Iwana Aisyah Ab Halim

Description
Moga hati-hati kita sentiasa disirami dengan jiwa al-Quran 🤲
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 month ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago

4 weeks ago

65 hari menuju ramadan. Moga kita dipilih untuk menjadi tetamu ramadan 🤍

4 weeks ago
Alhamdulillah, menerima kunjungan dari seorang yang …

Alhamdulillah, menerima kunjungan dari seorang yang alim ulamak iaitu Dr Ustaz Nik Bakri Nik Mat dan keluarganya ke teratak kami.

Semoga dengan kehadiran orang alim ini memberi satu keberkatan buat kami sekeluarga.

Jazakumullahu kheir al-Fadhil Dr Ustaz Nik Bakri dan keluarga atas kunjangan ini dan sudi makan tengahari dirumah kami.

Moga Allah rahmati Ustaz dan keluarga, aamiin.

4 weeks ago
Iwana Aisyah Ab Halim
3 months, 2 weeks ago
Tiga tanda seseorang itu mulia jiwanya …

Tiga tanda seseorang itu mulia jiwanya menurut Imam Syafie :

1) Merahsiakan kesusahan sehinggakan orang menyangka dia selalu senang.

2) Merahsiakan kemarahan sehinggakan orang menyangka dia selalu redha

3) Merahsiakan penderitaan sehinggakan orang menyangka hidupnya penuh nikmat.

Ulama berkata, kalau hati tak tenang, cuba cek ibadah kita dengan Allah. Mungkin kita kurang ibadah, kurang zikir, banyak dosa. Itu sebab Allah cabut ketenangan dalam hati.

Orang yang tenang ini, dia tak perlukan tempat atau perkara untuk ‘healing’ kerana cukuplah baginya ada Allah yang sentiasa bersamanya.

Jadilah seorang yang diuji dengan banyak perkara tetapi ia memilih untuk semakin dekat dengan Allah dan perbaiki hubungannya dengan sang Khaliq.

Kerana dia tahu apabila dia perbaiki hubungan dengan Allah, Allah akan rungkaikan segala permasalahannya ❤️

Iwana Aisyah Ab Halim
Moga jiwa tenang itu jiwa kita

3 months, 2 weeks ago
Jangan pernah dalam sehari kita tinggalkan …

Jangan pernah dalam sehari kita tinggalkan al-Quran.

Kita bukannya terlalu sibuk hingga tiada masa untuk baca al-Quran tetapi kita terlalu sibuk dengan pelbagai alasan.

Hati kita akan terus hidup jika ianya disirami dengan jiwa al-Quran.

Bukalah al-Quran setiap hari walaupun hanya separuh muka saja membacanya kerana disitu adanya cahaya buat hati kita.

Hati yang mungkin sudah kering kontang, hati yang mungkin sudah lama hitam, hati yang mungkin sedang mencari ketenangan hakiki.

Kita hidup sangat sementara sedangkan akhirat kekal selamanya.

@iwanaaisyah
Sirami jiwa al-Quran

4 months ago

Berzina ini bukan terus kenal harini terus berzina tetapi ia bermula dengan bibit-bibit zina.

Awalnya hanya sekadar mesej untuk hilangkan kesunyian walaupun sudah bertunang. Kemudian pergi kepada keluar berduaan. Kemudian nak cuba pegang anggota sedikit dan akhirnya ke lembah penzinaan.

Sebab itu dalam al-Quran, Allah tak kata “jangan berzina..” tapi Allah kata “jangan dekati zina” sebab bibit-bibit permulaan zina itu adalah perkara remah saja.

“Alah mesej gelak-gelak je, alah keluar lepak je, alah tengok wayang je, alah naik kereta sekali je, alah kami dah bertunang, alah kami akan kahwin juga..”

Mengikut hukum Islam, penzina yang belum pernah berkahwin disebat 100 kali sebatan sedangkan bagi yang sudah berkahwin, direjam sehingga mati.

Bagi mereka yang terlepas daripada hukuman dunia dan tidak bertaubat, para penzina digantung dengan kemaluan mereka di dalam neraka sambil dipukul kemaluan mereka dengan cemeti daripada besi sambil dicemuh oleh Malaikat Zabaniah.

Semoga Allah hindari ahli keluarga kita daripada lembah penzinaan, aamiin.

@iwanaaisyah
Perlihara dirimu

4 months ago

Dengar kuliah agama Ustaz Nik Bakri :

“Anak-anak ni pengaruh yang paling besar dalam hidupnya adalah ibu. Ayah soleh macam mana sekalipun tapi kalau ibu kurang solehah, anak-anak akan ikut ibu. Sebab itu sejarah ulama’ terdahulu, biasanya ayah mereka sudah meninggal dunia awal tapi mereka dididik oleh ibu yang hebat.”

Kita sebagai perempuan perlu sentiasa berusaha menjadi solehah walaupun tak akan sempurna tetapi perlu ada usahanya.

Perempuan yang jaga solatnya, jaga auratnya, jaga percakapannya, jaga akhlaknya, jaga zikirnya dan jaga bacaan al-Quran setiap hari.

Sebab tangan kita yang akan mendidik anak-anak kita kelak.

Cuba kita lihat disebalik para alim ulama’, siapa ibunya. Pasti ibunya seorang yang sangat hebat dan solehah disisi Allah.

Kerana itu juga ibu dipanggil ‘madrasah pertama’ buat anak-anaknya.

Anak-anak yang mempunyai rahim seorang ibu yang menutup aurat, jaga solatnya, sentiasa membaca al-Quran.

Begitulah, berusahalah menjadi hamba terbaik disisi Allah dan semoga dengan akhlak baik itu, kita menjadi ibu yang berakhlak solehah.

@iwanaaisyah
Tangan lembut didikan seorang ibu solehah

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 month ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago