Dive into the Ultimate Free Library: Your One-Stop Hub for Entertainment!

Ceramah Ustaz dan Ustazah

Description
Live streaming ceramah dan tazkirah di Fb Pages


Jom lawat web kami
www.tazkirahustazustazah.com

Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya Allah 🤲
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 day, 23 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 days, 9 hours ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 1 week ago

1 month ago
Doa Meminta Rezeki Yang Halal:

Doa Meminta Rezeki Yang Halal:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Allahumma innii as-aluka ‘ilman naafi’a, wa rizqon thoyyibaa, wa ‘amalan mutaqobbalaa.

Maksud:
“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rezeki yang halal dan amal yang diterima (di sisiMu dan mendapatkan ganjaran yang baik).”

(HR Ibnu Majah, no. 925. Disahihkan oleh Al-Hafizh Ibnu Tahir)

1 month ago
Ceramah Ustaz dan Ustazah
1 month ago

AL-KAFI #1982: HUKUM NON-MUSLIM MENGGUNTING RAMBUT BAYI DI MAJLIS MARHABAN DAN BERENDOI

Soalan

Tular satu video di tiktok dalam satu majlis marhaban dan berendoi di mana seorang non muslim dijemput menggunting rambut bayi dalam majlis tersebut. Apakah hukum perbuatan dan menjemput non-muslim untuk menggunting rambut bayi dalam majlis berkenaan?

Jawapan

Pihak JMWP telah meneliti video berkenaan pada pandangan pihak JMWP majlis berkenaan adalah majlis kesyukuran atas kelahiran cahaya mata dan dibuat majlis marhaban dan berendoi.

Suka dinyatakan apabila seorang dianugerahkan cahaya mata, disunatkan melakukan beberapa perkara iaitu tahnik, diletakkan nama bayi, akikah dan cukur rambut. Bagi akikah, cukur rambut dan letak nama lebih afdal dilakukan pada hari ke-7. Antara hadisnya adalah seperti berikut:

كلُّ غُلامٍ رَهينةٌ بعَقيقةٍ تُذبَحُ عنه يومَ سابعِهِ، ويُحلَقُ رأسُهُ، ويُسَمَّى

Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih (akikah) untuknya pada hari yang ketujuh, dicukur rambutnya, dan diberikan nama.”

Riwayat Abu Daud

Dalam masyarakat Melayu terdapat budaya-budaya tertentu dalam menzahirkan kesyukuran ini seperti diadakan majlis marhaban dan berendoi (Seni pentas yang dipersembahkan sempena upacara mencukur rambut). Kebiasaannya orang soleh dan yang dihormati dalam masyarakat dijemput untuk menggunting sedikit rambut sebagai simbol sebelum kemudiannya akan dicukur rambut bayi keseluruhannya oleh orang lain. Ini adalah sebagai mengambil berkat orang soleh.

Merujuk kepada persoalan yang ditanya, tindakan menjemput non-muslim untuk menggunting rambut tidaklah haram di samping keberadaan mereka dalam majlis berkenaan boleh dilihat daripada aspek dakwah. Walau bagaimanapun menggunting rambut oleh non-muslim itu dilihat tidak sesuai dengan falsafah di sebalik majlis berkenaan yang lebih kepada ingin mengambil berkat daripada orang soleh yang dijemput untuk menggunting rambut bayi. Selain itu, menggunting rambut bayi oleh non-muslim boleh menimbulkan fitnah kerana bertentangan dengan amalan kebiasaan masyarakat Islam yang mengkhususkan menggunting rambut bayi oleh orang soleh atau orang Islam yang dihormati dalam masyarakat.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

1 month, 1 week ago
Alhamdulillah ***🤲******🤲******🤲***

Alhamdulillah 🤲🤲🤲

1 month, 1 week ago
Ceramah Ustaz dan Ustazah
1 month, 1 week ago

Mudahnya Hafaz Surah Yasin!

Kali ni Pak Hasan bukan nak sembang nasi Briyani tapi satu perkara yang sangat baik untuk sahabat sekalian. Untung dunia, untung akhirat.

  1. Pasti ramai dikalangan kita dah biasa baca Surah Yasin, tapi peliknya tak juga dapat hafaz. Kalau lagu atau filem, mudah saja hafaz skrip dan senikatanya kan?

  2. Sedangkan banyak kelebihan jika kita hafaz surah yang digelar Hati Al Quran ni.

  3. Bayangkan sambil drive boleh baca Surah Yasin. Sambil masak di dapur, insya Allah banyak keberkatan. Jiwa tenang, rasa bahagia, urusan jadi mudah dan lancar bila kita amalkan Surah Yasin setiap hari.

  4. Ni nak share cara mudah dan murah untuk hafaz Surah Yasin. Pada 2003 dan 2005, UTM telah buat kajian tentang proses hafazan Al-Quran dan dapati lebih 9 dari 10 penghafaz Al-Quran mempunyai kaedah hafazan yang khusus dan seragam.

  5. Kajian juga dapati dengan kaedah tertentu SEMUA penghafaz yakin sepenuhnya mereka dapat hafaz Al-Quran. 100% penghafaz menghafaz dengan yakin tanpa tekanan.

  6. Kajian juga dapati, dengan memahami proses hafazan di minda, akan lebih mudah menghafaz seperti diamalkan oleh 9 dari 10 penghafaz.

  7. Semuanya ada diterangkan dalam sebuah buku Mudahnya Menghafaz Surah Yasin yang telah terjual lebih 10,000 naskhah cetakan dan ebook.

  8. Buku ini dah bantu ribuan orang hafaz ayat-ayat Al-Quran. Edisi cetakan dah habis di pasaran, yang ada hanya e-book.

  9. Alhamdulillah Pak Hasan dah baca, amalkan dan berjaya hafaz Surah Yasin dengan izin Allah SWT. Sebab tu yang share ni.

Sempena Ramadhan offer ebook ni dibuka, linknya kami letak di komen.

  1. Kalian pun boleh jana income dengan jadi affiliate e-book ni, setiap jualan dapat komisen RM10. Income mudah, tanpa modal, hanya kongsikan link saja. Register affiliate dibawah:

https://tazkirahustazustazah.com/affiliate-signup/

  1. Semoga Ramadhan kali ini kita semua dapat hafaz Surah Yasin. Atau lebih baik, kita hafaz dan ajak orang lain untuk hafaz. MLM pahala 😁

  2. Dapatkan sekarang ya! Jangan tangguh, nanti menyesal. Kalau nak dapatkan ebook ini boleh terus ke link ini:

https://tazkirahustazustazah.com/yassin/

1 month, 2 weeks ago
Ceramah Ustaz dan Ustazah
1 month, 2 weeks ago

Jangan kita jadi Tuhan... Allah tak suka pada orang yang riak.

Jangan merasa diri lebih alim dan merendahkan orang lain kerana kita tak tahu kedudukan kita di akhirat kelak bagaimana...

Rasa hebat itu ujian...
Rasa baik itu ujian...
Rasa beriman sebab sering ke masjid dan solat berjemaah itu juga ujian.

Begitulah yang terjadi kepada Iblis yang dibuang dari surga kerana merasakan dirinya lebih mulia dari Nabi Adam dan tidak mahu tunduk kepadanya.

Ingatlah...

"Manusia menjadi TAKABBUR apabila dia mula merasakan dirinya lebih baik dan mulia dari orang lain."

Antara golongan yang menjadi sasaran sindiran di bulan Ramadan :

1️⃣ Jemaah yang tak pernah nampak muka, datang masjid hanya ketika tarawih dan bulan puasa sahaja.

2️⃣ Jemaah yang buat 8 rakaat berbanding 21 rakaat ketika tarawih.

3️⃣ Wanita "free hair" yang mula bertudung sempena bulan ramadhan.

4️⃣ Orang yang berpuasa tapi ia tidak solat.

5️⃣ Orang yang mula cuba mengaji Al-Quran secara merangkak-rangkak.

6️⃣ Orang yang mula buat baik sempena ramadhan kerana terkesan dengan suasana di bulan ramadhan.

7️⃣ Orang yang menyantuni anak yatim, orang tua dan orang gelandangan.

Ayat biasa jemaah masjid dan surau, "Eh tak pernah nampak pun sebelum ni... duduk mana?"😅. Itulah satu sindiran dan riak tanpa sedar yang sebenarnya ramai tidak menyedari...🙏

Janganlah kita sindir, perli atau disiniskan mereka. Itulah jalan permulaan ke arah hidayah Tuhan. Kita doakanlah mereka.

Berikan mereka semangat agar terus istiqamah dan kekal dalam jalan menuju kebaikan.

Semoga dengan ketibaan ramadan pada kali ini akan meningkatkan taqwa dalam hati sanubari kita sehingga mendapat mardhatillah yang akhirnya melayakkan kita menjadi hamba yang rabbani.

Sesiapa sahaja berpeluang menjadi peraih ganjaran besar ramadhan. Ayuh, kita sama-sama mengejar keberkatan bulan ramadhan yang mulia kali ini...🥰

Marhaban Ya Ramadan

#Merz
FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol

1 month, 2 weeks ago

Kalau kombo dengan PENDRIVE ISLAMIK = FREE POSTAGE seluruh Malaysia

Details pendrive di https://tazkirahustazustazah.com/pendrivezikir/

1 month, 3 weeks ago
***🔥*** **Pembongkaran Eksklusif! Yakjuj & Makjuj: …

🔥 Pembongkaran Eksklusif! Yakjuj & Makjuj: Kisah Di Sebalik Tembok Misteri! 🔥

Adakah anda terpesona dengan kisah-kisah misteri dan sejarah dalam Al-Quran? Ingin mengetahui lebih dalam tentang Yakjuj dan Makjuj, dua suku yang disebut dalam kitab suci?

📘 Perkenalkan E-Book Terbaru Kami: "Yakjuj & Makjuj – Api Di Sebalik Tembok Besi" 📘

Dalam e-book ini, anda akan dibawa menjelajahi:
- 🔍 Kedalaman sejarah dan asal-usul Yakjuj & Makjuj.
- 🌍 Teori dan kajian ilmiah tentang eksistensi mereka.
- 📖 Analisis mendalam berdasarkan dalil Al-Quran dan Hadis.

Bukan sekadar kisah biasa, e-book ini akan membuka mata anda kepada salah satu misteri terbesar yang telah lama menjadi topik perbincangan ulama dan cendekiawan.

Apa Yang Anda Akan Dapatkan?
- Pengetahuan mendalam tentang salah satu narasi paling menakjubkan dalam Islam.
- Pemahaman yang lebih jelas tentang peranan Yakjuj & Makjuj dalam konteks akhir zaman.
- Keterkaitan antara kisah ini dengan dunia kontemporari kita.

💰 Dan yang terbaik, semua ini bisa menjadi milik anda dengan harga hanya RM10 sahaja! 💰

🚀 Jangan lepaskan peluang ini! 🚀
Dapatkan e-book "Yakjuj & Makjuj – Api Di Sebalik Tembok Besi" sekarang dan sertailah kami dalam perjalanan menyingkap salah satu misteri terbesar dalam Islam!

📲 Klik di sini untuk membeli [https://www.klikjer.com/members/go.php?id=23232_45] 📲

--

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 day, 23 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 days, 9 hours ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 1 week ago