🅽︎🅴︎🅽︎🅴︎🅺︎ 🅺︎🅴︎🅱︎🅰︎🆈︎🅰︎🅽︎ Ⓒ︎Ⓗ︎Ⓐ︎Ⓝ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓛ︎ 1

Description
Selamat Datang ke Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓚ︎ Ⓚ︎Ⓔ︎Ⓑ︎Ⓐ︎Ⓨ︎Ⓐ︎Ⓝ︎ Ⓒ︎Ⓗ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓛ︎ (1)...
Channel ini akan berkongsi info tentang...

🔍🚓🚑🚒KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI..
🔍👨👧👴💎💍🚗KEHILANGAN ORANG&HARTA BENDA
🔍KHIDMAT MASYARAKAT
🔍☔⚡☁INFO CUACA
🔍DAN LAIN2
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

3 months ago
🅽︎🅴︎🅽︎🅴︎🅺︎ 🅺︎🅴︎🅱︎🅰︎🆈︎🅰︎🅽︎ Ⓒ︎Ⓗ︎Ⓐ︎Ⓝ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓛ︎ 1
3 months ago

Amuk berparang selepas ditegur buang sampah

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
22 September 2024, 4:03 pm

KUALA LANGAT – Berang ditegur muntah dan buang sampah keluar dari kenderaannya menyebabkan seorang lelaki mengamuk bersenjatakan parang di Telok Panglima Garang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 10.50 malam.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota polis memberkas seorang lelaki tempatan yang didapati memegang sebilah parang.

“Turut ditahan, seorang lagi lelaki dan dua wanita tempatan. Kedua-dua pasangan kekasih itu berusia 22 hingga 24 tahun,” katanya hari ini.

Tambah beliau, kesemua suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya di Tempat Awam.

“Justeru, polis menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 52 saat tular di media sosial memaparkan seorang lelaki mengamuk dengan bersenjatakan parang.

Berdasarkan perkongsian netizen, beberapa rakaman video turut menunjukkan tindakan pantas polis yang berjaya menahan suspek di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo

3 months ago

21th September 2024
Macalister road, Penang.

Kredit dc owner

5 months, 3 weeks ago
🅽︎🅴︎🅽︎🅴︎🅺︎ 🅺︎🅴︎🅱︎🅰︎🆈︎🅰︎🅽︎ Ⓒ︎Ⓗ︎Ⓐ︎Ⓝ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓛ︎ 1
5 months, 3 weeks ago

Hilang di Kuala Pilah, tiga kanak-kanak ditemui selamat di Melaka

Oleh NOR AINNA HAMZAH
3 Julai 2024, 2:24 pm

KUALA PILAH – Tiga kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang dari pusat jagaan anak-anak yatim dan terbiar, di daerah ini, Jumaat lalu ditemukan di Simpang Bekoh, Melaka, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, ketiga kanak-kanak perempuan berkenaan di bawa ke Balai Polis Simpang Bekoh selepas mendapat maklumat daripada orang awam mengenai keberadaan mereka.

Menurutnya, kira-kira pukul 9 malam, pihak Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Pilah memeriksa tiga kanak-kanak perempuan Melayu bersama dua perempuan dewasa Melayu di Balai Polis Simpang Bekoh.

“Hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga kanak-kanak tersebut merupakan kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari sebuah pusat jagaan anak-anak yatim dan terbiar di Taman Cemerlang Kuala Pilah.

“Ketiga-tiga kanak-kanak tersebut telah dijumpai dalam jagaan nenek berusia 67 tahun kepada salah seorang kanak-kanak tersebut.

“Kesemua kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serta diserahkan semula kepada pihak pengurusan pusat jagaan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan ketiga-tiga mereka yang berusia antara 11 hingga 14 tahun itu dilaporkan hilang dari sebuah pusat jagaan anak-anak yatim milik badan bukan kerajaan (NGO) dan laporan kehilangan dibuat oleh pusat jagaan tersebut pada hari sama. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo

8 months ago

Sikh Izhan meluru keluar sebelum 'menanduk' muka pemain lawan dalam perebutan bola di udara di luar kotak penalti ketika bertemu Kuwait, menyebabkan dia dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan dari Australia, Akexander King.
Dia yang cedera diusung keluar menyebabkan skuad kendalian Juan Torres Garrido terpaksa beraksi dengan 10 pemain, sekali gus merencatkan peluang meraih keputusan positif pada perlawanan itu.

? Alor Setar: Bekas pemain dan legenda import Kedah bagi era 'Double Treble', Nelson San Martin sudah lama memendam hasrat untuk kembali menyambung kariernya bersama pasukan yang pernah menaikkan namanya dalam kancah bola sepak tempatan.
Penantian itu berakhir apabila beliau ditawarkan jawatan Pengarah Teknikal selepas pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengumumkan nama beliau sebagai penyandang jawatan itu pada 25 Mac lalu.
Ia mencipta lembaran baharu buat KDA FC dan ketibaan Nelson disambut pihak pengurusan, penyokong dan kaum keluarga kepada Allahyarham Azraai Khor Abdullah di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Kepala Batas, petang tadi.

?? Kota Bharu: Pemain import Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo menjadi mangsa kedua menerima kad merah menerusi semakan bantuan Video Semakan Pengadil (VAR) dalam aksi pramusim menentang Kelantan Darul Naim Football Club (KDN FC) di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, malam ini.
Perlawanan berkesudahan Sri Pahang menang 1-0 apabila KDN FC yang mendapat sepakan penalti menerusi semakan VAR, gagal menggunakan peluang itu pada babak kedua.
Hidalgo menerima kad merah selepas mengasari pertahanan tuan rumah minit ke-45 perlawanan.

berita penuh sila follow harian metro online

#hanipiloiempire
#repoterataspokok
#hanisofeasupriseandgift
#legasisepuluh

8 months ago

Media sebelum ini menjangkakan Hindley akan mencari peluang baharu selepas Bora menandatangani Primoz Roglic, juara empat kali Grand Tour.
"(Bora) memainkan peranan besar dalam kemajuan karier saya. Ia benar-benar seperti keluarga kedua saya dan saya seperti berada di rumah sendiri," kata Hindley, pelumba kedua Australia kedua menjuarai Grand Tour selepas Cadel Evans.

? Kuala Lumpur: Jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Tey Seu Bock percaya Leong Jun Hao mampu menggalas tugas lebih berat di saingan Piala Thomas dekat Chengdu, China selepas ketiadaan Ng Tze Yong.
Jun Hao dilihat tidak mempunyai pilihan lain selain perlu menggalas tugas selaku perseorangan kedua atau mungkin pertama selepas Tze Yong digugurkan kerana belum cergas sepenuhnya.
Seu Bock berkata, berdasarkan kepada pemerhatiannya, Jun Hao sudah melakukan persiapan rapi sepanjang menyertai kem latihan pusat sejak minggu lalu sebaik mengetahui ketiadaan Tze Yong pada edisi kali ini.

? Kuala Lumpur: Pemain beregu lelaki negara, Choong Hon Jian tidak mahu mensia-siakan peluang saat akhir terpilih membarisi skuad Piala Thomas negara pada kejohanan di Chengdu, China bermula Sabtu ini.
Hon Jian mengakui teruja mendapat panggilan itu, lebih-lebih lagi dapat bergandingan semula bersama Muhammad Haikal Nazri, yang lebih awal terpilih dalam skuad Piala Thomas kali ini.
"Memang sangat gembira terpilih kerana untuk kes saya, hanya dipilih pada saat akhir. Pada awalnya saya pun tak tahu (terpilih) kerana pasukan boleh buat pilihan sama ada mahu ambil pemain perseorangan atau beregu.

? Kuala Lumpur: Bekas penjaga gol England dan Liverpool, David James mengakui menjadikan kelab tempatan dari Pantai Timur, Terengganu FC (TFC) sebagai pasukan paling istimewa di hatinya.
Jelas James, beliau mula jatuh 'cinta' dengan skuad Penyu itu selepas hadir pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), musim lalu.
Katanya, dalam aksi final antara TFC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menyaksikan beliau meminati pasukan Pantai Timur itu.

? Kuala Lumpur: Juara 10 kali Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila terus mengukuhkan kedudukan dengan melonjak sebagai kelab ke -14 terbaik rantau Asia.
Jelas sekali, prestasi luar biasa dipamerkan skuad berpangkalan di selatan tanah air itu membolehkan pasukan terbabit yang sebelum ini berada di kedudukan 17 melonjak di tempat 14.
Kemas kini terbaru laman Opta Analyst menunjukkan peningkatan mendadak kedudukan Harimau Selatan berbanding kemas kini terakhir yang dilakukan.

? Iskandar Puteri: Juara Liga Super 10 musim berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus menjalin kerjasama dengan pengeluar pakaian sukan antarabangsa, Nike selepas melancar jersi terbaharu untuk Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025 dan saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di perkarangan Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
Menurut kenyataan laman rasmi JDT, Johor Southern Tigers, jersi baharu itu menampilkan dengan dua rekaan yang tampak lebih eksklusif berwarna 'biru dan merah' sebagai identiti negeri Johor untuk jersi di gelanggang keramat SSI pada aksi liga nanti.
Manakala jersi berwarna putih untuk kit 'Away' dan yang pasti JDT sentiasa komited dalam menampilkan reka bentuk jersi baharu yang Istimewa khas buat penyokong Harimau Selatan yang sentiasa mendapatkan jersi asli.

? Kuala Lumpur: Kecederaan membabitkan penjaga gol skuad bawah 23 tahun (B-23) negara Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman tidak membimbangkan walaupun dia terpaksa diusung keluar selepas bertembung dengan pemain lawan, tempoh hari.

8 months ago

⚽️ London: Crystal Palace hampir pasti kekal di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang 2-0 ke atas Newcastle United di tempat sendiri menerusi dua jaringan Jean-Philippe Mateta, awal pagi tadi.
Ia kemenangan selayaknya buat skuad tuan rumah manakala impian Eropah Newcastle semakin suram selepas tewas kali ke-10 di tempat lawan.
Mateta meletakkan Palace di depan minit ke-54 selepas gerakan satu-dua dengan Jordan Ayew dan dia mengesahkan tiga mata milik Palace susulan gandingan baik Will Hughes dan pemain gantian Jeffrey Schlupp.

?️ Barcelona: Pengurus Barcelona Xavi Hernandez menarik balik keputusan meletak jawatan pada penghujung musim ini dan bersetuju kekal untuk baki kempen 2024-25, menurut jurucakap kelab kepada Reuters, awal pagi tadi.
Xavi berunding hampir sepanjang hari dengan pegawai Barca dan bersetuju meneruskan baki kontraknya dengan beberapa terma baharu yang tidak dinyatakan kelab.
Xavi dijangka bercakap kepada media Ahad ini sebelum aksi La Liga menentang Valencia manakala presiden kelab Joan Laporta bakal mengadakan sidang media mengenai perkembangan terbaru itu.

? Paris: Kemenangan 1-0 Monaco ke atas Lille awal pagi tadi menyebabkan Paris Saint-Germain perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga hujung minggu ini sebelum mengesahkan gelaran Ligue 1 Perancis.
Ousmane Dembele dan Kylian Mbappe kedua-duanya menjaringkan dua gol ketika PSG menang 4-1 di Lorient dalam perlawanan lebih awal sekali gus bermakna sebarang keciciran mata oleh Monaco yang menduduki tangga kedua mengesahkan kejuaraan milik skuad kendalian Luis Enrique.
Namun jaringan Youssouf Fofana pada babak kedua sudah cukup untuk Monaco meraih kemenangan keempat berturut-turut dan mengukuhkan cengkaman di tangga kedua.

? Bergamo, Itali: Dua jaringan pada masa kecederaan membantu Atalanta menewaskan Fiorentina 4-1 pada aksi peringkat kedua separuh akhir Piala Itali dan mara ke final dengan agregat 4-2 awal pagi tadi.
Atalanta akan berdepan juara 14 kali Juventus pada final 15 Mei di Rom selepas skuad Massimiliano Allegri layak dengan agregat 3-2 ke atas Lazio walaupun tewas 1-2 pada separuh akhir kedua semalam.
Atalanta yang minggu lalu menyingkirkan Liverpool dalam aksi suku akhir Liga Europa mara ke final Piala Itali keenam mereka dengan kejuaraan tunggal diraih pada 1962-63.

? Madrid: Rafael Nadal berkata dia hanya akan beraksi di Terbuka Perancis jika berasakan tubuhnya benar-benar bersedia untuk mempamerkan aksi terbaik di kejohanan itu.
Juara Roland Garros 14 kali itu mengakui jika aksi di Perancis bermula hari ini, dia tidak akan dapat mengambil bahagian tetapi bertekad untuk merebut peluang terakhir bermain di kejohanan paling berjaya dalam kariernya itu.
"Saya tak tahu apa berlaku dalam tempoh tiga minggu akan datang. Saya akan berjuang dan melakukan perkara perlu dilakukan, seterusnya cuba beraksi di Paris.

??‍♀️ London: Nelly Korda menarik diri daripada Jelajah LPGA minggu ini untuk berehat seketika selepas menjuarai gelaran utama keduanya di Kejohanan Chevron.
Kemenangan pada Isnin lalu membolehkan pemain Amerika Syarikat (AS) itu meraih kejayaan kelima berturut-turut sekali gus menyamai pencapaian Nancy Lopez pada 1978 dan Annika Sorenstam pada 2004-05.
"Selepas berdepan cabaran mental dan fizikal dalam empat kejohanan sepanjang tempoh lima minggu lalu, saya berasa sangat penat," kata pemain nombor satu dunia itu di laman X, semalam.

??‍♀️ Melbourne: Jaguh Australia Jai Hindley akan terus berlumba untuk Bora-Hansgrohe pada 2025 selepas menandatangani kontrak lanjut dengan pasukan itu.

10 months ago
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago