Pemburu yang diburu.
Last updated 3 days, 9 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 6 days, 2 hours ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 weeks ago
*Madahnya lunak.
Penuh misteri akalnya banyak.
Tak terduga hadirnya di benak.
Mencuri hati merabak koyak.
Motifnya tak dapat dibaca.
Mungkinkah ini perangai manusia.
Datang susah mengadu domba.
Senang hilang bayang tak ada.
Bukannya dendam.
Cuma luahan suara dalam.
Nak diterbangkan ke langit.
Segala dusta yang perit.
Namun awan memayungi.
Memaksa ia kekal dibumi.*
Nukilan : Mus
??
*Terkadang.
Penutup kisah bernada lemah.
Bersuara lelah berserah.
Memang bukannya mudah.
Seperti burung bersayap patah.
Terputusnya jalan ditengah.
Dendam sudah ditabur marah.
Tetap dipilih untuk menadah.
Kerana aku tahu diri ini gagah.
Jauh lagi jalan berliku.
Tak jelas didepan menunggu.
Aku hadam satu persatu.
Mungkin bulan jadi temanku.
Mungkin awan payungi aku.
Mungkin bintang tunjuk jalanku.
Mungkin matahari suluh langkahku.
Mungkin pelangi jadi mimpiku.
Di hujung jalan pasti bertemu.*
Nukilan : Mus
?✨
Dendam dalam hati,
Kecewa dalam nurani,
Usahakan diusir ia pergi,
Menjauh dan usah kembali,
Moga-moga tak datang lagi.
Hidupnya kita di dunia,
Cuma sebatas masa seketika,
Bermusafir yang sementara,
Bersama tempoh yang tersisa,
Kekosongan jiwa akan terasa ada,
Dan terisi timbunan negatifnya rasa,
Masih sudikah sekiranya ?
Berbeza minda —
Berlainan jugalah ragamnya,
Dan itu bukan satu halangannya.
??
Soal rasa yang tidak pasti,
Tunggu saja waktu berbicara lagi,
Percayalah pada aturan Ilahi,
Semuanya akan terang kembali,
Dan hati bakal mengalirkan cerita ini.
Berdoalah sentiasa,
Usah pernah malu meminta,
Pada Dia yang Maha Esa,
Moga-moga dimakbulkan saja,
Sebelum dijemput pulang ke sisiNya.
Dia tidak memungkiri janjiNya —
Sedang manusia juga ciptaanNya,
Yang dijanjikan kebahagiaan Syurga.
??
Katamu mahukan ketenangan,
Maka berbincanglah penuh nyaman,
Segala amarah ditahan,
Setiap emosi dalam kawalan,
Di mata orang inginmu itu menyenangkan.
Saat pujian melambung tinggi,
Kamu seakan lupa sendiri,
Dengan siapa kamu berbicara ini ?
Bersama manusia yang punya hati,
Atau lebih tepat lagi,
Bukan benda yang mati,
Yang sering kamu abaikan janji.
Saat pendapat tak kamu anggap pula —
Bagaimana dengan rasa ?
Apakah bisa kamu terima ?
??
Pemburu yang diburu.
Last updated 3 days, 9 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 6 days, 2 hours ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 weeks ago