Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Masihkah ada harapan untuk menang?
Sama ada kita sedar atau tidak, Taufan al-aqsa telah melebihi 300 hari sejak ia tercetus pada 7 Oktober 2023.
Ia bukan sesuatu boleh dibanggakan jika melihat jumlah kecederaan dan kematian mencecah 130, 000 orang sehingga kini akibat serangan tentera Israel.
Ditambah pula kemusnahan kediaman, infrastruktur dan kemudahan lain menyebabkan sekitar dua juta penduduk di Semenanjung Gaza menjadi pelarian.
Namun, bukan semuanya berita buruk dan menyedihkan sahaja.
Luaskan perspektif anda tentang isu Palestin. Jom tonton video di bawah:
YouTube
Masihkah ada harapan untuk menang? | Ulasan 300 hari Taufan al-Aqsa | Megat Aiman Hakim
Bersama Megat Aiman Hakim meninjau sepintas lalu fakta-fakta berkenaan Taufan al-Aqsa dari segi ketenteraan sama ada di pihak penjajah atau pun pejuang tanah air, politik antarabangsa dan masyarakat. Jom tonton, jangan lupa kongsikan video ini seluas-luas…
Tambah mengecewakan Netanyahu ialah Kamala Harris dalam satu sidang media telah memberikan ucapan yang menggugat matlamat perang beliau. Harris berkata: “Kepada setiap orang yang telah menyeru kepada gencatan senjata, dan kepada setiap orang yang mahukan keamanan, saya melihat dan saya mendengar anda. Mari kita selesaikan perjanjian itu. Mari kita bawa pulang tebusan dan mari kita berikan bantuan yang amat diperlukan kepada rakyat Palestin.”
Harris dalam ucapannya turut menegaskan komitmen beliau kepada penyelesaian dua negara. Menurut beliau, penyelesaian dua negara adalah penyelesaian “yang dapat memastikan rakyat Palestin akhirnya dapat merealisasikan kebebasan, keselamatan dan kemakmuran yang sepatutnya mereka perolehi.”
Kenyataan ini pasti membuatkan Netanyahu panas punggung. Apalagi ia bertentangan dengan pendirian terbaru Israel terhadap penubuhan negara Palestin. 18 Julai baru-baru ini, parlimen Israel meluluskan resolusi menolak penubuhan negara Palestin. Langkah tersebut dilihat sebagai ancaman eksistensial kepada Israel dan rakyatnya.
Justeru, bagi menggugat perkembangan ini, Netanyahu telah mengambil risiko membenarkan operasi pembunuhan Ismail Haniyeh tanpa lampu hijau daripada Biden. Setiausaha Luar AS, Anthony Blinken dalam satu kenyataan mengesahkan AS tidak maklum dan tidak terlibat dalam pembunuhan tersebut.
Dengan pembunuhan ini, Netanyahu berharap gencatan senjata dapat dilengahkan dan cakap-cakap tentang mengiktiraf hak rakyat Palestin oleh pemimpin Amerika Syarikat dapat dihentikan. Netanyahu mahu perhatian penuh diberikan kepada matlamat perang beliau dan kepentingan Israel.
Tentang kemungkinan sama ada pembunuhan ini mampu menghapus atau melemahkan Hamas, Netanyahu pasti lebih maklum. Ini bukan kali pertama pemimpin tertinggi Hamas berjaya dibunuh.
Pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin dan Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi sebelum ini tidak berjaya melumpuhkan Hamas. Pembunuhan mereka sebaliknya telah melonjakkan Hamas ke tahap yang tinggi yang tidak pernah ia capai sebelum itu.
Pembunuhan dua tokoh tersebut pada tahun 2004 disusuli dengan pengunduran Israel dari Gaza pada tahun 2005 dan kemenangan Hamas dalam Pilihan Raya Palestin pada tahun 2006. Pilihan Raya inilah yang mengangkat Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menteri Palestin.
Ismail Haniyeh kemudian memimpin kerajaan Palestin dengan penuh izzah sebelum kepimpinan beliau dipinggirkan di Gaza. Beliau cuba digulingkan oleh Israel melalui taktik kotor pada tahun 2007 tetapi cubaan tersebut berjaya digagalkan.
Beliau kemudian memimpin Gaza menempuh sekatan ekonomi oleh Israel dan serangan demi serangan ke atas Gaza pada 2008-2009, 2012 dan 2014. Semua serangan ini tidak berjaya melumpuhkan perjuangan Hamas. Hamas bahkan muncul lebih gagah dalam setiap pusingan dengan keupayaan roket yang lebih tinggi dan teknologi persenjataan yang semakin berkembang.
Ketokohan Haniyeh menyebabkan beliau kemudian diberi kepercayaan untuk mengambil-alih tampuk kepimpinan Hamas daripada Khalid Meshaal pada tahun 2017. Ya, Hamas mengamalkan demokrasi dalam memilih pemimpin. Khalid Meshaal ketika itu sudah pun menjawat jawatan berkhidmat selama dua penggal dan perlu melepaskan jawatan. Haniyeh adalah pengganti terbaik beliau.
Pemergian Haniyeh tidak akan melumpuhkan Hamas. Hamas tidak pernah ketandusan pemimpin. Apalagi penggal beliau sebenarnya akan tamat pada tahun 2025. Mahu tidak mahu beliau perlu melepaskan jawatannya tahun hadapan dan Hamas perlu mengangkat naik pemimpin yang baru. Ini salah satu cara Hamas mengekalkan dinamik kepimpinan dan perjuangan mereka.
Syahid adalah impian setiap pejuang Hamas. Matlamat perjuangan mereka adalah menang atau mati syahid. Berbekalkan semangat ini, Hamas tidak akan padam sehingga Palestin bebas dan merdeka.
Khalid Jimat,
Ketua Pegawai Penyelidik,
Palestine Centre of Excellence (PACE).
Semalam, 31 Julai 2024, kita dikejutkan dengan berita pembunuhan Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik HAMAS di Tehran. Beliau berada di Tehran minggu ini untuk menghadiri upacara pelantikan Presiden Iran yang baru.
Kejadian berlaku pada jam 2:00 pagi waktu tempatan ketika beliau sedang tidur. Laporan awal menunjukkan beliau dibunuh menggunakan peluru berpandu yang dilepaskan daripada dron. Suspek utama ialah rejim Zionis Israel. Namun, tiada pengakuan rasmi daripada pihak rejim ketika artikel ini ditulis.
Walaupun mengejutkan, ancaman ke atas nyawa beliau sebenarnya telah pun dibayangkan oleh Netanyahu ketika mengancam untuk membunuh tiga pemimpin tertinggi Hamas. Ini susulan kejayaan membunuh Saleh Arouri, timbalan Haniyeh pada 2 Januari lalu.
Ancaman ini diikuti dengan pembunuhan 3 orang anak dan 4 orang cucu Ismail Haniyeh pada awal April dan 10 orang lagi ahli keluarga beliau termasuk kakaknya pada akhir Jun dalam dua serangan berasingan di Gaza.
Pembunuhan ini hampir pasti akan merencatkan rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung ketika ini. Rundingan sudah pun terancam minggu lalu selepas Netanyahu bertindak menambah beberapa tuntutan baru ke atas pelan gencatan senjata yang sudah pun direstui oleh Presiden Biden.
Pembunuhan ini berkemungkinan akan mengurangkan selera Hamas untuk menerima gencatan senjata tatkala pemimpin tertinggi mereka diperlakukan dengan penuh biadab oleh rejim Zionis. Entah adab perundingan mana yang digunapakai untuk membunuh ketua perunding daripada pihak seteru.
Pembunuhan ini juga tidak mustahil akan mencetuskan perang yang lebih besar di peringkat serantau. Selain Hamas, pembunuhan ini secara tidak langsung mensasarkan Iran.
Ayatollah Ali Khamenei, Pemimpin Tertinggi Iran dalam kenyataan beliau berkata: “Rejim penjenayah dan pengganas Zionis membunuh tetamu kami, di rumah kami dan membuatkan kami berdukacita. Mereka akan kami hukum dengan hukuman yang berat.”
Presiden Iran yang baru, Masoud Pezeshkian pula menegaskan: “Republik Islam Iran akan mempertahankan integriti wilayahnya, kehormatan, kebanggaan dan maruahnya, dan akan membuatkan pengganas yang menceroboh menyesali tindakan pengecut mereka.”
Tidak dapat dipastikan apakah tindakan yang bakal Iran ambil. Yang pasti, dalam serangan balas terhadap serangan rejim Zionis ke atas Kedutaan Iran di Damsyik pada April, Iran telah melancarkan lebih 300 dron, peluru berpandu jelajah dan peluru berpandu balistik ke arah Israel. Serangan tersebut menyebabkan kerosakan ke atas dua pangkalan tentera Israel - Ramon dan Nevatim.
Pembunuhan ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha Netanyahu untuk merencatkan gencatan senjata yang sedang berlangsung dan melengah-lengahkan usaha Presiden Biden untuk menamatkan perang ini dengan segera bagi memberi lebih peluang kepada Parti Demokrat memenangi Pilihan Raya Presiden November nanti.
Netanyahu juga mahu mengheret Amerika Syarikat supaya memberi komitmen yang lebih tinggi kepada usaha perang Israel dengan mencetuskan perang yang lebih besar di peringkat serantau melibatkan Iran dan sekutu-sekutunya - Hezbollah di Lubnan dan Houthi di Yaman.
Pembunuhan ini membayangkan Netanyahu seolah-olah dalam keadaan terdesak. Sepatutnya beliau berada di dalam keadaan yang selesa selepas dijemput hadir untuk berucap di Kongres Amerika Syarikat minggu lepas. Tetapi tidak begitu. Mengapa?
Sebenarnya, ucapan Netanyahu tempoh hari diboikot hampir separuh ahli kongres dan ahli senat dari Parti Demokrat. Antara ahli berprofil tinggi yang tidak hadir ialah Kamala Harris, Timbalan Presiden, Nancy Pelosi, bekas Yang Di Pertua Dewan Kongres, Jim Clyburn, Bekas Ketua Wip dan Alexandria Ocasio- Cortez, Ahli Kongres New York.
Kehadiran beliau juga tidak mendapat liputan seperti yang beliau harapkan. Walaupun beliau telah memberikan ucapan yang cukup memukau di hadapan ahli kongres, media Amerika Syarikat dibanjiri dengan berita Biden menarik diri dari pilihan raya Presiden dan Kamala Harris menjadi calon presiden yang baru daripada Demokrat.
Sedar tak sedar, Taufan al-Aqsa sudah pun menjangkau 300 hari.
Operasi yang bertujuan untuk menghukum keangkuhan kerajaan Zionis yang baru, menggagalkan normalisasi Israel-Arab, dan menyegarkan semula kesedaran umat Islam terhadap perjuangan membebaskan Masjid al-Aqsa kini berdepan cabaran besar ekoran kegagalan dunia untuk menghentikan keghairahan Israel untuk meneruskan genosidnya di Gaza.
Apakah yang dapat kita pelajari daripada Taufan al-Aqsa setakat ini?
Apakah kesan operasi ini ke atas rakyat Palestin, Israel, umat Islam dan dunia secara keseluruhannya?
Dan apakah trajektori masa depan Palestin ekoran operasi ini?
Semua persoalan ini insyaAllah akan kita cuba jawab dalam webinar khas - 300 Hari Taufan al-Aqsa.
Dibawakan khas untuk anda oleh MyCARE dan Palestine Centre of Excellence (PACE).
Tonton LIVE di YouTube MyCARE - https://www.youtube.com/watch?v=BgVbfKm9IM0
Ulasan 300 Hari Taufan al-Aqsa
Sama ada kita sedar atau tidak, Taufan al-aqsa menghampiri 300 hari sejak ia tercetus pada 7 Oktober 2023. Ia bukan sesuatu boleh dibanggakan jika melihat jumlah kecederaan dan kematian mencecah 100,000 orang sehingga kini akibat serangan tentera Israel.
Ditambah pula kemusnahan kediaman, infrastruktur dan kemudahan lain menyebabkan sekitar dua juta penduduk di Semenanjung Gaza menjadi pelarian. Namun, bukan semuanya berita buruk dan menyedihkan sahaja.
Taufan al-aqsa adalah isu peperangan dan tentera rejim Zionis masih meneruskan kekejaman mereka ke atas penduduk Palestin tanpa mengira umur atau jantina. Sekolah, hospital dan kem pelarian menjadi sasaran pengeboman tanpa henti.
Namun, siri serangan secara intensif ini tidak pernah berlaku pada tempoh panjang seperti ini dan ditambah pula serangan balas hebat daripada pejuang Hamas.
Kesannya, rejim Zionis mengakui mereka menghadapi kekurangan kereta kebal dan peluru sehingga memaksa semula golongan ultra-orthodox Yahudi menyertai semula ketenteraan bagi berkhidmat dalam Gaza sebelum ini terkecuali daripada khidmat wajib sejak 1948.
Dari sudut politik, 300 hari Taufan al-aqsa membuktikan negara Arab yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel bukan sahaja tidak membantu Palestin bahkan membantu entiti Zionis dari pelbagai sudut.
Bagaimanapun, dari satu sudut lain, dapat dilihat wujud gelombang sokongan besar dari Eropah untuk mengiktiraf kedaulatan Palestin. Terbaru, Norway, Sepanyol dan Ireland secara rasmi mengiktiraf Palestin.
Selain itu, ada kumpulan negara masih dalam pertimbangan mengiktiraf kedaulatan Palestin seperti Perancis, Malta, Slovenia dan Jepun.
Calon Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris, baru-baru ini menyebutkan azam beliau untuk menghentikan pembunuhan di Gaza dan membantu penduduk di sana.
500,000 penceroboh Yahudi tinggalkan Israel
Pada masa kini, keadaan sosial penduduk Yahudi dalam di wilayah diduduki Israel amat tidak stabil. Lebih 500,000 penceroboh Yahudi dilaporkan meninggalkan Israel selama-lamanya.
Selain itu, sekitar 250,000 penceroboh Yahudi masih tinggal di tempat perlindungan, rumah saudara-mara, hotel dan sebagainya disebabkan tempat tinggal mereka tidak selamat dihuni.
Kira-kira satu pertiga atau 32.9 peratus anak-anak muda Yahudi tidak mahu untuk berkhidmat dalam ketenteraan disebabkan kurangnya semangat patriotik dalam jiwa mereka. Terakhir, hampir setiap minggu berlaku demonstrasi besar-besaran di Tel Aviv menekan kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menghentikan peperangan dan mengembalikan tawanan Palestin.
Kesimpulannya, Taufan al-aqsa memberikan tamparan kuat kepada zionis dan sekutu-sekutunya atas jenayah dilakukan ke atas penduduk Palestin. Fakta diberikan menunjukkan Zionis ‘kehausan’ pelbagai sumber kekuatan dan mereka sendiri mengakui pejuang Palestin tidak akan dikalahkan.
Apatah lagi kini Israel masih berdegil walaupun berdepan hukuman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin tidak sah di sisi undang-undang dan perlu dihentikan segera.
Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Penyelidik Palestine Centre of Excellence
Rahsia Kekuatan Mujahidin di Gaza
Jom sertai perkongsian berkenaan perkembangan Mujahidin di Gaza di Radio IKIM FM.
- Hari Selasa (30/7/2024)
- Bermula jam 3pm sehingga 4pm
- Dengar di Radio IKIM FM atau di Facebook IKIM FM
- Disampaikan oleh Ustaz Megat Aiman Hakim (Penyelidik Palestine Center of Excellence)
Kongsi-kongsikan
Tindak-tanduk Netanyahu akhir-akhir ini - menolak perjanjian gencatan senjata yang dibentang oleh Biden dan mengecam sekatan AS ke atas bom-bom yang Israel minta, menunjukkan beliau seolah-olah sudah bersedia untuk ‘burn the bridge’ dengan Biden.
Tindakan Netanyahu sengaja memanjangkan operasi ketenteraan di Gaza dan mengancam untuk meluaskan perang dengan Hezbollah juga dilihat sebagai helah untuk terus memberi tekanan kepada Biden sekaligus memberi kelebihan kepada Trump untuk dipilih semula sebagai Presiden AS.
- Nadia Amira Shamsul & Khalid Jimat,
Palestine Centre of Excellence (PACE).
Selain itu, bagi menyokong tindakan Zionis menyekat bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza, Biden telah menghentikan penyaluran dana kepada UNRWA, agensi PBB yang menguruskan bantuan kemanusiaan di Palestin. Ini selepas Israel menuduh tanpa bukti bahawa kakitangan URNWA terlibat dalam serangan Hamas pada 7 Oktober yang lalu.
Pentadbiran Biden bahkan memberi tekanan kepada negara-negara lain untuk mengambil langkah sama ketika Gaza bertarung dengan risiko kebuluran dan kelumpuhan sistem kesihatan. Pada waktu yang sama Biden memainkan drama membina jeti sementara dan menjatuhkan bantuan dari udara (airdrop) untuk menutup niat jahatnya.
Pentadbiran Biden juga telah ‘membutakan mata’ mereka terhadap kemungkinan Israel menggunakan senjata yang ia bekalkan ke atas orang awam sekaligus melanggar undang-undang antarabangsa. AS sekadar berpuas hati dengan jaminan Israel bahawa serangan yang dilakukan selari dengan undang-undang antarabangsa.
Kalaupun ada orang awam yang terbunuh, kesalahan diletakkan sepenuhnya di atas bahu Hamas yang dituduh menggunakan orang awam sebagai perisai (human shield).
Dengan kata lain, Biden telah berikan semua yang Israel perlukan - kewangan, senjata, dokongan politik dan diplomatik, demi melindungi Netanyahu, Zionisme dan negara haram Israel.
Biden memang ada mengatakan bahawa operasi ketenteraan ke atas Rafah adalah garis merah yang tidak boleh Israel langgar. Namun, operasi tersebut tetap berjalan tanpa sebarang hukuman daripada AS.
Dengan kata lain, garis merah Biden hanyalah sekadar ‘lip service’; kata-kata manis yang dilontar untuk menyedapkan hati dan mengelak daripada terus dikecam. Buktinya, AS kemudian bertindak mempertahankan pula operasi tentera Israel di Rafah sebagai operasi ketenteraan yang terkawal (limited operations).
Terbaru, Biden cuba berlagak ‘wira’ di mata dunia dalam usaha mendapatkan persetujuan gencatan senjata di Gaza. Ironinya, sebelum ini AS telah menggunakan kuasa vetonya ke atas tiga draf resolusi gencatan senjata yang berbeza di pentas Majlis Keselamatan PBB dan menolak dua lagi resolusi sama di Perhimpunan Agung PBB. Alasan mereka, semua draf resolusi tersebut tidak mengecam Hamas.
Realitinya, gencatan senjata yang US canang hari ini masih mengekalkan naratif yang sama walaupun keputusannya berbeza - meletakkan semua kesalahan dan bebanan kepada Hamas dan bukannya Israel.
Semua ini dilakukan oleh Biden bagi menunjukkan kesetiaannya terhadap Zionisme yang dianutinya sejak sekian lama. Tidak ada satu pun tindakan tegas terhadap Israel sebagaimana yang pernah diambil ke atas negara-negara yang mencabuli undang-undang antarabangsa seperti Rusia, Yaman mahupun Iran. Yang ada hanyalah bantuan demi bantuan dan sokongan demi sokongan. Malangnya semua ini masih belum cukup bagi Netanyahu.
Sanggahan Trump ke atas Biden dalam debat Presiden AS baru-baru ini pasti membuatkan hati Netanyahu berbunga-bunga. Jaminan Trump bahawa ia akan mengizinkan Israel untuk meneruskan operasinya di Gaza sehingga tamat hampir pasti menyebabkan Netanyahu cenderung untuk memilih Trump. Tambahan, sokongan Parti Republikan kepada Israel dilihat tidak berbelah bahagi.
Sebagai contoh, salah seorang Senator mereka, Lindsay Graham dalam sebuah temubual bersama NBC News berkata “Berikan Israel bom yang mereka perlukan untuk mengakhiri perang ini. Mereka tidak boleh kalah!”
Begitu juga Nikki Haley, bekas Gabenor North Carolina yang meninggalkan mesej “Habiskan mereka!” di atas peluru berpandu Israel ketika melawat negara haram itu pada bulan Mei baru-baru ini.
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago