Zamir Mohyedin

Description
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months ago

1 month, 1 week ago

Benda menarik pasal lebah madu. Lebih madu ada tiga ketegori;

  1. Lebih madu jantan atau dipanggil drone. Nama saja canggih tapi fungsinya tak berapa canggih. Tanggungjawabnya cuma mengawan dan bagi sperma pada permasuri. Lepas mengawan, terus mati.

Nak makan sendiri pun tak pandai. Kena ada bantuan lebah pekerja untuk makan. Kalau belum tiba musim mengawan, kerja dia makan jelah. Kalau makanan tak cukup, lebah pekerja akan halau dia keluar. Kemudian, mati sebab tak reti hidup sendiri.

  1. Lebah madu betina atau dipanggil lebah pekerja. Gelaran tak canggih tapi paling banyak tanggungjawab. Yang jaga, bersihkan dan bangunkan koloni ialah lebah pekerja. Yang cari nektar dari bunga-bunga pun lebah pekerja. Yang bagi makan pada larva dan drone pun lebah pekerja.

Lebah pekerja ada sengat, drone tak ada sengat. Jadi kalau kita kena sengat, itu bermakna lebah pekerja lah itu yang sengat.

  1. Lebah permaisuri ialah lebah madu betina yang berupaya bertelur. Tugas utama dia ialah mengawan dan bertelur. Makan pun lebah pekerja yang uruskan untuk dia.

Lazimnya permaisuri ada seekor saja. Ia dapat dilahirkan apabila lebah pekerja bagi sejenis cecair yang dipanggil jeli diraja (royal jelly) kepada larva dan tak bagi diet lain dah. Benda ini membolehkan lebah ini jadi permaisuri. Kalau tak, jika dietnya dicampur selain jeli khas, larva itu akan jadi lebah pekerja yang tak mampu bertelur.

1 month, 1 week ago
Zamir Mohyedin
2 months, 2 weeks ago

Masjid at-Taqwa musnah dibadai api liar di Los Angeles. Ini antara bangunan yg terselamat. Rumah ini bernilai 9 juta dolar dan dimiliki oleh seorang taikun Amerika Syarikat, David Steiner.

Ada beberapa perkara boleh belajar;

  1. Bila berlakunya bencana, semua kena tak kira baik jahat, tak kira Muslim atau tak.

  2. Tak perlu letakkan keajaiban Islam pada kebendaan macam bangunan. Agungnya Islam pada ajarannya dan panduannya, bukan pada benda-benda dunia yang diajaibkan.

  3. Suatu masa dulu, popular Islam diajaibkan dengan corak nama Allah pada awan, pokok batu dan sebagainya. Tapi tak sedar orang jumpa juga lambang salib, hindu dan sebagainya di alam sekeliling.

  4. Semasa Jepun dilanda gempa dan tsunami, pagar Torii, pagar suci agama Shinto merupakan antara struktur bangunan yang tidak musnah. Gereja pun pernah tak runtuh dilanda bencana walaupun bangunan sekeliling ranap. Bukan masjid saja tak runtuh semasa tsunami.

  5. Apa pun kena usaha juga. Terjadinya sesuatu kerana Tuhan izinkan ia terjadi. Bangunan ini tak terbakar sebab Allah izinkan tak terbakar. Tapi ada usaha disebaliknya — bangunan ini direka bentuk kalis api dan gempa. Jangan harapkan bangunan suci berkayu tak dibadai api.

Dapatkan buku Palestin tulisan Ayman Rasydan Wong: https://s.shopee.com.my/5fYqgS2EYi

3 months, 2 weeks ago
Cyclopia ialah sejenis cacat kelahiran yang …

Cyclopia ialah sejenis cacat kelahiran yang mana bayi lahir dengan satu mata dan biasanya tanpa hidung. Kemudian lazimnya terdapat organ baru yang kelihatan seperti hidung (dipanggil proboscis) terbentuk di atas mata.

Bayi yang lahir dalam keadaan ini tidak selamat. Beberapa jam selepas lahir, terus mati. Cyclopia sangat nadir, 1 dalam 100,000 kelahiran.

Cyclopia juga pernah dilaporkan terjadi pada haiwan juga seperti kuda, kambing dan ayam.

3 months, 3 weeks ago
Femur (tulang peha) patagotitan yang saiznya …

Femur (tulang peha) patagotitan yang saiznya sekitar 2 meter. Patagotitan merupakan antara haiwan darat terbesar pernah hidup, dengan panjang mencecah 31 meter, berat mencecah 57,000 Kg. Patagotitan hidup ketika Zaman Batu Kapur, sekitar 100 juta tahun lalu.

4 months ago

Orang selalu ingat petroleum yang kita duk isi dalam tangki kereta berasal daripada fosil dinosaur. Walaupun betul bahan bakar fosil (fossil fuel) berasal daripada fosil, ia bukan daripada fosil dinosaur.

Bahan bakar fosil terbahagi kepada tiga iaitu petroleum yang lazimnya digunakan untuk kenderaan, gas asli yang biasa kita guna untuk memasak dan arang yang digunakan untuk jana elektrik.

Arang ini asalnya daripada fosil tumbuhan yang mati ketika Zaman Karboniferus sekitar 300 juta tahun lalu iaitu berjuta-juta tahun sebelum wujudnya dinosaur.

Zaman ini dinamanakan Karboniferus sebab di zaman inilah lapisan arang di dalam tanah mula terbentuk.

Masa zaman ini, banyak paya terbentuk di darata. Apabila tumbuhan mati, ia terus jatuh ke dalam air. Kemudian ia tertimbus selama jutaan tahun dan fosil ini akan tertanam jauh ke dalam sehingga tingginya tekanan. Tekanan yang kuat telah membuatkan tumbuhan ini menjadi arang.

Petroleum dan gas asli pula banyak berasal daripada organisma laut purba, terutamanya plankton dan alga. Sekitar 70% minyak yang dikorek hari ini berasal daripada hidupan laut purba yang hidup ketika Zaman Jura dan Batu Kapur.

Iya, ini merupakan zaman dinosaur sekitar 200 juta hingga 66 juta tahun lalu. Tetapi sumber minyaknya bukan daripada fosil dinosaur. Apabila hidupan laut purba ini mati, ia akan tertimbus di dasar laut. Apabila ia tertimbus selama jutaan tahun, fosil ini akan tertanam jauh ke dalam sehingga tingginya tekanan. Tekanan yang kuat telah membuatkan organisma ini menjadi petroleum dan gas asli.

Fosil dinosaur tak dapat jadi sumber tenaga kerana mereka mati di darat yang penuh dengan oksigen bebas (O²). Oksigen bebas menyebabkan badan dinosaur terurai menjadi karbon dioksida dan air, jadi tiada lagi tenaga yang tinggal. Tulang jelah yang tinggal.

Tak sama macam organisma yang mati tanpa oksigen bebas yang mana sifat organiknya masih terpelihara di dalam timbusan tanah sebelum terurai. Jadi, tenaga itu masih tersimpan yang manusia guna untuk hidup di zaman moden ini.

6 months, 3 weeks ago
6 months, 4 weeks ago

Cacing bulu kuda (horsehair worm) ialah sejenis cacing yang tinggal di kawasan lembab seperti sungai, kolam, tangki, dan seangkatan dengannya - biasanya air tawar. Mempunyai panjang sekitar 3 milimeter. Paling nadir ia ditemui sepanjang hingga 2 meter.

Cacing ini hidup bebas apabila dewasa, tetapi ketika dalam fasa larva, ia merupakan sejenis parasit yang tinggal di tubuh serangga sepert lipas, belalang dan kumbang.

Apabila larva cacing ini menjadi dewasa, ia akan menjangkiti otak hos dan menjadikan hos tersebut kehausan sehingga lemas. Lalu, ia bebas daripada tubuh hos.

Cacing ini juga berupaya menukar hos apabila hos yang ia duduki dimakan oleh pemangsa dan cacing ini akan tinggal di tubuh pemangsa tersebut.

Terdapat kes-kes nadir yang mana cacing ini tinggal dalam tubuh vetebrata seperti anjing dan manusia. Namuun, cacing ini tidak mempunyai kemampuan untuk membuatkan manusia ke tahap melemaskan dirinya sendiri seperti yang ditayangkan dalam filem Deranged (2012). Tetapi filem ini memang menarik!

Banyak kes ditemui manusia hanya rasa tidak selesa pada perut ataupun tekak, dan cacing ini akan keluar dari mulut, lubang dubur ataupun hidung.

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months ago