Pemburu yang diburu.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 months ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 week, 2 days ago
Bahan Bacaan Istimewa !
Negara Berdaulat - Kuasa Nasional Asas Pembebasan Palestin
Alhamdulillah sudah siap dicetak dalam bentuk fizikal. Boleh dapatkan di sini dengan hanya Rm 15.
Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSj7DX4Mh/
Shopee:
https://my.shp.ee/KWRrNCZ
? Sempena Tahun Baru, Berikan Cahaya Harapan untuk Anak-Anak di Semporna, Sabah
Firman Allah SWT:
"Dan mereka bertanya kepadamu mengenai anak yatim. Katakanlah: ‘Berbuat baik kepada mereka adalah kebaikan."
(Surah Al-Baqarah: 220)
Di Semporna, Sabah, ada anak-anak yang menyimpan impian besar walaupun hidup dalam serba kekurangan. Sebahagian mereka adalah anak-anak asnaf, yatim, dan stateless yang bergantung kepada hasil laut – kais pagi makan pagi.
Namun, di sebalik cabaran hidup, mereka tetap gigih mengejar ilmu kerana mereka percaya pendidikan adalah satu-satunya jalan keluar untuk mengubah masa depan keluarga mereka.
Kini, anda boleh menjadi sebahagian daripada perubahan hidup mereka. Dengan sokongan anda, kita mampu:
✅ Menyediakan yuran sekolah & keperluan pendidikan.
✅ Memberi peluang untuk mereka terus belajar tanpa halangan.
✅ Membantu mereka keluar dari kitaran kemiskinan.
_________
? Jom mulakan tahun baru ini dengan membantu anak-anak ini membina masa hadapan yang lebih baik melalui pendidikan.
?️ Taja Belajar (RM100 sebulan untuk seorang pelajar)
- profil pelajar tajaan disediakan
- minimum tempoh penajaan setahun/12 bulan
?️ Tabung Taja Belajar RM10 (atau seikhlas hati)_
? Salurkan sumbangan anda ke akaun
Yayasan Ikhlas:
Maybank 5628 3463 6235
Ref: Taja Belajar Sabah
ATAU
?Klik link berikut:
https://yikhlas.fund/TajaBelajar2025
https://yikhlas.fund/TajaBelajar2025
✅ Setiap sumbangan ke Yayasan Ikhlas layak mendapat pengecualian cukai
Ucapan Tahun Baharu 2025: Harapan Baharu, Langkah Lebih Berani
Tahun 2024 melabuh tirainya. Di mana jua anda berada, detik peralihan tahun adalah saat refleksi dan muhasabah.
Merenung kembali perjalanan Yayasan Ikhlas di 2024, beberapa pencapaian baharu berjaya dilakar, antaranya:
a) penglibatan aktif dalam persidangan kemanusiaan antarabangsa,
b) penyediaan dataraya agihan sumbangan,
c) pemerkasaan komuniti terpinggir di kalangan ‘stateless’ di Sabah, orang Asli di Perak dan para gelandangan di Jalan Chow Kit
d) kolaborasi bersama gergasi GLC nasional seperti PNB, Maybank Islamic, Yayasan Hasanah, Petronas, Tabung Haji dan lain-lain.
Memasuki 2025, YI berharap dapat meneruskan kecemerlangan dalam pengurusan program-program kemanusiaan. Kajian strategik, kecekapan pelaksanaan dan sinergi pelbagai pihak akan dijadikan tumpuan utama, bagi memastikan setiap sumbangan anda menghasilkan impak berlipat ganda.
Setinggi terima kasih atas kepercayaan dan kesetiaan para penyumbang, para sukarelawan, korporat, duta-duta, kakitangan dan seluruh penyokong. Kita semua adalah warga Yayasan Ikhlas.
Ayuh kita melangkah berani memasuki 2025, dengan penuh harapan baharu, kita bangunkan Malaysia menjadi negara yang “Kuat, Maju dan Berdaulat'”.
Sekian, terima kasih.
Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Pengerusi Yayasan Ikhlas
?Selamat Tahun Baru 2025 kepada keluarga besar Yayasan Ikhlas!
Setinggi ucapan terima kasih atas kepercayaan dan kesetiaan para penyumbang, para sukarelawan, korporat, duta-duta, kakitangan dan seluruh rakyat Malaysia atas sokongan yang diberi.
Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan, dan kejayaan yang lebih baik kepada kita semua. Terus melangkah bersama! Bismillah
??????? ??????
????? ??????????? ??????????? ????
#countdownramadan | ✨ ?? ???? ???? ?????? ??????? ??????
?? ????ℎ ?? ??ℎ????, ?????????ℎ ??? ???? ????? ????? ??? ?????????ℎ ??? ???? ????? ??????? ??? ????????? ??? ?? ????? ????? ???????. - HR Baihaqi
Moga Allah izinkan kita semua bertemu di bulan Ramadan yang mulia lagi diberkati.
Yayasan Ikhlas
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda
Subuh sebagai bekalan,
Kembara Mesir (10)
Alhamdulillah, dalam tempoh 5 hari di Mesir, saya berpeluang untuk bersolat subuh di beberapa buah masjid yang berbeza di antaranya ialah Masjid Waalidaini, Masjid Sharbini, Masjid Sahabat dan Masjid as Salam.
Umumnya subuh berjamaah di Mesir sangat membugarkan semangat untuk berjuang di jalanNya.
Apatah lagi bila berpeluang untuk bertemu anak-anak muda Melayu dari Malaysia dan Indonesia yang mampu meredah kesejukan angin pagi di Mesir yang agak mencabar sifatnya.
Mereka yang istiqamah dengan subuh berjamaah ini mempunyai sifat-sifat asas pemimpin Islam yang berjaya, bukan sahaja untuk memimpin diri dan keluarganya, bahkan untuk masyarakat dan negara di hari muka.
Biasakan anak-anak dan keluarga anda, pelajar anda dan mereka yang mampu anda pengaruhi agar sentiasa istiqomah dengan subuh berjamaah.
Inilah juga syarat permulaan sebelum anak-anak muda di Gaza terpilih sebagai calon pejuang bagi mendepani regim zionis yang tekad membina Israel Raya yang diimpikan.
Pemberian Tuhan,
Kembara Mesir (6)
Q - Sedap tak buah straberry ni?
A - Sedap dan tidak masam.
Q - Berapa harga buah strawberry sekilogram di Mesir?
B - sekitar EGP 40 atau RM 4 sekg.
Q - Kelihatan banyak sungguh buah-buahan yang sedap di sana sini di Mesir. Di mana kawasan ladangnya?
A - Di sepanjang Sungai Nil.
Sungai Nil adalah pemberian Tuhan kepada numi Mesir, apa tidaknya :
Sungai Nil merupakan sungai yang terpanjang di dunia (6,650 km) yang merentas dari selatan ke utara Mesir.
95 % daripada keseluruhan penduduk Mesir daripada 116 juta penduduk, tinggal di sekitar Lembah Sungai Nil. Ini hanya 5 % daripada keseluruhan tanah negara Mesir.
Sungai Nil merupakan :
1- Sumber air utama negara Mesir untuk kegunaan harian seluruh rakyat Mesir.
2- Selain sumber irigasi, banjir yang berlaku membawa limpahan kesuburan kepada tanah di Mesir yang sangat sesuai untuk pertanian.
3- Sungai Nil juga merupakan sumber makanan rakyat Mesir seperti ikan dan haiwan ternakan yang lain.
4- Kita semua mengetahui Sungai Nil juga merupakan medium pengangkutan bagi negara Mesir sejak ribuan tahun yang lalu.
Ada mitos yang mengatakan, "Sesiapa yang pernah minum air dari Sungai Nil, pastinya akan datang kembali lagi (mengulangi ziarah ke Mesir".
Dari Abu Hurairah r.hu berkata bahawa Rasulullah bersabda (yang bermaksud), "Telah lahir 4 buah sungai daripada syurga iaitu Sungai Saihan, Sungai Jaihan, Sungai Eufrat dan Sungai Nil". HR Muslim
Zainur Rashid Z
Koptik dan Krismas di Mesir,
Kembara Mesir (5)
Saya mendarat di Qaherah pada jam 11.30 malam, 25 Dis 2024 tetapi suasana Krismas tidak begitu ketara sebagaimana di Malaysia atau belum sampai masanya lagi.
Semua maklum bahawa Muslim adalah majoriti di Mesir dengan lebih 90 % daripada 116 juta orang penduduk Mesir (anggaran 2024).
Golongan majoriti dari kalangan minoriti adalah Kristian Qibti, atau Copts atau penganut Coptics Orthodoc Church.
Tiada siapa yang tahu jumlah sebenar Koptik di Mesir, sama ada 5 % (6 juta) atau 15 % (17 juta).
Sampai ada yang kata, Mesir ada statistik jumlah kereta di negaranya tetapi tak tahu berapa jumlah sebenar penganut Koptik.
Ke-2, Krismas di Mesir disambut oleh Coptics Orthodox Church pada 7 Januari, setiap tahun dan bukan 25 Disember.
Ke-3, mereka berpuasa selama 55 hari daripada 25 Nov sehingga 6 Jan sebelum menyambut Krismas pada 7 Januari, cuma cara berpuasa jauh berbeza daripada kita semua.
Ke-4, ajaran Koptik yang sebenar tidak boleh makan khinzir tapi saya tiada maklumat sama ada mereka amalkan atau pun tidak.
Ke-5, walau pun penganut Koptik adalah minoriti di Mesir, jumlah ini adalah yang terbesar di mana-mana negara Arab. (Peratus Kristian terbedar di negara jiran ialah Cyprus, 78 % dan Lubnan, 33.7 %).
Ke-6, sebagaimana orang Mesir yang lain, mereka berbahsa dan berbudaya Arab, termasuklah guna istilah seumpama Insyaallah...
Sekian dahulu,
Zainur Rashid Z,
- Yang masih belajar, di Cairo.
Bila mahu pencen?
Kembara Mesir (3)
Destinasi pertama yang saya kunjungi di Mesir ialah Masjid Amru al Asr yang terletak di Fustat yang merupakan ibu negeri pertama Mesir (Qaherah al Qaadimah).
Amru al Asr yang merupakan Panglima Islam yang diutus oleh Umar al Khattab untuk membuka Mesir pada tahun 639-641M.
Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan billionaire antarabangsa yang menentang dakwah Rasulullah dalam peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.
Beliau hadir untuk bertemu Rasulullah dan memeluk Islam pada 629M / 8 H, 6 bulan sebelum pembukaan Mekah ketika berusia sekitar 56 tahun dan merupakan sahabat yang sangat pandai, cekap berperang, hebat memimpin serta banyak berjasa.
Amru al-Asr dilantik oleh Abu Bakr menjadi Panglima Islam yang membuka Syria pada 632-634 M ketika berusia 60 tahun.
Menjadi salah seorang Panglima yang membuka kebanyakan Palestin pada 636-637 M di zaman Umar al Khattab (15 H).
Menjadi Panglima yang membuka Mesir pada 639-641 M bermula di Sinai, kemudian mengepung Iskandariah selama 14 bulan sebelum akhirnya berjaya menguasai Qaherah dan dilantik menjadi Gabenor Mesir yang pertama 640-644 M di zaman Umar al Khattab (berusia 70 tahun).
Beliau dilantik menjadi Gabenor sekali lagi pada 658-664 M di zaman Muawiyyah sehingga meningggal dunia ketika berusia 90-91 tahun.
Soalan - adakah di sana usia pencen dalam dakwah dan perjuangan membina peradaban Islam ?
Semoga kita dipilihNya sebagai penjulang panji Islam sehingga kembali kepadaNya dengan hati yang sejahtera.
Zainur Rashid Z
- di Fustat (Qaheerah al Qadimah) yang merupakan ibu kota Mesir yang pertama di zaman pemerintahan Islam
Tragedi Natrah dalam kenangan,
Satu rusuhan yang besar pernah berlaku di Tanah Melayu, khususnya di Singapura pada 1950.
Umat Islam di Tanah Melayu dan Singapura bangkit bagi menentang usaha dan cubaan pihak tertentu untuk melari dan memurtadkan Natrah. Rusuhan ini telah menyaksikan seramai 18 orang terbunuh dan 173 orang lagi telah cedera. Malahan Singapura juga telah dikenakan perintah berkurung selama 2 hari.
Itulah harga aqidah di mata umat Islam pada 1950.
Aqidah seorang yang bernama Natrah bukanlah satu barang murahan yang boleh dilelong atau dijual-beli malahan ia begitu berharga sekali.
Sekalipun umat Islam di Tanah Melayu masih dijajah British namun jiwa mereka masih merdeka untuk bangkit bersama di atas isu perdana umat iaitu isu aqidah.
Natrah oh Natrah
Kita mungkin mempunyai pandangan dan kaedah bekerja yang berbeza, namun sensitiviti umat Islam dengan agamanya jangan sekali-kali dibiarkan luntur.
Biarpun punyai sejuta wajah, pastikan kita terus punyai satu aqidah.
Zainur Rashid Z
Pemburu yang diburu.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 months ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 week, 2 days ago