Bahan PDP PAI SEKOLAH MENENGAH BY USTAZAH JIE

Description
BAHAN2 PDP, PDPR PENDIDIKAN ISLAM SEK MEN. JIKA ADA YANG NAK BERKONGSI BAHAN BOLEH DM ustazah jie
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

4 months, 3 weeks ago

Assalamualaikum. Saya kongsikan semula Modul Contoh PBD Pend Islam sebagai rujukan semua sahabat gpi. Terima kasih.

4 months, 3 weeks ago

PBD MEN RENDAH-1.pdf

5 months, 1 week ago

Kredit kpd semua penyumbang2 bahan . Terima kasih

6 months, 3 weeks ago
6 months, 3 weeks ago

Guru-guru pula tidak terhad kepada guru tingkatan lima sahaja, malah guru-guru tingkatan 1,2,3 dan 4 juga. Guru sekolah rendah juga termasuk.

Kejayaan anak-anak warriors adalah kejayaan anda bersama. Tahniah dan terima kasih sekali lagi.

Semoga Allah memberi ganjaran yang terbaik untuk kalian semua, dunia dan akhirat.

NIKMAT KEJAYAAN ADALAH UJIAN

قال هذا من فضل ربي ليبلوني ءأشكر أم أكفر (النمل :٤٠)

“Dia berkata, “Ini adalah dari limpah kurniaan Tuhanku, untuk menguji aku, sama ada aku bersyukur atau kufur (dengan nikmat yang diberikan)” (Al-Naml:40)

Dalam pada saya gembira dengan kejayaan cemerlang anak-anak Warriors, ayat Al-Quran di atas terlintas di benak fikir saya. Sejujurnya, ayat ini menjadikan saya agak “reserved” dalam meraikan apa-apa saja kejayaan atau nikmat yang saya terima. Dalam hal SPM kali ini, saya cukup sedar, kejayaan ini adalah ujian untuk saya dan warga SAS; adakah kami akan menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur dan menghargai nikmat, atau kami lalai dan lali sehingga lupa untuk berterima kasih kepada Allah, Sang Pemberi nikmat, Sang Musabbib.

Mungkin apabila ada orang bertanya, “Apakah rahsia kejayaan SAS?” Kitapun teruja dan mulalah mereka-reka jawapan, bahawa kita telah buat itu dan ini.

Memang kita perlu berusaha, kerana usaha itu adalah sunnatullah. Namun, jangan sampai kita terlupa faktor utama kejayaan kita adalah RESTU Allah ‘azza wa jalla.

KISAH DUA ORANG PEMILIK KEBUN

Dalam Surah Al-Kahfi ayat 32 hingga 44, Allah SWT menceritakan dengan panjang lebar kisah mengenai dua orang pemilik kebun. Salah seorang daripada mereka diberikan rezeki buah-buahan dan hasil tanaman yang lebih banyak berbanding dengan sahabatnya. Hal ini menjadikan dia takbur dan bongkak terhadap Allah SWT. Walaupun sahabatnya cuba memberikan nasihat, tapi tidak diendahkannya. Dia hanya tersedar keterlanjurannya apabila Allah menarik balik semua nikmat berkenaan daripadanya. Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.

Hal ini yang menakutkan saya sebenarnya. Saya sangat risau jika ucapan alhamdulillah saya belum memadai untuk mencapai tahap syukur yang sepatutnya. Lebih saya risaukan jika saya terpedaya dengan diri sendiri, lalu menganggap kejayaan SPM ini adalah hasil kerja keras semata-mata, sedangkan hakikatnya kejayaan ini daripada Allah jua.

KISAH QARUN

Kisah Qarun di dalam Al-Quran juga berkisar kepada isu yang hampir sama. Qarun berkata, “sesungguhnya semua kekayaan ini adalah hasil pengetahuanku.” Akhirnya Allah menenggelamkan Qarun dan harta bendanya. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kejayaan SAS sebagai SBP nombor satu di Malaysia dalam SPM 2023 adalah nikmat besar dari Allah yang perlu disyukuri dengan penuh kesedaran. Saya ingin menekankan pentingnya kita sesri dan akui “peranan” Allah dalam setiap kejayaan. Kita juga perlu mengiktiraf usaha kolektif murid, guru, dan seluruh warga sekolah. Kejayaan ini juga adalah ujian untuk melihat sama ada kita bersyukur atau kufur dengan nikmat yang diberikan. Ambillah pengajaran dari kisah dalam Al-Quran yang mengingatkan kita tentang bahaya kesombongan dan pentingnya kerendahan hati. Usaha manusia adalah "sabab", tetapi hanya dengan izin Allah, usaha tersebut membawa hasil, mengingatkan kita untuk selalu bersyukur dan tidak terpedaya dengan nikmat yang diterima.

Tahniah Warriors 1923.

Nor Azam bin Abdullah
Pengetua SAS
12.24 pagi
29/5/24
Kuala Lumpur

6 months, 3 weeks ago

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sejahtera
Salam Malaysia Madani

KEPUTUSAN SPM 2023

Semalam 27 Mei 2024, KPM telah memaklumkan keputusan SPM 2023. Rezeki Allah, kali ini SAS berjaya melakar kejayaan sebagai SBP nombor satu di Malaysia. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Saya mengambil masa yang agak lama membuat coretan ini. Saya tidak mahu sekadar mengucapkan syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan ini. Sebaliknya saya berhasrat berkongsi rasa yang lebih mendalam.

BERCERITA TENTANG NIKMAT

Mencapai kecemerlangan SPM yang signifikan memang satu nikmat yang besar kepada murid, guru, ibu bapa dan seluruh warga SAS.

GPS SAS 1.07. 95 daripada 176 murid mendapat semua A. 14 daripada mereka mendapat semua A+. Nombor satu SBP Malaysia. Alhamdulillah.

Kejayaan cemerlang ini, tiada salahnya untuk diwara-warakan. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam ayat 11 Surah Al-Duha:
وأما بنعمة ربك فحدث
“Adapun nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya”.

Berceritalah. Tapi jangan sampai riak dan lupa lupa diri.

BERSYUKUR KEPADA ALLAH

Maka, jangan lupa kepada “Pemberi” hakiki kejayaan ini; ALLAH SWT.

Oleh itu, kami angkat setulus rasa kesyukuran kepada Allah. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Sejuk hati melihat anak-anak Warriors SAS bersujud syukur seusai menerima khabar SAS nombor satu SBP daripada YBhg Pengarah BPSBP KPM.

Insya-Allah, Allah akan tambahkan lagi nikmat jika kita benar-benar bersyukur.

لئن شكرتم لأزيدنكم ولإن كفرتم إن عذابي لشديد

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya! Jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.”

Teruskan bersyukur. Teruskan menyebut alhamdulillah. Teruskan melakukan ketaatan dan meninggalkan larangan, kerana inilah hakikat syukur sebenar.

Kita bersyukur kerana kita hamba. Hamba yang sedar dia tidak punya apa-apa, kecuali apa yang tuannya berikan kepadanya. Hamba yang gembira dan berterima kasih apabila menerima kebaikan. Dalam masa yang sama sangat takut dan gentar dengan kemarahan tuannya.

Kejayaan ini tidak lain dan tidak bukan, adalah anugerah Allah kepada kita. Tanpa restu daripada-Nya, walau apapun usaha kita, pasti takkan berbekas. Ini cerita akidah, bukan cerita kasab manusia. Kasab hanyalah wasilah.

ASBAB-MUSABBAB-MUSABBIB

Kita selalu menggunakan istilah sebab musabab. Tapi kita tidak mengetahui asal mausul dua kalimah berkenaan. Mari saya terangkan, menggunakan kejayaan SPM SAS sebagai contoh.

Sebab (lebih tepat sabab) adalah ulangkaji, murid belajar, cikgu mengajar.

Musabab pula adalah penghasilan kepada sebab. Maka kejayaan itu adalah musabab (lebih tepat musabbab).

Tapi perasan atau tidak, ada lagi satu istilah yang tidak masyhur disebut; iaitu Musabbib.

Musabbib itu Allah, yang menyebabkan sabab membekas, membawa kepada berlakunya musabbab.

Maka, bersyukur tandanya kita mengakui peranan Musabbib dalam kejayaan kita. Yang tanpa restu-Nya, tiadalah musabbab walaupun semua sabab (jika jamak atau kata ganda disebut asbab) itu hadir.

BERTERIMA KASIH KEPADA MANUSIA

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

“Tidak dikira besyukur kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia”

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Bukhari jelas menerangkan maknanya.

Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan ini.

Sumbangan tidak terhad kepada wang ringgit. Tenaga, ilmu, masa, nasihat, air mata, usaha, makan minum, teguran, rotan, pengajaran, pembelajaran, kebersihan, tanda tangan, dll; semuanya adalah sumbangan.

Maka saya berterima kasih kepada anak-anak warriors sendiri, guru-guru, ibu bapa, adik beradik, staf, pekerja kontrak dewan makan, kebersihan dan keselamatan, PIBG, Alumni ASAS, pihak BPSBP dan JPWPPJ, serta semua pemegang taruh yang menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung.

8 months, 4 weeks ago

Repost...

8 months, 4 weeks ago

Wording majlis khatam..

9 months ago

Bismillah..
saya kongsikan untuk asatizah disini untuk kegunaan bersama. boleh cetak dan berikan kepada anak murid kita. khususnya untuk murid yang memerlukan lebih perhatian untuk menghafaz dan melancarkan bacaan UTQH.
(Cetakan menggunakan booklet)

semoga bermanfaat untuk semua

10 months, 3 weeks ago
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago