Dive into the Ultimate Free Library: Your One-Stop Hub for Entertainment!

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

Description
Hidup Biar Berjasa, Mati Biar Mulia

Sebaik-baik manusia adalah mereka yang banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain (maksud hadith)
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 3 weeks ago

3 days, 21 hours ago
Saya berpandangan bahawa keputusan-keputusan kerajaan terdahulu …

Saya berpandangan bahawa keputusan-keputusan kerajaan terdahulu dan kerajaan terkini yang memberikan banyak keistimewaan kepada pelancong-pelancong dari China akan menjejaskan masa depan negara.

Berapa ramai lagi pelancong-pelancong China yang kita mahukan tanpa sebarang kawalan dan tindakan follow-up sehinggakan bilangan yang tidak kembali pulang terus bertambah daripada puluhan ribu kepada ratusan ribu dan dikhabarkan telah pun mencecah angka 'jutaan' ?

Kelemahan dalam pembuatan keputusan-keputusan kritikal sebegini hanya akan menjejaskan kedaulatan dan masa depan negara !

3 days, 21 hours ago
TERKINI

TERKINI

Bendera Palestin dinaikkan di Universiti Geneva di Switzerland.

- Skuad al Qassam

4 days, 16 hours ago

KEMASKINI ‼️⚠️

Alhamdulillah ! Allah Akbar

BRIGED AL QASSAM MENGGANAS

Senarai Operasi Briged AL Qassam Dalam 2 Jam Terakhir
1- Menyasarkan dua kereta kebal Zionis dengan peluru “Al-Yassin 105” di sekitar berek Saad Sayel, timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

2- Memusnahkan kenderaan pengangkut tentera Zionis dengan peluru "Al-Yassin 105" dan ia terbakar di sekitar berek Saad Sayel, timur Rafah, di selatan Semenanjung Gaza.

3- Mengebom tapak tentera "Isnad Sufa" dengan sistem peluru berpandu "Rajum" jarak dekat 114 mm.

4- Memusnahkan kereta kebal Zionis "Merkava 4" dengan peluru "Al-Yassin 105", di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza.

5- Menyasarkan kereta kebal Zionis "Merkava" dengan peluru "Al-Yassin 105" di kawasan Abu Halawa, timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

6- Memusnahkan "Tapak Tentera Karam Shalom" di timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza, dengan peluru mortar berkaliber berat.

7- Operasi ketenteraan yang kompleks dan serentak berhampiran Masjid Al-Dawa, timur Rafah, di mana sebuah bangunan di mana sejumlah askar bersembunyi disasarkan dengan peluru TBG, sebuah kenderaan pengangkut tentera yang berada di bawah bangunan itu. disasarkan dengan peluru Yassin 105, dan sekumpulan pasukan Inftantri askar yang berada di sebelah kapal tangki itu disasarkan dengan peluru RPG, menyebabkan seluruh pasukan mati dan cedera.

- Skuad al Qassam

1 week, 4 days ago
Bersangka baik ?

Bersangka baik ?

Masih ramai yang menggesa agar kita bersangka baik dengan negara-negara Arab termasuklah yang telah dan akan bernormalisasi dengan Israel.

Negara Arab yang pertama mengiktiraf Israel ialah Mesir (1980) dan diikuti oleh Jordan (1994). Ini diikuti oleh Bahrain, UAE, Maghribi dan Sudan pada 2020.

USA dan Arab Saudi telah pun mengumumkan bahawa peperangan yang berlaku di Gaza tidak akan mengganggu-gugat hubungan masa depan di antara Arab Saudi dan Israel.

Bukan ini yang dimahukan atau yang didoakan oleh umat Islam terhadap kepimpinan Arab Saudi tetapi satu demi satu memperlihatkan kerosakan ini berlaku dan dilakukan secara terbuka.

Foto : Sebahagian rakyat UAE yang menyambut baik normalisasi dengan Israel.

Di UAE kini ada segala-galanya yang diinginkan oleh Israel & AS.

1 week, 4 days ago
Bloomberg melaporkan, Arab Saudi mula meningkatkan …

Bloomberg melaporkan, Arab Saudi mula meningkatkan tangkapan terhadap mana-mana pihak yang  menyiarkan hantaran di media sosial berhubung konflik Israel - Hamas.

Tindakan itu disebut ketika Riyadh memberi bayangan menormalisasikan hubungan dengan Tel Aviv,  jika kedua-duanya komited untuk mewujudkan negara Palestin pada masa depan. Tindakan itu turut disiarkan oleh akhbar Bloomberg, dan Times of Israel.

Kata Times of Israel memetik laporan Bloomberg, sekatan ke atas kebebasan bersuara, termasuk dalam talian, menjadi perkara biasa di negara itu, namun siri penangkapan baru-baru ini secara khusus dikaitkan dengan perang di Gaza.

Baru-baru ini, seorang eksekutif syarikat yang terlibat dalam rancangan ekonomi Wawasan 2030 Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman ditahan apabila dia menyatakan pandangan mengenai perang yang dianggap pihak berkuasa tempatan, sebagai cuba mengapi-apikan, kata Bloomberg.

Sumber: TV Pertiwi
t.me/duniapalestin

1 week, 5 days ago

#seikhlasjumaat | JOM LAKSANAKAN KORBAN BERSAMA KORBAN IKHLAS

Aidiladha akan tiba tidak lama lagi

Salah satu sunnah terbesar ketika Aidiladha ialah melaksanakan ibadah korban.

_Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu._ (Hadis Riwayat Tirmizi)

🐂 Anda masih tercari-cari tempat untuk melaksanakan ibadah korban yang mudah, cepat & dipercayai?

🐮 Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Pertubuhan Korban Ikhlas akan mengadakan ibadah korban di beberapa tempat terpilih di dalam dan luar negara bermula serendah RM390 satu bahagian!!

Laporan Korban Ikhlas 2023
https://korban.online/LaporanKorban2023

====================

Jom sertai ibadah korban bersama Korban Ikhlas sekarang!

Hasil dari ibadah korban anda akan dimanfaatkan kepada asnaf-asnaf yang memerlukan.

🇲🇾 Korban Dalam Negara

🐮 Orang Asli Perak
- RM800/bahagian
- Ansuran RM400 Mei & Jun

🐮 Pedalaman Sabah
- RM750/bahagian
- Ansuran RM375 Mei & Jun

🐮 Pedalaman Sarawak
- RM1,000/bahagian
- Ansuran RM500 Mei & Jun

🇰🇭 Korban Kemboja
- RM450/bahagian
- Ansuran RM225 Mei & Jun

🇮🇳 Korban India (Harga Termurah!!)
- RM390/bahagian
- Ansuran RM195 Mei & Jun

❤️ Anda juga boleh menyumbang untuk Tabung Korban RM10 atau seikhlas hati untuk pengurusan ibadah korban

1️⃣ Salurkan Korban anda ke akaun Yayasan Ikhlas

𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗜𝗸𝗵𝗹𝗮𝘀 :
Maybank 5628 3463 6235
Ref: Korban Ikhlas

2️⃣ Daftar dan berikan maklumat penyertaan korban anda kepada En. Shahrul +601159586963

ATAU

👉Klik link berikut untuk mendaftar secara online:
https://korban.online/Jom-Korban
https://korban.online/Jom-Korban

_Yayasan Ikhlas_
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda

Korbanikhlas

Korban Ikhlas

2 weeks, 6 days ago
נתניהו רוצה להרוג את האסירים הישראלים …

נתניהו רוצה להרוג את האסירים הישראלים שנותרו בחיים בעזה.
בזמן שבנו יאיר נהנה היום בחופי ווייטהייבן, אוסטרליה, עם אמו שרה.
האמהות של האסירים הישראלים ממשיכות לשתוק על כך.

לא רק זה, אלא שהוא רוצה לזרוק את החיילים ששרדו לגיהנום של רפיח, דרומית לעזה.
200 ימים חלפו מאז המלחמה, ורק כמה אסירים ישראלים נותרו בחיים.

אז: מי האסיר הישראלי הבא שנתניהו יהרוג מחר?
נתניהו הורג את ילדיכם לנגד עיניכם.

Lihat terjemahan di ruangan komen 👇

2 weeks, 6 days ago
Seorang Profesor Sains Politik dan Polisi …

Seorang Profesor Sains Politik dan Polisi Awam bernama Bruce Gilly yang merupakan Pro Zionis yang memberikan ucapan (keynote speech) dalam sebuah program di Universiti Malaya berkata

"Negara yang pemimpin politiknya menyokong Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan menjadi pemain yang serius dalam hal ehwal dunia, dan pastinya tidak akan pernah menjadi rakan atau rakan kongsi Amerika Syarikat."  Daripada ucaptama saya semalam di KL mengenai dasar luar Malaysia.

Dia menambah lagi dalam ciapan kedua

"Ini adalah maksiat lama ahli politik Malaysia kembali kepada nasihat Mahathir untuk belajar daripada orang Jerman tentang cara membunuh orang Yahudi.  hari ini hos berita TV menamatkan siaran harian dengan "Dari Sungai ke Segara" dan "Israel cuak" (“Israel ketakutan”)."

Sumber: X Bruce Gilley

Bagaimana kita membenarkan ugutan dari seorang pro Zionis berkata sebegini terhadap Malaysia di dalam sebuah program di Universiti Malaya?

𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
t.me/duniapalestin

3 weeks ago
Bersama Prof Dr Zairul Nizam, Pakar …

Bersama Prof Dr Zairul Nizam, Pakar Perunding Bedah Ortopedik IMU yang baru pulang setelah berkhidmat selama 17 hari di Gaza.

Perjuangan bersama rakyat Palestin telah mendarah-daging dalam diri beliau sejak lebih sedekad yang lalu.

Saya pernah bersama Prof Zairul dalam misi kemanusiaan ke Gaza pada 2013 yang lalu selama 10 hari.

Semoga Allah berkati usaha dan pengorbanan beliau dan akan diikuti oleh lebih ramai rakyat Malaysia yang ingin turut berjuang di bidang masing-masing, samada di Gaza, Baitul Maqdis, bahkan buat kita yang berjuang di Malaysia juga.

https://t.me/zainurrashid

3 weeks, 6 days ago

Kenapa Ireland antara negara paling Pro-P4lestin?

(Travelog UK - Ireland, 35)

1- Sejarah Ireland yang panjang mengingatkan kebencian mereka terhadap penindasan dan penjajahan British suatu ketika dahulu. Sehingga 1921, Republic of Ireland merupakan sebuah tanah jajahan atau koloni yang ditindas oleh British.

2- Pengalaman tragedi hitam 'Greater Hunger' di Ireland pada 1845-1850 sehingga mengakibatkan kematian lebih 1 juta rakyat Ireland. Pemerintah British menolak untuk membantu, sebaliknya Sultan Abdul Hamid 1, Khalifah Uthmaniyah telah menghantar bantuan £1,000 sterling (USD 1.052,000 sekarang) dan 3 buah kapal bantuan makanan asasi seperti jagung dan gandum.

3- Biar pun rakyat Ireland adalah 'White European' tetapi beranggapan bahawa mereka terhina dengan penjajahan British, seumpama Afrika Selatan yang dijajah British dan golongan kulit putih suatu ketika dahulu.

4- Rakyat Ireland beranggapan bahawa konfliks Isr4el - P4lestin adalah seumpama konfliks Protestan - Katolik yang berpanjangan di Ireland Utara. Ramai rakyat Ireland yang mengadakan siri protes aman yang telah ditembak oleh tentera British yang dikenali sebagai Troubles' termasuklah insiden 'Bloody Sunday' pada 1970 di Ireland Utara.

Sejarah yang panjang membuktikan sokongan Ireland kepada P4lestin, di antaranya :

1- Majoriti rakyat Ireland menyokong perjuangan rakyat P4lestin.

2- Ramai sukarelawan kemanusiaan dari Ireland yang berkhidmat di G4z4 tanpa putus sejak sekian lama.

3- Ireland merupakan negara Europen Union pertama yang mendesak agar EU mengiktiraf negara P4lestin.

4- Taoiseach Ireland atau PM Ireland merupakan pemimpin Eropah pertama yang mengecam kezaliman regim Isr4el di G4z4.

5- Ireland mengekalkan sumbangan dana kemanusiaan khususnya pendidikan melalui UNRWA di G4z4.

6- Ireland bekerjasama dengan Sepanyol untuk menubuh blok atau platform khas untuk iktiraf Palestin dan menilai semula kerjasama perdagangan dengan Israel.

7- Banyak lagi...

Zainur Rashid Z
22-25 Ramadan 1445H
Dublin Ireland.

https://t.me/zainurrashid

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 3 weeks ago