Infinite Entertainment, Zero Cost: Get Your Free Books, Music, and Videos Today!

Zamir Mohyedin

Description
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 3 weeks ago

1 month, 1 week ago
Ramai kecoh kononnya bulan April 2024 …

Ramai kecoh kononnya bulan April 2024 Bumi akan bergelap selama 3-5 hari sampai kena buat persiapan, tak boleh keluar rumah bagai.

Memang diramalkan 8 April akan berlaku gerhana Matahari penuh yang dapat disaksikan di Amerika Syarikat, Kanada & Mexico. Tetapi gerhana ini berlaku sekejap saja. Tak sampai 10 minit pun. Gerhana paling panjang pernah berlaku dalam 8 minit saja.

Kejadian gerhana ini normal sebenarnya, berlaku dalam 6 bulan sekali. Lebih lazim daripada musim sejuk & luruh. Nanti bulan Oktober berlaku lagi gerhana Matahari Annular.

Antara sebab saya tulis buku ANGKASA RAYA supaya ramai dapat penjelasan tentang fenomena lazim ini, termasuklah Ribut Suria. Insya-Allah akan diterbitkan di PBAKL 2024.

Nak baca karya saya yang lain pasal alam semesta, boleh baca Genesis: Kosmologi & Dunia Kuantum di: https://shope.ee/10fluDdS30

----
Boleh dapatkan karya lain;

Gensis II: Sapien & Neo-Manusia (sejarah manusia): https://shope.ee/8f5D2LDrBV

The Human Complex (psikologi): https://shope.ee/5pl1eidXsW

1 month, 2 weeks ago

Mengapa Meridian Perdana (Prime Meridian) terletak di Greenwich? Bukan di Mekah? Kerana dari tahun 1854 hinggalah ke 1884, ramai pedagang dan pelayar menjadikan Greenwich sebagai rujukan utama bagi menentukan masa dan kedudukan di laut.

Tambah lagi, British merupakan empayar yang aktif berlayar pada masa itu kerana aktiviti penjajahan.

Sebelum tahun-tahun tersebut, manusia tidak dapat menentukan longitud Bumi dengan tepat kerana teknologi jam yang belum cukup maju. Disebabkan ini, banyak malapetaka dan kemalangan terjadi semasa berlayar yang boleh meragut banyak nyawa.

Tahun 1707 direkodkan sebagai kemalangan laut paling buruk yang pernah melanda British. Malapetaka itu telah meragut sekitar 2,000 nyawa pelayar kerana longitud tidak ditentukan dengan tepat.

Jam dapat menjadi penentu kedudukan di laut dengan melihat perbezaan di antara waktu tempatan dan waktu jam yang kita miliki. Waktu tempatan dapat ditentukan melalui bayang Matahari. Jika Matahari terpacak atas kepala, itu menandakan waktu tengah hari.

Jika jam kita menunjukkan 9.00 pagi walaupun Matahari atas kepala, itu bermakna kita telah berada ke arah Timur dari Greenwich – kalau jam kita menjadikan Greenwich sebagai rujukan.

Malangnya jam pada zaman dulu berasaskan pendulum yang tidak begitu tepat. Malah, jam pendulum lebih jauh tersasar jika di atas laut yang terhuyung hayang. Keadaan ini berubah apabila John Harisson berjaya mencipta jam yang tepat dan kebal daripada sebarang gangguan iaitu jam kronometer pada tahun 1761.

Pada kurun yang sama, ilmu pencartaan bintang juga telah berkembang bagi membolehkan pelayar berlayar dengan lebih selamat dan tepat.

Semenjak itu, pada kurun ke-18 ramai pelayar telah dapat menentukan longitud dan kedudukan di laut dengan baik. Malah, masa itu belum ada lagi Meridian Perdana piawai (standard) seperti hari ini.

Setiap pelayar mempunyai rujukan masing-masing. Pelayar Perancis menjadikan Paris sebagai Meridian Perdana. Pelayar Prusia (kini Jerman) menjadikan Berlin sebagai Meridian Perdana. Pelayar Denmark menjadikan Copenhagen sebagai Meridian Perdana.

Namun, majoriti pelayar dan pencartaan dibuat menjadikan Greenwich sebagai rujukan. Pada tahun 1884, sebanyak 22 negara telah bersepakat untuk jadikan Greenwich sebagai piawaian antarabangsa sehinggalah pada tahun 1984. Pada tahun 1984, Meridian Perdana dianjakkan sedikit sebanyak 102 meter daripada garisan asal dan digunakan sampailah ke hari ini.

Jawapan ringkasnya sebab Barat menguasai pelayaran pada zaman moden, bukan orang Islam.

Jika berminat dengan tulisan saya, boleh dapatkan buku-buku saya;

Genesis: Kosmologi & Dunia Kuantum: https://shope.ee/10fluDdS30

Gensis II: Sapien & Neo-Manusia: https://shope.ee/8f5D2LDrBV

The Human's Complex (psikologi): https://shope.ee/5pl1eidXsW

1 month, 2 weeks ago

Dalam fiksyen, saintis buat Taman Jurassic (Jurassic Park), bela dan simpan dinosaur. Di dunia sebenar, saintis buat Taman Pleistocene (Pleistocene Park) di Rusia untuk isi haiwan yang pernah hidup zaman ais seperti mamot (mammoth) sekitar 100,000 hingga 12,000 tahun lalu.

Tidak seperti fiksyen, Taman Pleistocene bukan sangkar tapi habitat rimba yang membolehkan haiwan-haiwan ini hidup secara semulajadi. Haiwan-haiwan yang dah pupus seperti mamot, singa gua, unicorn siberia, beruang gua, elk irish dan lain-lain akan dihidupkan semula melalui pengklonan dan suntingan DNA.

Sekarang pun, taman ini bukan kosong. Memang dah diisi haiwan yang pernah hidup masa zaman ais tapi masih belum pupus seperti moose, muskox, musang artik, yak dan lain-lain

Apa tujuannya? Sebagai solusi untuk perubahan iklim Bumi. Rupanya di kawasan hemisfera utara Bumi terdapat ibun abadi (permafrost) yang memerangkap karbon dioksida dan gas metana. Ibun abadi merupakan lapisan bawah tanah yang sedang membeku.

Disebabkan perubahan iklim, ibun abadi sedang perlahan-lahan mencair. Diramalkan jika ibun abadi cair semuanya, suhu Bumi akan menjadi berganda-ganda lebih panas daripada sekarang.

Jadi, macam mana haiwan-haiwan Pleistocene dapat selesaikan masalah ini? Mereka akan hidupkan semula ekosistem padang rumput atau nama lainnya "Mammoth Steppe". Contoh Mammoth Steppe ini kita boleh tengok Dataran Tinggi Ukok di Gunung Altai.

Mammoth Steppe dulu meliputi hampir seluruh bahagian utara Bumi dan ekosistem ini hampir lenyap 12,000 tahun lalu. Sekarang tak banyak kawasan ada Mammoth Steppe.

Kenapa padang berumput? Landskap ini dapat menjadikan Bumi lebih sejuk sebab sebab rumput tak serap banyak cahaya matahari, tuntas tak serap banyak haba. Ibun abadi pun dapat terus membeku

Walaupun pokok lebih baik daripada bangunan, tapi pokok sebenarnya serap lebih banyak cahaya matahari berbanding rumput. Daun pokok di hemisfera utara lebih gelap, jadi serap lebih banyak cahaya matahari. Belum kira dahan dan batang pokoknya yang memang warna gelap.

Kehadiran haiwan megafauna seperti mamot dan siberian unicorn dapat tumbangkan pokok-pokok ini dan najis mereka dapat tumbuhkan rumput.

Ini tujuan utama. Antara tujuan lain, hidupkan semula haiwan pupus dapat menyumbang pengetahuan bagaimana untuk pelihara haiwan sekarang daripada diancam kepupusan.

Dijangka dalam tempoh 10-20 tahun lagi, haiwan yang dah pupus ini dapat dihidupkan semula.

Kalau berminat dengan info-info sains, boleh dapat karya saya melalui pautan berikut;

Genesis: Kosmologi & Dunia Kuantum: https://shope.ee/6KhGuBkOSO
Genesis II: Sapien & Neo-Manusia: https://shope.ee/6ANqhwADM8
The Human's Complex: https://shope.ee/9KKsTnsY0y

3 months, 1 week ago
Zamir Mohyedin
3 months, 1 week ago
Lohong Cecacing (Wormhole) dibuktikan boleh wujud …

Lohong Cecacing (Wormhole) dibuktikan boleh wujud mengikut teori kerelatifan am. Tetapi sampai hari ini belum jumpa lagi di angkasa dan saintis pun masih belum mampu hasilkan lagi di makmal.

Cuma kalau ianya wujud, ia lazimnya dapat menjadi lalu ringkas untuk ke tempat yang sangat jauh di angkasa lepas. Misalnya jarak dari Bumi ke Marikh adalah sekitar 2.25 juta kilometer. Kalau guna lohong cecacing, bolehlah kita ke Marikh dalam jarak yang lebih dekat – mungkin 100 kilometer, mungkin 10 kilometer, mungkin 1 kilometer.

Gambar di bawah ini adalah contoh macam mana lohong cecacing boleh memendekkan perjalanan. Sifat lohong hitam pernah diramalkan wujud pada tahun 1915, tapi saintis berjaya jumpa pada tahun 2019. Jarak lebih 100 tahun. Mungkin 200-300 tahun boleh jumpa la kot lohong cecacing ataupun manusia berjaya buat sendiri.

4 months, 3 weeks ago

Sudah jadi budaya setiap kali peristiwa israk mikraj ataupun kisah Nabi Daniel bangun daripada tidur yang panjang, orang selalu mensainskan kisah-kisah ini. Israk mikraj itu lagilah, orang siap buat video kenapa sekian-sekian.

Baru-baru ini kisah pemuda al-kahfi ini pun saya dah nampak tulisan yang cuba mensainskan kisah ini kenapa pemuda al-kahfi ini boleh tidur lebih 300 tahun tetapi tidak menua, malah dunia di sekelilingnya telah ke depan 300 tahun.

Mensainskan cerita-cerita dalam teks wahyu ini merupakan salah satu gagasan Bucailleism. Bucailleism adalah gagasan mengaitkan kandungan Quran dengan penemuan atau teori sains. Ataupun gagasan "mencari-cari" penemuan dan teori sains dalam teks wahyu.

Misalnya mengaitkan teori Dentuman Besar (Big Bang) dengan surah Al-Anbiya ayat 30. Atau mengaitkan teori relativiti dengan surah An-Naml ayat 88.

Kadang, Bucailleism juga cuba untuk saintifikkan mukjizat atau hal ghaib. Misalnya kaitkan peristiwa Israk Mikraj dengan Relativiti. Cuba nak kaji alam roh, alam malaikat, dan sebagainya.

Benda ini bermasalah sebab;

  1. Teori sains digagaskan mengikut data/fakta sedia ada. Ataupun mengikut teknologi terkini yang kita dah capai.

Ia boleh berubah dengan data/fakta yang baru. Perubahan itu mungkin membuatkan teori sains itu berkembang ataupun digantikan.

  1. Jika kita mengaitkan teori sains dengan teks wahyu, kebenaran wahyu akan berkehendak dengan "kebenaran" sains.

Jika teori sains berkembang/berubah, adakah teks wahyu itu dah tak relevan? Ataupun kena tukar tafsiran ikut selera supaya dapat muatkan dengan teori sains yang baru?

  1. Saintis gagaskan teori saintifik berdasarkan benda fizikal, benda yang boleh dicerap. Mukjizat adalah benda yang diceritakan oleh wahyu. Tak ada tinggalan ataupun bukti fizikal untuk dikaji. Jadi tak sah untuk saintifikkan mukjizat.

Alam roh, neraka, malaikat, banyak lagi hal ghaib bukanlah benda fizikal yang boleh dicerap. Bila orang suruh kaji benda macam ini, saya cakap benda ini bukan untuk dikaji tapi untuk dipercayai sebab benda ini semua hal ghaib. Sains tak kaji hal ghaib kerana ia tak fizikal.

  1. Gagasan Bucailleism pun sebenarnya banyak digerakkan oleh Muslim yang tak dapat terima hakikat bahawa mereka telah mundur dalam kemajuan ilmu.

Gagasan ini sajalah dapat tunjukkan mereka dah kedepan sebab kononnya Quran dah beritahu lebih awal tentang kerja saintis. Tapi peliknya yang buat penemuan sains semuanya dari makmal, bukan yang kaji Quran terus keluar teori.

Bucaillist tak ada pun buat penemuan baru. Nak kena saintis keluarkan teori, baru dia boleh kaitkan dengan Quran. Ini pun dah tunjuk Bucailleism bagi nama buruk ke atas agama.

  1. Saya berpendapat, tak ada keperluan untuk kita mengaitkan ilmu-ilmu sains dengan Quran. Quran diturunkan oleh Allah. Alam ini Allah cipta.

Kita baca Quran dapat dekatkan diri dengan Allah. Kita kaji alam pun sepatutnya kita ada perasaan yang sama tanpa kaitkan kedua-duanya. Kita tengok alam, kita tahu dah ini Allah yang cipta. Apabila kita buat kajian, maka sepatutnya kita semakin beriman sebab kita tahu bagaimana dan betapa cantiknya Allah cipta alam ini.

Masalah sebahagian kita anggap Quran itu sahaja dari Allah. Walaupun kita tahu alam ini Allah yang cipta, tapi kita tak rasa kebesaran Allah itu melalui alam melainkan ia kena dikaitkan dengan Quran.

  1. Kena bezakan antara "Mengaitkan sains dengan Quran" dan "Mengharmonikan sains dengan agama". Mengharmonikan hanya terjadi jika dapatan sains berselisih dengan teks wahyu secara jelas misalnya isu Evolusi dan Kejadian Adam.

Mengaitkan ini pula mencari-cari sains dalam Quran.

Khalas.

5 months ago
Antara bencana sebenar yang boleh buatkan …

Antara bencana sebenar yang boleh buatkan Bumi gelap berpanjangan, tak kira siang dan malam ini bukan bencana ribut suria (solar storm), tetapi letusan gunung berapi.

Masa gunung berapi Tambora meletus di Indonesia pada tahun 1815, sepanjang tahun dunia bergelap. Tapi bukan gelap gelitalah. Cuma langit mendung memanjang sebab cahaya matahari dihalang oleh kepulan asap gunung berapi yang naik lebih 4,300 m.

Iklim terganggu sehingga menyebabkan suhu dunia menurun sampai 0.4 darjah Celsius. Masa itu, musim panas di Eropah pun dah dikira paling sejuk daripada mana-mana musim sejuk sampaikan tahun 1815 dianggap sebagai "Tahun tanpa Musim Panas".

Cahaya matahari pudar, cuaca pun sejuk. Hujan asid lagi. Kesannya? Pertanian hancur, tanaman tak berapa nak jadi. Haiwan ternakan pun mati. Kelaparan besar-besaran merebak ke satu dunia. Harga barang naik sebab bekalan makanan terhad.

Dianggarkan bencana ini menyebabkan kematian sekitar 100,000 orang.

Dr. Zamir Mohyedin
10/12/2023

5 months, 1 week ago
Semua haiwan dalam kumpulan catacea seperti …

Semua haiwan dalam kumpulan catacea seperti paus, ikan lumba-lumba (dolphin) dan orca ada sirip.

Tetapi disebalik sirip itu, rangka tulangnya hampir menyerupai tangan manusia.

Dr. Zamir Mohyedin
9/12/2023

5 months, 1 week ago
Viral gambar Matahari ada tompok hitam …

Viral gambar Matahari ada tompok hitam besar ini. Saiznya lebih kurang 800,000 km. Kalau nak faham besarnya tompok ini, ia boleh memuatkan 60 buah planet Bumi.

Tompok ini sebenarnya Lohong Coronal (Coronal Hole). Walaupun namanya lohong, ia tak berlubang pun sebenarnya. Ia cuma bertompok hitam. Warna hitam itu menandakan suhu dan ketumpatannya lebih rendah berbanding kawasan Matahari lain.

Lohong ini terbentuk disebabkan medan magnet matahari menjulur keluar ke arah sistem suria. Angin solar (solar wind) yang keluar daripada lohong ini berganda lebih laju daripada biasa. Impaknya kepada Bumi boleh ganggu sistem telekomunikasi di Bumi. Tapi jangan panik, ia bukanlah gangguan yang serius.

Lohong Coronal bukan sesuatu yang ganjil. Ia boleh terbentuk pada bila-bila masa. Cuma lebih kerap terjadi pada kitaran suria minima yang terjadi sekitar 11 tahun sekali.

Dr. Zamir Mohyedin
5/12/2023

5 months, 2 weeks ago
  1. Berkenaan laporan ribut solar yang tular baru-baru ini, jangan panik. Kita susah nak ramalkan bila ribut solar itu akan meletus. Kalau meletus pun, belum tentu kena Bumi seperti yang berlaku tahun 2012. Kalau kena Bumi, belum tentu ribut itu sedahsyat seperti tahun 1859. Hidup macam biasa saja dan jangan kalut dengan benda yang tak pasti. Pencerapan setakat ini Matahari masih tenang.

Gambar di bawah adalah gambar daripada filem Jepun, Survival Family (2016) yang menayangkan kemandirian dan kelangsungan hidup apabila bekalan kuasa, elektrik dan internet tiba-tiba terputus. Tak gelap, terang lagi. Cuma barang elektrik tak boleh pakai jelah. Kalau betul terjadi, Bumi takkan sampai bergelap.

Dr. Zamir Mohyedin

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 3 weeks ago