#BroSyariefShares

Description
A brother that loves to share.. ๐Ÿค“
<< linktr.ee/brosyarief >>
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 2ย months, 3ย weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1ย month ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1ย month, 2ย weeks ago

1ย month, 2ย weeks ago

#NotaSirahBSS

Sebenarnya Isra Mikraj berlaku berapa kali?

Syaikh Musa al-'Azimi sebut semua riwayat berkait Isra' Mikraj, walaupun ada pelbagai lafaz dan berbeza-beza konteksnya, namun ia sebenarnya menunjukkan bahawa ia berlaku hanya sekali.

Baca sepenuhnya penjelasan ringkas beliau di sini >> https://telegra.ph/NotaSirahBSS-Isra-Mikraj-hanya-berlaku-sekali-01-27

#BroSyariefShares

1ย month, 3ย weeks ago

#NotaSirahBSS

| Bila berlakunya Isra' Mi'raj? |

Sy. Musa al-'Azimi menyebutkan bahawa terdapat khilaf tentang bilakah berlakunya Isra' Mi'raj:

01 - Bulan Rabiulawal, setahun sebelum hijrah. Pandangan Ibn Sa'd, an-Nawawi dan Ibn Hazm.

02 - Bulan Rejab, 3 tahun sebelum hijrah. Pandangan Ibn Abdil Bar, an-Nawawi (Raudhah), Ibn al-Athir.

Penulis menyimpulkan dengan berkata,

โ€ŽูˆูŽุงู„ุฐููŠ ู„ูŽุง ุฎูู„ูŽุงููŽ ูููŠู‡ู ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ุนูู„ูŽู…ูŽุงุกูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ุฅูุณู’ุฑูŽุงุกูŽ ูˆุงู„ู…ูุนู’ุฑูŽุงุฌูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุนูŽูˆู’ุฏูŽุฉู ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ๏ทบ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุทู‘ูŽุงุฆูููุŒ ู„ูŽูƒูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุชูŽุนูŽูŠู‘ูŽู†ู’ ุจูุงู„ุถู‘ูŽุจู’ุทู ุงู„ูŠูŽูˆู’ู…ูุŒ ูˆุงู„ุดู‘ูŽู‡ู’ุฑูุŒ ูˆุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉู ุงู„ุชููŠ ูˆูŽู‚ูŽุนูŽ ูููŠู‡ูŽุง

Perkara yang disepakati tiada khilaf dalam kalangan ulama ialah peristiwa Isra' Mi'raj berlaku selepas pulangnya Nabi saw dari Thaif.

Namun, tiada maklumat tepat tentang hari, bulan dan tahun berlakunya peristiwa tersebut.

[al-Lu'lu' wal-Maknun fi Sirat an-Nabiy al-Makmun] #BSS

<<t.me/brosyariefshares>>
#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
#BroSyariefShares

1ย month, 3ย weeks ago

Apa bandingan sebenar nilai dunia ni?

#NotaTerjemahanBSS (291016) (160519) 210125

Jabir ibn 'Abdillah ra menyebutkan,

โ€ŽุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู…ูŽุฑู‘ูŽ ุจูุงู„ุณู‘ููˆู‚ู ุฏูŽุงุฎูู„ู‹ุง ู…ูู†ู’ ุจูŽุนู’ุถู ุงู„ู’ุนูŽุงู„ููŠูŽุฉู ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ูƒูŽู†ูŽููŽุชูŽู‡ู

RasululLah saw pernah melalui sebuah pasar di kawasan berhampiran al-'Aaliyah, dan para sahabat (berada bersamanya) di samping kiri dan kanannya,

โ€ŽููŽู…ูŽุฑู‘ูŽ ุจูุฌูŽุฏู’ูŠู ุฃูŽุณูŽูƒู‘ูŽ ู…ูŽูŠู‘ูุชู ููŽุชูŽู†ูŽุงูˆูŽู„ูŽู‡ู ููŽุฃูŽุฎูŽุฐูŽ ุจูุฃูุฐูู†ูู‡ู

Dia kemudiannya lalu di tepi sebuah bangkai anak kambing bertelinga kecil, lalu dia melihatnya sambil memegang telinganya..

โ€Žุซูู…ู‘ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ :ุฃูŽูŠู‘ููƒูู…ู’ ูŠูุญูุจู‘ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ู‡ูŽุฐูŽุง ู„ูŽู‡ู ุจูุฏูุฑู’ู‡ูŽู…ู

Kemudian dia bertanya (kepada para sahabat), "Ada yang mahu membelinya dengan 1 dirham?" #BSS

โ€ŽููŽู‚ูŽุงู„ููˆุง ู…ูŽุง ู†ูุญูุจู‘ู ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽู†ูŽุง ุจูุดูŽูŠู’ุกู ูˆูŽู…ูŽุง ู†ูŽุตู’ู†ูŽุนู ุจูู‡ู

Lalu mereka menjawab, 'Kami tak mahu membelinya dengan harga apa pun.. kami nak buat apa dengannya?'

โ€Žู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุชูุญูุจู‘ููˆู†ูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽูƒูู…ู’

Dia bertanya lagi, "Kalian tidak mahu memilikinya?"

โ€Žู‚ูŽุงู„ููˆุง ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽูˆู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุญูŽูŠู‘ู‹ุง ูƒูŽุงู†ูŽ ุนูŽูŠู’ุจู‹ุง ูููŠู‡ู ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽุณูŽูƒู‘ู ููŽูƒูŽูŠู’ููŽ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ู…ูŽูŠู‘ูุชูŒ

Mereka menjawab, 'Demi Allah, seandainya ia hidup pun, ia tak berguna kerana dia cacat telinganya; apatah lagi kalau sekarang ia cuma bangkai'.

โ€ŽููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ููŽูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ุฃูŽู‡ู’ูˆูŽู†ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู’ ู‡ูŽุฐูŽุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’

Lalu dia menyebutkan, "Demi Allah! Dunia itu lebih rendah nilainya bagi Allah, berbanding (hinanya) bangkai haiwan ini bagi kalian!"

[HR Muslim] #BSS

Faedah: Di saat ramai mabukkan nikmat maksimum duniawi, Muslim yang bijak melihat peluang kejayaan hakiki dengan menjadikan akhirat sebagai matlamat utama.

Apa bukti kita hilang pertimbangan mabukkan dunia? Apabila kita kecewa tidak mencapai apa yang orang capai. Andai tercapai, kita meyakini ia hasil usaha sendiri, bukan kurniaan Tuhan.

Malah, kita hilang keutamaan interaksi dengan Tuhan. Terabai amal ibadah; sehingga kita merasa selesa dengan tiada penambah-baikan ilmu dan amal.

<<t.me/brosyariefshares>>
โ€Ž#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
#BroSyariefShares

4ย months, 2ย weeks ago

#PesanNabi

Soalan bocor โ€˜examโ€™ di akhirat nanti..

ุฅูู†ู‘ูŽ ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ูŽ ู…ูŽุง ูŠูุญูŽุงุณูŽุจู ุจูู‡ู ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ู…ูู†ู’ ุนูŽู…ูŽู„ูู‡ู ุตูŽู„ุงูŽุชูู‡ู ููŽุฅูู†ู’ ุตูŽู„ูุญูŽุชู’ ููŽู‚ูŽุฏู’ ุฃูŽูู’ู„ูŽุญูŽ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุฌูŽุญูŽ ูˆูŽุฅูู†ู’ ููŽุณูŽุฏูŽุชู’ ููŽู‚ูŽุฏู’ ุฎูŽุงุจูŽ ูˆูŽุฎูŽุณูุฑูŽ

โ€œAntara amalan yang pertama dihisab bagi seseorang hamba di akhirat nanti ialah SOLAT. Andai ianya elok, maka dia akan selamat. Sekiranya ia rosak, maka dia akan rugi.โ€

[HR at-Tirmizi] #BSS

Hikmah pesannya: Andai soalan peperiksaan di dunia ini bocor & kita tidak bersedia, pasti dikecam. Soalan di akhirat telah lama bocor. Pastinya kita tak patut remehkan, apatah lagi mengabaikannya. Jagalah solat!

<<t.me/brosyariefshares>>
#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
#BroSyariefShares

4ย months, 3ย weeks ago

#PesanNabi

Apa yang Nabi saw risaukan menimpa umatnya

โ€Žู…ูŽุง ุฃูŽุฎู’ุดูŽู‰ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู ุงู„ู’ููŽู‚ู’ุฑูŽุŒ ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู’ ุฃูŽุฎู’ุดูŽู‰ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู ุงู„ุชู‘ูŽูƒูŽุงุซูุฑูŽุŒ ูˆูŽู…ูŽุง ุฃูŽุฎู’ุดูŽู‰ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู ุงู„ู’ุฎูŽุทูŽุฃูŽุŒ ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู’ ุฃูŽุฎู’ุดูŽู‰ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู ุงู„ู’ุนูŽู…ู’ุฏูŽ

โ€œAku bukan takutkan kefakiran menimpa kalian, tapi aku takut kalian sibuk berlumba menambah harta. Aku juga tidak risau kalian tersilap, tapi aku risau kalian sengaja melakukan kesalahan."

[HR Ahmad. Hadis sahih] #BSS

Hikmah pesannya: Kefakiran bukan kesalahan, malah ia ujian supaya berserah kepada Tuhan. Adapun kekayaan mudah membutakan insan dari hakikat pengabdian. Begitu juga tersilap terlalai itu biasa, selama mana kita mengakui lalu perbaiki. Namun jika sengaja, maka itu tercela di sisi-Nya.

<<subscribebss.wasap.my>>
โ€Ž#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
#BroSyariefShares

5ย months ago

#PesanTuhan

Matlamatnya ke โ€˜sanaโ€™. Medannya di โ€˜siniโ€™.

โ€ŽูˆูŽุงุจุชูŽุบู ููŠู…ุง ุขุชุงูƒูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุฏู‘ุงุฑูŽ ุงู„ุขุฎูุฑูŽุฉูŽ ูˆูŽู„ุง ุชูŽู†ุณูŽ ู†ูŽุตูŠุจูŽูƒูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏู‘ูู†ูŠุง #BSS

โ€œUsahalah meraih segala yang Allah sediakan untuk engkau di negeri akhirat (berbentuk ganjaran), namun jangan pula engkau lupakan bahagian engkau di dunia ini (agar ditunaikan hak-haknya)โ€

[Al-Qasas(28):77] #BSS

Ibrah kalam-Nya: Matlamat mukmin itu jelas. Perjalanan sebenarnya mengejar keselamatan di akhirat, yang pasti & abadi. Dunia ini pula laluannya sebagai medan ujian; memenuhi tuntutan, menjauhi larangan, mengumpul kekuatan, mempertahan keimanan.

<<t.me/brosyariefshares>>
โ€Ž#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
#BroSyariefShares

7ย months, 2ย weeks ago

#PesanNabi

Di hari Jumaat, banyaklah berselawat..

โ€Žุฅูู†ู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูŽูู’ุถูŽู„ู ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ููƒูู…ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉู ููŽุฃูŽูƒู’ุซูุฑููˆุง ุนูŽู„ูŽู‰ู‘ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ูููŠู‡ู ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุตูŽู„ุงูŽุชูŽูƒูู…ู’ ู…ูŽุนู’ุฑููˆุถูŽุฉูŒ ุนูŽู„ูŽู‰ู‘ูŽ #BSS

โ€œAntara hari-hari kalian yang paling utama (kelebihannya) ialah hari Jumaat. Banyaklah berselawat kepadaku padanya, kerana selawat kalian akan dipamerkan kepadaku!โ€œ

[HR Abu Dawud] #BSS

Hikmah pesannya: Perbanyakkan berselawat di penghulu hari, Jumaat. Semakin banyak ia dibaca, semakin banyak ia ditunjukkan kepada Nabi kita saw, lalu semakin dekat kedudukan kita dengan Nabi saw di akhirat nanti.

#BroSyariefShares

7ย months, 3ย weeks ago

Hampir sebulan menguruskan Islamic Education Training untuk guru-guru baru di Ahlan Academy.

Rasa teruja dan sangat bersyukur diberi kepercayaan untuk berkongsi dengan mereka.

3 kali seminggu, selama lebih kurang 2 jam. Bacaan direct dari rujukan sambil aktif berdiskusi.

Menyentuh topik Fiqh, Sirah & Ulum Quran bagi setiap sesi yang berasingan.

Sangat penat, tapi sangat puas. Menimbulkan persoalan, menjawab kekeliruan, mencari solusi bersama.

Semoga Allah kurniakan mereka keterujaan untuk terus menambah baik kefahaman sambil mereka berkongsi dengan pelajar-pelajar di akademi ini.

Semoga Allah buka lebih banyak peluang untuk terus berkongsi.

#BroSyariefShares

9ย months, 1ย week ago

#PesanTuhan

Utamakan adab dengan Allah & Rasul-Nya.

โ€ŽูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ู„ูŽุง ุชูู‚ูŽุฏู‘ูู…ููˆุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ูŠูŽุฏูŽูŠู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ูู‡ู ูˆูŽุงุชู‘ูŽู‚ููˆุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุณูŽู…ููŠุนูŒ ุนูŽู„ููŠู…ูŒ

โ€Wahai orang-orang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-Nya. Bertaqwalah kepada Allah. Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui!โ€

[al-Hujurat(49):1] #BSS

Ibrah kalam-Nya: Adab interaksi dengan Tuhan & Rasul sangat mustahak. Sentiasa utamakan pesan perintah & larangan wahyu. Jangan dahulukan apapun maklumat yang tidak jelas sumbernya, apatah lagi kata-kata rekaan insan yang tak lepas dari salah silap.

โ€Ž#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
#BroSyariefShares

10ย months ago

Dia bertanya kepada Buhaym: Apa pandanganmu tentang sahabatmu?

Buhaym menjawab: Dia sebaik-sebaik teman. Banyak berzikir kepada Allah. Selalu membaca al-Quran. Mudah menangis. Sangat penyabar dengan kekurangan temannya.

Semoga Allah mengganjarimu dengan kebaikan.

[Lathoif al-Ma'rif]

Menarikkan kisah ni?

<<t.me/brosyariefshares>>
#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
#BroSyariefShares

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 2ย months, 3ย weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1ย month ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1ย month, 2ย weeks ago