٍ رَهينةٌ بعَقيقةٍ تُذبَحُ عنه يومَ سابعِهِ، ويُحلَقُ رأسُهُ، ويُسَمَّى

Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih (akikah) untuknya pada hari yang ketujuh, dicukur rambutnya, dan diberikan nama.”

Riwayat Abu Daud

Dalam masyarakat Melayu terdapat budaya-budaya tertentu dalam menzahirkan kesyukuran ini seperti diadakan majlis marhaban dan berendoi (Seni pentas yang dipersembahkan sempena upacara mencukur rambut). Kebiasaannya orang soleh dan yang dihormati dalam masyarakat dijemput untuk menggunting sedikit rambut sebagai simbol sebelum kemudiannya akan dicukur rambut bayi keseluruhannya oleh orang lain. Ini adalah sebagai mengambil berkat orang soleh.

Merujuk kepada persoalan yang ditanya, tindakan menjemput non-muslim untuk menggunting rambut tidaklah haram di samping keberadaan mereka dalam majlis berkenaan boleh dilihat daripada aspek dakwah. Walau bagaimanapun menggunting rambut oleh non-muslim itu dilihat tidak sesuai dengan falsafah di sebalik majlis berkenaan yang lebih kepada ingin mengambil berkat daripada orang soleh yang dijemput untuk menggunting rambut bayi. Selain itu, menggunting rambut bayi oleh non-muslim boleh menimbulkan fitnah kerana bertentangan dengan amalan kebiasaan masyarakat Islam yang mengkhususkan menggunting rambut bayi oleh orang soleh atau orang Islam yang dihormati dalam masyarakat.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

2 months, 3 weeks ago
Alhamdulillah ***🤲******🤲******🤲***

Alhamdulillah 🤲🤲🤲

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 week, 6 days ago