Booxtall

Description
Koleksi cerpen dan ilmu random.
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 4 months, 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 months, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 3 months ago

4 months, 2 weeks ago

Sembunyikan pertunangan, hebahkan perkahwinan. Ternyata ada barakahnya. Nikmatnya luar biasa. Satu berita gembira yang diraikan semua 🥹 Alhamdulillah. Terima kasih atas doa yang baik-baik 🤍

Betullah orang kata; jodoh ni bila dah sampai. Jalan tu mudah sangat-sangat. Pejam celik dah nak jadi isteri orang. Rasa macam berbaloi selama ni sabar, jaga diri, jaga batas. Alhamdulillah.

Pernah lalui fasa dikenen dengan seorang pakcik single 40-an >> kemudian duda anak 4 >> Direject lelaki yang soleh tapi tak sekufu >> Dibiar tergantung, tahu² dah kahwin. It's a long journey. Kenapa? Sebab belum tiba masanya. Itu je :)

Lain orang, lain pengalamannya. Tapi yang best, semua pengalaman di atas guna orang tengah. Jadi taklah terkesan sangat rasa malu / sakit tu. Dan calon suami ni pun guna orang tengah juga, alhamdulillah.

Teringat motivator Aiman Azlan cakap.. Dalam usaha kita menjaga diri untuk suami ni takkan sia-sia. Setiap langkah berpahala. Kalau 30 tahun tak jumpa tapi still menjaga, 30 tahun tulah pahala kita :') Itulah antara penguatnya.

Nak istikharah pun takde calon untuk disebut nama. Akhirnya, "Ya Allah, aku serahkan bulat-bulat urusan jodohku kepadaMu." Sambil tu kita perbaiki diri. Doakan kawan² sebaya & senior yang masih single. Kirim doa dekat orang yang tengah buat umrah, dalam 10 orang jugalah. Taktau doa siapa yang diangkat.

Conclusion di sini, sabarlah, teruskan usaha. Nikah ni ibadah terpanjang. Perlu lalui dengan ilmu. Don't rush. Take your time. Everything will be fine 💐

Akhir kalam, doakan ye? Semoga ikatan cinta ini membawa kebaikan dan terpelihara dalam rahmatNya 🤲🏻🤍

5 months, 1 week ago

Seharusnya, peringatan tentang kematian ni membuatkan kita lebih semangat nak teruskan hidup.

Sebab kita hidup memang dua kali.. Tapi kehidupan yang kita boleh kawal hanya lah waktu sekarang ni, dekat dunia.

Jadi, teruskan all out perbaiki diri. Always do the best. Jaga hubungan dengan Allah dan manusia 💪🏻

5 months, 1 week ago

Quotes ni arwah kakteh repost kat tiktok. Mula2 macam, "Ish takkan lah secepat ni." Tahu-tahu 9 Oktober, kawan tanya; "Wani, Kak teh dah takde ye?"

Terus berderau darah. Shaking satu badan. Terus cari sumber berita, memang sah kakteh dah takde 😢

6 months ago

Kalau ada someone downgrade kita, jangan balas dengan usaha menjatuhkan dia, sebab kita takkan mampu. Dan itu bukan akhlak sebenar kita nak menjatuhkan orang ni. Selama ni hidup tenang-tenang, takkan disebabkan dia seorang, kita mula 'belajar' jadi toksik?

Ingat -- kita tak mampu mengubah akhlak seseorang. Tapi kita boleh kawal akhlak kita.

Cara yang paling TERBAIK adalah - Kita upgrade diri kita ke next level. Start work out, start perbaiki dalaman / spiritual. Actually senaman ringan kat rumah ni pun dah boleh bantu kita bina emosi yang lebih sihat. Tapi kena disiplin lah ?

Kadang-kadang kita perlu izinkan negative comments tu datang dalam ruang fikiran kita, bukan untuk stress memikirkannya, tapi untuk buat kita lagi semangat nak buktikan yang kita boleh buat. Mungkin selama ni kita terlalu selesa di comfort zone, sebab tu kita boleh senang sakit dengan kata-kata buruk.

So bangkit. Naikkan value. Be positive mindful = the best part of self-love ❤️

6 months, 1 week ago

If you are struggling with feelings of someone close, leaving you.. This is a words for you ☺️

"I deserved someone who sees my value. Who understands what I bring to their life. I don't want someone who stays with me out of fear, out of loneliness or out of habit.

I want someone who stays because they can't imagine life without me. The door is always open. You're free to leave at anytime. If you think your happiness lies elsewhere, I won't stand in your way."

Credit: ig reels

6 months, 1 week ago

Quotes of the day;

"When someone helps you when they're struggling too, that's not help, that's love."

6 months, 1 week ago

Dulu arwah kakteh selalu pesan, amalkan selawat tafrijiyah. Ni suara kakteh ni, terjumpa dekat youtube.

Semoga mengalir pahala kakteh ??

Pengubat rindu ❤️

6 months, 2 weeks ago

Usahakan berakhlak dengan semua orang. Biar kita sakit, jangan orang sakit disebabkan kita.

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 4 months, 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 months, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 3 months ago