Unlock a World of Free Content: Books, Music, Videos & More Await!

Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia

Description
Mendapat Pengecualian Cukai
LHDN.01/35/42/51/179-6.8139

Peduli dan Perihatin
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 3 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 3 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 3 weeks ago

1 month ago

SALAM ADILFITRI, SYAWAL 1445H

Ucapan khas Hari Raya Aidilfitri daripada warga kerja Yayasan Ikhlas buat semua umat Islam dan khususnya buat anda yang sentiasa menyokong projek-projek kemanusiaan kami

https://www.instagram.com/reel/C5lVOhgRIfA/?igsh=enNuZW1qbzltNGpz

Tudung bawal atas jemuran,
Ketupat di paya, rendang dalam tin,
Sambut Syawal dengan kesyukuran,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Yayasan Ikhlas
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.

1 month ago

SALAM AIDILFITRI, 1 SYAWAL 1445H

Dengarkan ucapan khas Hari Raya Aidilfitri daripada Timbalan Mufti Perak yang merupakan Duta Yayasan Ikhlas, SS Dato' Hj Zamri Bin Hashim.

https://www.facebook.com/100064448452246/posts/830409685783972/

Terima kasih warga negeri Perak dan seluruh rakyat Malaysia

Yayasan Ikhlas
Rakan Kemanusiaaan Kepercayaan Anda.

Facebook

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 1445H | Ucapan Hari Raya Aidilfitri 1445H...

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 1445H Dengarkan ucapan khas Hari Raya Aidilfitri daripada Timbalan Mufti Perak yang merupakan Duta Yayasan Ikhlas, SS Dato'...

SALAM AIDILFITRI, 1 SYAWAL 1445H
1 month ago
**SALAM AIDILFITRI, 1 SYAWAL | 1445H**

SALAM AIDILFITRI, 1 SYAWAL | 1445H

مِنَ الْعَائِدِيْن وَالْفَائِزِيْن

Minalaidinwalfaizin

Semoga termasuk dalam golongan orang yang kembali kepada fitrah,
iaitu suci daripada dosa,
dan beroleh kejayaan.

PROF DR RAFIDAH HANIM MOKHTAR
Presiden WAFIQ
Duta Yayasan Ikhlas

1 month, 1 week ago
[#1000bulan](?q=%231000bulan)| **Tinggal 2 Hari Lagi Sebelum …

#1000bulan| Tinggal 2 Hari Lagi Sebelum Berakhirnya Ramadan.

Dalam riuh rendah dunia yang serba sibuk, ada satu malam yang memerlukan kita berhenti sejenak.

Malam Ambang 1000 Bulan, malam di mana kesempatan terakhir mengetuk pintu hati yang terluka.

Peluang Gandakan Pahala Sedekah Sehingga 1,000 Bulan

Klik link: yikhlas.fund/pahalaseribubulan

"Beri Seadanya, Berkongsi Seikhlasnya"

Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.

1 month, 1 week ago
***🟢*** **SIARAN LANGSUNG MALAM AMBANG PAHALA …

🟢 SIARAN LANGSUNG MALAM AMBANG PAHALA 1000 BULAN

Sembang Moreh Khas TRAUMA

Bagaimana Ramadan Menjadi Bulan Yang Menyembuhkan

Tonton sekarang;

🗓 Tarikh : 6 April 2024
Jam : 10.00 Malam
📺 LIVE Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=9PRvjogkYaE
📺 LIVE Facebook : https://www.facebook.com/656716673153275/videos/960483828916910

"Beri Seadanya, Berkongsi Seikhlasnya"

#Seikhlashati #KasihRamadan #SeikhlasRamadan #BerkongsiSeikhlasnya #YayasanIkhlas #PeduliPrihatin

1 month, 1 week ago

#tabungmasjid | Bina Rumah Allah Di Dunia, Allah Bina Rumah Kita Di Syurga.

“Siapa sahaja yang pergi ke masjid atau pulang dari masjid dan mendahulukan amalan itu daripada perkara lain, maka Allah s.a.w akan menyediakan untuknya jamuan daripada dalam syurga setiap kali dia pergi dan pulang itu.”

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

————————-

Kebanyakan masjid/surau di pedalaman sudah berusia 50 tahun dan ada yang juga melebihi 100 tahun.

Jadi tidak hairanlah struktur bangunan banyak yang rosak dan perlu dibaiki untuk keselesaan jemaah menunaikan solat.

Jemaah di sana terpaksa solat di luar yang berlantaikan tanah dan kebiasannya berlaku pada bulan Ramadan.

Akan tetapi setelah 6 bulan pembinaan surau An-Nur, proses kerja tergendala akibat kehabisan dana.

Kebanyakan penduduk pedalaman tidak mempunyai pendapatan yang tinggi, maka kutipan masjid/surau tidak sebanyak yang dijangka.

————————-

Walaupun sedikit, sumbangan anda memberi sinar harapan kepada yang memerlukan. Mari bersama-sama kita menebarkan kebaikan, menerangi jalan mereka dengan kasih sayang dan kepedulian.

Yayasan Ikhlas
Maybank 5628 3463 6228
Ref: Tabung Masjid

Atau klik: yikhlas.fund/tabungmasjid

Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda

3 months, 1 week ago
SALAM ISRAK MIKRAJ

SALAM ISRAK MIKRAJ

- 27 REJAB 1445H -

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maksudnya: Maha suci zat yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam daripada Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati kawasan sekelilingnya, untuk Kami tunjukkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami, sesungguhnya Dia adalah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Surah Al-Isra’(1)

Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.

#IsraMikraj #YayasanIkhlas

3 months, 1 week ago
Pada 4 Feb yang lalu, cawangan …

Pada 4 Feb yang lalu, cawangan Yayasan Ikhlas di Kuching telah menghantar alat bantu bagi pesakit yang bernama Encik Rosli bin Ibrahim yang tinggal di kawasan tersebut.

Sumbangan ini merupakan hasil sumbangan orang ramai dan disampaikan oleh Encik Hafeez bin Morni, wakil dari Yayasan Ikhlas.

Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh pesakit.

Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.

3 months, 1 week ago

#MisiBanjir | Pantai Timur dilanda monsun timur laut.

Pada 29 Januari hingga 2 Februari 2024, sukarelawan Yayasan Ikhlas turut serta dalam misi pasca banjir di Dungun, Terengganu, yang disebabkan oleh monsun timur laut yang melanda Pantai Timur.

Misi ini dijalankan sebagai usaha memberikan bantuan dan sokongan kepada penduduk kampung yang terjejas, terutamanya di kawasan Hulu Dungun seperti Kg Pasir Raja, Kg Shukor, dan kampung-kampung sekitarnya.

Kemusnahan yang amat teruk dan dahsyat terjadi, memaksa hampir 389 keluarga untuk berpindah. Kebanyakan rumah tenggelam hingga ke paras bumbung, dan beberapa di antaranya dihanyutkan air deras. Kebanyakan penduduk terpaksa meninggalkan rumah tanpa sempat menyelamatkan barang keperluan di dalamnya.

Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.

3 months, 2 weeks ago
Setinggi-tinggi Tahniah

Setinggi-tinggi Tahniah

Tuan Yang Terutama
Tun Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

sempena pelantikan sebagai

Yang Di-Pertua Negeri Sarawak yang ke-8

Ikhlas Daripada:
Yayasan Ikhlas

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 3 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 3 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 3 weeks ago