Nadir Al-Nuri

Description
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 2 months ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 6 days, 21 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 3 weeks, 3 days ago

3 weeks, 3 days ago
Nadir Al-Nuri
3 weeks, 3 days ago

Lega tak terkata kerana baru-baru ini semua fitnah dan andaian yang kedengaran tentang penduduk bumi barakah ini terpadam sekelip mata.

Usai solat Subuh berjemaah di Masjid Abbarah, Halab berdekatan penginapan kami, ketua delegasi memutuskan untuk membuat halaqah di masjid sama. Kalau zaman Bashar, orang yang berkumpul seperti itu di masjid, jawabnya ke bawah tanahlah. Tapi zaman itu hanya kekal sebagai kenangan lembaran hitam Syria.

Kami mula membuat bulatan tetapi dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang jemaah tempatan yang duduk sama. Lagi terkejut, mereka meminta kami menyampaikan tazkirah. Ah sudah.

Mujur Ustaz Nazmi Karim ada, menyelamatkan keadaan, memperkenalkan delegasi, membaca beberapa hadis dan memberi peringatan. Kemudian giliran kami pula meminta nasihat daripada mereka.

Seorang lelaki bernama Abu Ahmad cepat-cepat bersetuju dan berkata, kamu dengar potongan video ini, saya terdengarnya semalam, lalu dipasang video di telefonnya.

Saya sangkakan dia akan memasang video ucapan Ahmad Shara’ atau ucapan masyayikh Syria yang telah kembali ke negaranya, menggambarkan kegembiraan mereka dengan pembebasan negara tetapi rupanya tidak.

Yang dimainkan ialah video ucapan Syeikh Raed Solah, pemimpin pejuang di Tebing Barat, P! Syeikh Raed dalam ucapan pada tahun 2022 itu membuat andaian bahawa dua tahun lagi akan berlaku perubahan demi perubahan yang akan menguntungkan pembebasan.

Ternyata yang berlaku ialah kemenangan di G apabila kehebatan pejuang diangkat, dan pembebasan bumi Syria sendiri yang akan menjadi kunci pembebasan Al-Aqsa.

Abu Ahmad menyebutkan keazaman dan keyakinan bahawa kemenangan di negaranya akan membantu kemenangan di P kelak.

Selepas itu, di mana-mana kami bertanya, kecil atau besar, mereka meyakinkan kami bahawa berikan kami masa, pembebasan P adalah di tangan kami. Lihat sahaja anak ini yang merupakan anak pengiring kami, dia terjumpa bendera P, dengan penuh teruja dia berkata ini bendera P, lalu diusung ke mana sahaja! Meleset pandangan mulut-mulut yang mengatakan Syria telah melupakan P.

Usah bimbang, usah gelojoh, perjuangan Syria dan Palestin berpisah tiada!

3 weeks, 5 days ago

Bila tawanan dibebaskan bersorak dan gembira macam menang Olimpik, maknanya mereka melalui hari-hari yang menggembirakan di dalam tahanan.

Dalam perjalanan pun mereka yang diajar Bahasa Arab mengucapkan terima kasih kepada pejuang kerana menjaga mereka daripada letupan roket, terima kasih kerana cukup makan minum.

Inilah keizzahan Islam at it's finest, dalam peperangan dan dalam gencatan mereka membuktikan bahawa mereka masih gagah perkasa, Allahuakbar!

غزة العزة!

3 months, 2 weeks ago
***?*** Bermula hari ini, Cinta Gaza …

? Bermula hari ini, Cinta Gaza Malaysia melancarkan kempen WinterAid4Humanity bagi tahun 2024!

Tahun ini, kami menyasarkan dana sebanyak RM3 juta yang akan merangkumi bantuan asas bagi persediaan menghadapi musim sejuk di 5 buah negara iaitu Palestin, Lubnan, Turki, Syria dan Tajikistan.

Musim ini dianggap musim 'NERAKA' bagi mereka kerana ada yang terpaksa mengharungi musim yang menyeksakan ini tanpa sebarang kelengkapan asas.

Ayuh bantu kami untuk sebarluaskan mesej kemanusiaan ini dengan share poster ini.

Bagi kalian yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda di: https://cintagaza.my/sejuk atau salurkan terus ke akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia Maybank 5648 1050 7826 (rujukan: winter).

#WinterAid4Humanity
#BantuSebelumBeku

3 months, 2 weeks ago
Satu je nak cakap. Padan muka …

Satu je nak cakap. Padan muka Harris, baru kau tahu, G matters.

3 months, 2 weeks ago
***?*** Netanyahu mengirim surat tahniah kepada …

? Netanyahu mengirim surat tahniah kepada Trump: "Donald dan Melania Trump yang dihormati, tahniah atas kemunculan semula dalam sejarah. Kepulangan bersejarah anda ke White House menandakan permulaan baharu bagi Amerika dan komitmen kuat terhadap pakatan besar antara Israel dan Amerika - ini adalah kemenangan yang besar."

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa

3 months, 3 weeks ago
3 months, 3 weeks ago
Dahsyat juga penangan Minyak Zaitun Palestin …

Dahsyat juga penangan Minyak Zaitun Palestin terpaaaling asli ni. Baru dua hari dah habis 250 botol.

Cuma tadi saya dapat berita menyedihkan sikit. Stok baru minyak zaitun belum dapat dieksport dari Nablus, Tebing Barat buat masa ini sebab banyak sangat halangan. Bermakna kalau habis 250 botol yang berbaki ni, entah bila akan sampai stok baru.

Inilah cabarannya menjual minyak zaitun Palestin, tak mudah nak pastikan stok tak putus.

Apapun saya push dululah 250 botol yang berbaki ni. Minyak Zaitun Palestin ni boleh guna untuk apa? Untuk semua benda boleh! Rasulullah S.A.W sebut, makanlah (minumlah) minyak zaitun dan gunakan sebagai sapuan, kerana padanya ada kebaikan dan keberkatan.

Sebab tu orang Palestin, mereka minum satu sudu minyak setiap pagi, guna dalam masakan, bila luka sapu pada luka, kulit kering sapu pada kulit. Perut kembung pun minyak inilah dicari, termasuk kalau bayi elok disapu pada lubang dubur dan pusat ke bawah, inshaAllah sembuh. Yang ni petua mahal para ibu di sana.

Cukuplah kang bagitahu semua rahsianya tak cukup 250 botol yang berbaki. Klik sini ya untuk dapatkan http://ezy.la/PalestinOliveOil

Oh ya istimewa untuk orang Bangi, boleh pickup hari Ahad lusa ni di Bangi jam 9am hingga 12 tengahari saja, caranya buat pembayaran di link sama, pilih onpay dan hubungi no tertera untuk dapatkan alamat. Tak boleh COD ya.

Dah klik cepat http://ezy.la/PalestinOliveOil

3 months, 3 weeks ago

Pengarah Hospital Kamal Udwan di utara Gaza, Dr. Hussam Abu Safieh diarahkan untuk meninggalkan hospital oleh pihak penjajah untuk memberi laluan mereka memusnahkannya.

Dr Hussam memberi isyarat, langkah mayat aku dulu dan enggan meninggalkan hospital tempat ribuan penduduk berlindung dan dirawat.

Penjajah membalas dendam dengan membunuh anaknya.

Binatang yang tak berhati perut!

3 months, 4 weeks ago
Sahabat kita Mohamed Wael dari G, …

Sahabat kita Mohamed Wael dari G, pelajar di USAS Kuala Kangsar baru memaklumkan yang adiknya Bilal syahid sekejap tadi.

Mohamed diuji dengan adiknya Bara' yang syahid pada September sebelum perang, kemudian ayahnya ulama' terkenal di G, Syeikh Wael Az-Zard antara yang terawal syahid semasa perang di minggu pertama kemudian adiknya Bilal pula syahid hari ini. Ketiga-tiganya syahid dan beliau tak dapat mengucapkan selamat tinggal kepada mereka kerana berada di Malaysia!

Semoga Allah berikan engkau kesabaran adindaku. Sahabat-sahabat di sekeliling Mohamed bantu beliau supaya tak bersendirian pada waktu-waktu getir seperti ini.

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 2 months ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 6 days, 21 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 3 weeks, 3 days ago